Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #100

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #100

THE KNOWLEDGE POWER - ATAU KEKUATAN ILMU PENGETAHUAN

Dalam pepatah Bahasa Inggeris ada mengatakan bahawa "Knowledge is Power" atau "Ilmu Pengetahuan itu adalah Kekuatan", maksudnya barang siapa yang tidak memiliki banyak ilmu pengetahuan maka akan menjadi lemahnya dirinya di dalam Alam ini...

Seperti yang kita ketahui bahawa di dalam Alam maya ini terdapat pelbagai ILMU KETUHANAN yang menanti untuk di singkap dan di rungkai oleh setiap manusia tetapi bukan setiap manusia pula yang mampu untuk melakukannya.

Itulah sebabnya ALLAH SWT mengkategorikan mahluk manusia itu kepada pelbagai bangsa dan keturunan dan mendiami kesemua pelosok dunia di dalam benua-benuanya, tugas mereka di antara benua itu adalah bekerja untuk membangunkan sesuatu keilmuan bagi di manfaatkan oleh kesemua bangsa di benua yang lain...

Contohnya, dari manakah bekalan daging yang terbesar boleh di dapati sebagai sumber makanan manusia?...ia seperti New Zealand, Australia, Inda dan Amerika...Sumber bijirin?...dari Benua Eropah,...Sumber Minyak dan Kurma?...dari Benua Arab,...dan pelbagai sumber lagi yang ada, kesemuanya tidak dapat di monopoli oleh sesuatu bangsa sahaja...Dengan cara yang demikian setiap bangsa akan memerlukan bangsa yang lain untuk mendapatkan keperluan kehidupan seharian mereka.

Jika di Malaysia...walaupun ada sumber-sumber asas taninya sendiri tetapi itu maseh tidak mencukupi untuk menampung keperluan bangsanya sendiri sehingga terpaksa mengimport sumber-sumber yang perlu dari negara-negara yang lain...

Itulah yang di katakan kekuatan sesuatu Ilmu Pengetahuan, jika di miliki maka ia akan menjadi sumber kapada kekuatan sesuatu bangsa itu sendiri...itu lebih kepada sesuatu yang ramai yang luas dan yang di kategorikan dalam bangsa, bagaimana pula dengan sumber kekuatan ilmu pengetahuan kepada individu secara khususnya???....

Di mana-mana negara pun, setiap pemerintah akan menyediakan sumber-sumber pendidikannya yang tersendiri bagi bangsanya mempelajari sesuatu cabang ilmu pengetahuan bagi di manfaatkan oleh rakyatnya, tindakkan ini perlu bagi mengimbangi pengetahuan rakyat agar sejajar dengan pengetahuan yang di pelajari oleh kebanyakan bangsa di benua yang lain agar rakyatnya tidak tertinggal atau terkebelakang.

Namun, maseh ada juga di antara bangsa-bangsa di sesuatu benua itu yang ketinggalan di dalam mendapatkan ilmu pengetahuan kerana perbuatan diri mereka sendiri yang bermusuhan sesama sendiri, bukan atas dasar mencari ilmu tetapi dalam mencari kuasa untuk kepentingan golongan mereka sendiri...tidak terkecuali di dalam negara-negara yag maju...

Dalam mengejar ilmu pengetahuan yang pelbagai ini sememangnya sangat baik bagi meningkatkan kestabilan ekonomi sendiri, keluarga, masyarakat dan negara...akan tetapi sesuatu ilmu pengetahuan itu jika tidak di seimbangi dengan keperluan ilmu pengetahuan yang menjurus kepada pembinaan ahlak dan budi pekerti maka sesuatu keluarga, masyarakat dan negara akan menghadapi masaalah kerosakkan ahlak.

Jadi cukupkah dengan pelajaran-pelajaran yang di ajarkan di sekolah-sekolah rendah, menengah dan universiti yang ada???....Cukup!, hanya kepada pembangunan ekonomi dan politik sesuatu bangsa...jadi apa yang berkurangan?

Yang kurang ialah ilmu pengetahuan yang meliputi pembetukkan ahlak yang menyeluruh terhadap diri seseorang manusia secara sejagat, di mana ilmu pengetahuan tersebut akan dapat menjamin kestabilan segala keilmuan yang lain dari segi ekonomi dan politiknya...adakah keilmuan agama berkurangan atau tiada di masa sekarang?....

Jawapannya ada tetapi tidak mencukupi serta tidak menepati tujuan mengapa agama itu di turunkan!...

Contohnya....ramai anak-anak pada hari ini di hantar ke sokolah yang mengajar pelajaran Ukhrawi bukan atas tujuan untuk memberikan mereka ilmu-ilmu agama sahaja tetapi untuk memenuhi kuota pekerjaan di dalam bidang keagamaan yang semakin bertambah dari masa kesemasa seperti untuk jawatan-jawatan ustadz dan imam-iman di madarasah-madrasah dan masjid-masjid, pusat-pusat Islam, Mahkamah Syariah dan sebagainya...jadi tujuannya dari memberikan ilmu untuk keperluan peribadi telah bertukar untuk di jadikan sebagai sumber modal insan di dalam bidang pekerjaan.

Dan orang-orang yang terlatih di dalam bidang keagamaan ini pula akan belajar ilmu keagamaan yang menjurus kepada hal-hal yang menyentuh bidang-bidang kemasyarakatan bangsanya dan akan menjadi seorang karyawan (professional) di dalam bidangnya, sama seperti bidang-bidang di sektor yang lain seperti jurutera, doktor, peguam dan yang sebagainya itu.

Oleh yang demikian, siapakah yang akan bertugas untuk memberikan keilmuan yang menjurus kepada pembetukan ahlak atau yang dapat mencanai budi pekerti yang baik serta luhur?, atau ilmu-ilmu yang menjurus kepada pengenalan diri dan juga Tuhan?....jawapannya juga ada di mana-mana tetapi kesahihannay tidak dapat di tentukan...kenapa?

Kerana ramai yang bertauliah di dalam jurusan ilmu keagamaan telah menceburi pekerjaan yang menawarkan imbuhan yang lumayan seperti menjawat jawatan di sesuatu jabatan agama negeri atau negara tau di pusat-puat pengajian tinggi sebagai pensyarah kerana mereka itu berkelulusan dari pusat-pusat pengajian tinggi ISLAM di merata dunia, jadi takkanlah mereka mahu bekerja sebagai guru agama kampong!


Dengan perginya graduan=graduan ini ke sektor yang lebih besar dan yang menawarkan pendapatan yang lumayan, maka di peringkat bawahan akan di isi oleh pengajar-pengajar ilmuan agama dan ketuhanan yang kurang bertauliah dan yang kurang ilmunya kerana mereka sanggup menerima kadar imbuhan yang lebih rendah di sebabkan oleh kekurangan tauliah dan ilmu yang di perlukan dan juga kerana tidak dapat masuk ke dalam sektor yang lebih besar...

Orang-orang di bahagian bawahan inilah yang banyak menimbulkan pelbagai ajaran-ajaran yang sesat, ajaran-ajaran khurafat kerana tuntutan mereka bukan melalui universiti-universiti ISLAM yang masyur tetapi daripada guru-guru yang berada di pulau-pulau,bukit-bukit, gunung-gunung, kampung-kampung pendalaman yang terdedah kepada ajaran-ajaran yang penuh dengan mistik! (ini bukan untuk merendah-rendahkan keilmuan mereka) dan pengetahuan ISLAMnya tidak memenuhi kriteria yang sepatutnya lalu di campur-adukkan dengan keilmuan mistikal dan di ajarkan sebagai suatu cabang ilmu yang tersendiri pula...

Ilmu-Ilmu yang sebeginilah yang laris di pelajari oleh orang-orang Melayu dan ISLAM kita dari zaman dahulu kala lagi, jadi jika ramai yang menjadi pengikut ajaran yang sesat maka itu bukan salah sesiapa...itu adalah salah semua pihak!, termasuk pihak kerajaan yang memerintah kerana tidak memikirkan perkara-perkara ini.

Cuba bayangkan, di setiap ajaran PerSilatan yang di ajarkan oleh orang-orang Melayu akan ada unsur-unsur mata pelajaran ISLAM di dalamnya dan di ajarkan oleh guru-guru silat yang menjadi gurunya, sedangkan ia hanya pakar di dalam ilmu persilatan dan bukan pakar dalam hal-hal ISLAM, apabila guru-guru ini cuba untuk menerapkan dan mengimbangkan kedua-dua jenis ilmu itu maka akan timbul percanggahan, yakni dalam ilmu persilatan ada unsur pertahanan diri dan juga tempur dan dalam ISLAM akan ada tiga (3) cabang ilmunya iaitu Tauhid, Fiqah dan Tassawuf...jadi bagaimana ianya dapat di ajar dengan sempurna melalui persilatan?...(hanya yang dapat di tegaskan secara umum adalah Hukum Sholat)

Sepatutnya setiap ilmu-ilmu yang berupa persilatan tidak harus di campur-adukkan dengan pengajaran ISLAM di dalamnya seperti yang di lakukan oleh ilmu-ilmu mempertahankan diri seperti Tae Kwan Do, Karate, Aikido, KungFu dan selainnya...mereka berjaya kerana tidak mencampur-adukkan agama dengan ilmu mempertahankan diri, mereka membuat prinsip bahawa jika ingin belajar mengenai sesuatu agama maka seseorang itu harus mencari tempat-tempat dan guru-guru yang mengajar agama sahaja dan tugas mereka hanya mengajar ilmu mempertahan diri sahaja!.

Begitu juga dengan pelajaran KeRahsian Rahsia Budi Suci Sejati ini, sebaik-baiknya jangan ada guru-guru yang mencampur-adukkan hal-hal pengajaran agama yang menjurus kepada pengajaran Rukun ISLAM kepada muurid-muridnya atau yang mengajar ilmu persilatan di dalamnya kerana itu akan membuat murid-murid menjadi keliru dan akhirnya akan tertanam suatu fahaman yang di luar landasan ISLAM itu sendiri...buat masa ini juga pun ada segelintir ahli-ahli RBSS yang mengajar RBSS dengan mencapurkan ilmu persilatan dan Agama di dalam ajaran mereka...sememangnya niat mereka itu baik untuk membuat seperti 2 in 1 atau 3 in 1 tetapi kesannya sangat negatif!...melainkanlah yang mengajar itu adalah PAKAR di dalam ketiga-tiga bidang ilmu tersebut...ada ke yang pakar macam itu???....


Melainkan...di dalam struktur pengembangan pelajarannya ada di sediakan pakar-pakar khas di dalam bidang ilmu masing-masing untuk mengajar kepada murid-murid mereka dan di jadualkan mengikut giliran atau sesi pengajarannya...tetapi ini tidak mungkin dapat di lakukan oleh semua orang kerana memerlukan penubuhan sebuah institusi yang besar dan akan meliputi perbelanjaan yang besar juga...jadi tidak sesuai untuk di guna-pakai oleh guru-guru standard kecil-kecilan!...jadi nampaknya masaalah ini akan berlarutan tanpa henti..

Kerana itulah saranan supaya di tubuhkan sebuah Akedemi Rahsia Budi Suci Sejati di kemukakan supaya apa yang perlu dapat di laksanakan dan apa yang perlu di ajar dapat di perturunkan secara yakin dan bersistematik!, dan hasilnya kelak adalah graduan-graduan RBSS yang berkualiti tinggi.....

Kita kena fikir cara untuk melaksanakannya...

Wassallam!

Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)

Wednesday March 5, 2008 - 05:42pm (PST)

No comments: