Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #155

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #155

THE Q&A #8 - JAWAPAN POLAN ABDULLAH

Sebanrnya KES POLAN ABDULLAH telah di tamatkan melalui Post #154, tetapi untuk berlaku adil kepada beliau, maka saya siarkan soal-jawap melalui email dan di harap para pembaca dapat mempelajari sesuatu daripadanya.....

Extract daripada email tersebut adalah seperti di bawah ini:-

----- Original Message ----
From: Polan Abdullah
To: Professor BSS Sejati
Sent: Friday, May 2, 2008 9:18:26 AM
Subject: Re: Balasan ke atas Posting #154, #149, dan #31

Assalamu'alaikom,

Waalaikum salam wbt Polan Abdullah!

Semoga Prof RBSS berada di dalam keadaan sihat walafiat serta semakin ditambahkan taufik dan hidayah oleh ALLAH swt. AlhamduLILLAH, saya pun sihat. Saya juga amat berbesar hati kerana pertanyaan-pertanyaan saya tempohari telah diberi perhatian oleh Prof.

Prof:- Alhamdulillah saya dalam keadaan sihat walafiat!....

Sebagaimana Posting #154, saya pun amat gembira ALLAH swt telah ilhamkan Prof untuk membaca kisah siksaan di kubur, dan cuba memperingatkan perkara itu kepada saya. AlhamduLILLAH

Saya suka bertanya lagi memandangkan kenyataan dalam Posting #154 sungguh menakjubkan

Kenyataan Posting #154:

Ilham ini di terbitkan oleh ALLAH SWT sewaktu saya nyenyak tidur pada malam Rabu 30-04-2008, dan di kejutkan oleh Malaikat Zabaniah, pada jam 4 pagi waktu Malaysia semata-mata untuk melakar Posting untuk kali ini....

Soalan A) Bagaimanakah Prof RBSS tahu itu adalah Malaikat Zabaniah dan bukannya makhluk lain ?

Prof:- Kerana ini bukanlah pertama kali saya melihat Malaikat Zabaniah dan Para Malaikat yang lainnya, sesungguhnya malaikat adalah tidak sama kejadian dan asal usulnya dengan iblis/jin/syaitan...perbezaan itu sangat ketara seperti anda melihat sebuah gunung dan sebuah lori!!!....dan pencahayaan diantara Malaikat dan Iblis juga berbeza seperti anda melihat Cahaya lampu colok dengan Cahaya lampu Stadium Negara Singapore (dululah)...

Soalan B) Berdasarkan berapa hadis, diketahui malaikat penyiksa di neraka, atau pun sehelai baju ahli neraka, sekiranya dibawa ke bumi tentu sekali kering atau terbakar bumi ini.

Adakah Prof RBSS mendapati di rumah Prof sendiri baju-baju perabut-perabut di rumah seperti terkena bahang api ? Kalau baju-baju perabut-perabut tidak apa2 boleh kita tahu kenapa ?

Prof:- BENAR kata hadith tersebut dan tiada pertikaian mengenai perkara tersebut, tetapi di dalam hal yang menemukan sesuatu malaikat dengan seseorang manusia seperti malaikat Zabaniah ini, harus lihat di dalam kontek TUGAS dan AMANAH, dan atas urusan apa mereka itu datang bertemu anda....... seikhlasnya saya katakan...sewaktu bertemu dengan Malaikat Zabaniah tersebut, sedikit pun rasa panas tidak di rasakan, malah saya merasakan keharmonian dan kesejukan yang syahdu serta di gunakan kata-kata yang sangat lembut dan tidak kasar atau zalim....Saya tidak tahulah mengenai pengalaman orang-orang lain yang bertemu dengan Malaikat Zabaniah ini, samaada mereka akan terbakar kerana kepanasannya!...Alhamdulillah pengalaman-pengalaman saya yang lalu tidak pernah pula menerima nasib yang sebegitu.

Soalan C) Adakah badan Prof tidak merasakan apa2 kepanasan dari kehadiran Malaikat Zabaniah tersebut ?

Prof:- Telah saya katakan, saya tidak terasa panas atau kepanasan kerana Allah swt tidak mengizinkan kepanasan Neraka itu di bawa bertemu dengan saya...Alhamdulillah!...Melainkan, jika seseorang itu telah banyak melakukan Dosa-Dosa Besar sehingga tidak dapat Pengampunan daripada Allah swt...

Soalan D) Sekiranya Prof RBSS dibantu Malaikat Zabaniah, adakah tokguru-tokguru RBSS yang tentulah lagi tinggi keilmuannya, pun di kawal sebegitu rupa oleh makhluk2 yang sama hebat-nya ?

Prof:- Ini adalah satu kenyataan yang kurang jujur dan kurang ikhlas serta bertujuan mempersenda KeIlmuan KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati dan para pengamalnya.

Harus di fahami bahawa melalui pemilikan Cahaya Budi itu TIDAK AKAN ADA SEBARANG MAHLUK YANG BERSEKONGKOL ATAU BERSEKEDUDUKAN DENGAN KITA DAN KITA YANG BER-RBSS ADALAH DI KAWAL OLEH PENCAHAYAAN CAHAYA BUDI YANG ALLAH SWT KURNIAKAN PADA SETIAP MANUSIA.....tidak ada sebab untuk mengatakan atau untuk mengiakan bahawa yang ber-RBSS di kawal selia oleh sebarang mahluk-mahluk...

Dan para Malaikat yang di bawah perintah Allah swt itu, jika di datangkan kepada manusia-manusia adalah merupakan SUATU PERINTAH DARI ALLAH SWT dan Malaikat TIDAK MENGIKUT PERINTAH SEBARANG MANUSIA

Ada berapa soalan yang suka saya dapatkan penjelasan daripada jawapan Prof dalam #150

Kenyataan Posting #150:

Kerana, jika inginkan maklumat yang mendalam untuk mengetahui kewujudan dan perkembangan Bible dan Islam, saya nasehatkan untuk melayari website: www.ahmeddeedat.com di mana Allahyarham Ahmed Deedat ini adalah seorang Tokoh zaman ini yang berjaya mencungkil segala kesilapan-kesilapan pembukuan Bible oleh para Padri-Padri bagi tujuan penyimpangan dari ajaran yang di turunkan kepada nabi Isa as...Ahmed Deedat juga mendedahkan pelbagai perkara yang di reka cipta oleh para padri yang tidak seiring dengan Bible yang asal...di harap POLAN ABDULLAH boleh mempelajarinya melalui website tersebut!...Allahyarham Ahmed Deedat ini di gelar oleh masyarakat barat sebagai The Muslim that knew Bible than the kristien itself....

Soalan E) Saya pun kagum keatas kefahaman Prof RBSS yang serva tahu mengenai kisah bagaimana Ahmad Deedat dapat mengkaji kesilapan pembukuan Bible oleh padri-padri yang sesat.

Tetapi bagaimana sekiranya padri-padri sesat tersebut menjadikan telah ajaran Nasrani sebagai satu rahsia, yakni tidak ada buku rasmi untuk panduan.

Sekiranya kitab ajaran Nasrani dirahsiakan, dalam pandangan Prof RBSS yang tinggi ilmunya, apakah cara sesuai untuk Ahmad Deedat untuk mengkaji ajaran-ajaran sesat yang dikawal dengan rapi oleh padri2 sesat tersebut, sebelum dapat mendedahkan kepalsuan mereka ?

Prof:- Saya melihat anda sebagai seorang Pejuang ISLAM, jika anda rasakan usaha-usaha Allahyarham Ahmed Deedat belum mencukupi dan maseh anda lihat banyak lagi ruang yang membolehkan Ajaran Nasrani ini melakukan kerja-kerja penipuan...maka saya sarankan anda mengambil alih tugas-tugas yang di tinggalkan oleh Allahyarham Ahmed Deedat dan lakukan apa yang anda fikirkan ianya lebih baik daripada beliau, semoga dengan kebijaksanaan anda berfikir itu akan dapat membasmi segala penipuan kaum Nasrani yang sediaada serta dapat membangkitkan kewibawaan ISLAM yang di perlekehkan oleh kaum Nasrani dan Majusi....

Dan dari apa yang anda kupaskan telah menunjukkan bahawa anda tidak mempelajari dan menyemak segala kerja-kerja Allahyarham Ahmed Deedat ini secara terperinci sebelum membuat sebarang ulasan (kesimpulan) kerana jika anda benar-benar sudah mengkaji kerja-kerja beliau...soalan-soalan sebegini TIDAK AKAN TIMBUL DAN DI TUJUKAN KEPADA SAYA....Samalah dengan segala soalan-soalan anda mengenai Keilmuan RBSS melalui apa yang saya rungkai melalui Blog RBSS ini....Pembacaan anda menjurus kepada APA YANG ANDA TAHU SAHAJA, sedangkan KEILMUAN ALLAH SWT itu AMAT LUAS dan TIDAK DAPAT DI KETAHUI OLEH SEORANG MANUSIA SAHAJA.....dan secara jujurnya saya katakan, persoalan anda menjurus ingin mencari salah dan silap saya sahaja kerana terasa tercabar dengan kemunculan Blog RBSS ini, yang sebelumnya belum ada lagi yang berbuat demikian...you must bear this in mind, nobody is perfectly right!..but we must know how to differentiate which is right and which is wrong!!!...But the bottomline is that, you must learn and keep learning till the end of your day.....

Kenyataan dari posting #149:

Dan saya juga sarankan kepada POLAN ABDULLAH agar dapat mencari dan membaca buku yang bertajuk KUNCI MEMAHAMI ILMU TASSAWUF hasil tulisan Dr Mustafa Zahri yang di terbitkan oleh PT Bina Ilmu pada cetakan tahun 1979, kerana melalui buku tersebut akan dapat di pelajari banyak perkara mengenai rahsia-rahsia diri dan Ketuhanan....

Juga saya sarankan kepada POLAN ABDDULLAH untuk membaca juga buku AKIDAH ISLAM (kitab tauhid) tulisan Guru Besar Universiti Al-Azhar terbitan dan cetakan tahun 1974, kerana buku/kitab tersebut menerangkan dengan jelas kerahsian dalam tubuh manusia, ketuhanan, mahluk-mahluk ghaib dan penjelasan mengenai Surga dan Neraka....dan banyak lagi kitab-kitab yang boleh menguatkan keilmuan mengenai ILMU KETUHANAN di pasaran....

Terimakasih kerana Prof RBSS telah berikan saya 2 tajuk untuk saya baca. Tetapi kalau kita baca di posting #31, Prof sendiri beritahu dalam buku-buku tersebut, hati-hati membacanya kerana pengamalnya boleh jadi "sesat"

Kenyataan di posting #31:

Saya di atas permintaan ramai ingin menyenaraikan senarai Buku-Buku dan Kitab-Kitab yang pernah saya rujuk ketika membuat pengkajian mengenai RBSS...

Tetapi (Ini Adalah AMARAN) jangan sesekali mudah terpengaruh dengan sesuatu yang di huraikan oleh Penulis-Penulis Buku-Buku tersebut begitu sahaja, atau cuba mengikuti apa-apa cara berzikir di dalamnya tanpa mengetahui hujung pangkalnya, kerana jika kita tersilap maka kita boleh menjadi sesat di dalam pengamalan....(cari guru yang betul)

1. AL-QUR'ANUL KARIM - Al-Quran dan terjemahannya oleh Prof.H.Mahmud Yunus (1938)

2. AQIDAH ISLAM (Ilmu Tauhid) - Oleh Sayid Sabiq (Guru Besar Universiti Al-Azhar - 1974)

3. KUNCI MEMAHAMI ILMU TASSAWUF - Oleh Dr Mustafa Zahri

Soalan F) Dalam perkara ini, boleh saya tahu bahagian mana yang betul dalam buku tulisan Mustafa Zahri , dan bahagian mana yang boleh menyesatkan ?

Prof:- Jika anda telah membaca buku tersebut, soalan ini tidak perlu saya jawap kerana dengan pembacaan dan penelitian yang betul akan dapat mengesan sesuatu perkara yang bukan berbentuk UMUM....oleh kerana anda berkata "boleh saya tahu", maka dengan suka citanya saya terangkan bahawa:- Ajaran yang di muatkan oleh Dr Mustafa Zahri melalui bukunya KUNCI MENGENAI ILMU TASAWUF itu, ada memuatkan Ajaran-Ajaran ZIKIR, dan ini memerlukan Mursyid-Mursyid bagi mengamalkannya dan bukan oleh di lakukan mengikut pembacaannya sahaja...yang menulis hanya mengenengahkan ILMU tetapi tidak akan bertanggungjawap jika ILMU tersebut di salah lakukan mengikut kehendak masing-masing....dan harus di pastikan bahawa diri kita ini akdakah mampu untuk melakukannya!!!...jika tidak, maka penyesatan ber-Amal di dalam Amal akan berlaku...

Pernah dengar seseorang itu MURTAD di dalam TAUHID, SYIRIK di dalam IMAN, KUFUR di dalam ILMU????..........

Soalan G) Apakah RBSS tidak mengeluarkan kitab RBSS sendiri yang boleh dijadikan panduan supaya ahli2 RBSS pun dapat baca buku-buku lain dengan bebas dan selamat dari kesesatan ?

Prof:- Bermula dari ERA Arwah Bapak Hj Hashim Bin Hj Shariff, belum ada Buku-Buku yang di lakar mengenai Keilmuan RBSS ini, kerana Bijak Pandai yang terdahulu merasakan ianya lebih banyak KEMUDARATAN dan KEBAIKAN kerana untuk mengelakkan persoalan-persoalan yang jahil, yang mempersendakan, yang mempermainkan, yang bersifat membantah dasar ilmu serta soalan yang memperlekehkan keilmuan RBSS ini...dari sudut kefahaman ilmu yang cetek dan kekurangan KeTauhidan di dalam diri.....

Yang ada, hanya buku-buku yang di tulis secara peribadi dan untuk kegunaan orang-orang yang menghendaki keilmuannya sahaja....bayangkan jika ada 10 POLAN ADBULLAH (iaitu anda) yang menghamburkan persoalan-persoalan sedemikian!!!!!

Ada dua jenis peranan yang anda boleh mainkan sekarang, pertama sebagai Penasihat yang Membina dan yang Kedua sebagai Pembangkang yang mencari salah sahaja tanpa menghiraukan sesuatu kebenaran!!!...boleh pilih yang mana satu.

Setakat ini sahaja tulisan dari saya yang lemah ilmu dan lemah amal. Semoga jawapan dari Prof RBSS yang tinggi ilmu serta banyak amalannya dapat mencerahkan lagi apa itu RBSS untuk kefahaman orang-ramai.

Sekian wassalam

Prof:- Professor BSS bukan tinggi ilmu dan bukan banyak amalannya, tetapi kefahaman yang di miliki adalah atas dasar penglihatan terhadap sesuatu kejadian yang di wujudkan oleh ALLAH SWT, saya adalah seperti orang-orang lain juga, maseh perlukan makanan, minuman, tidur, pekerjaan untuk mendapatkan rezeki serta maseh punya tanggungjawap terhadap tanggungan yang ada...hanya apa yang anda ada mungkin saya tidak milikinya dan apa yang saya miliki mungkin tiada pada anda pula....

Yang penting sekali, saya menyumbangkan sesuatu kepada masyarakat RBSS yang memerlukan sesuatu daripada apa yang dapat saya sumbangkan....

Sekiranya anda memiliki keilmuan yang lebih baik dan lebih luas daripada apa yang pernah saya ketengahkan, jangan tunggu lagi, buatlah sesuatu agar segala apa yang anda ada itu dapat di manfaatkan oleh semua golongan dan yang terutamanya yang beragama ISLAM....jangan bazirkan kecerdikan anda itu dengan mempertikaikan kefahaman orang lain yang tidak seiring dengan keilmuan anda sendiri...atau buatlah kitab anda sendiri, moga-moga ianya dapat di pelajari oleh semua termasuk oleh saya sendiri.

Sebenarnya, kes POLAN ABDULLAH telah saya TAMATKAN melalui Post #154, tetapi untuk berlaku adil terhadap anda, saya muatkan di dalam post yang akan datang bagi kebaikan semua pembaca....dan semoga ada keberkahan dan keberkatan melalui perdebatan ini....

Wassalam!

Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)

Thursday May 1, 2008 - 11:43pm (PDT)


No comments: