Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #130

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #130

KOMEN TERBUKA DARI TUAH7337

Di bawah ini adalah salinan dari soalan yang di kemukakan melalui Post #112, oleh seorang yang memberikan nama sebagai TUAH7337 dan meminta saya memberikan penjelasan...

Saya memberikan jawapan yang ringkas tetapi tepat dan padat kerana ianya telah banyak di perkatan melalui penulisan Blog RBSS ini...jadi tidak perlulah bagi saya untuk memberikan jawapan yang panjang lebar mengenainya...yang perlu di lakukan oleh saudara TUAH7337 ialah kembali meneliti isi kandungan Blog RBSS ini...dan di ucapkan ribuan terima kaseh kerana memberikan perhatian...

Dan salinan soalan serta jawapan yang di berikan, saya postkan melalui email kepada beliau adalah seperti berikut:- (Tulisan berwarna Hitam adalah soalan dan berwarna Biru adalah jawapan)

Waalaikumsalam wbt..

Saudara Tuah!

Sebenarnya, saya telah banyak memperkatakan segala persoalan anda melalui banyak posting melalui Blog saya ini (sila baca kembali sebagai rujukan anda)

Selain apa yang pernah saya terangkan melalui post-post melalui Blog RBSS, di bawah ini saya terangkan serba sedikit menurut soalan yang ada...

A'KUM.....NAMA SAYA TUAH.SAYA NAK TANYA SESUATU.SETAHU SAYA BUDI SUCI SEJATI TELAH DIHARAMKAN OLEH MAJLIS AGAMA ISLAM KUALA LUMPUR.INI ADALAH LAPORANNYA SAYA DAPAT MELALUI INTERNET:-

mengenai PERSATUAN BUDI SUCI SEJATI..



Persatuan Budi Suci Sejati telah di Wartakan Haram oleh Mufti Wilayah Persekutuan pada 2/11/1987. No Warta PU( B ) 653.

Di antara kesilapan yang dikenal pasti pada persatuan Budi Suci Sejati adalah seperti berikut:
1. Mengamal zikir tertentu terus mendapat ilmu persilatan tanpa melalui proses pembelajaran.

>>yang ini tidak ada di dalam Intipati Pelajaran Rahsia Budi Suci Sejati!

2. Mendapat ijazah silat dan sekaligus bersahabat dengan jin.

>>Ini juga tidak ada di dalam Intipati Rahsia Budi Suci Sejati!

3. Ilmu Budi Suci adalah rahsia dan tidak boleh disebarkan kepada orang lain kecuali terlebih dahulu mendapat ijazah daripada gurunya.

>>Ini juga tidak berasal dari Intipati Pelajaran Rahsia Budi Suci Sejati

4. Mempunyai kepercayaan kepada Nur Muhammad dan Wahdatul wujud.

>>Ini juga tidak menjadi teras di dalam Intipati Pelajaran Rahsia Budi Suci Sejati!

5. Mempunyai unsur persahabatan dengan jin

>>Ini juga jauh dari Intipati Pelajaran Rahsia Budi Suci Sejati!

soalan saya..
1.adkh pihak JAKIM menganggap amalan PERSATUAN BUDI SUCI SEJATI adlh serupa dgn amalan yg dbawa oleh pak mail melalui persatuannyer iaitu KEBATINAN BUDI SUCI???ini kerana kepercayaan kepada Nur Muhammad dan Wahdatul wujud tidak diamalkn didlm PERSATUAN BUDI SUCI SEJATI..

>>>Belum di wartakan oleh JAKIM bahawa PBSS ini serupa dengan KBS Wak Mail.

2.adkh pihak JAKIM sendiri telah menangkap KETUA GURU PERSATUAN BUDI SUCI SEJATI dan mendedahkn ajaran yg dibawa didlm PERSATUAN BUDI SUCI SEJATI seperti mane yg telah terjadi kepada pak mail dan persatuan KBSnya???

>>>Ini juga belum pernah berlaku dan JAKIM tidak ada kes untuk berbuat demikian terhadap PBSS..

3.apakah pula bukti pihak JAKIM menyatakan amalan yg dbawa oleh PERSATUAN BUDI SUCI SEJATI ini Mempunyai unsur persahabatan dengan jin??

>>>Jika soalan nombor 2 di katakan tidak ada kes terhadap PBSS, maka soalan nombor 3 ini juga belum pernah terjadi langsung!..


4.adkh pihak JAKIM telah menyiasat dgn lbh dlm mengenai amalan yg dibawa oleh PERSATUAN BUDI SUCI SEJATI sama ada ia mnyeleweng dari segi agama ataupun tidak??

>>>>Belum pernah pihak JAKIM membuat sebarang penyiasatan salah-laku atau penyelewengan aqidah terhadap PBSS semenjak ianya di perkenalkan di Malaysia sehingga ke hari ini.

5.jika benar PERSATUAN BUDI SUCI SEJATI ini adalah haram dan ajarannya sesat mengapa pihak JAKIM tidak menangkap KETUA GURU persatuan ini seperti yg telah berlaku pada pak mail dan persatuannya iaitu KEBATINAN BUDI SUCI dimana pak mail sendiri telah membuat pengakuan mengenai ajaran yg dibawanye adalah sesat????

>>>Jika pihak JAKIM belum ada sebarang kes terhadap PBSS, bagaimana pula mereka boleh menyifatkan ajaran Rahsia Budi Suci Sejati ini sebagai ajaran sesat!...dan apa yang berlaku terhadap KBS ajaran Wak Mail adalah terbukti wujud kes penyelewengan akidah dan ajaran seperti yang di wartakan oleh JAKIM dan itu tidak bersangkutan dengan PBSS.

Nasehat saya, agar anda meneliti kembali apa yang telah saya terangkan melalui Blog Rahsia Budi Suci Sejati ini secara menyeluruh dari awal post, kerana jika anda berbuat demikian, saya yakin soalan-soalan yang di kemukakan ini tidak akan terbit dari fikiran anda...

Terima kaseh kerana memberikan perhatian terhadap Blog RBSS ini...

Sekian dan Wassallam!

Professor BSS

TOLONG HANTAR KE EMAIL SAYA SECEPAT YANG
MUNGKIN. TUAH7337@YAHOO.COM.

Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)

Monday March 31, 2008 - 02:41pm (PDT)

No comments: