Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #131

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #131

THE ART OF...Perubatan #5 - SIHIR

JENIS ILMU

SIHIR adalah suatu jenis amalan yang menggunakan 100% khidmat KHADAM seperti mahluk Jin/Syaitan, dan kebanyakannya di gunakan oleh Pengamal-Pengamal ILMU HITAM di seluruh dunia bagi di gunakan untuk PEDINDING diri dan juga sebagai ALAT untuk merosakkan atau mengacau atau mengkhianat orang lain, yang di lakukan oleh kehendak sendiri (si pengamal) ataupun kerana di upah atau di suruh oleh orang lain...

Adapun ILMU SIHIR ini ada berbagai jenis-jenisnya (mengikut benua), tetapi ASAS KEILMUANnya TETAP SAMA iaitu melakukan pemujaan atau bersekongkol dengan mahluk-mahluk Iblis/Jin/syaitan...di mana jenis keilmuan ini sangat ketara kewujudannya di dalam zaman Nabi Musa as dan terus wujud sehingga ke hari ini...

ILMU SIHIR ini di AMALKAN oleh seseorang itu kerana mereka dapati bahawa amalan tersebut lebih MANPAN atau BERKESAN dari ILMU PUTIH apabila inginkan sesuatu di lakukan mengikut kehendak mereka.

Di daerah atau negeri-negeri NUSANTARA, ilmu sihir ini telah menjadi kebiasaan kepada masyarakat umum dan maseh di guna-pakai oleh orang-orang zaman moden dan berpendidikan tinggi samaada dari jurusan DUNIAWI mahupun UKHRAWI...

TEKNIK MENGGUNAKAN

TEKNIK menggunakan Ilmu Sihir ini amat mudah, setelah berjaya mengikut syarat-syarat pengambilan ilmu dan jenis-jenis pengamalannya, seseorang itu boleh menggunakannya untuk mengkhianati diri orang lain dengan memerintah Khadam-Khadam mereka bagi menghantar apa juga jenis pengkhianatan samaada secara langsung (tanpa peralatan) ataupun dengan menghantar pelbagai jenis peralatan bagi mewujudkan penyakit.

Peralatan untuk mewujudkan penyakit ini, adalah menghantar benda-benda seperti paku, jarum, rambut, miang buluh, duri bambu, racun-racun, binatang, serangga atau apa juga bahan-bahan yang boleh mendatangkan mudarat terhadap tubuh manusia.


Dengan keilmuan itu, mereka akan menghantar "barangan" tersebut dengan menggunakan khidmat "khadam-khadam" mereka, lalu di masukan ke dalam tubuh manusia yang di sasarkan tanpa dapat di lihat oleh mata kasar manusia yang lain...dan apabila "khadam-khadam" tersebut berjaya membawa masuk "barangan" tersebut ke dalam tubuh, maka mereka akan melaksanakan proses seterusnya iaitu menggunakan apa yang di bawa sebagai alat untuk menyakitkan tubuh mangsa.

KESAN-KESANNYA

Apabila seseorang terkena SIHIR seperti itu, maka tubuh badan mereka akan kesakitan dan akan menimbulkan pelbagai jenis penyakit seperti busung, muntah darah, pendarahan dalaman, histeria, hilang akal, anggota-angota badan menjadi reput/membusuk dan yang sepertinya...ini dengan tujuan untuk menyakitkan tubuh badan sasaran.

Bagi SIHIR yang bertujuan bukan untuk menyakitkan, mereka akan "membuat" seseorang itu berada di dalam perintah mereka seperti di kawal secara jauh (remote control) tanpa di ketahui oleh orang-orang tersebut...dan "kawalan" tersebut juga di lakukan dengan menggunakan "khadam-khadam"...dan apabila ini berlaku, maka seseorang itu akan hilang kawalan pada diri sendiri dan akan menurut apa yang di "bisikkan" oleh khadam-khadam yang mendiami tubuh mereka...

APA YANG BERLAKU DI SEBALIK TUBUH MANUSIA

Jika seseorang manusia itu terkena perbuatan SIHIR dari ILMU HITAM ini, perkara pertama yang berlaku ialah segala Sistem Organ Dalaman manusia itu di kacau bilaukan atau di kocar-kacirkan operasinya oleh khadam-khadam tersebut.

Dengan mensasarkan Organ-Organ Dalaman, si pengamal Ilmu Hitam ini dengan bantuan khadam-khadam mereka akan dapat merosakkan kekuatan diri seseorang manusia yang sihat kepada keadaan yang menyakitkan...dan kesakitan itulah yang menjadi tujuan asas mereka sebagai menunjukkan rasa membalas dendam dan kepuasan diri.

Dalam hal sebegini, dari segi kerohanian yang terkena sihir itu akan terganggu-gugat tahap keimanan mereka kerana SIHIR juga adalah suatu kategori PERMAINAN PSIKOLOGI...

Di mana selain dari merosakkan Organ-Organ Dalaman, OTAK yang memuatkan AKAL FIKIRAN juga di sasarkan untuk di ganggu supaya fikiran mangsa di dapat di gunakan dengan waras buat jangkamasa yang tertentu.

Seperti Ilmu-Ilmu yang sekategori di dalam Ilmu Pengaseh, Pelalau, Penunduk, Penggerun ini menggunakan kaedah memalsukan fakta-fakta di dalam FIKIRAN manusia dari fakta yang sebenar kepada fakta yang di palsukan melalui kerja-kerja khadam-khadam tersebut, seperti seseorang itu akan melihat orang yang buruk menjadi cantik dan lawa, orang yang lemah di lihat sebagai kuat dan gagah, orang yang di benci akan di sukai, orang yang suka menipu di sangka baik dan perkara-perkara seperti demikian...inilah yang di kategorikan sebagai SIHIR...


CARA MENGATASI

Untuk mengatasi hal-hal yang sedemikian, melalui 100% penggunaan RBSS...kita harus pastikan bahawa segala anasir yang membawa penyakit tersebut (khadam-khadam) di hapuskan dengan kaedah CABUT - BUANG - SEMBUHKAN.

Di mana, proses mencabut itu harus di lakukan dengan teliti dan di pastikan bahawa selain dari khadam-khadam tersebut, tidak ada "benda-benda atau barangan" lain yang di bawa masuk ke dalam tubuh seseorang itu tertinggal...

Melalui proses perawatan 100% RBSS, jangan khuatir jika "benda-benda atau barangan" yang di cabut itu tidak kelihatan seperti objek sebenar (seperti paku- keluar paku) kerana itu BUKAN MENJADI ASAS KEPERLUAN DI DALAM RBSS untuk berlaku seperti itu, memadai dengan PEMERIKSAAN YANG RAPI bahawa segala apa juga "benda-benda dan barangan" serta apa juga mahluk TELAH DI CABUT KELUAR dari tubuh badan pesakit!...dan pesakit itu telah BERSIH 100%...

Setelah proses CABUT & BUANG selesai, maka proses PENYEMBUHAN harus di lakukan mengikut keperluan semasa dan keadaan si pesakit mengikut jenis penyakit yang di hidapi...

Ketika melakukan proses Rawatan dan Penyembuhan ini, kita tidak harus memikirkan atau mencari/mengesan, siapa yang melakukan atau yang menghantarnya, siapa penyuruhnya (pengupah) dan apakah jenis mahluk-mahluknya...cukup dengan sistem CABUT - BUANG - SEMBUHKAN...kerana semuanya itu adalah proses membuang masa dan tidak relevan dengan cara perubatan 100% RBSS!...

Jika kita dapat mengetahuinya pun tiada faedah sampingan, dan jika untuk di jadikan modal bagi di ceritakan kepada pesakit atau keluarga pesakit juga tidak relevan dengan SYARAK kerana kita akan mewujudkan FITNAH dan RASA DENDAM di hati mereka kelak!...untuk di jadikan kebanggaan pada diri bagi di kagumi oleh orang ramai juga tidak berasas dan itu juga bertentangan dengan TUJUAN KEILMUAN RBSS!...

Wassallam!

Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)

Monday March 31, 2008 - 04:33pm (PDT) Permanent Link | 1 Comment


No comments: