Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #119

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #119

THE TECHNOLOGY - APA KATEGORI KEILMUAN RBSS

Persoalan ini di kemukakan khas oleh seseorang yang bernama ZulfadhliOthman, yang bertanya adakah ilmu yang di bentangkan melalui Blog RBSS ini sejenis ILMU TAREKAT?, dan adakah saya orang Tarekat???...dan meminta saya untuk menjelaskannya...terima kaseh kerana bertanya!.

Pertama:- Saya bukan tergolong dalam orang Tarekat!...hanya pernah mempelajari kesemua empat jenis ilmu-ilmu itu!...

Sebenarnya begini, dari permulaan posts telah di sebut dan di hurai apakah jenis KEILMUAN RBSS ini menurut perspectivenya yang tersendiri, oleh kerana ianya tidak mengkategorikan jenis atau aliran keilmuan ini maka itu ramai yang tertanya-tanya...tetapi itu tidak mengapa, kerana bertanya kerana ingin tahu adalah lebih baik daripada memberikan soalan...

Melalui pembelajaran keagamaan ISLAM, kita sememangnya telah di ajar sesuatu susur galur mengenai kefahaman ISLAM itu berdasarkan kategori keilmuan dari ILMU-ILMU SYARIAT, TAREKAT, HAKIKAT dan MAKRIFAT (Ilmu Dasar - ini yang paling common)

Dan keempat-empat kategori ILMU itu memiliki PENGHURAIANNYA yang tersendiri bagi menerangkan rupabentuk ajaran-ajaran yang di gunakan dan cara-cara bagi melaksanakan sesuatu jenis keilmuannya, dan ianya telah membentuk acuannya yang tersendiri serta berhubung-kait di antara satu dengan yang lain...ini adalah kerana kesemua jenis kategori keilmuan tersebut bermula dan berakhir dari Kalimah LAAILAHAILLALLAH SEBAGAI punca ILMU.

Yang membezakan di antara satu dengan yang lain, hanya cara-cara melaksanakan sesuatu itu berdasarkan EMPAT DASAR DIRI atau jenis-jenis perwatakan atau sifat-sifat ROHANI yang di miliki oleh ROH dan di hubing-kaitkan dengan kejasmanian...maka itulah kategori keilmuan ilmu-ilmu tersebut...

Berbalik kepada persoalan di manakah atau jenis apakah atau kategori apakah letaknya keilmuan KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati ini (KRBSS) adalah seperti berikut:-


Jika kita menelaah keilmuan KRBSS ini dari dasar diri, maka kita tidak boleh lari dari empat (4) jenis keilmuan dasar terssebut kerana setiap maklumat mengenai KRBSS ini bermula dari bawah atau asasnya..atau yang lebih mudah di fahami ialah Struktur Pembinaan Diri Manusia seperti SYARIAT...dan berhubung-kait dengan yang lain-lainnya...

SYARIAT Itu adalah seperti proses untuk mengenali BAHAN-BAHAN ASAS yang MEMBINA DIRI MANUSIA yang seperti BILL OF MATERIALS (B.O.M) bagi sesuatu produk yang telah siap di bina...

TAREKAT itu pula seperti proses untuk memproses BAHAN-BAHAN ASAS yang mana satu untuk di buat dahulu sebelum di cantumkan atau di gaul kepada Bahan-Bahan yang lain, yang seperti ELEMENTARY PROCES.

HAKIKAT pula seperti proses untuk membentuk BAHAN-BAHAN ASAS yang telah di asingkan kepada sesuatu RUPA BENTUK dari REKA BENTUK KESELURUHAN OBJEK, yang seperti membina sesuatu jenis KOMPONEN melalui SECONDARY PROCES.

MAKRIFAT itu pula adalah seperti MENCANTUMKAN SEGALA KOMPONEN-KOMPONEN yang telah siap di bina untuk di jadikan SEBUAH REKA BENTUK YANG SEMPURNA berdasarkan LAKARAN yang di wujudkan melalui BLUEPRINTnya...yang seperti FINAL PROCES yang melalui beberapa peringkat seperti ASSEMBLY PROCES, TESTING/FUNCTIONING PROCES, QUALITY CHECKING dan PACKAGING PROCESSES...

Jika di takrifkan keempat-empat jenis ILMU itu sebagai PROSES PENGILANGAN PEMBUATAN maka ia cukup lengkap dengan cara-cara untuk membina sesuatu OBJEK atau PRODUK bagi kegunaan yang sempurna oleh pihak umum yang di katakan sebagai END PRODUCT!...

Dan jika KRBSS itu ingin di letakkan di dalam KATEGORI tersebut MAKA IANYA TERLETAK DI DALAM FINAL PROCESSES (MAKRIFAT) tetapi BERADA DI BAHAGIAN END PRODUCT!...sesuatu yang telah siap terbentuk dan siap untuk di gunakan..yang telah melalui proses pemasangan, percubaan dan keupayaan, kawalan mutu dan pembungkusan!...Maka DI SITULAH LETAKNYA KEILMUAN KERAHSIAAN RAHSIA BUDI SUCI SEJATI menurut perspectivenya....

KESIMPULANNYA

KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati ini sebenarnya suatu jenis ILMU YANG TELAH LENGKAP dan SIAP UNTUK DI GUNAKAN jika di sama takrifkan dengan proses pengilangan pembuatan sesuatu produk!.

Dalam lain perkataan, KRBSS ini adalah PENGHUJUNG KEPADA KEEMPAT-EMPAT CABANG ILMU-ILMU SYARIAT, TAREKAT, HAKIKAT dan MAKRIFAT...

HUJJAHNYA

"DARI TUHAN KITA DATANG DAN KEPADA TUHAN KITA AKAN KEMBALI"...

Yang memberi maksud bahawa, Manusia itu di ciptakan oleh ALLAH SWT dari cantuman ROH dan JASAD, di mana JASAD itu di PINJAMKAN kepada ROH buat sementara waktu ketika di dalam DUNIA dan setelah TAMAT TEMPOH nya maka ROH itu akan kembali kepada TUHANNYA YANG PALING KEKAL...

Itu juga memberi maksud yang lain, bahawa ROH MANUSIA yang di jadikan oleh ALLAH SWT itu adalah cukup SUCI sehingga ALLAH SWT tidak mahu meletakkan ROH itu ke dunia TANPA PELINDUNG, Pelindung yang di maksudkan ini pula adalah JASAD yang memuatkan ROH tersebut dari tercemar dengan suasana ALAM DUNIA...dan kerana sebab-sebab itulah kita manusia memiliki JASAD!....dan di AKHIRAT kita tidak perlu lagi memiliki JASAD tersebut...

Inilah yang di katakan sebagai The Manufacturing Technology of Human Beings!....

Wassallam!

Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)

PERINGATAN

JANGAN LUPA MEMBUAT UNDIAN ANDA DI DALAM POST #114, SAMAADA MENYOKONG ATAU MEMBANTAH.....

NOTA KHAS:- Kepada Ahli-Ahli RBSS SINGAPORE, sila hubungi DRAGON BSS melalui email ; dragon_bss@yahoo.com dari PBSSM JOHOR untuk penganjuran aktiviti-aktiviti dan kelas-kelas bimbingan selanjutnya...Terima Kaseh. (maaf tempoh hari tersalah beri email address! - edited on 27-03-08 - Prof)

Sunday March 23, 2008 - 03:43pm (PDT)


No comments: