Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Tuesday, August 4, 2009

RBSS - Post # 269 - KOMENTAR PROFESSOR # 38

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #269 - KOMENTAR PROFESSOR # 38

KOMENTAR PROFESSOR #38

KURSUS KEFAHAMAN

Kepada penghantar-penghantar komen dari kalangan ahli RBSS yang tidak mahu menyebut nama masing-masing (tetapi saya tahu siapa diri anda), yang sering menghantar komen-komen yang negatif kepada Professor BSS, yang bertanya dan tidak dapat menerima hakikat bahawa saya menunda Kursus Kefahaman kepada tarikh yang lain....

Ini adalah jawapan daripada Professor BSS.

Juga kepada sesiapa yang memiliki pemikiran dan perasaan yang sama....Sila menulis kepada Professor BSS melalui alamat email ini:- professor.bss999@gmail.com
dan nyatakan dengan jelas penarikan diri anda daripada Kursus Kefahaman ini dan dalam masa 14 hari Wang anda yang sebanyak RM250/- itu akan di kembalikan ke dalam akaun anda (harap nyatakan nombor akaun Bank peribadi anda)

Penarikan diri ini tidak menjadi masaalah kepada saya ataupun menjejas sebarang program yang saya telah lakarkan untuk memperkenalkan dan memperbaharui program-program pembelajaran dari cara orang-orang lama kepada yang lebih bersistematik dan terkini.

Kerugian bukan berada di pihak saya dari sudut Ilmu, kerana Professor BSS itu berperanan memberi atau menyediakan sumber Ilmu sebagai bahan rujukan untuk diri anda...jadi terpulang kepada diri anda untuk menerima atau untuk meraih apa juga bahan Ilmu yang di tawarkan...

KURSUS KEFAHAMAN

Setelah meneliti penglibatan dan kegiatan semasa kesemua pihak, Kursus Kefahaman hanya akan di adakan selepas Hari Raya Puasa ini atau sebelum hari Raya Haji, kerana dalam masa yang terdekat ini saya secara peribadi banyak terlibat dengan hal-hal dan urusan perniagaan...

Dan yang terpenting, seperti yang ingin saya umumkan di masa yang lalu tetapi di nasihati olih para ahli-ahli agar jangan di umumkan ialah...sebenarnya KURSUS KEFAHAMAN ini adalah dalam bentuk PERCUMA!!!...

Dan wang anda akan di kembalikan setelah anda datang mengikuti Kursus Kefahaman ini pada tarikh yang di tetapkan sebagai "Kejutan atau Surprise" untuk diri anda...Pungutan Wang Yuran yang sebanyak RM250/- itu hanya di wujudkan sebagai ALASAN untuk menguji "Keikhlasan" anda untuk datang belajar dan mendaftar bagi mengikuti Kursus Kefahaman.

Ini adalah UJIAN kepada KEYAKINAN anda terhadap APA ITU KERAHSIAAN RAHSIA BUDI SUCI SEJATI dalam HAKIKAT KE-NUR BUDI-AN yang anda YAKINI selama ini...

Professor BSS tidak mahu mengambil wang anda untuk Ilmu yang di anugerahi olih Tuhan yang memberikannya kepada saya secara PERCUMA....malah, telah saya sasarkan bahawa segala kos untuk menyewa tempat/lokasi, penginapan dan makan minum sewaktu Seminar Kursus Kefahaman ini berlangsung adalah dalam tanggungan diri saya sendiri sebagai Sedekah kepada yang mahu menimba Bahan Ilmu ini...

Inilah RAHSIA yang TERSEMBUNYI di sebalik Kursus Kefahaman yang ingin saya laksanakan kelak....Akan tetapi, ramai yang GAGAL sebelum tiba masanya!!!....

Ini semua berlaku, kerana ISTANA IBLIS yang saya rungkaikan di dalam posting yang lalu, tidak dapat anda tangani dan anda kebanyakannya masih terbelenggu olih TIPU MUSLIHAT Sang Iblis dan Syaitan-Syaitannya...

Daripada 10 orang yang sering bertemu dengan saya sewaktu di KL dahulu untuk sesi Muzakarah dan bertukar maklumat ilmu, hanya seorang sahaja daripada mereka-mereka ini yang LULUS UJIAN yang saya lakukan terhadap diri mereka!!!, LULUS dalam artikata Haqqul Yakin terhadap apa yang terjadi...bukan WAS-WAS pada apa yang berlaku dalam diri dan sekitar diri masing-masing....

Yang selainnya saya sifatkan sebagai GAGAL dan masih jauh daripada Hakikat Ke-Nur Budi-an yang sering saya ketengahkan dalam penulisan Blog RBSS ini...

Begitu juga dengan ahli-ahli yang dapat bertemu dengan Professor BSS sewaktu saya di KL, mereka gagal mengenal pasti diri mereka sendiri mereka sendiri sehingga tidak dapat mengenali Professor BSS yang berhadapan dengan diri mereka...ini adalah Ujian seumpama CGI (computer graphic images) yang sering di lakukan olih Iblis untuk mengelirukan manusia, dimana saya menggunakan teknik yang agak serupa pada diri mereka...

Dan itu juga membawa maksud bahawa, jika teknik yang sama saya gunakan itu tidak dapat di kesan oleh ahli-ahli RBSS, maka sudah jelas mereka tidak akan dapat mengesan apa juga yang di lakukan olih Iblis terhadap diri mereka!!!...

Masaalahnya adalah di sini...

Kejituan atau Kepaduan di antara Tenaga Nur Budi yang di cipta oleh mereka dengan Ke-Aplikasian tidak sepadu di sebabkan kegagalan untuk membentuk Peng-Adaptasi-an ke dalam Hakikat Diri yang sebenar...justru itu, lowongan atau jurang di antaranya sering di masuki olih pihak Iblis bagi memporak perandakan pemikiran seseorang ahli RBSS itu di dalam mencerna sesuatui nilai dan keadaan dalam bentuk yang sebenar.

Kepada anda-anda yang terasa diri anda di rujuk melalui Komentar Professor ini...lakukanlah ulang-kaji terhadaap apa yang anda telah baca dan raih melalui setiap posting dengan apa yang telah anda bincangkan secara "In Person" dengan Professor BSS, lalu pertimbangkan ke-rasionalan pada apa yang saya telah jelaskan di sini!!!...

Cari lah "Kecahayaan" yang tersembunyi melalui apa yang telah anda raih itu...dan saya sering memaafkan anda semua terhadap apa juga kesalahan yang tidak anda sadari sewaktu berhadapan dengan saya...

Berbalik kepada KURSUS KEFAHAMAN...

Saya kini membuka kepada UMUM untuk menghadiri Kursus tersebut pada tarikh yang akan saya tetapkan kelak, hanya perlu menghantar maklumat peribadi yang saya syaratkan sahaja...di mana Yuran Kursus tidak perlu lagi di sertakan!!!..

Akan tetapi, penyertaan hanya terhad kepada 100 orang peserta sahaja...dan Kursus Kefahaman ini TETAP menjadi yang Pertama dan yang Terakhir yang akan saya lakukan atau yang saya sampaikan secara peribadi...

"Barang siapa belum merasai - ia belum mengetahui"....

Sekian dahulu...

Wassallam!

Professor BSS

at

professor.bss999@gmail.com

No comments: