Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #126

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #126

THE ART OF...Perubatan #3 - KOMA

KOMA adalah keadaan seseorang yang tidak boleh mengawal keseluruhan diri dan fikiran di sebabkan oleh beberapa bencana atau malapetaka...

Tetapi secara keseluruhannya KOMA boleh di bahagikan kepada beberapa bahagian.

1. KOMA kerana serangan ANGIN AHMAR

2. KOMA kerana serangan JANTUNG yang tidak berfungsi

3. KOMA kerana serangan ASTHMA (sesak nafas)

4. KOMA kerana KEMALANGAN yang serius (dalam pelbagai keadaan)

5. KOMA kerana RASUKAN mahluk halus

6. Dan ada banyak lagi jenis-jenis KOMA

Sebab-sebab utama terjadinya KOMA

· Perjalanan darah yang sangat lemah atau terlalu kuat di sebabkan oleh keadaan Jantung yang berpenyakit.

· Perbekalan oksigen terputus kepada bahagian OTAK kerana sistem paru-paru terganggu

· Organ-organ dalaman yang tidak berfungsi untuk bekerjasama dengan sistem yang lainnya.

· Lemak yang meliputi urat-saraf jantung sehingga melemahkan denyutannya

· Pendarahan yang keluar terlalu banyak (kemalangan)

· Fungsi OTAK di ambil alih oleh Jin/Syaitan

· Dan banyak lagi sebab-sebab kesihatan yang lainnya...

Jika berhadapan dengan KOMA-KOMA seperti yang tertera di atas, kita haruslah berhati-hati di dalam meneliti punca penyakit yang menyebabkan KOMA..

Melalui sejarah kesihatan diri pesakit harus di ambil kira sebelum memutuskan TINDAKKAN yang akan di ambil bagi merawat pesakit tersebut...ini memberi maksud agar kita jangan cepat terpedaya dengan gangguan Iblis yang akan mengatakan mereka itu KOMA atas "buatan orang"...

Gangguan seperti ini yang di lakukan oleh Iblis bagi "merosakkan reputasi RBSS" dengan mengajurkan kita supaya melakukan kesilapan di dalam "men-diagnose" penyakit si pesakit...di mana ramai ahli-ahli RBSS yang terjebak dengan perkara seperti ini...dan akhirnya mereka itu gagal menangani atau menyembuhkannya...

Kerana, jika seseorang itu KOMA BUKAN ATAS SEBAB-SEBAB yang lain TETAPI kerana DI RASUK, maka kita tidak harus menggunakan jenis-jenis perubatan atau cara yang serupa dengan perawatan untuk KOMA yang lain...

DI RASUK, perawatannya adalah seperti yang sedia maklum...cabut - buang - sembuhkan....tetapi untuk KOMA dari jenis PENYAKIT dari dalam diri, maka cara perawatannya harus di sesuaikan dengan jenis-jenis penyakit yang melanda seperti Asthma, Kidney Failure, Heart Failure dan sebagainya itu...

Dan untuk merawat KOMA yang bukan dalam kategori DI RASUK ini, harus di sertkan dengan cara-cara perawatan perubatan yang merawat KEJASMANIAN seperti yang di lakukan oleh para Doktor Moden dan sebagainya itu...kerana KOMA kerana Organ-Organ Dalaman gagal berfungsi ini, memerlukan banyak bantuan seperti bekalan oksigen, darah, air, vitamin dan yang berkaitan, jadi seelok-eloknya perawatan Kejasmaniannya biarlah di HOSPITAL!...dan rawatan Kerohaniannya sahaja yang harus di tangani dengan cara RBSS...

Ini untuk mengurangkan risiko KEGAGALAN seseorang ahli RBSS yang menangani pesakit tersebut kerana kekurangan pengetahuan dan pengalaman...dan demi menjaga nama baik atau reputasi RBSS itu sendiri...kerana jika mereka GAGAL menyelamatkan si pesakit TANPA di rujukkan kepada pihak perubatan profesional moden, maka andalah yang bertanggungjawap terhadap apa yang akan terjadi...

Seperti yang pernah saya huraikan di post-post yang lalu (post #96), di dalam RBSS wujud Ilmu Pembedahannya juga, tetapi selok-belok untuk melakukan sesuatu pembedahan dengan menggunakan RBSS juga bukanlah sesuatu yang amat mudah dan memerlukan tahap ketekunan dan pemfokusan yang tinggi serta jitu...

Yang terpenting di sini adalah bagaimanakah kita melakukan penyembuhannya, adakah kita bergantung kepada lain-lain ILMU seperti Permohonan atau 100% menggunakan RBSS!...jika 100% menggunakan RBSS maka kita juga harus tahu dan faham selok-belok segala JURUSAN dengan baik...jika tidak, penyembuhan itu tidak akan menjadi langsung...begitu juga dengan Permohonan, akan bergantung kepada setepat mana bacaan 17 jenis ayat-ayat di dalamnya...jika ada kesilapan di mana-mana maka akan kuranglah keafdalannya...

Dan setiap penyakit yang melibatkan Organ-Organ dalaman seperti Jantung, paru-paru, ginjal, hati, limpa dan sebagainya itu sangat memerlukan masa-masa tertentu untuk sembuh, jadi kita juga harus faham mengenai jangka-waktu proses penyembuhan bagi di sesuaikan dengan TINDAKKAN kita, kerana kita boleh memendekkan jangka masa tersebut, jika memerlukan kita berbuat demikian...

Berbalik kepada jenis-jenis KOMA, yang harus kita perhatikan ialah Organ yang mana satu yang gagal berfungsi dan kaitannya dengan yang lain, di situ kita fokuskan apakah yang sesuai untuk di gunakan sebagai langkah penyembuhan penyakit...
Kekerapan memberikan "air penawar" juga adalah langkah penyembuhan yang terbaik bagi rawatan untuk KOMA ini...kerana "air penawar" yang kita lakukan itu merupakan suatu DOA bagi yang menderita kesakitan yang kita pohonkan kepada ALLAH SWT...
Jadi, buatlah rawatan yang bersesuaian dengan penyakit KOMA ini...
Wassallam!

Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)
March 27, 2008 - 09:57pm (PDT)

No comments: