Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #113

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #113

THE TECHNOLOGY - AHLI RBSS LARI DARI KELAS

Mula-mulanya sekali ialah A.W.O.L atau Absent With-Out Leave dan lama kelamaan terus menghilangkan diri dari kelas yang di kendalikan oleh Persatuan-Persatuan BSS yang ada...Perkara ini juga di kemukakan oleh Dragon BSS dari PBSSM yang berhasrat untuk mengumpulkan semula semua ahli-ahli yang ada dan untuk menceriakan suasana apabila ramai yang datang ke kelas-kelas yang di anjurkan...

Jika ada yang bertanya MENGAPA TERJADI BEGITU?, cronology nya agak mudah untuk di ketahui dan tidak perlu POST MORTEM!...

Sebagaimana yang telah saya huraikan di dalam post-post yang terawal, ahli-ahli yang tidak dapat lagi untuk mengikuti kelas-kelas yang di anjurkan ada pelbagai kategori dan sebab seperti:-

Kategori A

1. Tuntutan pekerjaan mereka yang memerlukan lebih banyak tumpuan

2. Tuntutan keluarga yang memerlukan banyak perhatian

3. Tuntutan kewangan bagi seiisi keluarga

4. Terlalu banyak pergolakan dalaman (internal politiking) dalam persatuan

5. Ada unsur berpuak-puak dan pilih kaseh yang di amalkan

Kategori B

1. Jelak dan bosan ke kelas kerana tidak ada kesinambungan intisari mata pelajaran yang di ajar

2. Pelajaran tidak di sesuaikan dengan diri dan peringkat seseorang pelajar mengikut kumpulan/golongan

3. Kegagalan Pengajar tidak dapat mengenal pasti kemahuan individu di dalam menimba ilmu ini yang datangnya dari pelbagai golongan

4. Tenaga Pengajar yang tidak kompiten/berkelayakan untuk mengajar sesuatu cabang ilmu yang di perkatakan

5. Pengajaran keilmuan RBSS yang tidak tersusun mengikut korikulum sebenar RBSS

6. Tertalu menumpukan kepada permainan gerak dalam kelas sehingga menjejas mata pelajaran yang lain yang lebih mustahak


7. SEMAKIN LAMA semakin banyak ilmu pengetahuan seseorang ahli dan apabila setiap kali datang di hidangkan perkara-perkara yang sama, ini akan membosankan diri mereka untuk terus datang

8. Terlalu banyak aktiviti-aktiviti luar yang tidak bersangkutan dengan intisari/intipati pelajaran RBSS di anjurkan dan ini mengakibatkan rasa pembaziran masa dan wang ringgit bagi ahli-ahli yang terlibat

9. Bagi ahli-ahli yang lama atau senior dan veteran pula, mereka tidak merasakan bahawa kedatangan mereka hadir ke kelas-kelas dapat meningkatkan tahap ilmu pengetahuan mereka kerana TIDAK ADA MATA PELAJARAN SAMBUNGAN YANG TINGGI untuk mereka

10. Ketiadaan Tenaga Pengajar yang benar-benar bekelayakan untuk memimpin genarasi lama atau veteran di sebabkan perbezaan ilmu dan pengalaman

Kategori C

1. Pihak AJK Persatuan GAGAL melakar sesuatu Mata Pelajaran yang sesuai untuk semua peringkat dan golongan pelajar RBSS seperti menyusun Mata pelajaran untuk pelajar tahun pertama, tahun kedua, ketiga dan seterusnya, terutamanya ahli-ahli yang telah lama di situ...(asyik kena buat kerja-kerja amal atau jadi budak suruhan)

2. Penjadualan Masa yang mungkin tidak bersesuaian dengan ahli.

3. Pengorganisasian tempat-tempat Merasol yang tidak di tetapkan mengikut negeri-negeri secara tetap bukan dengan cara bergilir.

4. Peraturan KeAhlian Persatuan yang tidak mesra ahli-ahli di mana ketetapan perundangan di titik beratkan sehingga menyulitkan segolongan ahli.

5. Tidak ada peruntukan tertentu untuk jenis ahli-ahli yang bergelar senior atau veteran di dalam perundangan persatuan (pukul rata) sedangkan ahli-ahli sebegini memerlukan ruang masa yang lebih fleksibel kerana sebab-sebab kategori A..

Sekiranya benar pihak mana-mana Persatuan BSS yang ada ingin mengembalikan kemeriahan seperti yang berlaku di zaman Arwah Bapak, maka sesuatu perubahan drastik harus di lakukan di dalam Perlembagaan, Pengurusan, Pentadbiran Persatuan masing-masing...

Menyeru semua ahli-ahli untuk kembali ke kelas dan aktif di dalam persatuan memang mudah di lakukan, melalui Blog RBSS ini pun saya boleh membuat seruan tersebut kepada ahli-ahli yang maseh lagi hidup dan mengamalkan RBSS di luar sana...TETAPI SUDAHKAH pihak Persatuan bersedia sepenuhnya???....(rujuk kembali post #59)

Dalam soal ini Technology RBSS tidak salah..tetapi yang salah ialah Technicalitynya!

Wassallam!

Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)

Tuesday March 18, 2008 - 11:14pm (PDT)


No comments: