Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post # 98

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post # 98

THE BRAINSTORMER #43 - THE COMMENT RAISED BY PERGURUAN BUDI SUCI SEJATI

Saya ada menerima komen ringkas seseorang dari PERGURUAN BUDI SUCI SEJATI (jika di lihat dari email address) dan komen ringkasnya adalah seperti berikut:-

Assamualikum wbt

"support@budisucisejati.com" <support@budisucisejati.com>

Kami minta maaf tidak dapat melayan tuan yang sedang syok sendiri. Sekian, terima kasih.

Saya secara peribadi tidak ada apa-apa masaalah terhadap komen yang di kirim oleh sebuah Perguruan yang mengajar Rahsia Budi Suci Sejati dari Malaysia ini dan komen tersebut boleh kita semua para pembaca Blog Rahsia Budi Suci Sejati di seluruh dunia meneliti maksud komen tersebut adakah ianya di ungkap oleh seseorang manusia yang berRBSS, adakah ianya di ungkap mewakili Perguruan tersebut atau ianya di ungkap oleh seseorang yang tidak berRBSS???......

Untuk komen tersebut saya akan takrifkan sebagai satu bentuk persoalan yang sedang melanda hati dan sanubari pengirim komen tersebut dari satu sudut huraian yang berbeza dari apa yang sedang di fikirkan oleh di pengirim komen.

Huraian saya

Si Pemberi komen tersebut sedang atau telah di landa suatu perasaan kurang berpuas hati terhadap apa yang terkandung di dalam Blog Rahsia Budi Suci Sejati kelolaan Professor BSS kerana apa yang terkandung melalui Blog RBSS ini tidak mencerminkan apa-apa pengajaran yang di ajar oleh Perguruan tersebut dan mungkin bercanggah dengan pemahaman mereka di sana.

Seperti yang pernah saya katakan di dalam post yang awal, jika anda membaca segala huraian dan rungkaian melalui Blog RBSS ini walaupun siapa diri anda dan siapa guru anda dan dari mana persatuan anda, jangan rasa di cabar atau tercabar dengan apa yang di perkatakan.


Jika di dasarkan dari nama perguruan tersebut dengan nama keilmuan yang saya perkatakan melalui Blog RBSS ini adalah TIDAK SAMA BUNYINYA kerana perguruan tersebut hanya mengajar BUDI SUCI SEJATI tetapi Blog ini memberikan penerangan mengenai RAHSIA BUDI SUCI SEJATI, jadi ianya sudah tentu berbeza dari segi sebutan dan juga penghuraian mengenai keilmuan yang ada di antara kedua-duanya.

Oleh yang demikian, apa yang saya perkatakan mengenai KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati melalui Blog ini adalah sama sekali tidak sama dengan apa yang di perkatakan melalui Perguruan Budi Suci Sejati si pengirim komen tersebut, di mana mereka menggunakan perkataan PERGURUAN di awal nama dan saya menggunakan perkataan RAHSIA pula...jadi di situ sahaja sudah tidak ada persamaan apatah lagi kandungan keilmuan di dalamnya.

Jika pihak pengirim komen mempertahankan bahawa ajaran mereka sahaja yang sebenar-benarnya betul kerana perkataan PERGURUAN atau di ajar oleh Guru yang sebenar-benarnya Pewaris kepada keilmuan BUDI SUCI SEJATI ini, maka itu adalah hak dan kewajiban mereka sendiri dari sudut kepimpinan perguruan dan saya juga tidak ada kata atau ada perkataan yang mengatakan apa yang di ajarkan oleh Perguruan Budi Suci Sejati itu salah ke sesat ke atau menyeleweng!...cuba cari jika ada....yang ada adalah teguran secara umum mengenai bagaimana sesuatu ilmu itu harus di turunkan kepada umum secara general.

Jika ada mana-mana persatuan yang memakai nama BUDI SUCI SEJATI yang tersinggung dengan apa yang di perkatakan melalui Blog RBSS ini, sepatutnya anda tidak perlu khuatir tidak perlu marah tidak perlu tersinggung KERANA nama persatuan anda dengan nama ilmu yang di perkatakan melalui Blog ini adalah tidak sama..itu satu.

Kedua, menurut fikiran saya (yang syok sendiri ini) jika apa yang di perkatakan melalui Blog RBSS ini sangat menyerupai amalan yang mereka ajarkan sehingga membuat mereka itu tersinggung maka saya rasa lah bahawa blog RBSS ini telah berjaya menyampaikan message yang perlu kepada orang-orang yang berkenaan yang serupa atau yang seakan-akan serupa menyamai ajaran RAHSIA BUDI SUCI SEJATI ini supaya membuka mata dan membuka telinga serta membuka pintu hati dengan seluas-luasnya.

Ini adalah kerana ILMU KETUHANAN itu sangat luas dan sangat banyak jumlahnya dan ALLAH SWT sendiri melalui FirmanNya ada menyatakan bahawa jika Tujuh (7) kali air dari 7 lautan di gunakan untuk menulis segala keilmuan ALLAH SWT maka tidak akan kecukupan jumlah air tersebut!...apakah maksud dari Firman tersebut?.....

MAKSUDNYA

Segala apa yang ALLAH SWT wujudkan melalui penciptaannya adalah di luar batas pemikiran manusia dan setiap manusia akan menerima kelimuan yang tidak sama di antara satu dengan yang lain.

Apa yang di ketahui oleh seorang yang lain adalah tidak akan sama jumlahnya dengan seorang yang lain, dan apa yang di lihat oleh seorang yang lain juga akan tidak sama dengan apa yang di lihat oleh seorang yang lain....terangnya, apa yang saya lihat untuk merungkai keilmuan Rahsia Budi Suci Sejati ini adalah tidak bersamaan dengan sudut penglihatan orang yang mengirim komen tersebut dari Perguruan Budi Suci Sejati!

TETAPI

Jika ribuan manusia yang membaca Blog Rahsia Budi Suci Sejati ini samaada yang berRBSS ataupun tidak, mereka telah mendapat segala keilmuan yang di perkatakan melalui Blog ini dan dapat memanfaatkannya dengan baik mengapa pula pihak si pengirim komen tidak dapat memanfaatkannya?....mungkin ajarannya tidak sama kot!....mungkinlah sebab nama pun dah tak sama....

RUMUSAN

Inilah yang di katakan sebagai "Mental Blocked" , jika ramai orang yang di beri rasa secubit garam merasa kemasinannya maka yang ramai itu mempunyai rasa yang sama tetapi jika dalam ramai-ramai itu ada seorang yang tidak dapat merasa kemasinan garam yang sama, maka ia boleh di kategorikan sebagai ada penyakit tidak boleh merasa kerana sistem atau deria rasanya telah rosak tau tidak berfungsi dengan baik, di mana fungsi deria itu terletak di dalam Otak manusia, itu sebabnya para saintis mengistilahkannya sebagai Mental Blocked!

Tetapi saya hairan, mengapa seseorang yang datangnya dari sebuah pertubuhan yang sangat berwibawa (menurut istilah sayalah) dan juga mengajar keilmuan yang sangat berwibawa juga (istilah saya jugalah) dan yang telah menganggap bahawa ajaran yang mereka bawa itu bertahap tinggi dari yang lain sanggup mencerca orang lain yang tidak sehaluan di dalam pemahaman yang di bawa dengan kata-kata yang tidak sepatutnya di ungkapkan oleh orang-orang yang berwibawa dan bermartabat tinggi seperti si pengirim komen!

Pada hemat saya, jika beliau tahu dan sadar apa kedudukan yang beliau duduki didalam tubuh atau jasad beliau, beliau tidak akan mengeluarkan perkataan sedemikian kerana orang-orang yang telah mencapai ketahap KEMAKRIFATAN ALLAH SWT atau yang telah sampai ke MAKAM BUDI MAKAM SUCI MAKAM SEJATI (menurut istilah Perguruan Budi Suci SEjati itu sendiri) segala sifat-sifat iri, dengki, khianat, dendam, kesumat, bangga diri, bongkak, riak dan takbur sudah tidak ada lagi dalam hati mereka...sepatutnya mereka sudah bersih dari sifat-sifat itu semua!

Dan jika beliau melihat Blog RBSS ini wujud maka beliau akan bersyukur ke hadrat ALLAH SWT kerana telah memperluaskan KEILMUANNya kepada Umat Manusia dan bukan mencercanya....secara peribadi juga saya tidak terasa hina dengan cercaan tersebut malah saya bersyukur dan bangga kerana maseh ada lagi pembaca dari golongan yang tidak sehaluan yang maseh memerlukan Blog semacam ini sebagai perbandingan ilmu yang mereka ada!...

Sedangkan Nabi Muhammad SAW pernah berkata "tuntutlah ilmu walaupun sampai ke Negeri China", yang pada ketika itu belum ada lagi ISLAM di Negeri China tetapi sebagai Nabi yang mengembangkan ISLAM mengapa beliau menggalakkan umat ISLAM belajar dari orang-orang China yang belum lagi ISLAM....tidakkah itu mencerminkan bahawa KEILMUAN ALLAH SWT itu ADA DI MANA-MANA tanpa mengira siapa,tanpa mengira bangsa dan tanpa mengira agama asalkan apa yang di ajarkan itu mendatangkan kebaikan kepada diri kita serta masyarakat sekeliling juga negara...itulah konsep penuntutan ilmu yang di sarankan oleh Nabi Muhammad SAW supaya di ikuti...

Saya ingin mengungkap kata-kata ilmuan sufi (ahli tassawuf), mereka berkata "tidak ada yang lain yang aku lihat dan yang aku dengar selain dari ALLAH"....Man Lam Yazuk Man Lam Yakrif! (barangsiapa belum merasai ia belum mengetahui)

Kepada pengirim komen saya ucapkan ribuan terima kaseh semoga ALLAH SWT akan memberikan Hidayah dan Syafaat kepada anda!

Wassallam!

Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)

Tuesday March 4, 2008 - 02:34pm (PST)

No comments: