Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #158

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #158

THE Q&A #9 - PERTANYAAN KEDAI KOPI

Ini suatu pertanyaan yang berangkutan dengan sikap serta sikap segelintir ahl-ahli RBSS yang membuka "Kedai Kopi" (perguruan sendiri) sendiri tanpa restu atau keizinan daripada Guru-Guru RBSS yang sediaada, sehingga perbuatan mereka itu menimbulkan masaalah yang sangat besar kepada kewibawaan dan perkembangan keilmuan RBSS ini...Soalan yang di kemukakan oleh pembaca adalah seperti di bawah ini:-

Re: Pertanyaan kedai kopi

Wednesday, May 7, 2008 12:46:25 PM

To:Professor BSS Sejati professor_bss@yahoo.com

as`kum prof.. boleh tak prof ceritakan tentang orang yang membuka kedai kopi sendiri yang membuat group sendiri dan menggunakan nama BUDI SUCI SEJATI... ataupun nama lain tapi pelajarannya sama... seperti KEBATINAN BUDI SUCI yang dibawa oleh gurunya wak mail di melaka... GERAK SEJATI yang dibawa oleh gurunya bapak khalid di puchong dan sarawak... dan banyak lagi di malaysia yang menggunakan kaedah amalan BSS ni.. adakah patut dan adakah layak mereka ini untuk menurunkan dan adakah mereka ini adalah punca segala-galanya nama BSS jadi busuk dan telah dicop dan di fatwakan sesat... yang setahu saya kerana mereka ini banyak mencampur adukkan amalan2 lain yang kita tidak amalkan di bawah naungan 3 guru asal BSS ini... seperti wahdatul wujud... jadi pohon tuan prof ceritakan serba sedikit di dalam blog tuan prof bagaimana terjadinya perkara tersebut dan saya rasa amat kecewa kerana mereka inilah yang memburukkan nama baik BSS... disebabkan nila setitik.. rosak susu sebelanga.... as`kum...

PROFESSOR BSS MENULIS...

KEDAI KOPI

Kedai Kopi yang di maksudkan adalah, di kalangan ahli-ahli RBSS yang "membuka" cawangan sendiri dan mengajar ahli-ahli menurut rentak dan cara mereka sendiri TANPA meminta atau mendapat restu daripada Guru-Guru RBSS yang ada....

Perkara ini berlaku di seluruh Malaysia sehingga menimbulkan beberapa masaalah, seperti yang menyampaikan pengajaran tidak bertauliah atau tidak di tauliahkan atau di luar kemampuan mereka untuk memberikan tunjuk ajar kepada ahli-ahli RBSS, sehingga pengajaran-pengajaran yang di ajar itu menjadi menyimpang ataupun terkeluar dari landasan Keilmuan RBSS itu sendiri...

Kebanyakan "Kedai-Kedai Kopi" yang di "buka" oleh para ahli-ahli ini adalah terdiri daripada serpihan ahli-ahli yang tidak dapat mengikuti pengajaran yang di ajarkan oleh pihak Guru-Guru dan dari golongan yang telah di "pecat" dari keahlian atas sebab-sebab percanggahan kefahaman yang di campur-adukkan dengan sesuatu "kepercayaan" yang di dapati amat tidak bersesuaian dengan TUJUAN dan INTIPATI Keilmuan RBSS itu sendiri, atau dari ahli-ahli yang telah di "pecat" kerana "Durhaka" terhadap Guru-Guru....

Pengajaran dari para pembimbing "Kedai-Kedai Kopi" seperti ini selalunya TIDAK MENURUTI segala Etika dan Prosedur-Prosedur Pengajaran yang ada di dalam INTIPATI RBSS kerana mereka kurang ARIFF atau MASEH JAHIL mengenai Keilmuan RBSS ini, dan corak pengajaran mereka lebih MEMFOKUSKAN serta CONDONG kepada permainan GERAK dan PERUBATAN....dan TIADA PENGAJARAN yang menitik-beratkan perkara-perkara yang melibatkan KE-INTIPATIAN KEILMUAN RBSS secara keseluruhannya...

HASILNYA....ahli-ahli yang mereka bimbing lebih bercorak KEBATHINAN/KEBOMOHAN dan ILMU TEMPUR kerana NILAI-NILAI KE-RBSS-AN tidak wujud di dalam ajaran mereka.......

PERSEPSI UMUM juga mendapati mereka-mereka dari golongan ini adalah lebih kurang ataupun bersamaan dengan BOMOH-BOMOH yang sediaada, walhal mereka adalah dari golongan ahli-ahli RBSS yang amat berbeza AMALAN dengan Bomoh-Bomoh tersebut jika di kaji dari segi dan bentuk PENGAMALAN....

Oleh kerana perkara seperti inilah, golongan-golongan seperti ini telah menyumbang kepada KEBURUKAN NAMA terhadap Ajaran RBSS serta ada juga yang di lihat melakukan perkara-perkara yang BERTENTANGAN DENGAN SYARAK lalu di lihat sebagai mengamalkan AJARAN SESAT!....

Umpamanya....di dalam sesi PERUBATAN, oleh kerana mereka-mereka ini mempraktikan Perubatan ALA-BOMOH, maka dengan sekali pandang sahaja, orang ramai akan yakin bahawa mereka adalah pengamal amalan kebathinann yang berkaitan atau bersangkutan dengan Mahluk-Mahluk Halus seperti Jin/Syaitan....Di mana mereka-mereka ini tidak di ajar untuk bagaimana untuk manjaga IMAGE diri dan KELAKUAN sebagai PENGAMAL suatu ILMU yang sangat TINGGI MARTABATnya di sisi ALLAH SWT....(Sila rujuk post-post yang berkenaan)

KELAYAKAN MEMBUKA KEDAI KOPI SENDIRI

Kedai Kopi bukan tidak boleh di buka oleh ahli-ahli yang berwibawa dan berpengatahuan tinggi di dalam keilmuan RBSS ini...TETAPI, mereka harus mendapat RESTU atau IZIN atau TAULIAH dari pihak Guru-Guru RBSS sediaada, walaupun dengan secara LISAN kerana perkara memberi KEIZINAN UNTUK MEMBUKA KEDAI KOPI seperti itu AKAN MELIBATKAN KEWIBAWAAN KEMILMUAN RBSS ini di mata masyarakat umum....


Sekurang-kurang TARAF KELAYAKAN yang di perlukan bagi seorang PEMBIMBING yang ingin membuka Kedai kopi sendiri ialah:-

1. memiliki kefahaman mengenai segala PRINSIP/TUJUAN/INTIPATI RBSS secara menyeluruh

2. memiliki kefahaman yang mendalam mengenai MAHLUK HALUS seperti IBLIS/JIN/SYAITAN, PARA MALAIKAT, WALI-WALI, ROH-ROH serta MAHLUK-MAHLUK GHAIB yang lain...

3. memiliki kefahaman yang mendalam mengenai KEMANUSIAN dan AGAMA ISLAM

4. memiliki kefahaman yang mendalam mengenai ILMU PERUBATAN 100% RBSS

5. memiliki keperibadian 100% RBSS di dalam kelakuan dan perbuatan

6. mendapat kerestuan dari Guru-Guru mengenai segala kefahaman yang mereka miliki mengenai keilmuan RBSS ini, dan di beri kebenaran untuk membimbing ahli-ahli menurut corak didikan yang di persetujui

Jika semua perkara tersebut dapat di miliki dan di tetapi, maka masaalah PENYELEWENGAN pengajaran TIDAK AKAN BERLAKU SEWENANG-WENANGnya, dan masaalah MELANGGAR HUKUM SYARAK dapat di kekang daripada berlaku

Pada post yang lalu, saya pernah menyentuh bahawa pihak Guru-Guru yang ada harus MEMPERKENALKAN SKIM MENTOR dan DI ANUGERAHKAN kepada ahli-ahli yang di fikir LAYAK dan BERKEMAMPUAN untuk memikul tugas-tugas sebagai seorang PENDIDIK RBSS yang BERKUALITI....sebelum mereka ini layak untuk di IJAZAHKAN sebagai WAKIL GURU....

MENGENAI KEBATHINAN BUDI SUCI DAN GERAK SEJATI

Seperti yang pernah saya ulas di dalam post yang lalu, mereka telah terdaftar dengan nama mereka sendiri dan mengajar mengikut acuan mereka sendiri...dan adalah kurang bijak, kurang tepat dan kurang bersesuaian untuk memperkatakan hal-ehwal pengajaran mereka melalui Blog RBSS ini.

Yang boleh di lakukan ialah, pihak pembaca yang terdiri daripada pelbagai KELIMUAN di pelusuk Dunia ini, melakukan ulang-kaji dan semakan serta melakukan perbandingan ILMU di anatara KERAHSIAAN RAHSIA BUDI SUCI SEJATI dengan MANA-MANA juga jenis ILMU yang mereka ingin KAJI...kerana melalui BLOG RBSS ini, segala maklumat telah di lengkapi bagi sesuatu perbandingan Ilmu itu di lakukan.

Dengan cara ini sahaja...para pembaca dapat menilai dengan menggunakan kebijaksanaan mereka sendiri....Menurut pendapat Professor BSS mengenai kedua-dua Nama Amalan di atas ialah, mereka adalah dengan ajaran mereka dan mereka akan bertanggungjawap terhadap apa-apa yang di ajarkan kepada umum serta bertanggungjawap kepada Pemerintah serta ALLAH SWT jika melakukan apa-apa juga pembohongan dan penyelewengan (jika berlaku), tetapi sebagai PENUNTUT ILMU kita harus membuat "homework" kita sendiri!....

Wassallam!

Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)


PERHATIAN:-

Kepada pembaca umum, di harap jangan di persalahkan kepada penanya soalan di atas, kerana jika ianya tidak di tanya sekarang juga pun, ianya akan saya sentuh di post-post yang akan datang...oleh kerana telah di tanya, maka saya kemukan terlebih awal dari sepatutnya....Professor BSS.

Sunday May 11, 2008 - 04:56pm (PDT)

No comments: