Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #97 - THE BRAINSTORMER #42

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #97 - THE BRAINSTORMER #42

MEDICATIONAL RBSS Part Three - SATAN'S PROMISES - ATAU PERUBATAN RBSS - Bhgn Tiga - PERJANJIAN IBLIS

Perkara yang ingin saya huraikan ini adalah bersangkutan dengan perbuatan menubati orang lain yang berhubungkait dengan Iblis/Syaitan sebagai punca penyakit kepada si pesakit...Ramai yang tidak pasti mengenai perkara ini dan sudah sampailah masanya anda di beritahu mengenai perkara sebenar sebelum anda menceburi bidang perubatan atau yang sedang bergiat di dalamnya.

Apa yang saya rungkaikan kelak bukan bertujuan untuk menerbitkan rasa takut kepada semua orang, tetapi apa yang cuba saya rungkai ini merupakan suatu garis pandu umum kepada semua agar di masa-masa yang akan mendatang, anda telah bersedia untuk menghadapinya dengan pemikiran yang matang...

Melalui semua jenis KeIlmuan yang menjalankan sesi PERUBATAN terhadap pesakit yang di sakiti oleh penyakit yang di datangkan oleh Iblis/Syaitan, anda tidak terlepas dari PERJANJIAN IBLIS ini walaupun siapa diri anda, asalkan anda pernah terlibat dengan mahluk-mahluk halus dari kaum Jin/Syaitan maka Perjanjian Iblis ini tertakluk kepada diri anda tanpa kompromi...Apakah yang di katakan PERJANJIAN IBLIS ini???.........

PERJANJIAN IBLIS

Iblis berjanji kepada semua anak cucu cicit ADAM akan membalas dendam dan melakukan pembalasan yang sewajarnya bagi manusia-manusia yang berjaya MENEWASKAN yang berjaya MEMBUNUH dan yang berjaya MEROSAKKAN kerja-kerja iblis/Syaitan terhadap diri seseorang manusia itu dalam semua hal.

Ini termasuk di dalam bidang PERUBATAN yang penyakitnya di datangkan oleh Iblis/Syaitan, apabila sesorang TUKANG UBAT (tidak kira siapa) berjaya mengubat seseorang pesakit dan berjaya mengeluarkan mahluk-mahluk halus (jin) dari diri pesakit maka Iblis akan berusaha untuk membalas dendam terhadap diri orang yang mengubat itu sepanjang hayat mereka serta akan bersambung hingga kepada seluruh keturunan yang ada dalam semua zaman sehingga ke hari Kiamat.

Pembalasan dendam yang di lakukan oleh Iblis itu akan datang dalam pelbagai kaedah, bukan hanya ingin membunuh tetapi ia akan cuba membuat diri seseorang pengubat itu jatuh sakit, jatuh susah, atau di susahkan kehidupan mereka dengan pelbagai masaalah di dalam kehidupan mereka berkeluarga, bermasyarakat, bernegara dan dalam beragama..

Jika diri sesorang pengubat yang telah mendatangkan masaalah kepada Iblis itu sedang kuat dan sihat, maka Iblis akan menunggu sehingga ada saat-saat orang itu jatuh sakit dan apabila mereka sakit Iblis akan mengambil kesempatan itu untuk menambah kesakitan yang sedang di alami mereka.

Jika mereka tidak jatuh sakit maka Iblis akan menggunakan orang-orang di sekeliling mereka untuk di sakitkan atau di susahkan dengan harapan orang yang di dendamnya itu akan merasakan kepayahannya juga..

Jika sepanjang hayat orang yang di dendam oleh Iblis itu sentiasa sihat dan kukuh dengan keilmuan yang di milikinya maka Iblis akan menurunkan dendamnya terhadap keturunan yang di tinggalkan oleh mereka.

Ini tidak terkecuali dengan ahli-ahli RBSS kerana konsep PERJANJIAN IBLIS itu merangkum kesemua jenis keilmuan manusia tidak kira yang kuat atau yang lemah, asalkan mereka telah menyusahkan pihak Iblis dan kuncu-kuncunya.

Itulah sebabnya ada segelintir Ilmu, si pengamal akan mengadakan Upacara Anchak atau Upacara Beri Makan kepada sesuatu Mahluk Jin/Syaitan selepas mengadakan sesi perubatan kerana mereka tidak mahu pihak Jin/syaitan tersebut membalas dendam kepada mereka dan keturunan mereka.

Upacara lainnya yang serupa ialah sebagai Tebus-Ganti kepada Jin/Syaitan supaya tidak menyusahkan diri si pesakit dan si pengubat dari pembalasan Iblis/Syaitan dengan menyediakan KORBAN seperti manusia, darah manusia, haiwan dan darah haiwan dengan niat yang serupa.

Perkara-perkara itu banyak di amalkan oleh pengamal-pengamal Ilmu Hitam yang berasaskan ajaran Hindu atau Buddha yang memonopoli keagamaan di rantai Asia Tenggara sedikit masa dahulu, di mana ianya di larang keras dalam Ajaran ISLAM.

APA YANG PERLU KITA LAKUKAN TERHADAP PERJANJIAN IBLIS ITU?........

Sebagai seorang ISLAM dan yang BerRBSS, kita hanya perlu berdoa ke hadrat ALLAH SWT agar segala apa yang kita lakukan ketika sesi perubatan yang melibatkan Iblis/Syaitan itu dapat di pelihara oleh ALLAH SWT atas dasar EHSAN kita terhadap orang-orang yang lemah dan memerlukan bantuan atau pertolongan.

Itu sebabnya, di dalam proses PENYEMBUHAN ketika merawat pesakit di akhir sesi perubatan itu kita di wajibkan untuk memberikan air yang telah di doakan supaya semua yang terlibat di dalam sesi perubatan itu (si pesakit dan si pengubat) di sejahterakan oleh ALLAH SWT dari segala gangguan Iblis/Syaitan.

Doa ini perlu bagi menghalang pembalasan dendam pihak Iblis ke atas diri dan keturunan kita kerana segala kekuatan RBSS kita BUKAN BOLEH MELINDUNGI SEMUA AHLI KETURUNAN KITA sehingga bila-bila dan TIDAK BOLEH MELINDUNGI SEMUA ORANG dalam semua masa...jadi DOA itu perlu bagi menjamin kesemuanya di bawah lindungan ALLAH SWT...


Semoga dengan DOA tersebut semua ahli-ahli keluarga dan keturunan kita kelak akan di kurniakan oleh ALLAH SWT dengan keilmuan RBSS ini sepanjang zaman dan dapat di temukan dengan RAHSIANya itu...dan bagaimana untuk melakukan Doa tersebut terpulanglah kepada kebijaksanaan anda sendiri.

BUKTI-BUKTI PERJANJIAN IBLIS

Contohnya anda boleh lihat di mana-mana sahaja, tidak kira dari keluarga orang-orang yang terlibat sebagai Tukang Ubat tetapi merangkumi semua lapisan masyarakat yang memiliki sesuatu jenis keilmuan yang boleh menjejas pekerjaan Iblis/Syaitan termasuk keilmuan yang berteknologi dan berkejuruteraan tinggi.

Pembalasan demdam dari Iblis/Syaitan ini sememangnya sukar di lihat atau mudah di kesan kerana cara mereka melakukan pembalasan dendam adalah di sesuaikan dengan cara sesuatu kaum itu menjalankan kehidupan mereka tidak mengira samaada mereka itu tergolong di dalam tinggi atau rendah keilmuan mereka...

Tetapi yang lebih malang ialah ada segelintir orang yang telah mengetahui masaalah Pembalasan dendam Iblis/Syaiatn ini terhadap keluarga mereka, mereka mendapatkan pula bantuan dari orang-orang atau tukang-tukang ubat yang bersekongkol dengan Iblis/Syaitan seperti pengamal-pengamal ilmu hitam atau jenis-jenis pengamal ilmu kebathinan yang tidak dapat di pastikan kebersihan keilmuan mereka dari mahluk Iblis/Jin/Syaitan...dan akhirnya masaalah yang mereka hadapi itu bertambah sulit...

Cuba lihat masaalah SESAT, SASAU, ISIM, GILA atau yang serupa dengannya itu melanda orang-orang yang berilmu tinggi pada suatu ketika tetapi akhirnya mereka jadi begitu...dan yang dahulu kaya raya sekarang menjadi miskin papa kedana...yang dahulu suhat segar bugar sekarang mejadi kurus kering kerana penyakit.....itulah tanda-tanda Pembalasan Dendam dari Perjanjian Iblis terhadap Manusia!

Tetapi sebagai seorang ISLAM dan yang BerRBSS kita tidak perlu gentar dengan Perjanjian Iblis tersebut, selagi kita dinamakan sebagai MANUSIA maka kita harus berpegang kepada RAHSIANya itu, hanya dengan RAHSIANya itu sahaja yang dapat melindungi diri kita dunia dan akhirat!....

Fikirkan.....

Wassallam!

Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)

Tuesday March 4, 2008 - 12:36pm (PST)

No comments: