Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #117

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #117

THE TECHNOLOGY - MENCARI YANG HILANG

APA YANG DI MAKSUDKAN MENCARI YANG HILANG?....

Perkara ini merujuk kepada orang-orang yang maseh belum mendapatkan kembali PenCahayaan yang hilang dari diri mereka sewaktu di lahirkan ke dunia ini, dan sehingga kini maseh lagi tercari-cari apakah yang sebenarnya mereka cari di dalam hidup ini.

Sebenarnya, PenCahayaan yang di katakan hilang itu adalah tidak hilang tetapi di hijabkan (di kurung penglihatan/pengetahuan) oleh ALLAH SWT daripada mereka buat sementara waktu, dan apabila tiba masanya kelak, akan di angkatlah hijab tersebut dan akan bersinarlah Cahaya tersebut dari dalam diri mereka.

Tetapi proses pengangkatan hijab itu tidak boleh terangkat begitu sahaja, ia akan melalui beberapa proses pengenalan atau pemberitahuan kepada diri bahawa masanya telah sampai untuk kita mengetahuinya...proses ini akan menjurus hati dan sanubari kita untuk mengetahui apakah yang tersembunyi di dalam perbendaharaan Tubuh/Jasad dan Roh kita, di mana ALLAH SWT akan memperlihatkan dan mendekatkan diri kita kepada KeRahsiaanNya itu.

Beberapa proses di lakukan seperti mendekatkan diri kita kepada keinginan untuk mengetahui rahsia diri, mendekatkan diri kita kepada orang-orang yang telah memiliki rahsia diri dan membuka fikiran kita dengan maklumat-maklumat yang mengandungi rahsia diri ini melalui pelbagai media informasi yang terdapat di dunia ini...

Proses mendekatkan diri kita terhadap KeRahsiaan diri ini akan menggelisahkan diri dan hati kita, kerana pada waktu itu perasaan yang bercampur-gaur akan melanda fikiran dan perasaan dan sering tertanya-tanya "apakah yang sebenarnya akau cari?", tatkala segala maklumat itu telah tersergam di depan mata juga pun, diri kita akan maseh merasa ragu-ragu "adakah itu yang aku cari?"....

Kadangkalanya, walaupun di dalam fikiran mengatakan bahawa segala maklumat yang di terima mengenai rahsia diri itu di dapati sangat benar dan sahih, tetapi perasaan dalam diri maseh menafikannya dan menimbulkan pelbagai lagi persoalan-persoalan baharu yang lebih sukar untuk di dapatkan jawapan....inilah yang di katakan peranan "Istana Iblis" di dalam Jantung diri kita (rujuk post #89), di mana segala keraguan akan di terbitkan sebagai langkah untuk menghambat proses Mengembalikan PenCahayaan yang telah hilang....


Jika kita gagal mengatasi perasaan tersebut, maka proses untuk mengembalikan PenCahayaan yang hilang itu akan sedikit demi sedikit akan terhakis dan lama kelamaan akan terus menghilang dari dalam fikiran....maka apabila itu terjadi, kita akan kembali berada di ambang kegelapan untuk mencari apakah yang hilang dari dalam diri ini...

Seperti ketika membaca segala fakta dan informasi melalui Blog Rahsia Budi Suci Sejati ini, walaupun amat sukar untuk di pertikaikan kebenarannya, namun di dalam hati maseh lagi ada keraguan untuk mempercayainya...kenapa itu berlaku?...

Kerana ASAS PENCAHAYAA N RAHSIA DIRI itu maseh jauh dari jangkauan dan kerana itu keraguan itu sentiasa akan wujud dan terus wujud sehingga "pemberontakan" di antara Hati dan Fikiran berlaku, jika Hati itu menang maka akan lupuslah peluang untuk mendapatkan kembali rahsia PenCahayaan yang tersembunyi itu, kerana Hati itu terletak sebumbung dengan Istana Iblis...dan jika Fikiran yang memenanginya maka akan lahirlah PenCahayaan dari Cahaya yang tersembunyi tersebut!..di mana Fikiran itu duduknya di dalam Otak dan jauh dari Istana Iblis!...

Perkara ini tidak tamat di situ sahaja...walaupun telah berjaya melawan dan mendapatkan PenCahayaan tersebut, dalam sembilan (9) bulan pertama setalah memiliki PenCahayaan dari KeRahsiaan itu, kita sebenarnya berada di satu lagi ambang yang boleh menjerumuskan diri kita ke lembah kegelapan semula...

Maksudnya, dalam tempoh tersebut jika PenCahayaan yang telah di ketahui dan di miliki itu tidak di jaga dan di terbitkan dengan sempurna melalui proses-proses yang seharusnya di sempurnakan, maka Iblis akan berusaha untuk menurunkan semula HIJAB yang telah tersingkap itu bagi menutupi semula PenCahayaan tersebut....kenapa?...

Penyinaran dari PenCahayaan tersebut akan menyukarkan Iblis untuk melakukan pekerjaannya untuk menyesatkan manusia dan adalah lebih baik ianya di Hijabkan kembali bagi membolehkannya bekerja dengan sebebas-bebasnya dari dalam diri kerana Cahaya yang BERBAHAYA kepada diri mereka (iblis) itu tidak lagi bercahaya!...

Inilah yang berlaku pada kebanyakan orang-orang yang baharu mempelajari KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati di dalam peringkat awalnya...setelah berjaya menyakinkan diri untuk mempelajarinya, mereka gagal untuk meneruskannya kerana kekurangan maklumat-maklumat yang berinformatif terhadap apa yang di katakan Rahsia itu..dan kekurangan maklumat ini amat di gemari oleh Iblis kerana dengan itu maka KEYAKINAN diri sesorang yang sedang mempelajari KeIlmuan ini akan TIDAK MENJADI....

Di mana peratusan yang gagal untuk terus mempelajari dan mengekalkan KeCahayaan Cahaya Budi itu amat tinggi berbanding dengan peratusan yang berjaya mengekalkannya....Selain peranan Iblis yang terus menerus berusaha untuk menggagalkannya, kesilapan manusia juga memainkan peranan yang besar bagi kegagalan tersebut, seperti kurangnya pengetahuan untuk menyampaikan segala maklumat dan fakta bagi KeIlmuan RBSS ini dengan sempurna, apabila penyampaian keilmuan ini tidak sempurna maka ia akan menimbulkan pelbagai keraguan pada diri mereka...dan ini menyumbang kepada usaha Iblis untuk mengembalikan Hijab tersebut!.


Yang di katakan tempoh sembilan (9) bulan pertama itu ialah dari hari pertama mereka di kembalikan kepada PenCahayaan Cahaya Budi sehinggan 9 bulan berikutnya, hanya berbekalkan arahan untuk melakukan Jurusan sahaja tidak memadai untuk mereka mengekalkan KeCahayaan tersebut..KEYAKINAN mereka juga harus di pertingkatkan bersesuaian dengan PenCahayaan yang di bina melalui proses BerJurus, jika tahap Keyakinan dan Jurusan tidak dapat di seimbangi dalam tempoh 9 bulan ini, maka akan gagallah mereka untuk mengekalkan KeCahayaaan Cahaya Budi tersebut.

Pembinaan KEYAKINAN harus di lakukan dengan pemberitahuan mengenai segala fakta dan maklumat mengenai KeIlmuan Rahsia Budi Suci Sejati ini secara telus dam menyeluruh, hanya dengan cara ini sahaja mereka akan dapat meneruskan perbuatan pengamalan secara berterusan kerana segala maklumat dan fakta yang di berikan itu akan menerbitkan rasa YAKIN yang menebal di dalam diri mereka, di mana rasa keraguan tidak lagi wujud!...

Di sini, saya tidak dapat menjamin bahawa dengan mempelajari KeIlmuan RBSS ini sahaja anda akan terus menjadi yang sepatutnya tetapi dengan siapa yang membimbing anda juga, akan memainkan peranan yang amat penting bagi kelanjutan mengekalkan keilmuan RBSS ini, kerana bukan semua orang memiliki ilmu pengetahuan yang sama, cara mengajar yang sama serta cara membimbing yang sama...ini akan bergantung penuh terhadap siapa yang membimbing kita, di mana kita akan tercorak sedikit sebanyak melalui apa yang di ajarkan kepada diri kita kelak!....yang sebaik-baiknya carilah bimbingan dari ramai, bukan hanya dengan satu pembimbing sahaja....

Jadi kita seharusnya bertindak bijak di dalam menimba ilmu pengetahuan, jangan terlalu taksub dengan seseorang pembimbing sahaja, kerana itu akan memudaratkan diri kita juga!...melalui pengalaman lebih dari 30 tahun memiliki dan mengamali KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati ini, telah banyak mengajar saya mengenai apa itu bimbingan dan tunjuk ajar mengenai KeRahsiaan Rahsia ini, di mana telah ratusan ahli telah saya temui dan saya selami cara-cara mereka belajar mengenai keilmuan ini...dimana kebanyakannya sangat daif mengenai KeRahsiaan KeIlmuan ini di sebabkan bimbingan yang kurang pasti dan asuhan yang bertentangan dengan Intipati Keilmuan RBSS itu sendiri...

Jadi, jangan jadikan diri anda sebagai mangsa ketaksuban kepada seseorang guru sahaja...kerana Technology RBSS sangat luas dan tidak di miliki oleh seseorang manusia sahaja...

Wassallam!
Professor BSS (
professor_bss@yahoo.com)

PERINGATAN!
Jangan lupa memberikan UNDIAN anda di dalam POLL SURVEY untuk samaada menyokong atau membantah penubuhan PERSATUAN AHLI-AHLI RBSS INTERNATIONAL di Post #114..Every vote counts!.Akan berakhir pada 18-04-2008.

NOTE:- Semenjak UNDIAN untuk menubuhkan Persatuan Ahli-Ahli RBSS International ini di siarkan, banyak cubaan-cubaan untuk mengkhianati Blog RBSS ini di lakukan oleh golongan orang-orang yang tidak bertanggungjawap yang berlandaskan sifat dengki dan khianat!...samaada mereka tercabar dengan UNDIAN ini atau tidak dapat menerima kenyataan yang sebenar...Nasehat saya:- Buat baik berpada-pada!!! – Prof
Saturday March 22, 2008 - 04:09pm (PDT)

No comments: