Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #135

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #135

THE TECHOLOGY - TEKNIK CABUT-BUANG-SEMBUH - Bhg 2

Dalam TEKNIK CABUT-BUANG-SEMBUH ini akan terbahagi kepada TIGA (3) BAHAGIAN

1. TEKNIK CABUT

2. TEKNIK BUANG

3. TEKNIK SEMBUH

DEFINASI

1. CABUT

Memberi maksud bahawa, kita MENCABUT keluar segala UNSUR-UNSUR PENYAKIT yang berada di dalam TUBUH PESAKIT samaada yang berupa KUMAN/VIRUS atau pun yang berupa sesuatu MAHLUK HALUS dengan MENGGUNAKAN 100% RBSS

2. BUANG

Memberi maksud bahawa, kita MENGELUARKAN sesuatu KUMAN/VIRUS atau MAHLUK daru TUBUH PESAKIT lalu DI BUANG atau dengan maksud lainnya DI HAPUSKAN supaya tidak lagi berada pada tubuh pesakit lagi

3. SEMBUH

Memberi maksud bahawa, setelah PROSES CABUT & BUANG maka PROSES PENYEMBUHAN harus di lakukan supaya pesakit tersebut SEMBUH dan PULIH sihat seperti sediakala

Itulah ASAS-ASAS yang harus di fahami di dalam PROSES PERUBATAN yang menggunakan TEKNIK 100% RBSS ini.......dan seterusnya adalah penghuraiannya mengenai TIGA (3) perkara tersebut!....................


TEKNIK CABUT

MUDAH dan RINGKAS....BERMAKSUD, ketika kita menerima jemputan untuk menyelesaikan sesuatu kes penyakit yang melanda seseorang atas jemputan rakan atau orang ramai...

Pertama sekali:-

· kita harus cuba untuk mengetahui APAKAH JENIS PENYAKIT YANG MELANDA dengan menggunakan segala KEBOLEHAN YANG ADA PADA DIRI

Kedua:-

· apa yang kita ketahui melalui apa juga proses KAJI-SELIDIK yang di jalankan ADALAH HANYA UNTUK KEGUNAAN DIRI KITA SENDIRI dan BUKAN UNTUK DI BERITAHU KEPADA ORANG LAIN

· melalui hasil maklumat dari KAJI-SELIDIK itu maka sesuatu PENYAKIT telah dapat di PASTIKAN

Ketiga:-

· dengan segala MAKLUMAT yang ada maka kita harus MENGATUR LANGKAH atau STRATEGI untuk mengatur cara-cara mengatasinya

· apa yang harus di lakukan dahulu dan apa yang harus di lakukan kemudian

· apa yang boleh di beritahu dan apa yang tidak boleh di beritahu kepada pesakit atau keluarga mereka

PROSES MENCABUT

1. CABUT segala jenis penyakit dari tubuh pesakit samaada yang berupa Kuman/Virus atau dari Mahluk Halus seperti Jin/Syaitan dan yang lain-lain dengan menggunakan TEKNIK CABUTAN dari JURUSAN YANG BERUPAYA MENARIK atau MENGELUARKAN

2. Ini termasuk Teknik-Teknik PEMBEDAHAN RBSS jika di perlukan (bergantung kepada jenis-jenis penyakit)

3. Pemilihan JURUSAN adalah berdasarkan kepada FUNGSI ASAS yang wujud di dalam setiap JURUSAN yang ada (rujuk post #129)

4. Penggunaannya juga harus di sesuaikan dengan TARAF KEKUATAN JURUSAN yang berada di dalam KATEGORInya yang tersendiri seperti dalam kategori TUJUAN atau CIPTA atau CAHAYA dan seterusnya, kerana setiap kategori memiliki FUNGSI dan KEKUATAN yang BERLAINAN

5. lakukan PENCABUTAN dengan TELITI dan HARUS DI PASTIKAN di setiap kawasan tubuh pesakit telah di BERSIHKAN dan di buat PEMERIKSAAN RAPI untuk beberapa kali supaya pesakit benar-benar BEBAS dari UNSUR-UNSUR PENYAKIT......

6. setelah berjaya di tarik atau di cabut, kita harus PASTIKAN bahawa unsur-unsur penyakit yang di cabut itu tidak terlepas dari genggaman dengan MENGUNCI menggunakan ISTIMEWA-ISTIMEWA dalam RBSS dan bukan setakat di kunci dengan Jurusan No.2...Ingat dalam ISTIMEWA adalah bersamaan dengan segala KEUPAYAAN yang wujud dalam Lam Jalala!....(banyak di perkatakan di post yang lalu)


Tip-Tip

· Pastikan pada setiap permulaan Proses Pencabutan, anda telah MENIATKAN untuk MENCABUT KUNCI PENYAKIT dari tubuh pesakit dengan NIAT ..."aku mencabut segala kunci penyakit dari tubuh si polan bin si polan dengan kekuatan TIGA-TIGA" ... ini akan membolehkan atau menyenangkan kita untuk melakukan proses-proses perubatan yang selanjutnya dan mengelak dari penyakit tersebut daripada sukar di cabut! (tidak perlu niat yang panjang lebar dalam soal ini - dan TIGA-TIGA adalah pilihan Jurusan dari Jurusan No.43)

· Tumpukan pada PUSAT (belly button) pesakit dan lakukan proses Pencabutannya dengan menuruti Tata-Tertip penggunaan TINDAKKAN JURUSAN RBSS (jangan gunakan Lam)

· Sebaik-baik kedudukan pesakit ketika melakukan proses perubatan ialah dalam keadaan berbaring terlentang (jika boleh) dan di saksikan oleh sekurang-kurangnya dua (2) orang MUHRIM mereka bagi mengelakkan FITNAH

· Jika pesakit terdiri dari kaum WANITA, adalah di nasihatkan agar tubuh mereka di saluti lagi dengan sehelai kain tambahan seperti kain selimut atau kain batil lepas bagi mengelakkan rupa bentuk badan mereka kelihatan dengan nyata di dalam keadaan pakaian biasa mereka...ini juga bagi mengelakkan FITNAH dan gangguan IBLIS ketika ingin MEMUSATKAN FIKIRAN (kerana kita juga memiliki NAFSU)...kerana setiap kali kita GAGAL memusatkan fikiran, maka proses yang akan di lakukan tidak akan menjadi dengan tepat......

· pastikan segala proses CABUT MENCABUT ini berjalan dalam masa sekitar 5 MINIT sahaja, jika masa itu lebih dari itu bermakna kita di bawah tahap Professional! dan maseh dalam kategori Amatur......

TEKNIK BUANG

1. Setelah Unsur-Unsur Penyakit samaada yang berunsur/berupa Kuman/Virus atau sesuatu mahluk halus (tidak kira apa juga), jangan di masukkan ke dalam BOTOL atau di buang ke mana-mana arah di atas muka Bumi ini, kerana jika di masukkan ke dalam Botol...ia tidak memberikan makna langsung di sebabkan keupayaan mahluk halus menembusi sesuatu pepejal atau objek (juga telah di perkatakan dalam post #65 dan yang berkaitan dengan Jin/Syaitan)

2. Cara yang terbaik serta yang paling tepat ialah dengan MEMBENAMKAN segala yang telah di tangkap itu kedalam PERUT BUMI dengan NIAT:- " assalamuailakum wbt Nabi Tab izinkan aku membenamkan benda-benda dan mahluk halus ini ke Tujuh (7) Petala Bumi buat selama-lamanya"....dan di benamkan dengan menggunakan JURUSAN DUA PENDAT

3. maka dengan cara tersebut, segala yang di benam ke dalam Perut Bumi itu TIDAK AKAN BERUPAYA untuk KEMBALI ke muka Bumi lagi dan mereka akan kekal di dalamnya buat selama-lamanya

4. Jadi tidak ada soal bahawa benda atau mahluk yang sama akan datang menyerang si pesakit lagi...ini berbeza dengan pembuangan yang menggunakan botol atau di hantar ke laut, ke gunung atau ke angkasa seperti yang di lakukan oleh kebanyakan orang.

5. di sebalik itu, diri kita juga akan bebas dari ancaman mahluk-mahluk yang di buang tersebut.....


Tip-Tip

· selepas sahaja proses membenam mahluk-mahluk atau apa juga benda ke dalam Perut Bumi, dengan segera kita harus MENUTUP PERMUKAAN BUMI YANG TERBUKA juga dengan KEISTIMEWAAN YANG ADA MELALUI RBSS

· kerana jika tidak di tutup semula, kebarangkaliannya mahluk-mahluk yang di benam itu berupaya untuk kembali ke permukaan Bumi dan mahluk-mahluk lain di perut Bumi juga akan menggunakan rongga atau lubang tersebut sebagai laluan!...

TEKNIK SEMBUH

Selepas Proses-Proses CABUT & BUANG SELESAI, maka kita harus melakukan Proses SEMBUH terhadap diri pesakit agar segala kesan-kesan yang di tinggalkan oleh Kuman/Virus atau mahluk-mahluk halus tersebut dapat di pulihkan secepat yang mungkin...dan Teknik Penyembuhannya adalah seperti berikut:-

1. dalam proses terakhir, pada tubuh pesakit harus harus "di bakar dengan api" (makrifatkan) agar tidak ada saki baki apa juga benda/mahluk yang tertinggal

2. aktifkan segala KELENJAR YANG MENYIMPAN ANTIDOTE di setiap SENDI TUBUH dengan menggunakan kepakaran menggunakan KEISTIMEWAAN, dan proses ini memerlukan tahap kemakrifatan yang tinggi serta x-ray vision bagi memastikan ANTIDOTE tersebut berjaya di keluarkan oleh sistem tubuh. (rujuk post #63, #95)

3. berikan pesakit dengan AIR SUAM yang telah DI ISI dengan JURUSAN-JURUSAN PILIHAN berdasarkan jenis-jenis penyakit yang melanda diri mereka, dan Jurusan-Jurusan yang di gunakan hendaklah yang bersesuaian dengan kedudukan anggota tubuh yang wujud di dalam KeMakrifatan Jurusan....dan di minumkan kepada pesakit sejurus selepas segala proses selesai...

Tip-Tip

· selepas segala proses CABUT-BUANG-SEMBUH selesai di lakukan, pastikan dalam masa 24 jam berikutnya pesakit tersebut berada di dalam keadaan yang selamat dengan membuat "SHIELD SEMENTARA" dari segala gangguan yang tidak di ingini menggunakan RBSS

· dan dalam 3 hari berikutnya, si pesakit harus di pantau dengan teliti samaada mendapatkan bertita dari ahli keluarga mereka atau buat kunjungan peribadi selama 3 hari itu bagi memastikan pesakit itu benar-benar meningkat kesihatannya dan proses penyembuhan berjalan lancar seperti apa yang kita lakukan

· paling lama sesuatu WARRANTY YANG HARUS DI BERIKAN KEPADA PROSES PENYEMBUHAN harus tidak lebih dari jangka masa 44 HARI dan ini harus di pertimbangkan menurut sesuatu jenis penyakit yang melanda

· jika penyakit dari jenis di rasuk, WARRANTYnya harus dalam masa 24 JAM sahaja, kerana ini dalam kategori kes mudah!, dan memastikan QUALITY PERUBATAN yang kita lakukan itu TEPAT DAN MANPAN.....

· bagi pesakit yang harus menjalani WARRANTY lebih dari 7 HARI maka pada setiap 7HARI berikutnya harus di berikan AIR PENAWAR bagi proses penyembuhan seterusnya

· dan jangan ragu-ragu untuk membuat apa-apa pembetulan atau pembaharuan yang sepatutnya dalam masa WARRANTY tersebut......

· dan cuba elakkan dari memberikan sebarang maklumat yang kita ketahui kepada pihak pesakit dan keluarganya, bagi mengelakkan salah faham dan juga unsur-unsur Fitnah, sebaik-baiknya nasihatkan mereka dengan kata-kata perangsang bagi menaikkan keimanan dan redha terhadap apa yang Allah swt kurniakan serta sifat sabar menghadapi dugaan tersebut

KESIMPULAN

1. Kesemua proses CABUT - BUANG - SEMBUH ini dapat di jalankan dalam masa sesingkat yang mungkin ( mesti kurang dari 20 minit ) kerana melalui Perubatan 100% RBSS ia sememangnya SINGKAT - PANTAS, di mana dalam sesuatu kes yang mudah kita boleh menyelesaikannya dalam tempoh kurang dari 5 minit!

2. Perubatan 100% RBSS ini bebas dari unsur-unsur DEMO ALA-BOMOH, unsur-unsur FITNAH, RIAK-TAKBUR dan jauh dari perbuatan SYIRIK dan KHURAFAT.....

Jadi, anda buatlah penilaian sendiri untuk cara atau kaedah yang bagaimanakah yang harus anda lakukan untuk melakukan sesuatu PERUBATAN & PENYEMBUHAN...dan huraian ini tidak menerangkan dengan tepat, apakah jenis-jenis JURUSAN atau CARA-CARA dari RBSS atas sebab-sebab tidak sesuai di terjemahkan melaui penulisan bentuk Blogging!...oleh yang demikian anda harus melatih diri dengan mengajar minda supaya lebih pintar dan cerdas untuk memahami apa yang di berikakan melalui Blog RBSS ini.....

Wassallam!

Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)

Sunday April 6, 2008 - 05:59pm (PDT)


No comments: