Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #129

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #129

THE TECHNOLOGY - JURUSAN

JURUSAN yang akan di perkatakan ini HANYA MERUJUK kepada 10 JURUSAN PERTAMA yang bermula dari No.1 hingga No.10 sahaja...Di mana kesemua JURUSAN ini ada maksud yang tersembunyi di dalamnya...

Apa yang kita ketahui melalui PRINSIP KE-2 ini ialah setiap Jurusan ada sasaran makrifatnya yang di tujukan kepada Lembaga manusia yang tidak menyerupai sesiapa itu, dan sasarannya itu pula tidak tertumpu di satu tempat atau kawasan sahaja...

Pada kali ini, saya tidak akan menceritakan Asal-Usul Jurusan kerana ianya telah di perkatakan di post yang lalu...tetapi pada kali ini, saya mengajak anda untuk memerhatikan "sasaran jurusan" dan apa yang boleh kita cedok keilmuannya di situ...

Pertama:-

Jurusan No.1 sasarannya adalah di bahagian PERUT....dan apakah yang menjadikan Perut ini menjadi sasaran no.1?, dan apakah yang ada di dalamnya?....

Dalam diri manusia itu, pada bahagian Perutlah yang menjadi tempat untuk mengumpul kesemua bahan makanan dan minuman untuk di proses menjadi bahan-bahan yang di perlukan oleh tubuh manusia seperti darah, zat-zat, vitamin dan udara yang di canai melalui darah bagi tujuan kesihatan tubuh...maka di dalam Perut inilah ada sebuah kilang yang begitu canggih beroperasi sebagai "Kilang Makanan" bagi tubuh, di mana ianya merangkum usus besar, usus kecil serta berhubung-kait dengan operasi ginjal, limpa, hati, hempedu, paru-paru, jantung, pundi air kencing dan akhir sekali otak...

Dalam lain maksud, pada bahagian Perutlah terletaknya kekuatan bagi sistem kejasmanian, dan jika sistem keperutan ini lumpuh, sakit atau tidak berfungsi, maka segala sistem lain yang ada pada tubuh itu akan rosak atau lumpuh....kerana bekalan "makanan" dari kilang tidak beroperasi seperti biasa...

Itu sebabnya, Jurusan No.1 menjadikan PERUT sebagai sasaran yang PERTAMA dan UTAMA bagi MELUMPUHKAN KEKUATAN MANUSIA...

Kedua:-

Jurusan N0.2 sasarannya pula adalah dari bahagian Pinggang ke bawah...dan apa pula yang tersembunyi di sebaliknya?...

Jika di sebut "dari Pinggang ke bawah", maka menurut sistem tubuh manusia, dari pinggang ke bawah itu terletaknya organ ginjal atau Buah Pinggang yang bekerja memproses darah setelah di guna-pakai oleh jantung dan mengeluarkan segala sisa-sisa darah dan air yang tidak di perlukan oleh tubuh...

Maka jika Buah Pinggang ini rosak atau lumpuh atau gagal berfungsi kerana sesuatu penyakit atau di rosakkan, sistem pendarahan yang bersih tidak dapat di lakukan dan akhirnya akan membuatkan tubuh tersebut menjadi lumpuh atau tidak berupaya untuk berjalan dan berdiri lagi...Melalui JurusanN0.2 ini juga ianya bertindak melumpuhkan tubuh manusia dengan merosakkan sistem ginjal di dalamnya...

Ketiga:-

Jurusan N0.3 juga maseh di kawasan Perut, dan tujuannya juga sama iaitu merosakkan sistem keperutan dengan lebih teruk lagi, jika N0.1 merosakkan sahaja perjalanan sistem perut, tetapi N0.3 ini akan menghancurkan keseluruhan sistem dan tidak akan boleh beroperasi atau di baiki lagi...

Keempat:-

Jurusan N0.4 mensasarkan bahagian Dada manusia, dan di dalam dada manusia itu pulalah yang meletakkan kesemua organ utama seperti jantung, paru-paru, hati, limpa, hempedu dan organ-organ sokongan..

Melalui N0.4 ini, tujuannya ialah untuk merosakkan sistem pertahanan tubuh manusia dengan mengkocar-kacirkan sistem perjalanan darah dan pengudaran tubuh, jika ini berlaku maka tubuh manusia itu akan menjadi tidak berdaya atau lemah...

Kelima:-

Jurusan N0.5 pula mensasarkan Sebahagian Tubuh yang di bahagi kepada dua, seperti membuat belahan kepada satu objek kepada dua bahagian, dan jika di lakukan kepada tubuh manusia maka segala sistem yang ada terputus dan tidak boleh beroperasi lagi, maka dengan itu manusia itu akan lumpuh atau pun mati...


Keenam:-

Jurusan N0.6 ini pula mensasarkan pada bahagian Tekak atau Halkum, pada bahagian inilah ada dua (2) tugas utamanya iaitu untuk menjadi laluan kepada sumber makanan yang di hantar ke dalam perut dan menjadi laluan untuk menghantar udara ke bahagian paru-paru bagi pengambilan oksgen...

Jika sistem Tekak atau Halkum ini rosak, maka kedua-dua jenis sumber itu tidak sampai kepada destinasinya dan Tekak atau Halkum ini di ibaratkan sebagai suatu JEMBATAN yang merentasi sungai atau lautan

Ketujuh:-

Jurusan N0.7 ini pula mensasarkan kepada Seluruh Tubuh dari kepala hingga ke kaki bagi tujuan untuk menghumban objek tubuh itu samaada ke arah kanan atau ke arah kiri, jika ini berlaku maka ia akan merosakkan sistem luaran dan dalam tubuh kerana humbanan...

Kelapan:-

Jurusan N0.8 pula mensasarkah pada bahagian Tengkuk, dan pada bahagian Tengkuk inilah laluan bagi Saraf Tunjang bagi perjalanan darah dari jantung kepada bahagian Otak dan dari otak kepada bahagian tubuh yang lain...jika Tengkuk ini patah atau rosak, bermakna sistemnya tidak akan berfungsi lagi seperti biasanya...

Kesembilan:-

Jurusan N0.9 pula mensasarkan Keseluruhan Tubuh sebagai sebuah objek dan memusingkannya dengan ligat supaya keseluruhan perjalanan sistem tubuh menjadi kucar-kacir dan mengganggu penumpuan dari bahagian otak...jika ini berlaku maka otak tidak akan dapat menguasai diri atau tubuh itu lagi...

Kesepuluh:-

Jurusan No.10 ini mensasarkan pada bahagian Otak, dengan tujuan untuk memutuskan penguasaan Otak yang di kawal oleh Roh bagi mengawal tubuh tersebut...dengan memutuskan atau merosakkan Otak dan sistemnya maka keseluruhan tubuh itu tidak berfungsi lagi...


Kesemua sasaran yang ada melalui 10 Jurusan itu bukan hanya sekadar untuk TUJUAN MEROSAKKAN sahaja seperti yang di gambarkan...gambaran itu di tujukan kepada sasaran yang ingin bertindak melakukan kezaliman terhadap diri kita...TETAPI melalui sasaran itu juga ada tersemat cara-cara untuk menggunakan JURUSAN di dalam Bidang PENYEMBUHAN PENYAKIT pada tubuh manusia...kerana setiap PENYAKIT akan merosakkan sistem dalam tubuh yang di anggotai oleh Organ-Organ Dalaman...

Kerana itu juga, Jurusan-Jurusan N0.1, N0.6, N0.10 di kategorikan sebagai JURUSAN MAUT dan tidak boleh di gunakan sembarangan!

Dan dengan menggunakan JURUSAN yang berkenaan dengan sasaran itu jugalah PENYEMBUHAN akan dapat di lakukan....kerana melalui Segmen THE ART OF...Perubatan akan di sebut mengenai PENYAKIT dan Organ-Organ Dalaman yang terlibat untuk di sembuhkan dan cara-cara mengubatinya, cuma tidak akan di terangkan Jurusan-Jurusannya sahaja, cukup dengan mengemukakan Organ-Organ yang terlibat sahaja...

Yang terpenting melalui maklumat di atas ini ialah SASARAN JURUSAN yang berada samaada di dalam diri ataupun di luar diri manusia...kerana melalui Sasaran Jurusan itulah kita akan dapat MEMPELBAGAIKAN CARA MENGGUNAKAN JURUSAN-JURUSAN YANG ADA, bukan setakat Makrifat sahaja!...

Perkara mengenali dan mengetahui JURUSAN ini lah yang membezakan kecerdikan seseorang ahli RBSS dengan ahli RBSS yang lain......

Wassallam!

Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)

Sunday March 30, 2008 - 10:09am (PDT)

No comments: