Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #99

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #99

THE HUMAN NATURE - ATAU SIFAT KEMANUSIAN

Dalam memperkatakan SIFAT KEMANUSIAN ini sebenarnya ada banyak cabang keilmuannya dari pelbagai sudut, di mana penciptaan mahluk manusia dari segi jasmaniahnya itu sendiri tersangat komplek menurut asal usul bahan-bahan yang di gunakan (rujuk post #61)

Kebijaksanaan ALLAH SWT menyusun bahan dan mengadakan sifat/sikap bagi mahluk manusia tersangat halus di mana jika kita membuat penelitian mahluk manusia itu pada awal kelahirannya tersangat bersih suci murni sifatnya, tetapi menjelang meningkat dewasa untuk menjadi seorang manusia segala kebersihan kesucian dan kemurnian itu berubah wajah kepada sifat-sifat yang bertentangan..perkara ini tertakluk kepada semua manusia biasa yang bukan di dalam kategori Nabi atau Rasul.

Walaupun seseorang mahluk manusia itu menjalankan proses pemulihan ahlak dengan mengikuti sesuatu ajaran keagamaan namun sifat-sifat yang buruk dan keji tetap lagi maseh berada di lubuk sanubari mereka, tidak kiralah samaada mereka itu orang kebanyakan, orang yang berilmu, orang yang beragama, orang yang berjawatan tinggi atau pun rendah, pemimpin atau yang di pimpim, hanya kebijaksanaan seseorang itu sahaja yang dapat menyembunyikan sesuatu sifat buruk itu dari di lihat oleh orang lain dan bagi yang kurang bijak, sifat-sifat keburukan mereka terpapar melalui tindak tanduk mereka tanpa di sadari malah ada yang merasa gembira sifat-sifat yang buruk itu dapat di pamerkan kepada yang lain.

Perkara ini juga tidak terkecuali kepada orang-orang yang telah berjaya memiliki KeRahsian Rahsia Budi Suci Sejati kerana bukan setakat hanya memiliki dan mengetahui RBSS sahaja boleh menjamin kebersihan kesucian dan kemurnian hati seseorang tetapi atas dasar daya usaha mereka untuk mengikis serta membuang sifat-sifat tersebut dari sanubari...

Sebagai rujukan kita untuk memahami berkenaan kejadian sifat dan sikap manusia yang di ciptakan oleh ALLAH SWT, di bawah ini di gariskan beberapa jenis sifat yang sediaada seperti:-


1. Hasad (irihati)

2. Haqad (dengki atau benci)

3. Suuz-zan (sangka buruk)

4. Kibir (sombong)

5. Ujub (merasa sempurna diri dari orang lain)

6. Riyak (mempamerkan kelebihan diri)

7. Suma' (cari nama & kemasyuran)

8. Bukhul (kikir)

9. Hubbul Mal (kebendaan)

10. Tafahur (membanggakan diri)

11. Ghadab (pemarah)

12. Ghibah (pengumpat)

13. Namimah (bicara belakang orang)

14. Kizib (dusta)

15. Khianat (munafik)

Itulah sebahagian dari sifat-sifat yang buruk yang sering kita pamerkan di dalam kehidupan seharian sebagai seorang manusia biasa, samaada kita suka atau kita tidak suka, ia telah menjadi pemakaian di dalam kehidupan...seperti yang di katakan sebelumnya, hanya orang yang bijaksana sahaja yang berjaya atau mampu menyembunyikan sifat-sifat tersebut dari orang lain, di mana bukan bermakna mereka itu telah berjaya mengikis atau membuangnya dari dalam diri (bagi manusia biasa).

Itu sebabnya, semakin lama kita bergaul dengan seseorang yang lain maka semakin jelas sifat-sifat tersebut dapat di kesan...ini adalah kerana setiap manusia berusaha menyembunyikan sifat buruknya dan setiap usaha menyembunyikan itu bukan dapat di pertahankan untuk selamanya di mana akhirnya ianya akan terpamer jika sifat amarah menguasai diri mereka!

Mengapa seseorang itu berusaha untuk menyembunyikan sifat-sifat buruknya dari orang lain???...

Mereka menyembunyikan bukan sekadar tidak mahu di ketahui oleh orang lain tetapi hakikat sebenarnya ialah mereka-mereka itu tidak tahu bagaimana untuk mengikis atau membuang sifat-sifat tersebut dari dalam diri sendiri!...

Mereka akan mencuba berbagai methode untuk menghapuskannya seperti menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang buruk (cuba bersabar), cuba menahan diri dengan memperbanyakkan amal ibadah (cuba mengelak melakukan yg buruk), cuba bertarekat/berhakikat bagi menghapuskan sifat-sifat tersebut dengan mengikuti pelbagai-bagai jenis ajaran tersebut (cuba menghapuskan), tetapi oleh kerana ketidak-konsistenan mengerjakan apa yang di suruh, akhirnya mereka kembali kepada keadaan asal seperti permulaan.

Perkara seperti ini sering berlaku di mana-mana sahaja tidak kira apa bangsanya apa agamanya apa fahamannya dan apa asal usul keturunannya dan termasuk juga yang telah memiliki RBSS!....semuanya bergolak di situ juga, semakin mereka berusaha kearah kebaikan maka semakin bergolak di dalam jiwa mereka...mengapa?...

Jika di singkap kembali empat (4) elemen yang ada pada manusia seperti Api, Angin, Air dan Tanah, adalah mustahil bagi seseorang manusia itu untuk menghapuskan kesemua sifat-sifat yang buruk seperti yang tersenarai di atas KERANA itu semua adalah dari unsur atau elemen yang empat (4) tersebut, maka jelasnya jika kita ingin menghapuskan kesemua sifat-sifat tersebut itu bermakna kita terpaksa menghapuskan kesemua empat (4) elemen yang ada!...itu kerja mustahil!, hanya kematian sahaja yang dapat melakukannya....

Baik, jika kita secara teknikalnya tidak boleh menghapuskan segala sifat-sifat tersebut kerana ia berasal-usulkan empat (4) elemen asas tersebut, apa yang boleh kita lakukan?, sedangkan ramai cerdik pandai dan alim ulama menyarankan supaya kita mengikis segala sifat tersebut dari dalam diri bersesuaian dengan tuntutan ISLAM???....dari segi teknikal ia mustahil jadi bagaimana yang seharusnya?.

Itu sebabnya ALLAH SWT itu Maha Bijaksana dan Maha Adil, bagi ALLAH untuk setiap sesuatu yang buruk itu ada di siapkan yang baik, yang ada mesti ada yang tiada dan seterusnya...itu sebabnya di dalam penciptaan Jasmaniah mahluk manusia itu di siapkan Rohaniannya, di mana unsur kejadian Rohaniah ini adalah yang bertentangan dengan yang ada pada Jasmaniah.

Jelasnya, jika Jasad itu di buat melalui empat (4) elemen Api, Angin, Air dan Tanah maka ALLAH SWT mengimbanginya dengan memasukkan Rohaniah yang berunsurkan Cahaya, di mana unsur Cahaya yang ada di dalam ROH itu AKAN MEMANSUHKAN segala kekuatan empat (4) elemen yang menerbitkan segala sifat-sifat yang buruk dan terkeji tersebut dari dalam diri manusia.

Maksud yang lebih jelas ialah...dengan sistem PenCahayaan yang ada dalam Roh itu akan MENGGANTIKAN segala sifat-sifat yang buruk dan keji dari empat (4) elemen itu kepada sifat-sifat yang baik dan terpuji...di sini tidak ada PENGHAPUSAN tetapi PENGGANTIAN di mana empat (4) elemen itu akan tetap wujud sehinggan Roh meninggalkan Jasad!....

Jika konsep pekerjaan PenCahayaan yang wujud melalui dalam Roh ini dapat di fahami dengan jelas maka proses untuk membersihkan hati itu akan mudah di lakukan oleh sesiapa sahaja, dan tidak perlu bersusah payah berhempas pulas bagi melakukan kerja-kerja penyingkiran sifat yang buruk dan terkeji....melalui kefahaman ini akan tidak ada pergolakkan atau kesan tindak balas dari proses penggantian itu kerana menggunakan kaedah atau methode yang betul!...

Malangnya dan malangnya....PenCahayaan yang ALLAH SWT kurniakan kepada setiap mahluk manusia itu samaada di lupakan tidak di endahkan atau di salah-gunakan oleh manusia bagi melakukan atau untuk menumpukan kepada soal-soal keperluan yang lain...apa maksudnya di situ?...

Sistem PenCahayaan yang ALLAH SWT kurniakan itu adalah RAHSIANya yang di katakan CAHAYA BUDI yang meliputi ROH kita iaitu CAHAYA yang dapat mengimbangi dan menggantikan segala keburukan sifat yang di terbitkan oleh empat (4) elemen tersebut dari dalam diri, di gunakan atau di tumpukan untuk di jadikan sumber kekuatan diri bagi di pamerkan kepada orang yang lain seperti menjadi jagoh atau hero dalam sesuatu hal (seperti yang banyak berlaku sekarang)...

Jika sistem PenCahayaan itu di gunakan untuk menjadi jagoh dan hero maka itu bermakna kita hanya menguatkan sistem dari empat (4) elemen tersebut menjadi bertambah kuat dan kukuh sehingga tidak ada jalan lain yang boleh memperbaikinya lagi, di mana sepetutnya sistem PenCahayaan itu di gunakan untuk Menggantikan sifat empat (4) elemen yang buruk kepada yang baik...

Kerana itulah KeRahsian Rahsia Budi Suci Sejati ini jika di salah tafsir dan di salah-gunakan maka ia akan MENGEKALKAN SEGALA SIFAT KEBURUKAN YANG ADA PADA DIRI dari menggantikannya...sepatutnya sisitem PenCahayaan itu di gunakan TERLEBIH DAHULU untuk MENGGANTIKAN segala sifat-sifat yang buruk dan terkeji KERANA di sebalik kejayaan MENGGANTIKAN itu akan MENANTI segala apa yang di inginkan oleh setiap manusia iaitu KERAMAH sebagai seorang MAHLUK MANUSIA.

Di mana di dalam KERAMAH itu, seseorang manusia itu akan dapat melakukan apa sahaja yang di inginkan tanpa batasan dan kekhuatiran menyimpang dari landasan KETUHANAN kerana SEGALA SIFAT YANG BURUK DAN YANG KEJI ITU SUDAH TIDAK WUJUD LAGI dan TIDAK AKAN MENYUMBANG KEPADA PERBUATAN YANG MEMBINA DOSA-DOSA tetapi akan menyumbang kepada PEMBINAAN PAHALA-PAHALA (kebaikan sahaja).

Itu sebabnya, di dalam pengamalan RBSS setiap pengamal RBSS itu akan mengalami beberapa proses PERTUKARAN SIFAT jika di amalkan dengan NIAT yang BETUL, di mana melalui proses pertukaran sifat itu akan ada pula cabaran-cabaran yang tersembunyi yang perlu di tangani dengan rasa ikhlas rasa tekun dan rasa sabar sehingga berjaya mencapai PERTUKARAN SIFAT yang menyeluruh!...Inilah yang di katakan proses AKU BERTUJUAN MEMCIPTA CAHAYA (Tujuan Cipta Cahaya)..

Bukannya atas dasar aku ingin jadi kuat aku ingin jadi hebat aku ingin jadi jagoh aku ingin jadi hero seperti yang berlaku sekarang ini...

Proses PERTUKARAN SIFAT ini akan berlaku dalam beberapa pusingan dan kategori, di mana di setiap kategori itu akan menempuh pula suatu jangkamasa, dan suatu jangkamasa itu pula akan bergantung kepada kekerapan yang di lakukan melalui proses BERJURUS!....

Jadi untuk sampai ke tahap atau Martabat KERAMAH itu maka jangkamasanya mungkin 5, 10, 15,20,25,30,35,40,45,50 atau 100 tahun untuk di capai!...bergantung kepada usaha setiap seorang itu sendiri...semakin rajin dan kerap mereka melakukan maka semakin hampirlah mereka ke arah matlamat yang sebenar...

Apa yang akan berlaku apabila setiap proses PERTUKARAN SIFAT itu terbantut setengah jalan???.....

Jawapannya mudah....

Mereka akan kembali kepada sifat dan sikap yang ASAL dan pada kali ini akan bertambah lagi kedajalannya dari yang permulaan kerana Iblis akan sentiasa membantu mereka-mereka yang meninggalkan usaha-usaha pembersihan hati dan jiwa!

Anda renungi perkara itu.....

Wassallam!

Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)

Wednesday March 5, 2008 - 03:31pm (PST)

No comments: