Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #114

magnify

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #114

THE TECHNOLOGY - AHLI RBSS BEBAS

AHLI RBSS BEBAS di sini bermaksud Ahli-Ahli RBSS yang telah MENAMATKAN KURSUS-KURSUS PELAJARAN RBSS dan secara Technikalnya boleh di katakan TAMAT segala Mata Pelajaran yang ASAS...dan memilih untuk bergerak BEBAS tanpa ikatan dengan Persatuan yang ada kerana sebab-sebab telah tamat kursus dan Ahli-Ahli yang sememangnya telah lama meninggalkan Persatuan tetapi maseh bergerak aktif secara persendirian.

TAKRIFAN masa kini oleh orang-orang dari Persatuan terhadap Ahli-Ahli RBSS BEBAS ini di kategorikan sebagai BUKAN LAGI AHLI PERSATUAN dan tidak di pandang lagi sebagai Ahli-Ahli RBSS walaupun mereka TETAP AKTIF mengamalkan RBSS.

Ini adalah TAKRIFAN yang SALAH dan PERLU PEMBETULAN...KERANA mereka itu tidak lagi MENYUMBANG APA-APA YURAN KEPADA PERSATUAN...itu sebab utamanya...

TETAPI...jika di fikir secara lebih WARAS lagi, PERLUKAH KITA MENYISIHKAN MEREKA dari dalam Persatuan, sedangkan mereka-mereka ini adalah TERBIT dan WUJUD dari usaha dan pencarian mereka terhadap keilmuan ini dan pernah bekerjasama dengan pihak guru-guru dan persatuan...

PERSOALANNYA ialah WAJIBKAH MEREKA DI SISIHKAN BEGITU???.............Sedangkan mereka memiliki dan mempelajari Ajaran dan Amalan yang sama dengan apa yang di perturunkan oleh pihak Persatuan!.

Jadi, apakah yang perlu atau harus di lakukan supaya PEMBAZIRAN keahlian Ahli-Ahli RBSS ini tidak terbuang begitu sahaja???...sedangkan mereka ini adalah tergolong dalam golongan yang Majoriti...

Dari segala maklum balas yang saya terima melalui email dari Ahli-Ahli RBSS BEBAS ini dan juga yang maseh di bawah naungan Persatuan yang sediaada, secara keseluruhan mereka sememangnya sayang terhadap guru dan persatuan TETAPI masaalahnya ialah TIDAK ADA RUANG KHAS yang di berikan oleh pihak persatuan yang ada untuk mereka bergiat menurut masa yang mereka ada, dan kursus-kursus yang di tawarkan pula tidak menepati kehendak mereka secara individu (kerana setiap individu memiliki kehendak yang tersendiri)

Dan ramai yang ingin menyumbang kepada pengembangan ajaran RBSS ini tetapi ruangnya tertutup atau tidak di berikan ruang langsung, di mana ruang yang ada telah di pelopori oleh golongan-golongan tertentu...JADI DI SINILAH BERLAKUNYA PEMBAZIRAN MODAL INSAN dari Ahli-Ahli RBSS Bebas ini.

OLEH KERANA ITU, saya berpendapat bahawa sesuatu harus di lakukan dengan segera bagi menghalang Pembaziran Modal Insan ini dari terus berlaku dan saranan saya adalah seperti yang berikut:-

Saya menyeru kepada yang sangat berminat dan sanggup melakukan tanggungjawap tambahan untuk tampil ke hadapan bagi melaksanakan satu Projek Kemasyarakatan KeAhlian RBSS di seluruh dunia dengan:-

MENDAFTAR sebuah PERSATUAN YANG KHUSUS UNTUK PARA AHLI-AHLI RBSS tidak kira dari Guru-Guru yang mana, asalkan mereka itu benar-benar mengamalkan Rahsia Budi Suci Sejati.

Persatuan yang di sarankan ini adalah PERSATUAN AHLI-AHLI RAHSIA BUDI SUCI SEJATI INTERNATIONAL

Bagaimana Model Operandinya:-

TUJUAN - MISI

1. Mengumpul dan Mendaftar semua ahli-ahli serata dunia ke dalam Persatuan Ahli-Ahli RBSS International ini

2. Jadi mereka akan berada di dalam satu Persatuan yang khusus untuk ahli-ahli sahaja dan tidak perlu bercampur di dalam keahlian persatuan yang sedia ada, supaya tidak ada PEMBAZIRAN MODAL INSAN seperti yang di sebutkan.

3. Persatuan bagi ahli-ahli ini boleh menjalinkan hubungan yang rapat dengan persatuan yang ada sekarang bagi menjalankan urursan kerjasama yang boleh di manfaatkan secara bersama

4. Kewujudannya bukan sebagai penentang atau pengganti kepada persatuan yang sediaada

5. Kerana di dalam Persatuan yang di saran ini AKAN TIDAK ADA GURU-GURU hanya 100% Ahli-Ahli RBSS sahaja...untuk merujuk kepada guru-guru bagi sesuatu tujuan, maka kerjasama atau jalinan kerjasama harus di lakukan di antara persatuan supaya kedua-duanya mendapat manfaat sepenuhnya

6. Persatuan yang ada juga tidak perlu pening kepala lagi untuk menjaga keahlian yang selalu menghilang

7. Persatuan ini berbentuk Non Profitable Organisation dan di gerakkan oleh para SUKARELAWAN RBSS yang berminat melakukannya.

MATLAMAT - VISI

1. Melalui Persatuan Ahli-Ahli ini di wujudkan satu WEBSITE KHAS bagi tujuan Pendaftaran keahlian dan bertindak sebagai pemberi maklumat dan berita kepada semua ahli-ahli RBSS di seluruh dunia.

2. Melalui Website Khas itu para ahli boleh berinteraksi sesama sendiri melalui Forum dan boleh memberikan tunjuk-ajar atau apa-apa jenis saranan dan maklumat untuk di manfaatkan oleh setiap ahlinya

3. Melalui Website Khas tersebut juga di muatkan dengan segala sejarah dan pembangunan RBSS buat di pelajari oleh semua ahli dan dengan ini mereka akan mendapat maklumat yang jitu serta seragam

KEAHLIAN DAN PENDAFTARAN

1. Keahlian dan Pendaftaran 100% di buat melalui Online

2. Syarat keahlian adalah ringkas tetapi tegas, maksudnya butir-butir diri dan pengambilan pelajaran RBSS harus di berikan oleh ahli kepada pendaftar.

3. Taraf keanggotaan yang Seumur hidup

4. Dengan Pembayaran Keahlian yang MINIMA sekali untuk semumur hidup bagi menampung pengurusan penyimpanan data dan maklumat dan untuk membiayai kos-kos yuran Websites dan elaun khas sukarelawan yang menjalankan tugas

5. Orang-orang yang bukan ahli RBSS juga harus di terima sebagai Associate Member agar Persatuan ini mencerminkan sikap terbuka kepada masyarakat umum dan ini akan menggalakkan mereka mempelajari keilmuan ini dengan lebih baik lagi.

MODERATOR

1. Melalui Website Khas itu di serapkan beberapa MODERATOR yang cekap dan berpengatahuan untuk menanangi pelbagai persoalan yang di kemukakan oleh para ahlinya

2. Moderator harus ada beberapa golongan pakar yang terpelajar di dalam bidang masing-masing seperti Hal Ehwal Agama ISLAM, RBSS yang ada pelbagai jenis keilmuannya...ini bagi memastikan jawapan yang di berikan kepada para ahli adalah sahih dan tepat segala maklumatnya

3. Website Khas ini juga harus di selitkan dengan berita-berita dan maklumat-maklumat lainnya bagi pengetahuan para ahli seperti Sains ISLAM, Theology ISLAM, dan perkara-perkara yang boleh menambah pengetahuan para ahli.

ACTION PLAN

1. Persatuan Ahli-Ahli Rahsia Budi Suci Sejati International ini harus di daftarkan di Negara Malaysia

2. Beberapa Sukarelawan RBSS di perlukan untuk mengisi Jawatan sebagai Jawatan Kuasa Penaja dan AJK Persatuan yang bakal di tubuhkan

3. Merekalah yang akan melakukan segala Action Plan yang di sarankan sebagai Sukarelawan RBSS yang bertanggungjawap

4. Beberapa Pakar IT dan Komputer juga di perlukan secara sukarela bagi membantu membina Website Khas dan bekerjasama dengan AJK bagi melaksanakan Visi dan Misi Persatuan ini.

5. Beberapa DONOUR atau PENDERMA BUDIMAN juga di perlukan bagi memperuntukkan Kewangan bagi melaksanakan usaha yang mulia ini seperti kos pembangunan website dan kos pendaftaran persatuan serta kos-kos yang terlibat.


AKHIR KATA

Kepada semua para ahli-ahli Rahsia Budi Suci Sejati tidak kira siapa diri anda dan di mana anda berada dan apa juga warga negara anda, berikanlah persetujuan atau tidak persetujuan anda pada saranan penubuhan Persatuan bagi ahli-ahli RBSS ini dengan mengundi di dalam Poll Survey di bawah ini.

Ini adalah satu langkah ke hadapan di dalam perkembangan RBSS di dalam Dunia hari ini, dengan cara ini sahaja PENYATUAN AHLI-AHLI DAPAT DI LAKUKAN TANPA PREJUDIS..Jika ramai yang menyokong maka akan wujudlah Persatuan Ahli-Ahli RBSS International ini, jika anda tidak menyokong bermakna akan berterusanlah permasalahan yang melanda ahli-ahli RBSS di ketika ini..

Dalam soal penubuhan Persatuan Ahli-Ahli RBSS International ini BUKAN bertujuan melawan atau membelakangkan guru-guru TETAPI melicinkan dan memantapkan lagi gabungan ahli-ahli yang sediaada di merata dunia, dengan penyatuan di bawah satu bumbung ini maka akan terbit satu kesirtulrahiman yang baharu di antara ahli-ahli RBSS, dan guru-guru akan mudah utnuk menghubungi murid kerana telah ada persatuan yang di naungi oleh mereka..

Sebagai permulaan, saya (Professor BSS) akan bertindak sebagai ADVISOR SEMENTARA terhadap projek ini sehingga perlantikan baharu di buat.

Jadi buatlah undi anda sekarang 19 hb March 2008 hingga ke tarikh 18 April 2008

Dan kepada bakal-bakal Sukarelawan untuk AJK Penaja, Pakar IT dan Komputer dan Penderma Ikhlas, sebagai permulaan boleh menghantar email kesanggupan anda untuk terlibat secara sukarela dengan projek ini kepada professor_bss@yahoo.com sehingga dapat di lantik orang-orang yang dapat di pertanggungjawapkan kelak.

Buatlah undi anda sekarang!...

Adakah anda menyokong saranan untuk menubuhkan Persatuan Ahli-Ahli RBSS International?

Saya 100% menyokong 21

Saya 100% membantah 1

Saya 50-50% berkecuali 1

Sign in to vote

Wednesday March 19, 2008 - 02:06am (PDT)


No comments: