RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #125
THE ART OF...Perubatan #2 - SUMBER PENYAKIT
Seperti yang telah di jelaskan melalui Post #58, #62/63, #72, #95/96, dan saya ulangi sekali lagi melalui post kali ini, setiap penyakit yang menimpa diri seseorang manusia itu juga datangnya daru dua (2) sumbernya...
Pertama
Yang di datangkan kepada diri manusia oleh ALLAH SWT itu sendiri sebagai jalan/kaedah sesuatu PEMBALASAN dan PENGAMPUNAN terhadap sesuatu DOSA yang di lakukan oleh seseorang manusia itu terhadap ALLLAH SWT.
Penyakit-penyakit itu di bawa khas oleh Para Malaikat yang bertugas dan di masukan ke dalam diri seseorang manusia itu dan menularlah ia sebagai suatu penyakit...
Kedua
Yang di bawa oleh Jin/Syaitan atas perintah Iblis setelah mendapat perkenan ALLAH SWT kerana kemahuan Iblis yang bersekongkol dengan manusia-manusia jenis durjana yang mahukan rakan atau seterunya di timpa kemalangan atau sesuatu jenis penyakit...
Kaedah yang sama juga di gunakan oleh Iblis dengan memerintahkan Jin/Syaitan untuk menyerapkan penyakit atau menjadi penyakit yang akan menyakitkan diri seseorang manusia itu menurut apa yang di kehendaki oleh Iblis atau orang-orang yang menghendakinya...
Itulah lah dua (2) sumber kedatangan sesuatu penyakit terhadap seseorang manusia tidak kira di atas Bumi mana mereka itu berpijak atau siapakah diri mereka di kalangan masyarakat atau jenis keilmuan apa yang mereka amalkan....asalkan mereka itu dari keturunan mahluk manusia, kesemuanya tidak terlepas dari menghidapi penyakit...yang membezakannya hanyalah dari sumber yang mana satu mereka itu di datangi penyakit dan seserius mana penyakit yang mereka hidapi...
Penyakit yang di bawa atau yang di datangkan oleh Iblis, juga tertakluk kepada PEMBALASAN dari PERBUATAN-PERBUATAN atau DOSA-DOSA yang pernah di lakukan samaada dengan sengaja atau tanpa di sengajakan oleh seseorang itu...kerana ALLAH SWT itu juga MAHA MEMBERI PEMBALASAN!....
Kesimpulan
Jadi, dengan mengetahui dua (2) sumber ini. yakni dari mana datangnya penyakit, dan di gabungkan dengan dua (2) sumber yang di sebut melalui PERUBATAN #1 - JENIS-JENIS PENYAKIT, bagi tempat atau lokasi penyakit itu di hinggapi...maka setiap ahli RBSS yang ingin memulakan sesuatu PERAWATAN sudah memenuhi keperluan ASAS yang pertama untuk melakukan proses-proses rawatan yang seterusnya pula...
Maksudnya, setelah YAKIN keempat-empat jenis sumber itu di ketahui, maka di peringkat inilah kita harus berlaku jujur terhadap diri sendiri dan juga terhadap keluarga dan pesakit, bagi memberitahu keputusan kita samaada mampu atau tidak untuk menjalankan proses PERUBATAN dan PENYEMBUHAN selanjutnya...
Jika di fikir diri sendiri kurang berkemampuan untuk melakukannya, maka secara ikhlas dan jujurnya kita harus menolak untuk membuat rawatan dan pengubatan kepada pesakit dan keluarganya, supaya mereka boleh merujuk kepada yang lebih pakar...
Atau kita juga boleh meminta bantuan dari ahli-ahli yang lebih pakar di dalam penyakit-penyakit tersebut untuk membantu merawat dan daripada situ kita mempelajari cara-cara yang di lakukan oleh pakar tersebut untuk di jadikan ilmu pengetahuan diri kita sendiri...semoga di lain kes anda akan dapat untuk melakukannya sendiri...
Di sinilah terletaknya ke-ego-an diri kita sendiri, jika kita berani merendahkan diri dengan berlaku jujur dengan segala kemampuan diri, maka kita sebenarnya telah dapat menjinakkan rasa ke-ego-an yang di pelopori oleh Nafsu kita untuk sentiasa merasa megah-diri!...itu kelaziman manusia...
Oleh yang demikian, di bahagian seterusnya melalui THE ART OF...PERUBATAN akan berlanjutan dengan siri-siri selanjutnya...
Wassallam!
Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)
Thursday March 27, 2008 - 05:34pm (PDT)
No comments:
Post a Comment