Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Saturday, August 15, 2009

RBSS - Post #270 - KOMENTAR PROFESSOR #39

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #270 -KOMENTAR PROFESSOR #39

KOMENTAR PROFESSOR #39

PENGESAHAN PROFESSOR BSS MENGENAI MANA-MANA PERSATUAN YANG BAHARU DI TUBUHKAN.

Dengan ini saya ingin menjelaskan dan menegaskan bahawa Professor BSS tidak ada pautan mahupun kaitan secara tidak rasmi atau rasmi dengan mana-mana Persatuan yang baharu di tubuhkan bagi tujuan menggabungkan mana-mana ahli-ahli RBSS di Malaysia...

Ini juga termasuk dengan satu Persatuan yang baharu dan akan di lancarkan dengan nama PERSATUAN CAHAYA BUDI MALAYSIA (pcbm)...atau yang serupa dengan nama tersebut!!!

Dengan pengumuman ini, saya menyeru semua lapisan ahli-ahli RBSS di seluruh dunia agar TIDAK TERPENGARUH dengan sebarang berita atau pengumuman bahawa persatuan yang di sebutkan itu adalah di bawah kelolaan atau pentadbiran Professor BSS!!!...

Dan Professor BSS tidak bertanggungjawap atau kaitan langsung dengan segala aktiviti yang akan di jalankan olih pihak persatuan ini...

Ini adalah kerana, pihak persatuan dengan nama yang di sebutkan itu tidak menepati segala syarat yang di kehendaki olih Professor BSS, walaupun di peringkat permulaannya mereka (ahli jawatan kuasa sementara) tanpak ikhlas dan jujur....akan tetapi, di peringkat akhirnya kejujuran mereka itu terserlah dengan ketidakjujuran dengan menabur FITNAH terhadap Professor BSS seperti yang dilakukan olih pihak mereka sekarang!!!..

Olih yang demikian, saya menyeru kepada semua ahli-ahli RBSS agar jangan terpengaruh dengan golongan ini (PCBM) dan anda di nasihati agar jangan terlibat langsung dengan persatuan yang di sebutkan ini kerana Professor BSS tidak lagi mengiktiraf mereka (ahli jawatan kuasa sementara) atau apa juga program yang akan dilakukan olih pihak mereka.

Jika Professor BSS ingin menubuhkan suatu Persatuan untuk menggabungkan ahli-ahli RBSS seperti yang pernah di sebut di dalam posting yang lalu, Professor BSS akan mengumumkannya melalui posting di dalam Blog RBSS ini..

Dan alamat email Professor BSS di dalam gmail ini sedang di banjiri dengan kata-kata nista dan sindiran daripada golongan ini, di mana tanpa mereka sadari...mereka telah banyak meraih cabang-cabang ilmu pengetahuan yang tersembunyi semasa mereka ini sering bermuzakarah dengan Professor BSS dan akhirnya mereka menentang Professor BSS secara terbuka!!!...

Perkara sebegini bukanlah suatu kejutan kepada Professor BSS, kerana manusia-manusia seperti ini sememangnya wujud di dalam dunia RBSS...di mana sifat IKHLAS TEKUN SABAR tidak ada di dalam Kamus Hati mereka...dan 5 Prinsip di dalam RBSS tidak dapat mereka selami dengan sempurna.

Jika Guru-Guru 3M mereka bolih memperlekehkan kewibawaannya...inikan pula Professor BSS!!!....dan kerana itu jugalah, kebanyakan daripada mereka sememangnya telah di singkirkan, tersingkir atau terpaksa keluar dari persatuan 3M atas sebab-sebab kepribadian yang tidak sempurna.

Pada mulanya Professor BSS ingin membantu mereka-mereka ini dengan memberikan panduan-panduan serta pengajaran-pengajaran yang berguna, supaya dapat di canai Ke-Nur Budian mereka kepada tahap atau martabat yang di kehendaki olih RBSS, namun...mata hati dan sanubari mereka begitu goyah dengan hasutan Nafsu dan godaan serta muslihat Iblis yang mahu melihat mereka untuk terus menerus menjadi penentang kepada pengajar-pengajar keilmuan yang Maha Agung ini...

Olih kerana sikap melampau meraka yang terus menerus memfitnah Professor BSS dengan alasan yang tidak munasabah, maka menjadi tanggungjawap moral Professor BSS untuk mengenengahkan cerita ini dan melakukan pengumuman secara terbuka bahawa Professor BSS tidak terlibat dengan apa yang mereka ingin lakukan kelak melalui persatuan yang bahru tersebut.

Anda semua jangan khuatir, Professor BSS akan tetap melakukan segala program yang telah di lakarkan untuk semua kepentingan ahli-ahli RBSS di seluruh dunia, termasuk penubuhan Persatuan bagi ahli-ahli RBSS serta Akademi RBSS dengan pembelajaran yang bersitematik..

Di mana segala program tersebut telah di kemaskinikan dan Professor BSS akan melantik ahli-ahli RBSS yang benar-benar ikhlas dan berwibawa untuk sama-sama melaksanakannya...

Walaupun kini Professor BSS menjadi bahan ketawa mereka dan golongan mereka-mereka ini, Professor BSS menganggapnya sebagai suatu cabaran di dalam mengembangkan keilmuan yang maha agung ini..dan Professor BSS tidak akan tunduk dengan manusia-manusia yang seperti ini...walau apa pun yang akan di lakukan olih pihak mereka.

Jika permulaannya mereka menyanjung dan merasai bahawa semua artikel didalam Blog RBSS ini sebagai sangat baik dan sangat membantu mereka dari segi memahamkan kefahaman KERAHSIAAN RAHSIA BUDI SUCI SEJATI ini, tetapi kini mereka yang mempersendakannya pula!!!..ini dapat di lihat dan di baca melalui email-email yang di hantar olih golongan ini kepada Professor BSS...

Itulah yang akan berlaku terhadap setiap ahli RBSS jika HATI mereka tidak berolih kesucian daripada proses melakukan amalan BERJURUS!!!...di mana di dalam proses berjurus itu, mereka sebenarnya tidak dapat mengikis nafsu-nafsu serakah dan prasangka terhadap orang lain...serta yang berkaitan dengan jenis-jenis nafsu tersebut!..

Lanjutan daripada ini, Professor BSS sekali lagi ingin menegaskan bahawa ...Professor BSS tidak terlibat dan tidak ada kaitan dengan apa jua aktiviti yang ingin di jalankan olih Persatuan yang bernama Persatuan Cahaya Budi Malaysia atau dengan nama yang serupa dengannya kelak.

Terpulang kepada kebijaksanaan anda untuk menilai apa yang di sampaikan olih Professor BSS pada kali ini...

Dan Professor BSS sedang menimbangkan untuk membataskan segala maklumat ilmu mengenai RBSS di masa hadapan di dalam penulisan Blog RBSS, dan kebarangkalian juga Kursus Kefahaman di batalkan langsung daripada di laksanakan!!!...Kesesuaian dan Keperluan semasa akan di kaji dengan teliti dari pelbagai sudut...dan Professor BSS tidak menolak untuk melakukan Kursus Kefahaman secara Selektif sahaja...jika di perlukan untuk berbuat demikian.

Sekian dahulu..

Wassallam!

Professor BSS

No comments: