Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #118

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #118

THE TECHNOLOGY - LANGKAH-LANGKAH KAKI

Apa yang di maksudkan dengan LANGKAH-LANGKAH KAKI ini???.....

Melalui Technology penciptaan Mahluk Manusia, kita di kurniakan dengan dua (2) belah kaki sebagai tunggak tubuh badan ini untuk berdiri, bergerak dan berjalan mengikut kemahuan yang kita inginkan...

Tanpa kedua belah kaki ini, kita di istilahkan sebagai Mahluk Manusia yang pincang atau cacat keanggotaan (OKU - orang kurang upaya) dan itu akan menjejas produktiviti yang boleh di lakukan oleh kita seperti manusia yang lainnya.

Tetapi mengapakah di dalam Technology penciptaan Mahluk Manusia itu mesti ada dua (2) belah kaki dan tidak 4, 3, 2 atau satu kaki???....YA BENAR...kerana manusia itu berdiri di atas tiang yang bermakna LAM ALIFF!...yang bermaksud LAA atau TIADA....

Dua tiang inilah yang di katakan JEMBATAN SIRATAL MUSTAKIM sebenar mahluk manusia di dalam kehidupan seharian mereka, dua tiang inilah yang akan memasukkan mereka ke dalam SYURGA atau NERAKA...dan dua tiang inilah yang akan melakukan perbuatan SHOLAT dan JURUSAN...

Apa pengertian yang sebenarnya di situ???....

Di dalam Technology penciptaan manusia, dua belah kaki dan dua belah tangan itu berlandaskan waktu ZOHOR yang mempunyai empat (4) Rakaat...ini bermaksud selepas terbit Matahari selepas waktu SUBUH, sekelian manusia di haruskan untuk keluar dari tempat tidur masing-masing untuk mencari apa yang mereka perlukan seperti mencari rezeki, mencari ilmu pengetahuan, menjalankan tugas dan tanggungjawap terhadap keluarga, masyarakat, negeri dan negara, asalkan tidak menyimpang dari landasan yang telah di tetapkan oleh ISLAM.

Cuba perhatikan perlakuan di dalam SHOLAT, kita akan menggerakkan kesemua anggota tangan dan kaki bagi menyempurnakannya, dan kesemua pergerakkan di dalam SHOLAT itu yang di ikuti SUNNAHnya melalui perbuatan Nabi Muhammad saw sehingga ke hari ini, akan mengembalikan kita kepada ASAS di dalam JURUSAN...


Cuma bezanya ialah perlakuan SHOLAT itu tidak bergerak ke hadapan atau ke belakang, tetapi perlakuan JURUSAN itu pula akan bergerak ke hadapan dan kebelakang berlandaskan pergerakan kedua belah kaki di atas muka Bumi di sertakan dengan pergerakan dua belah tangan.

Ini menunjukkan bahawa di dalam Technology penciptaan manusia itu ada unsur-unsur dan maksud yang tersembunyi untuk di beritahu bahawa setiap diri manusia itu ada DINDING PENGHADANG TERHADAP API NERAKA!...dan bagaimanakah rupa bentuk yang di katakan DINDING PENGHADANG itu?...

Itulah yang di katakan PEMBINAAN PAHALA DAN PEMBINAAN PENCAHAYAAN CAHAYA BUDI...

PAHALA di khususkan bagi mengimbangi DOSA-DOSA dari perbuatan yang di tegah oleh ISLAM, di mana ianya berfungsi sebagai PENGHADANG KEPADA API NERAKA sewaktu melintasi SIRATAL MUSTAKIM...Manakala CAHAYA BUDI itu pula bertindak atau berfungsi sebagai PENGHADANG KEPADA PERBUATAN-PERBUATAN yang bertentangan dengan HUKUM dan SYARAK dengan MENGUATKAN KEIMANAN seseorang manusia itu melalui kekuatan CAHAYA YANG MELIPUTI ROH MEREKA...Tanpa CAHAYA ini maka setiap manusia itu pasti MUDAH TERGODA untuk melakukan KEMAKSIATAN dan MENURUT HAWA NAFSU mereka sendiri tanpa batasan...

Bagaimana pula dengan orang ISLAM yang tidak memiliki CAHAYA BUDI tersebut???....

Mereka akan tetap BERIMAN kepada TUHANnya melalui ISLAM yang di IMANI oleh mereka, dan segala AMAL SHOLEH mereka hanya di bentuk dan di lindungi oleh KEKUATAN IMAN atau KEPERCAYAAN TERHADAP ALLAH SWT tanpa ADA unsur-unsur PERLINDUNGAN DARI CAHAYA BUDI yang wujud di dalam ROH mereka (tidak berfungsi)...

Kerana sebab-sebab yang demikianlah, banyak kes-kes yang berlaku pada zaman ini di mana di dalam IMAN mereka melakukan perkara-perkara yang MUNGKAR dan yang bertentangan dengan kehendak ISLAM, di dalam IMAN mereka memutar-belitkan Hukum-Hukum ISLAM, dan di dalam IMAN mereka bersekongkol dengan Iblis dan Syaitan, dan apabila mereka berkuasa, mereka akan menyalah-gunakan kuasa, apabila mereka di berikan amanah, mereka akan pecah amanah dan apabila berjanji, mereka akan memungkiri janji dan sebagainya...

Ini adalah tanda-tanda yang menunjukkan bahawa IKATAN ROH dan JASAD mereka tidak INTIM, dan oleh kerana TIDAK INTIM maka di antara HATI dan FIKIRAN mereka akan bercanggah di antara satu dengan yang lain...

Itulah sebabnya ALLAH SWT menciptakan CAHAYA YANG MELIPUTI ROH sebagai DINDING HADANGAN terhadap API NERAKA dan memberikan SHOLAT sebagai IMBALAN untuk duduk di dalam SYURGANYA...

Jika kita hanya melakukan hanya satu di antara dua itu, itu bermakna kita di ibaratkan sebagai mempunyai hanya satu belah kaki sahaja, seperti OKU...pincang dan cacat hati dan fikiran!...dan kita tidak boleh juga berkata "aah dengan Sholat sudah cukup menjamin SURGA" atau dengan Cahaya Budi cukup melindungi kita dari API NERAKA!...kedua-dua pendapat itu adalah SILAP TAFSIRAN...


Sebenarnya, dari sudut Technology penciptaan manusia itu, ALLAH SWT menjadikan kedua-duanya itu UNTUK MANUSIA dan untuk DI GUNAKAN OLEH MANUSIA sebagai ALAT MELINDUNGI DIRI DARI SEGALA ANCAMAN DAN DUGAAN yang di wujudkan di dalam kehidupan di dunia ini, dan ALLAH SWT berkehendakkan agar setiap mahluk manusia itu KEMBALI KEPADANYA dengan LENGKAP SEPERTI KEADAAN MEREKA MULA-MULA DI CIPTAKAN...Bukan dengan keadaan yang kurang di sana dan kurang di sini!...

Tanggapan yang mengatakan bahawa pengajaran KeIlmuan KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati ini TIDAK RELEVAN DENGAN AJARAN ISLAM harus di berikan perhatian yang khusus, yang teliti dan yang berlandaskan bahawa di dalam ILMU KETUHANAN itu sememangnya SANGAT LUAS DAN SANGAT BANYAK RAHSIA-RAHSIA ALLAH SWT YANG TIDAK MAMPU DI KETAHUI OLEH KEBANYAKAN MANUSIA...

Begitu juga terhadap tanggapan bahawa KeIlmuan RBSS ini hanya sebagai ILMU KUAT, ILMU HEBAT, ILMU KEJAGOAAN juga harus di HAKIS dari KEFAHAMAN SETIAP AHLI-AHLI RBSS...KERANA BUKAN ITU SAHAJA TUJUAN DAN MATLAMAT KEILMUAN RBSS INI....

Kerana Technology penciptaannya menjurus kepada pengembalian kita kepadaNya..

Wassallam!

Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)

Saturday March 22, 2008 - 07:28pm (PDT)


No comments: