Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #143

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #143

KOMENTAR PROFESSOR #6a

Pertama sekali, saya ingin menyentuh kembali kepada isu atau saranan untuk menubuhkan PERSATUAN AHLI-AHLI RBSS INTERNATIONAL dan POLL SURVEY di dalam POST #114....

Dari apa yang berlaku serta percanggahan pendapat mengenai KE-RASIONALAN penubuhannya TELAH MENGGAMBARKAN bahawa masyarakat atau ahli-ahli RBSS telah di jangkiti Sindrom TIDAK KUASA!!!...dan maksud Sindrom TIDAK KUASA memberikan bayangan bahawa para ahli RBSS yang ada dan yang telah membaca saranan penubuhan persatuan yang di sarankan itu sebenarnya MALAS UNTUK TERLIBAT!!!!....dan lebih suka untuk membiarkannya berlaku melalui usaha-usaha orang-orang lain, dan apabila ianya telah berjaya di tubuhkan, baharulah mereka-mereka ini menonjolkan muka.......

Sikap atau SINDROM seperti ini BUKAN DARI KEAHLAKAN KERAHSIAAN RAHSIA BUDI SUCI SEJATI!!!!...TETAPI Sindrom yang DI WARISI SEBAGAI MASYARAKAT MELAYU-ISLAM...

Saya katakan begini, ialah kerana saranan penubuhan Persatuan Ahli-Ahli RBSS International itu semata-mata untuk MENEMPATKAN kesemua ahli-ahli yang TELAH LUPUT KEAHLIANNYA DARI PERSATUAN-PERSATUAN YANG ADA atas sebab-sebab yang tersendiri...

Dan melalui Persatuan yang bakal di tubuhkan itu, semua ahli-ahli akan dapat :-

1. dapat mendaftarkan keahlian mereka secara ONLINE

2. dapat berinteraksi sesama ahli dari seluruh dunia secara ONLINE

3. dapat membaca maklumat-maklumat terkini secara ONLINE

4. dapat memberikan soalan dan menerima jawapan secara ONLINE

5. dapat mendapatkan nasehat atau bantuan secara ONLINE

6. dapat menjadi ahli persatuan seumur hidup

7. tiada yuran bulanan

8. tiada hanky-panky peraturan persatuanyang membebankan

9. tiada paksaan untuk mengikuti sesuatu aktiviti yang di anjur

10. di buka kepada seluruh ahli-ahli RBSS tanpa mengira dari guru-guru atau persatuan yang mana

11. juga di buka keahlian kepada orang ramai sebagai AHLI BERSEKUTU atau ASSOCIATE MEMBER

12. dapat membaca maklumat-maklumat mengenai keilmuan RBSS juga secara ONLINE

Saya berpendapat, langkah ini BUKAN BERMAKNA KITA MELAWAN GURU ATAU MEMBELAKANGKAN GURU.....tetapi cuba anda fikir sendiri, jika anda telah terkeluar dari Persatuan yang ada atas pelbagai sebab-sebab yang munasabah, siapakah anda sebagai ahli RBSS???...akan tidak ada Persatuan yang ada sekarang yang akan mengatakan anda adalah seorang dari anggota atau murid-murid mereka!!!!!...ini suatu FAKTA SEBENAR!!!!...TECHNICALITYnya adalah sebegitu......

Saranan untuk menubuhkan serta membangunkan Persatuan ahli-ahli RBSS international ini juga akan memberi NAFAS BAHARU terhadap PEMBANGUNAN KEILMUAN RBSS ini bagi di nikmati oleh generasi-generasi yang akan datang, seperti anak-cucu-cicit kita kelak!!!!

Kerana DUNIA SEMAKIN CANGGIH DAN MAJU....HAL-HAL KEAGAMAAN AKAN SEMAKIN TIPIS DAN KURANG DI TITIK BERATKAN.....jadi dengan tertubuhnya Persatuan ini, maka ia akan memainkan peranan untuk menegakkan PEMBELAJARAN KEILMUAN RBSS ini sebagai Badan yang memantau dan yang menjaga keilmuan ini supaya ianya akan tetap selaras dengan peredaran zaman....

Fungsi Persatuan Ahli-Ahli RBSS International ini kelak BUKAN SAHAJA untuk menempatkan ahli-ahli di bawah satu bumbung TETAPI akan membantu guru-guru sediaada mengembangkan keilmuan ini secara lebih teratur, lebih bersistematik, lebih efisen, lebih berinformasi serta relevan dengan perkembangan teknologi terkini....

Yang di perlukan ialah, semua ahli-ahli tidak kira di mana juga pun anda berada, apa situasi amalan anda...mendaftar menjadi ahlinya secara ONLINE...itu sahaja!!!!!....selebihnya akan di pertanggungjawapkan kepada ahli-ahli yang sanggup menjadi orang-orang belakang tabir di dalam mentadbir persatuan dan segala urusannya....

Saya juga berpendapat, guru-guru yang sediaada juga pun akan menerima dengan baik penubuhan persatuan seperti ini, kerana ianya akan secara langsung membantu guru-guru tersebut dalam pelbagai sudut seperti:-

1. dapat menghubungi semua ahli secara ONLINE

2. dapat memberikan pelbagai maklumat mengenai sesuatu perancangan penurunan ilmu

3. dapat menyampaikan sesuatu berita-berita am yang terkini

4. dan ada pelbagai-bagai manfaat lagi yang boleh di terokai

Untuk menikmati semua yang di perkatakan itu, hanya memerlukan keikhlasan dan semangat kerjasama di antara Persatuan yang di kendalikan oleh guru-guru dengan Persatuan untuk para ahli-ahli ini....tidak harus wujud rasa dengki atau iri hati atau ter-asing....dan tidak harus juga ada unsur-unsur POLITIK atau di POLITIKKAN diantara kedua-duanya....

Jika semua ini dapat di realisasikan, maka masa hadapan keilmuan RBSS ini akan dapat di kekalkan secara berterusan tanpa perlu kehilangan sesiapa....guru-guru tidak akan kehilangan murid dan murid-murid tidak akan kehilangan guru-guru!!!!.....

Segala cakap-cakap dan andaian-andaian yang mengatakan projek penubuhan persatuan untuk ahli-ahli ini akan mendatangkan banyak masaalah dari sebarang kebaikan...adalah dari buah fikiran yang KOLOT serta KETINGGALAN ZAMAN!!!!...itu semua di keluarkan dari persepsi peribadi yang akan merasa bahawa kepentingan peribadi mereka akan lupus atau berkurangan...Bukan dengan fikiran untuk memajukan keilmuan ini untuk masuk ke alaf yang baharu!!!!.....

Saya faham dan mengerti bahawa di dalam setiap keilmuan akan ADA HAK GURU-GURU...iaitu IMBUHAN yang harus mereka terima sebagai GURU....TETAPI penubuhan persatuan ini BUKAN UNTUK MENGAMBIL ALIH HAK GURU-GURU TERSEBUT....ianya lebih kepada PENYATUAN DI ANTARA GURU-GURU DAN MURID-MURID.....

MELAINKAN...MELAINKAN....MELAINKAN....Jika Persatuan yang sediaada BERANI DAN SANGGUP MEROMBAK PERLEMBAGAAN YANG SEDIAADA DAN MERUBAHKANNYA MENJADI PERSATUAN YANG LEBIH MESRA AHLI-AHLI!!!!.....

Di mana setiap ahli itu adalah:-

1. bertaraf AHLI SEUMUR HIDUP

2. tidak ada paksaan untuk menyertai sesuatu aktiviti yang di anjur

3. yuran bulanan yang rendah dan mampu bayar

4. tidak ada peraturan-peraturan yang boleh menjejas semangat belajar seperti pembatalan keahlian jika tidak membayar yuran bulanan berturut-turut.

5. melakukan rombakan terhadap kurikulum mata pelajaran

6. sentiasa mengeluarkan pengiktirafan terhadap ahli-ahli yang berjaya, supaya mereka lebih yakin dan sanggup bekerjasama dengan guru-guru, umpamanya skim MENTOR di anugerahkan kepada ahli-ahli yang boleh memimpin pelajar atau yang memiliki pengaruh terhadap sesuatu kumpulan pelajar...di mana Anugerah MENTOR ini adalah di bawah Taraf Wakil GURU dan harus di atas sedikit dari Taraf KETUA JURULATIH..Dan MENTOR-MENTOR ini terlebih dahulu di berikan pelajaran DO's & DONT's nya serta cara-cara menangani soalan dan masaalah...golongan yang layak ini sebenarnya BUKAN SUSAH untuk di ajar atau di iktiraf menjadi MENTOR kerana mereka secara semulajadinya telah menjadi atau memiliki LEADERSHIP yang tersendiri

7. bebas protokol dan mesti ada keadilan terhadap semua ahli

8. wujudkan website khas untuk ahli-ahli

Jika itu dapat di lakukan dan di mainkan oleh Guru-Guru dan Persatuan mereka sekarang, saya tidak nampak ada KEHARUSAN untuk menubuhkan Persatuan untuk ahli-ahli seperti yang saya sarankan....

Yang penting adalah MANAGEMENT & PLANNING ABILITIES....ini bukan perkara yang SUSAH!!!!...ramai ahli-ahli sekarang yang datangnya dari jurusan-jurusan tersebut!...ambil orang-orang sebegini bagi hal-hal sedemikian...kerana mereka pakar di dalam bidang tersebut...

Dan perlantikan MANAGEMENT TEAM dengan LECTURER TEAM....HARUS DATANG ATAU DI AMBIL DARI ORANG-ORANG YANG BERLAINAN...JIKA MASEH DI CAMPUR-ADUKKAN...MAKA AKAN SENTIASA GAGALLAH USAHA untuk merubah segala sistem pembelajaran yang ada....

Guru-Guru juga harus bersedia untuk MEN-DOKUMENTASIKAN keilmuan yang ada dan di olah menjadi kurikulum-kurikulum yang berperingkat agar mudah di ajarkan kepada murid-murid dari peringkat permulaan sehinggalah mereka itu samoai ke tahap untuk menjadi Jurulatih, Mentor dan seterusnya kepada Wakil Guru....

Ini tidak boleh di sandarkan lagi kepada KETURUNAN atau AHLI-AHLI KELUARGA lagi, kerana SEGUGUS KELAPA BUKAN SEMUA BAIK BUAHNYA....kita harus kembali kepada ASASnya bahawa KERAHSIAAN RAHSIA BUDI SUCI SEJATI ini ADALAH HAK MUTLAK SEMUA MANUSIA BUKAN HAK SESUATU KETURUNAN ATAUPUN SESUATU BANGSA SAHAJA!!!!....

Jika AMALAN TAMBAHAN bolehlah di KLASIFIKASIKAN SEBAGAI HAK KELUARGA KETURUNAN ARWAH BAPAH HJ HASHIM BIN HJ HARIFF...kerana kebanyakan keilmuan Amalan Tambahan itu adalah hasil usaha dan olahan Arwah Bapak!....itu HARUS DI PERTAHANKAN OLEH KELUARGA DAN KETURUNANNYA.....

Berbalik kepada isu saranan penubuhan PERSATUAN AHLI-AHLI RBSS INTERNATIONAL ini....anda sebagai ahli RBSS fikirkanlah dengan sewaras-warasnya....fikirkan masa hadapan dan anak-cucu-cicit kita sendiri...apakah yang akan mereka terima kelak jika sekarang kita tidak berani melakukan apa-apa!!!!

Wassallam!

Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)

Thursday April 17, 2008 - 10:31pm (PDT)

No comments: