Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #101

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #101

KOMENTAR PROFESSOR #4 - RUMUSAN UNTUK 100 POSTS

Salam bahagia kepada semua pembaca Blog Rahsia Budi Suci Sejati, semenjak di mulakan pada 6hb December 2007 sehingga kini (12hb March 2008), Blog RBSS ini telah menjangkau kepada 11,523 kali pembacaan.

Pada mulanya saya merancang hanya untuk menulis 50 posts, memandangkan penerimaan yang sangat baik serta pelbagai persoalan yang di kemukakan maka Blog RBSS ini di lanjutkan sehingga kepada post yang ke 100!.

Jika di amati dengan teliti, Blog RBSS ini telah di bahagikan kepada beberapa bahagian tetapi yang khusus adalah kepada dua (2) bahagian penting iaitu pada 53 posts yang pertama lebih menjurus kepada maklumat yang berupa pendedahan kepada segala jenis sejarah di dalam KEILMUAN RBSS ini dan pada bahagian kedua yang di kenali sebagai THE BRAINSTORMER pula ianya telah di tulis sebanyak 45 posts khusus dan menjadikan keseluruhan blog ini kepada 100 posts.

Bagi diri saya sendiri secara peribadi, kedua-dua segmen tersebut maseh lagi jauh dari sasaran untuk mendalami KEILMUAN RBSS ini, pertama kerana ianya di tulis atau di ketengahkan sebagai Alternative & Additional Informations Provider dan kedua sebagai The Brainstormer kepada para pembaca umumnya dan kepada semua ahli-ahli RBSS khususnya...

Akan tetapi, pelbagai jenis keilmuan telah di dedahkan kepada umum di mana ada segelintir dari maklumat-maklumat tersebut adalah menjadi perkara baharu kepada diri seseorang dan menjadi perkara yang telah lapok kepada yang lain...ini sangat bergantung kepada siapa diri anda pada ketika ini...

Yang saya maksudkan penulisan Blog RBSS ini maseh jauh lagi dari sasaran, adalah berdasarkan kepada maklumat-maklumat dari RAHSIA TERAS RBSS yang tidak di ketengahkan sebagai menjadikan RBSS ini TETAP MENJADI RAHSIA...dan hanya yang benar-benar ingin dan telah mempelajarinya sahaja yang akan dapat menimba keilmuan yang di katakan lebih RAHSIA itu...tetapi akan tertakluk kepada sepantas mana mereka boleh memahaminya dalam jangkamasa yang singkat.

Walaupun Blog ini telah berlanjutan kepada 100 posts dan telah memperkatakan pelbagai perkara utama, namun maseh ada lagi terdapat soalan-soalan yang sangat asas atau soalan pokok di suarakan melalui email atau blog message, di mana jika di lihat daripada jenis persoalan yang di kemukakan ianya berkisar kepada masaalah penggunaan seharian dan cara-cara untuk menggunakan RBSS...


Sebenarnya begini, tujuan saya membuka Blog RBSS ini BUKAN bertujuan untuk mengajar perkara yang asas atau yang pokok tersebut kerana saya berpendapat perkara-perkara tersebut TELAH DI AJAR melalui PUSAT-PUSAT atau KELAS-KELAS RBSS yang di sediakan oleh Persatuan-Persatuan yang bertanggungjawap, kerana itu semua adalah keilmuan ASAS seperti mata pelajaran yang di berikan di sekolah TADIKA dan SEKOLAH RENDAH, di mana seharusnya para pelajar RBSS telah mendapat sijil UPSR (PSLE) dan SPMnya (GCE O) (contoh)...dan saya berharap dengan kewujudan Blog RBSS ini akan dapat menyambung pelajaran RBSS seperti ke peringkat STPM/DIPLOMA dan terus kepada peringkat SARJANA/DEGREE....MASTERS dan kepada pengkhususan pengkajian seperti peringkat PhD...

TETAPI hakikat sebenar yang berlaku melalui maklum balas dan maklumat-maklumat berdasarkan soalan yang di kemukakan kepada saya, saya dapati ramai ahli-ahli RBSS yang TERCICIR dari persekolahan RBSS mereka...terlalu ramai!, dan ini adalah sesuatu yang harus membuka mata dan telinga para-para tenaga pengajar yang di kendalikan oleh Persatuan-Persatuan Budi Suci Sejati yang ada di seluruh Malaysia...

Kerana berdasarkan kepada analisis tersebut, yang menyebabkan mereka banyak yang tercicir dari mata pelajaran RBSS adalah di sebabkan kurang perhatian yang di berikan kepada setiap individu semasa mengajar, kurang maklumat-maklumat berdasarkan keilmuan RBSS di perturunkan dan yang terpenting ialah ketiadaan GARIS PANDU YANG TEPAT UNTUK MENGAJAR SEGALA KEILMUAN RBSS daripada mula mereka belajar sehinggalah kepada tahap atau peringkat SPM (contohnya).

Bagi saya, pihak Persatuan harus mengajar ahli-ahli dari peringkat TADIKA sehingga ke peringkat SPM, dan melalui peringkat tersebut kesemua mata pelajaran yang ASAS telah di sampaikan sepenuhnya kepada mereka...jika itu telah di lakukan maka akan mudahlah para ahli-ahli ini akan menyambung sendiri pelajaran RBSS mereka ke peringkat yang lebih tinggi lagi sehingga mencapai ke MARTABAT yang sebenar!...

Perkara ini telah banyak kali saya perkatakan melalui banyak posts, tetapi dari maklumat yang saya terima dari para pembaca yang budiman, boleh di katakan kesemua PERSATUAN BSS yang ada MENOLAK USUL bagi MEMPERKEMAS MATA PELAJARAN RBSS ini BERDASARKAN SARANAN PROFESSOR BSS kerana mereka yang terlibat di dalam Persatuan MERASA TERCABAR dengan kewujudan Blog RBSS ini, dan yang lebih EXTREME mereka MELABELKAN Blog RBSS ini sebagai SESAT dan TIDAK SAHIH!...

Walaupun mereka (Pihak Persatuan yang ada) melabelkan Blog RBSS tulisan Professor BSS ini sebagai sesat atau kurang sahih TETAPI hakikat sebenarnya RAMAI AHLI-AHLI MEREKA YANG BELAJAR MELALUI BLOG RBSS INI dan MENDAPAT MANFAAT DARI SEGALA MAKLUMAT DAN KEILMUAN YANG DI KETENGAHKAN, ini berdasarkan email-email yang saya terima sepanjang tiga (3) bulan yang lalu dan yang lebih mengembirakan ialah ada ramai yang telah meninggalkan ajaran RBSS ini kerana ketandusan ilmu TELAH KEMBALI MENGAMALKAN RBSS SETELAH MEREKA MEMBACA DAN MENGIKUTI BLOG RBSS INI...

Ini menunjukkan bahawa kewujudan Blog RBSS ini benar-benar SANGAT MEMBANTU kepada semua ahli-ahli RBSS di seluruh dunia tanpa mengira mereka belajar dari guru-guru yang mana atau persatuan yang mana, fakta yang di kemukakan ini juga berdasarkan daripada maklum balas melalui email kepada saya...(nama-nama mereka terpaksa saya rahsiakan atas permintaan mereka sendiri yang khuatir akan di label sebagai pembelot atau durhaka oleh pihak persatuan ataupun guru-guru)

Sebenarnya, apakah yang berlaku di dalam perkembangan RBSS telah menunjukkan bahawa sememangnya wujud kepincangan di dalam sistem pembelajaran RBSS terhadap ahli-ahlinya tetapi pihak yang bertanggungjawap seperti "masuk telinga kiri dan keluar telinga kanan" kerana tidak peka terhadap segala kemahuan yang ingin di tuntut di dalam mempelajari keilmuan RBSS ini...sepatutnya mereka telah mula mengorak langkah mengatur strategi yang baharu untuk memperkemas segala kepincangan yang ada BUKAN hanya sekadar MEWAR-WARKAN bahawa Blog RBSS tulisan Porfesssor BSS ini sesat/songsang/sasau dan sebagainya.

Dalam dunia hari ini kita harus pandai mendengar dan harus pandai melihat serta harus tahu menilai kemahuan ramai, jika tidak kehancuran akan berlaku...cuba perhatikan apa yang terjadi terhadap BN yang telah menyambut usia 50 Tahun!, kerana tidak peka terhadap keperluan rakyat mereka menerima "bantahan rakyat melalui peti undi"....RBSS juga akan mencapai usia 50 Tahunnya pada akhir tahun ini...jadi elakkan dari menerima nasib yang sama seperti apa yang berlaku terhadap BN!....mungkin cara ahli memprotes tidak sama kerana mereka itu pelajar bukan rakyat!...

Blog RBSS ini juga menerima beberapa protes dan teguran dari beberapa golongan tertentu dan melalui fakta yang di kumpulkan, mereka-mereka ini adalah hanya dari ahli-ahli golongan tahun 60an dan 70an...ini memberi makna bahawa cara mereka belajar di dalam zaman tersebut sehingga telah berjaya menerbitkan suatu kepercayaan yang tersendiri telah tercabar dengan segala pembaharuan yang di bawa oleh penulisan Blog RBSS ini yang lebih terbuka dan berinformasi jika di bandingkan dengan cara mereka belajar di zaman-zaman itu...bagi saya itu bukan satu masaalah yang besar atau yang sangat serius kerana penulisan Blog RBSS ini akan membawa mereka ke arus pembelajaran yang lebih luas dan akan membentuk suatu pembaharuan di hati dan sanubari mengenai keilmuan RBSS di dalam diri mereka kelak, dan saya dapat rasakan itu telah berlaku!....

Begitu juga dengan para pembaca dari Amalan atau sesuatu Keilmuan yang lain, melalui maklum balas yang saya terima dari seluruh dunia, mereka menerima dengan baik segala fakta-fakta mengenai sesuatu keilmuan yang telah di kemukakan melalui Blog RBSS ini, malah ada yang berterima kaseh kerana melalui fakta-fakta yang di berikan itu mereka telah mendapat manfaat daripadanya serta dapat menguatkan keilmuan yang mereka amali!. walaupun mereka itu bukan penuntut keilmuan RBSS....

Yang belum mempelajari apa-apa jenis keilmuan juga telah mula menunjukkan minat untuk mempelajari keilmuan RBSS ini setelah mereka mengikuti segala penulisan di dalam Blog RBSS ini tetapi ramai yang tidak dapat saya salurkan secara langsung kepada pihak-pihak persatuan BSS yang ada kerana tidak mendapat kerjasama daripada mereka (persatuan) mengenai segala maklumat dan alamat-alamat cawangan-cawangan persatuan di seluruh Malaysia...alasan mereka maseh sama...siapa itu Professor BSS untuk di beri kerjasama?...

Perkara tidak mahu memberikan kerjasama (oleh pihak-pihak persatuan BSS) boleh di lihat oleh umum sebagai "Batu Penghalang" terhadap niat mereka untuk memiliki HAQ yang mereka ingin ketahui...jika anda (pihak persatuan) di tempat mereka, apakah perasaan anda?....

Sebenarnya, bagi pendapat peribadi saya...pihak-pihak persatuan yang ada sekarang ini BUKAN tidak mahu bekerjasama dengan Blog RBSS ini di dalam memperkembangkan keilmuan RBSS di serata negara TETAPI MEREKA TERTAKLUK KEPADA POLISI YANG DI WUJUDKAN SENDIRI YANG TIDAK BEGITU FLEXIBLE!, sedangkan POLISI tersebut tidak lagi RELEVAN UNTUK ZAMAN INI...dan akhirnya mereka TERPAKSA MENOLAK UNTUK BEKERJASAMA....kesannya?...ramai yang ingin belajar tidak akan dapat belajar dalam masa yang terdekat kerana ketiadaan maklumat di mana mereka harus mendapatkan pelajaran tersebut!...

Untuk beberapa kes untuk belajar, saya sekarang terpaksa merujukkan mereka kepada ahli-ahli tertentu secara rahsia dan ahli-ahli (saya juga tidak kenali mereka) tersebut akan melakukan segala urusan selanjutnya ke pihak guru, bagi mereka-mereka yang mahu belajar (saya sangat menyanjung tinggi sikap ahli-ahli ini yang sangat berani ini yang sanggup mempertaruhkan diri bagi memberikan peluang untuk orang-orang yang mahu belajar RBSS)...tetapi soalannya sampai bila???.....(mereka kena baca post #99)

Baik, berbalik kepada penulisan Blog RBSS ini...setelah dua (2) segmen di ketengahkan dan berakhir maka saya akan menyambung ke segmen seterusnya, segmen yang akan datang ini akan di namakan sebagai THE TECHNOLOGY selepas THE BRAINSTORMER...

Segmen THE TECHNOLOGY akan mengupas perkara-perkara yang TELAH DI PERKATAKAN di dalam dua (2) segmen yang terdahulu itu tetapi dari sudut yang lain, jika di perhatikan perkataan TECHNOLOGY itu membawa maksud sebagai ILMU MENGENAI CARA-CARA YANG BERSANGKUTAN DENGAN SESUATU KEJADIAN...

Melalui segmen THE TECHNOLOGY ini kelak, saya mengharapkan agar akan lebih ramai lagi pembaca amnya dan ahli-ahli RBSS khususnya akan mendapat pelbagai huraian mengenai sesuatu dengan cara yang santai dan tidak membebankan fikiran kerana di dalam penghuraiannya kelak, saya akan mengekalkan WRITING STYLE yang berpandukan teras Alternative & Additonal Informations Provider dan mengelakkan dari menggunakan terma-terma yang rumit atau yang sukar, dan seperti kebiasaannya akan cuba bebas dari sebarang kepercayaan mahzab-mahzab TETAPI akan di tekankan dari SUDUT ILMU KETUHANAN....supaya ianya akan lebih mudah di fahami dan di tauladani oleh semua pihak...

Segmen THE TECHNOLOGY ini akan memberikan ruang kepada semua pembaca untuk mengemukakan soalan untuk di perkatakan secara ILMIAH kecuali yang akan menyentuh TERAS RAHSIA KERAHSIAN DALAM RBSS...(saya akan menentukannya), dan setiap soalan atau pendapat yang akan di kemukakan akan di pilih dan di rungkai menurut keperluan semasa, dan di peringatkan bahawa soalan-soalan tersebut akan di "copy & di siar" dalam keadaan "original" dan anda bijak-bijaklah menyusun bahasa!....

Walaupun segmen yang akan datang di namakan THE TECHNOLOGY tetapi ia tetap berunsurkan PENCETUS MINDA atau BRAINSTORMER kerana di dalam mempelajari keilmuan RBSS kita memerlukan daya pendorong untuk terus bergiat dan meneruskan tuntutan keilmuannya tanpa henti...inilah yang di katakan sebagai "belajar sepanjang hayat"...

Kepada yang memberikan komen-komen yang tidak "berbudi bahasa", biasalah...akan saya "censored" dari di siar jika komen-komen tersebut akan mencemar kewibawaan keilmuan Rahsia Budi Suci Sejati ini, maksudnya di sini ialah komen-komen yang "memperolok-olokkan keilmuan RBSS"...tetapi komen-komen yang menjurus kepada Professor BSS secara peribadi, akan tetap saya jawap di dalam jawapan post seperti yang terdahulu...


Tetapi di permulaan segmen-segmen THE TECHNOLOGY akan saya muatkan dengan tajuk-tajuk pilihan yang telah saya tetapkan sebagai kesinambungan pelajaran keilmuan RBSS ini dari dua (2) segmen sebelumnya dan akan di selang-selikan dengan soalan-soalan yang di terima dari para pembaca mengikut kesesuaian semasa...

Jadi, mulai sekarang anda yang setia kepada Blog RBSS ini bolehlah mula untuk mengumpul soalan untuk di ajukan sebagai bahan-bahan rujukan, semoga ramai yang akan mendapat manfaat daripada rungkaiannya kelak tetapi biarlah memberikan soalan-soalan yang positif serta jujur...harus di ingat, bertanya bukan bermakna kita "bodoh" dan "mempersenda" dengan soalan bukan bermakna kita ini pandai!....

Saya pun bukanlah pandai sangat, hebat sangat, terror sangat atau serba tahu!...tetapi sekadar memberikan pandangan-pandangan yang berbentuk alternative terhadap apa yang sedang kita pelajari, semoga dengan rungkaian yang di berikan dapat memberikan KEFAHAMAN yang lebih dari sebelumnya...saya juga maseh belajar dan telah banyak juga yang saya pelajari daripada soalan-soalan anda sekelian, di sini menunjukkan di dalam mempelajari keilmuan RBSS melalui Blog RBSS ini ia berbentuk Two Ways Communication...jadi sama-samalah kita belajar!....

Kepada yang ingin membuka Blog sendiri mengenai apa juga pandangan anda mengenai RBSS, boleh berbuat demikian dan associatekan blog anda itu melalui Blog RBSS ini, kerana ianya akan mudah di layari oleh pembaca yang sedia ada!...

Wassallam!

Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)

Tuesday March 11, 2008 - 12:04pm (PDT) Permanent Link | 0 Comments


No comments: