Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #127

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #127

THE ART OF...Perubatan #4 - DI RASUK

Perkataan DI RASUK ini menjurus kepada diri seseorang manusia yang tubuh badannya di masuki serta di kuasai oleh mahluk Jin/Syaitan atau lebih di kenali sebagai mahluk halus...dan pada kali ini, saya cuba merungkai beberapa perkara yang harus di ambil perhatian mengenai hal-hal KERASUKAN ini.

Siapa yang DI RASUK

Selalunya, mahluk-mahluk jin/syaitan akan sentiasa menunggu peluang-peluang yang ada untuk memasuki tubuh badan seseorang manusia dengan tujuan yang pelbagai...dan jin/syaitan ini sebenarnya TIDAK MEMILIH siapa yang mereka sasarkan untuk di masuki, kerana setiap diri manusia itu AKAN ADA sekumpulan jin/syaitan yang sentiasa bekerja 24-7 untuk menunggu peluang merasuki diri mereka...dan ini membawa maksud bahawa, setiap kelahiran seorang manusia AKAN di sertakan sekumpulan jin/syaitan untuk bekerja mengganggu gugat diri mereka jika terdapat peluang-peluang berbuat demikian.

Cuma yang bezanya adalah kemartabatan diri seseorang itu sahaja, ini bermakna semakin tinggi martabat manusia, maka semakin ramai jin/syaitan yang di peruntukkan bagi mengekori diri mereka dan semakin tinggi pula jenis atau pangkat jin/syaitan tersebut di kalangan kaum mereka...

Itu sebabnya dalam AJARAN ISLAM, apa juga perkara yang ingin kita lakukan HARUS di mulai dengan ucapan (kalau tak salah eja) A'UZUBILLAH HIMINAS SYAITONIRRAJIM (bermaksud: aku memohon perlindungan dari gangguan syaitan yang di rejam), dan melalui AL-QURAN juga ada tersebut bahawa Iblis itu bersumpah di hadapan ALLAH SWT yang akan menyesatkan manusia yang baharu lahir sehingga ROH keluar dari jasad (Surah Al-A'raf :ayat 16/17... dan Surah Al-Hijr : ayat 39/40)


Bagaimana Jin/Syaitan MERASUK

Jin/Syaitan ini memasuki tubuh manusia melalui beberapa rongga (bahagian terbuka) yang wujud pada diri manusia seperti di bahagian:-

1. Pada kedua belah Mata

2. Pada kedua lubang Hidung

3. Pada lubang Mulut

4. Pada kedua lubang Telinga

5. Pada bahagian Kuku kedua belah Tangan

6. Pada bahagian Pusat

7. Pada bahagian Kemaluan Depan

8. Pada bahagian Kemaluan Belakang

9. Pada bahagian Kuku kedua belah Kaki

Kesemua yang tersenarai itu adalah rongga-rongga yang terbuka pada diri manusia dan menjadi kawasan yang mudah di masuki oleh jin/syaitan sebagai pintu-pintu keluar-masuk!...itu sebabnya, melalui beberapa upacara mandi pengambilan peringkat pembelajaran RBSS, kesemua rongga-rongga tersebut "di tutup" agar tidak menjadi pintu-pintu keluar-masuk lagi bagi mahluk jin/syaitan...

Harus di fahami di sini, bahawa "penutupan rongga" melalui upacara mandi itu adalah KESIMBOLIKAN sahaja, dan PENUTUPAN yang sebenar berlaku apabila kita melakukan Proses BERJURUS yang MENCIPTA CAHAYA itu...dan melalui PenCahayaan yang di cipta melalui JURUSAN itulah yang sebenar-benarnya PENUTUP SEBENAR terhadap rongga-rongga tersebut!...

Sasaran Jin/Syaitan apabila MERASUK

Mahluk Jin/Syaitan apabila dapat memasuki tubuh manusia yang melalui 9 jenis rongga tersebut, akan mensasarkan Organ-Organ Penting di dalam tubuh manusia untuk di ambil-alih kuasa peng-operasiannya, dan organ-organ penting tersebut adalah seperti:-

· Otak

· Jantung

· Limpa

· Hati

· Paru-Paru

· Ginjal

· Perut (termasuk usus kecil & besar)

· Pundi Air Kencing


Kesemua Organ-Organ tersebut adalah yang terpenting dalam operasi sistem kesihatan diri manusia, dan apabila salah satu daripadanya bermasaalah maka kesemuruhan sistem pertahanan kesihatan diri akan terganggu dan akan menyebabkan beberapa jenis penyakit...dan tempat-tempat inilah yang selalunya di ganggu-gugat oleh Jin/Syaitan...

Bagi manusia yang di kategorikan di dalam Lemah Semangat, apabila Jin/Syaitan berjaya memasuki dan mengambil-alih sistem pertahanan kesihatan dalam tubuh, yang tertutamanya di bahagian OTAK, seseorang itu akan jatuh pengsan atau tidak sedarkan diri buat jangka masa tertentu seperti KOMA..

Ini berlaku kerana di dalam OTAK ada kawasan yang menjadi "Controller" kepada keseluruhan sistem pergerakan tubuh manusia, dan apabila berjaya di tawan dan di ambil-alih oleh Jin/Syaiatan maka akan lumpuhlah sistem kesadaran diri seseorang manusia itu...jadi mereka akan di katakan pengsan ataupun KOMA...

Rawatan dan Pengubatan

Cara Rawatan dan Pengubatan akan bergantung kepada tahap keseriusan pada diri seseorang yang DI RASUK dan juga bergantung kepada KESAN-KESAN yang di timbulkan apabila di rasuk...

Menurut kaedah RBSS tetap sama, hanya CABUT - BUANG - SEMBUHKAN dengan menuruti kaedah-kaedah yang wujud di dalam 50 JURUSAN yang sediaada dan di tambah dengan tahap KeISTIMEWAAN yang ada melalui Peringkat ISTIMEWA...

Bahagian CABUT & BUANG adalah kerja-kerja yang tidak rumit, tetapi bahagian SEMBUHKAN memerlukan ketelitian agar kesemua kesan-kesan Kesakitan & Penyakit yang di bawa & di tinggalkan oleh Jin/Syaitan itu dapat di pulihkan segera...dan cara yang paling berkesan mengubatinya selepas operasi CABUT & BUANG ialah dengan membuatkan penyembuhan melalui penggunaan AIR yang di minumkan kepada pesakit.

Kerana melalui AIR, setiap "Ubat" yang di cipta melalui Jurusan-Jurusan Terpilih itu akan dapat segera menular ke seluruh bahagian tubuh manusia mengikut denyutan Jantung mereka...dan pemfokusan kepada Organ-Organ Dalaman yang terlibat adalah di perlukan di dalam proses menggunakan "Ubat dari Jurusan"...

Kesimpulan

Setiap kes DI RASUK, harus di kaji-selidik dan di pertimbangkan dengan teliti sebelum mengambil keputusan untuk cara yang bagaimana bagi menjalankan proses-proses rawatan dan pengubatan...

Termasuk mengenal-pasti siapa yang di rasuk, bagaimana iannya terasuk, siapa yang merasuk dan kesan atau tindak balas apabila di rasuk...selepas itu, lakukanlah tanggung-jawap anda mengikut kebijaksanaan yang di miliki...

Wassallam!
Professor BSS (
professor_bss@yahoo.com)
Friday March 28, 2008 - 04:06pm (PDT)

No comments: