Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #116

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #116

THE TECHNOLOGY - DI SEBALIK MENGENAL DIRI

Ini adalah satu proses yang amat mengelirukan ramai orang yang ingin mengenali diri mereka dari pelbagai kontek, dan ada pelbagai cabang keilmuan yang menghuraikan proses mengenal diri ini sehingga sukar untuk di pastikan yang mana satukah yang paling afdhal untuk di ikuti.

Tetapi, proses mengenal diri yang paling banyak di ketengahkan datangnya dari keilmuan ILMU TAUHID atau USULUDDIN, di mana melalui keilmuan ini banyak di terangkan Sifat-Sifat dan kejadian TUHAN dan asal usul kejadian semua mahluk ciptaanNya termasuk mahluk manusia.

Persoalannya ialah:-

Yang mana satu harus di kenali dan fahami terlebih dahulu, adakah harus mengenal TUHAN dahulu dan kemudian mengenal diri (manusia) atau mengenal diri dahulu dan kemudian baharu mengenal TUHAN???...Tetapi ramai yang mengatakan "kenal diri sendiri dahulu"...Jadi yang mana satu yang betul???......

Sebenarnya, persoalan tersebut tidak ada yang betul dan tidak ada yang salah....kenapa?...kerana ia sangat bergantung kepada apa yang anda cari, anda mencari diri sendirikah atau ingin mencari TUHAN???...

Jadi, dalam kontek kenyataan "kenali diri sendiri dahulu" itu mencerminkan pencarian seseorang kepada dirinya sendiri, maka mereka harus mempelajari keilmuan yang berkenaan dengan penciptaan mahluk manusia dan asal usulnya..

Begitu juga, jika mereka ingin mencari TUHAN maka mereka harus belajar keilmuan yang berkenaan dengan kewujudan TUHAN dan asal usulnya.

Orang-orang yang cenderung untuk mancari dan mengenali TUHAN terlebih dahulu, adalah di dalam kategori menyelami Agama melalui ISLAM, dan mereka akan belajar segala keilmuan yang wujud di dalam ISLAM seperti yang wujud di dalam ILMU TAUHID, ILMU FIQAH dan ILMU TASSAWUF, dan Keilmuan FIQAHnya pula akan mencerminkan kearah Mahzab mana yang akan mereka yakini, yang pula menurut kefahaman majoriti masyarakatnya sendiri.

Manakala, orang-orang yang cenderung untuk mencari dan mengenali diri sendiri pula, adalah di dalam kategori menyelami ILMU KETUHANAN, di mana ia tidak semestinya bercorakkan ISLAM sahaja tetapi menyeluruh dan berorientasikan Technology penciptaan yang di cipta oleh ALLAH SWT...golongan ini termasuklah ahli-ahli sains, fizik, matematik, falsafah dan lain-lain termasuklah yang tergolong dalam "free thinkers" (bebas agama) atau yang atheis (tidak percaya pada Tuhan)

Jadi, yang mana satukah harus kita ikuti?....

Sebenarnya itu bukan satu kemestian untuk mengikuti jalan yang mana satu, kerana ALLAH SWT telah menetapkan jalanya keatas diri seseorang menurut peraturanNya, jika ALLAH SWT itu mahu kita menjurus ke pencarian jalan Agama, maka di situlah kita akan memulakan pengajiannya, tetapi jika ALLAH SWT menetapkan kita menurut jalan yang lagi satu, maka kesitu pulalah kita mendapat keilmuan tersebut...

Semuanya ini akan berbalik kepada Surah An-Nur Ayat ke-35 juga (pernah di rungkai di post yang lalu), di mana ALLAH SWT akan "memberikan CahayaNya kepada orang-orang yang di kehendakiNya"...

Apa yang cuba di sampaikan mengenai dua persoalan tersebut adalah, orang-orang yang mendapat didikan terdahulu melalui pelajaran Agama ISLAMnya akan cuba memperkecilkan atau memperendahkan atau cuba menyalahkan orang-orang yang belajar mengenal diri melalui proses keilmuan ILMU KETUHANAN yang agak bebas dari segi HUKUM ISLAM, dan mendakwa jalan yang betul adalah menurut KEILMUAN ISLAM!

Isu ini agak dramatis dan sensitif, kerana jika di fikirkan secara waras dan dengan fikiran yang terbuka luas...kita akan terfikir yang mana satukah yang wujud terlebih dahulu?...Agama ISLAM kah dahulu atau ILMU KETUHANAN yang dahulu???....

Jika kita berbalik kepada sejarah, Agama ISLAM di sempurnakan sepenuhnya kira-kira 1400 tahun yang lalu melalui Nabi Besar Junjungan kita iaitu Nabi Muhammad saw dan ILMU KETUHANAN itu pula wujud semasa KEJADIAN ALLAH SWT itu sendiri WUJUD!..di sini dapat kita simpulkan bahawa ILMU KETUHANAN itu adalah yang terdahulu wujud dan kemudiannya Agama ISLAM di turunkan kepada Umat Manusia...

TETAPI, walaupun di mulakan dari langkah permulaan yang mana satu pun, akhirnya nanti akan menemui penghujung yang sama iaitu kearah TUHAN YANG PALING KEKAL atau TIDAK ADA LAIN TUHAN SELAIN ALLAH!....

Ada banyak contoh-contoh yang boleh di ketengahkan sebagai bahan renungan dan kajian, tetapi saya suka memberikan contoh yang berlaku terhadap diri saya sendiri, pada awalnya saya tidak berapa tahu dan faham apa itu Agama ISLAM dan intipati di dalamnya, walaupun pernah di hantar belajar agama tetapi pemfokusan terhadap ilmu agama itu tidak menjadi kerana kurang berminat (pada ketika itulah)

Tetapi pada usia 17 tahun apabila di perkenalkan dengan KeIlmuan Rahsia Budi Suci Sejati dan setelah mendapat keterangan mengenai RAHSIA atau HAQ yang wujud dalam diri manusia, baharulah saya mula menggiatkan pencarian mengenal diri melalui proses ILMU KETUHANAN yang pelbagai cabang, di mana akhirnya saya menjurus kepada KeIlmuan TAUHID/USULUDDIN bagi mendapatkan penerangan yang lebih lanjut sehingga merebak kepada Keilmuan ILMU TASSAWUF dan berakhir dengan Keilmuan ILMU FIQAH...


Walaupun pencarian itu tidak mengikut sistem mempelajari Agama ISLAM yang teratur, ia sangat-sangat membantu diri saya untuk mengetahui siapakah diri ini dan siapakah TUHAN yang menciptakan diri ini...dan dari sudut KeIlmuan Rahsia Budi Suci Sejatilah yang banyak membongkar segala KERAHSIAN tersebut kerana sebelum mencari jawapan, kita telah MERASAKAN AKAN CAHAYANYA ITU...Jadi melalui CAHAYANYA itulah pencarian itu menjadi lebih terang dan lebih nyata.

Kerana itulah, tidak menghairankan jika sekiranya ada golongan-golongan yang berpendidikan Agama ISLAM secara khusus, MENIDAKKAN atau MEMPERTIKAIKAN KeIlmuan Rahsia Budi Suci Sejati ini dan melabelkannya sebagai suatu AJARAN SESAT...

Sebabnya???....Mereka tidak merasakan CAHAYANYA itu dan apabila tidak dapat merasa maka tidak dapatlah mereka ini menjiwai dan merasai apa yang telah kita rasakan melalui PenCahayaan Cahaya Budi ini...

Hanya satu jalan sahaja untuk mebuat mereka itu YAKIN terhadap apa yang kita ketahui dan apa yang kita rasai ini...hanya satu...mereka perlu di perkenalkan kepada CAHAYANYA itu dan dari situ baharulah mereka itu tahu apa yang tersirat dan apa yang tersurat di sebalik MENGENAL DIRI....

Technicality sahaja belum berupaya membongkar kesemua Technology Ketuhanan!

Wassallam!

Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)

JANGAN LUPA!...BERIKAN UNDI ANDA DALAM POLL SURVEY POST #114 - samaada menyokong ataupun tidak penubuhan PERSATUAN AHLI-AHLI RBSS INTERNATIONAL!..Setiap UNDI akan memberikan MAKNA yang mendalam....

Thursday March 20, 2008 - 11:34am (PDT)


No comments: