Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #112

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #112

THE TECHNOLOGY - AHLI RBSS KENA RASUK

Persoalan ini di kemukakan oleh seseorang yang menggunakan nickname Dragon BSS, yang ingin tahu bagaimana caranya untuk menangani kes-kes sebegini..

JAWAPANNYA BEGINI

TIDAK MASUK AKAL SESEORANG YANG MENGAMALKAN RAHSIA BUDI SUCI SEJATI DENGAN 100% KETEKUNAN DAN 100% KEYAKINAN TERKENA RASUKAN JIN/SYAITAN!.....

JIKA ianya BENAR-BENAR berlaku MAKA PERKARA-PERKARA BERIKUT adalah PENYEBABnya:-

1. Tidak mengamalkan RBSS dengan tekun dan sempurna

2. Tidak berjurus atau mengisi pokok badan

3. Sangat jarang-jarang berjurus tetapi hanya mengisi pokok badan

4. Tidak mengamalkannya langsung

5. Belum Merasol dan hanya memiliki 10 Jurusan

6. Sudah Merasol tetapi tidak menambah Jurusan kepada 30 jurus

7. Sudah Merasol tetapi belum sampai ke Penutup

8. Sedang bermain Gerak Tempur (marah)

9. Sedang bermain Gerak Pemainan dengan mahluk halus

10. Tidak boleh mengawal Gerak dalam diri

11. Mengamalkan dan Berjurus Tetapi tahap KEYAKINAN pada RBSS TIPIS

12. Tidak mendapat Jurusan-Jurusan yang tepat dan betul serta cara-cara melakukan ke-semua dalam Prinsip RBSS

13. Jenis memiliki Semangat yang lemah

Itu sebabnya, untuk menangani kes-kes sedemikian kita HARUS MENYIASAT atau mendapatkan MAKLUMAT mengenai latar belakang pembelajaran RBSS mereka SEBELUM mengambil sebarang tindakkan. (ini bagi kes yang bukan kecemasan)


Bagi kes-kes dalam KECEMASAN seperti selepas Bermain Gerak, seseorang ahli itu tidak dapat meepaskan diri dari cengkaman Jin/Syaitan maka siasatan di lakukan selepas bantuan di berikan kepada mangsa tersebut.

SEBENARNYA perkara AHLI RBSS KENA RASUK adalah sesuatu yang boleh di elakkan dari peringkat awal (mula belajar), mereka harus di berikan penerangan yang luas terhadap apa yang boleh berlaku pada diri SEKIRANYA 13 Perkara di atas tidak di ambil perhatian...

Bagi pendapat saya, kes sedemikian adalah bersebab dari KEKURANGAN ILMU PENGETAHUAN MENGENAI APA ITU RAHSIA BUDI SUCI SEJATI....Dan bersabit dengan kekurangan Ilmu Pengetahuan maka seseorang ahli itu akan terdorong untuk melakukan perkara-perkara yang membahayakan keselamatan diri mereka sendiri, dan bermain GERAK tanpa tahu selok belok kegunaannya yang sebenar...ILMU GERAK seumpama API, jika kecil ia menjadi kawan dan apabila besar ia menjadi lawan!.(rujuk post #4)

Kekurangan pegetahuan mengenai selok belok bermain Gerak juga boleh menjadi peyebab untuk sesuatu mahluk "melekat" pada diri seseorang yang memainkannya...di mana ramai yang terperankap dalam situasi sebegini.

Untuk kes-kes ahli-ahli yang kena rasukan bukan kerana bermain Gerak, ini bersebabkan berbagai perkara yang di sebutkan di atas terutamanya pada kaum wanita dan kanak-kanak tetapi jika lelaki dewasa yang menjadi mangsa...itu sudah jelas mereka tidak mengamalkan RBSS mengikut peraturannya.

Kerana bagi kaum wanita dan kanak-kanak boleh di fahami keadaan mereka yang kadangkala sukar untuk berjurus atas pelbagai sebab musabab, tetapi jika PELATIH mereka di rumah sangat tekun dan rajin memberikan bimbingan dan dorongan maka masaalah ini TIDAK AKAN TIMBUL SAMA SEKALI.

SECARA TECHNICALnya, sesuatu mahluk (jin/syaitan) akan menguasai diri seseorang ahli itu JIKA PENCAHAYAAN CAHAYA BUDI mereka TIDAK BERFUNGSI, DAN INI MEMUDAHKAN mahluk tersebut mengambil alih peranan OTAK BELAKANG yang bekerja mengawal tubuh badan manusia (manusia ada Otak Depan dan Otak Belakang - Otak Depan berperanan untuk berfikir)

Itu sebabnya, pengamalan RBSS ini harus di lakukan dengan TEKUN dan MENGIKUT PERATURAN yang termaktub di dalam PRINSIP-PRINSIP RBSS...jika tidak maka masaalah sebegini akan berlaku dan akhirnya MENCEMARKAN NAMA BAIK RAHSIA BUDI SUCI SEJATI ITU SENDIRI.

UNTUK MENYELESAIKANNYA juga mudah, mereka hanya perlu kembali MENGAMALKAN RBSS menurut syarat-syarat dan peraturannya sahaja, niscaya perkara ini tidak akan berulang kepada diri mereka (ini bagi kes bukan bermain gerak)

Kepada kes yang bermain Gerak, mereka harus di beritahu jenis-jenis malapetaka yang akan timbul jika mereka melakukan Permaianan Gerak dengan sesuka hati sahaja...beri mereka ini penerangan yang lengkap untuk bagaimana cara-cara yang sebenar untuk bermain Gerak tanpa mendatangkan risiko di rasuk oleh mahluk halus!

Dalam post #4 telah saya rungkai permasalahan dengan ILMU GERAK ini, di mana ianya baik untuk di gunakan jika kita tahu akan selok belok menggunakannya dan akan menjadi mimpi buruk jika kita melakukan tanpa ilmu pengetahuan...jadi wujud pro dan con nya di situ...

UNTUK BAGAIMANA untuk menangani kes-kes sebegini juga bukan rumit...hanya CABUT dan BUANG, jika yang hendak di Cabut itu tidak ada (jin/syaitan) maka hendaklah di Cabut Gerak yang ada pada tubuh mereka (selalunya bagi kes bermain Gerak), dan bagi kes yang bukan bermain Gerak tetapi di rasuk, gunakan kaedah yang sama iaitu CABUT dan BUANG!...

SEBAGAI PANDUAN UMUM, saya suka menasihati ahli-ahli yang suka bermain Gerak, jika ingin memainkan Gerak sesuatu mahluk atau apa juga jenis Pergerakan, JANGAN AMBIL DAN MASUKKAN SESUATU BENDA YANG ORIGINAL, KITA BOLEH MEMAINKANNYA DENGAN MENGAMBIL KESEMANGATANNYA SAHAJA...INI LEBIH SELAMAT!

ARTI KESEMANGATAN ini adalah kita memainkan sesuatu pergerakan dengan berpuncakan semangat dan mengikuti pergerakan yang di lakukannya, walaupun ianya tidak 100% original tetapi langkah ini dapat menyelamatkan diri kita dari di cengkam oleh mahluk halus.

TETAPI bagi ahli-ahli yang PORFESSIONAL DALAM RBSS DAN GERAK, mereka akan suka mengambil sesuatu mahluk halus yang ORIGINAL kerana ini akan dapat memberikan impak yang NYATA..mereka boleh melakukan KERANA TELAH TAHU AKAN SELOK BELOK PERMAINAN GERAK...jadi jangan di tiru kelakuan mereka ini (dont try this at home!)

KESIMPULANNYA

Jika ada terdengar kes-kes ada ahli-ahli RBSS terkena RASUKAN mahluk halus, itu BUKAN BERMAKNA AMALAN RBSS INI LEMAH ATAU TIDAK BERFUNGSI MELINDUNGI DIRI SI PENGAMAL...TETAPI lebih kepada KEPINCANGAN ILMU PENGETAHUAN mereka yang cetek terhadap keilmuan RBSS ini...atau TIDAK TAHU DENGAN SEBENARNYA APA ITU RBSS!.

KERANA MELALUI TECHNOLOGY PEMBUATANNYA oleh ALLAH SWT, seseorang itu akan BEBAS dari BELENGGU Iblis/Jin/Syaitan jika memperolehi, memiliki dan mengamali PENCAHAYAAN CAHAYA YANG MELIPUTI ROH KITA ITU...

Technology ini tidak boleh berubah dengan persepsi manusia!

Wassallam!
Professor BSS (

Tuesday March 18, 2008 - 10:17pm (PDT)

No comments: