Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #134

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #134

THE TECHNOLOGY - TEKNIK CABUT-BUANG-SEMBUH - Bhg 1

MUKADIMAH

Perkara ini di kemukakan oleh beberapa penanya yang ingin penjelasan lebih lanjut mengenainya, kerana apa yang di fahami dan yang di praktikkan oleh mereka tidak menyamai dengan apa yang di kemukakan melalui Blog ini...

Oleh yang demikian, penulisan article mengenai 'THE ART OF...Perubatan" yang bersiri itu terpaksa di perlahankan pengemukaan huraiannya kerana perkara BASIC atau ASAS mengenai DEFINASI perkara TEKNIK CABUT-BUANG-SEMBUH adalah jauh dari pemahaman pembaca umum.

Sebelum itu, di peringatkan bahawa apa yang di kemukakan melalui TEKNIK CABUT-BUANG-SEMBUH ini ADALAH berdasarkan 100% RBSS dan tidak melibatkan apa-apa keilmuan yang lain seperti penggunaan Lam Jalala dan Permohonan...kerana KONSEP Penerangannya berasaskan KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati!...

Sehubungan dengan itu maka apa yang anda pelajari dari Guru-Guru RBSS yang ada sekarang, adalah BERBEZA serta TIDAK SAMA....ini di sebabkkan apa yang di perturunkan oleh Guru-Guru yang ada, adalah TEKNIK-TEKNIK GABUNGAN dari TIGA (3) JENIS ILMU iaitu RBSS, Lam Jalala dan Permohonan...sebagai asas di dalam ILMU PERUBATAN mereka.

Penggunaan TEKNIK GABUNGAN bukan sesuatu yang salah atau tidak betul, tetapi cara tersebut bertujuan untuk memanfaatkan Ilmu-Ilmu yang ada supaya dapat di Aplikasikan secara saksama...Akan tetapi, itu akan sedikit sebanyak MELUMPUHKAN KEUPAYAAN Ke-RBSSan anda di dalam ILMU PERUBATAN dan PENYEMBUHAN kerana peluang untuk menggunakan secara 100% terbatas!...

Tetapi, jika anda ingin melihat POTENSI Ke-RBSSan anda di dalam ILMU PERUBATAN dan PENYEMBUHAN ini menjulang tinggi, maka anda terpaksa membuat PILIHAN samaada untuk menggunakan TEKNIK GABUNGAN ILMU tersebut atau menggunakan TEKNIK 100% RBSS!...

Kepada yang tidak atau yang belum mengambil amalan Lam Jalala dan Permohonan, maka KONFLIK penggunaan ini tidak akan berlaku, tetapi ia akan sedikit sebanyak mengganggu KEUPAYAAN seseorang yang telah memiliki amalan Lam Jalala dan Permohonan kerana sudah TERBIASA dengan TEKNIK GABUNGAN tersebut.

Jika anda memilih untuk mencuba TEKNIK 100% RBSS, maka anda akan merasa kekok pada peringkat permulaan dan akan menjadi lebih selesa setelah anda dapat menguasai TEKNIK 100% RBSS dengan betul...dan anda akan dapati bahawa TEKNIK 100% RBSS ini adalah YANG BERTEKNOLOGI TINGGI serta ianya CEPAT dan PANTAS!...

Perubatan dan Penyembuhan menggunakan TEKNIK 100% RBSS, tidak akan menggunakan TEKNIK DEMO iaitu Teknik Perubatan ALA-BOMOH, di mana Teknik Perubatan Ala-Bomoh ini kita harus seperti:-

· Memainkan Gerak Mahluk yang di tangkap

· Mengadakan sesi Soal-Jawap dengan Mahluk yang di tangkap

· Memasukkan Mahluk yang di tangkap ke dalam BOTOL

· Memberikan khidmat TILIK MENILIK terhadap punca-punca penyakit kepada keluarga pesakit

· Memerlukan lebih dari satu orang untuk setiap sesi Perubatan kerana harus membawa rakan untuk memainkan GERAK.

Sebenarnya TEKNIK DEMO yang ALA-BOMOH ini, telah OUT DATED atau telah KETINGGALAN ZAMAN di mana ianya lebih sesuai di dalam zaman pemikiran manusia yang mundur KeISLAMannya, rendah KeIMANannya, tipis PengeTAHUannya mengenai APA ITU ISLAM...di mana dalam penggunaan TEKNIK DEMO ALA-BOMOH ini, sebenarnya kita terjerumus ke dalam tiga (3) perkara iaitu:-

1. Mendatangkan FITNAH kerana khidmat TILIK-MENILIK pada sebelum atau sesudah sesi perubatan

2. Menerbitkan rasa RIAK dan TAKBUR semasa sesi DEMONSTRATION menggunakan GERAK di hadapan keluarga pesakit dan orang-orang sekeliling.

3. Mendekatkan diri kita kepada perbuatan SYIRIK kerana KEDUA-DUA SEBAB DI ATAS.

Oleh kerana itu, penggunaan TEKNIK 100% RBSS adalah suatu cara yang MENJAUHKAN diri kita daripada melakukan perkara-perkara tersebut SERTA ianya adalah suatu TUNTUTAN di dalam SYARAK, di mana kita MENGAKU BAHAWA DIRI KITA INI BENAR-BENAR ISLAM...

Penjelasan ini BUKAN BERMAKSUD untuk mengatakan bahawa apa yang di ajarkan oleh pihak Guru-Guru RBSS yang ada itu tidak boleh di pakai langsung atau dengan bermaksud Guru-Guru tersebut melakukan pengajaran yang salah...Tidak begitu!....Kerana mereka mengajar BERDASARKAN kepada keperluan mengajar atas dasar menunjuk-ajar penggunaan-penggunaan Ilmu-Ilmu tersebut....dan adalah menjadi TANGGUNGJAWAP kita sendiri, selepas menerima pengajaran tersebut untuk cara yang bagaimana yang harus kita lakukan di dalam APLIKASI yang sebenar!...kerana GURU YANG TERBAIK ADALAH DIRI KITA SENDIRI!....


Dan penggunaan TEKNIK 100% RBSS ini akan dapat:-

· Meningkatkan KEUPAYAAN diri menggunakan segala Ke-ISTIMEWAAN yang tersemat di dalam PenCahayaan Cahaya Budi

· Meningkatkan KEUPAYAAN Ke-MAKRIFAT-an pada diri sendiri

· Menguatkan Ke-FAHAM-an mengenai penggunaan segala JURUSAN yang ada

· Meninggikan Ke-MARTABAT-an diri di sisi ALLAH SWT kerana dapat menjauhkan perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan SYARAK

· Menidakkan AJAKAN IBLIS untuk melakukan perkara-perkara yang tidak di sukai oleh ALLAH SWT

Itulah kelebihan-kelebihan yang menanti kita, jika penggunaan TEKNIK 100% RBSS ini dapat di ikuti dan di laksanakan...tetapi itu semua terpulang kepada diri anda sendiri untuk menilai segala buruk-baiknya dan menentukan jalan yang harus di pilih.

Tugas yang di mainkan melalui Blog Rahsia Budi Suci Sejati ini adalah tetap sebagai THE ALTERNATIVES & ADDTIONAL INFORMATIONS PROVIDER dan sebagai THE BRAINSTORMER....

Dan penghuraian TEKNIK CABUT-BUANG-SEMBUH di siarkan melalui BAHAGIAN 2 melalui POST yang berikut....

Wassallam!

Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)

Sunday April 6, 2008 - 03:50pm (PDT)


No comments: