RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #136
THE Q&A - FROM HAMBA ABDI
Berikut ini adalah salinan dari email yang di hantar oleh seorang yang menggelarkan dirinya "HAMBA ABDI" dan saya siarkan sepenuhnya komen yang di luahkan untuk tatapan semua pembaca...ini adalah email yang ketiga dari para pembaca yang memberikan sudut pandangan masing-masing, di harap pihak-pihak yang berkenaan akan dapat mengambil apa juga iktibar daripadanya....jangan lari dari tanggungjawap asal anda!...
[ No Subject ]
Monday, April 7, 2008 8:48:38 AM
To:professor_bss@yahoo.com
assalammualaikum w.a.
Tuan prof yang saya hormati,
Setelah begitu banyak di perkatakan dan begitu banyak di huraikan , saya cukup bangga dengan adanya blog ini untok tuntunan pembaca.. Saya salah saorangahli bss tahun 70an ingin menyuarakan isi hati saya yang saya pendamkan selama bertahun mengamalkan bss.
Di sini , saya berani mengatakan bahawa sejak saya mengetahui amalan bss penhidupan saya berubah daripada sejahil manusia kepada sesaorang yangt ahu bersukor.
Dan bertahun juga saya cuba mendalami ilmu bss ini untok mencari huraian dan jawapan yang hingga kini maseh dalam keadaan mencari. Bagi pendapat saya bss adalah ilmu ketuhanan yang tidak boleh diajar oleh sesaorang manusia. Saya dapati ilmu ini penoh dengan keajaiban yang sesaorang manusia itu tidak dapat menghuraikan dengan akal fikiran yang terbatas.
Dan oleh yang demikian saya mempelajarinya dari hari ke hari menggunakan akal fikiran saya untok mengatasi segala rintangan yang ada. Berpuloh tahun juga saya bersedirian tampa bimbingan guru atau kawan ahli.
Baru baru ini saya di kejutkan dengan bermacam macam cerita tentang bss dan perangai sesetengah ahli. Ketahuikah anda apa yang anda miliki adalah semata mata kuniaan yang maha esa. Tiada apa yang harus di sorok atau di perniagakan. Apa yang anda miliki mungkin tiada pada saya, tapi apa yang saya ada mungkin anda tidak milikinya. Itu lah kebesaran yang maha esa.
Bagi pendapat saya janganlah kita merasa yang kita hebat dan berkedudokkan sebagai ketua , guru atau sebagainya. Segala tindakkan kita akan di pertanggung jawabkan di hadapan yang maha esa. Saya pasti di luar sana banyak ahli ahli yang cukup mendalam dan memahami ilmu bss ini hanya melihat dan perhatikan dari jauh peraingai kita ini. Saya rasa sudah tiba masanya untok kita berubah untok ahli ahli bss mengkaji dan mendalami ilmu bss dengan tanpa di klasify baru , lama , murid, ketua atau guru.
SEbaiknya semua ahli bss menuntut pelajaran yang sama, memahami yang sama, perbuatan yang sama dan tiada pileh kaseh. Saya rasa cukuplah setakat ini saya luahkan isi hati saya moga dapat renungan dari pihak yang tertentu. Wasalam.
Real people. Real questions. Real answers. Share what you know.
Dari Professor BSS...Terima kaseh kepada HAMBA ABDI di atas luahan hati dan pandangan peribadi anda tersebut, dan saya maseh mengalu-alukan email-email yang seperti ini daripada sekalian ahli-ahli RBSS walau di mana juga anda berada.
Kerana, pendapat dan pandangan peribadi anda itu akan dapat membuka mata dan hati orang-orang yang berkenaan agar setiap saranan untuk memperbaiki keadaan yang wujud di dalam perkembangan RBSS ini dapat di beri perhatian yang serius oleh mereka, dan tidak meremeh-remehkan apa yang di ketengahkan oleh Blog Rahsia Budi Suci Sejati ini...
Ini juga suatu bentuk sokongan moral terhadap perkembangan RBSS di atas muka Bumi ini, moga-moga di masa-masa yang akan mendatang kita akan sempat melihat perubahan yang nyata sejajar dengan INTIPATI KERAHSIAN RAHSIA BUDI SUCI SEJATI YANG SEBENAR-BENARNYA.....
Jangan ada rasa takut atau gementar untuk menyuarakan pendapat dan pendangan anda ke arah KRITIKAN YANG MEMBINA, seperti kata Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir Bin Mohamad, kata beliau "Speak-out....Speak-Out....Speak-Out"......
Wassallam!
Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)
Sunday April 6, 2008 - 06:26pm (PDT)
No comments:
Post a Comment