Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #90 - THE BRAINSTORMER #35

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #90 - THE BRAINSTORMER #35

THE RBSS MEMBER BUT POSSESED BY SATAN - ATAU AHLI RBSS TETAPI DI SERAP OLEH SYAITAN

Persoalan ini amat memberatkan mata yang memandang dan menyakitkan telinga yang mendengarnya kerana seseorang ahli RBSS maseh boleh di serapi oleh mahluk jin/syaitan, dan perkara ini bukanlah sesuatu yang mustahil bukan sesuatau di luar dugaan atau sesuatu yang tidak boleh berlaku...jawapannya ialah boleh terjadi dan berlaku!...jadi apa yang bermain di fikiran ramai ialah bagaimana ianya boleh berlaku?....

Dalam soal ini ada beberapa fakta yang perlu kita fahami dan kenali terlebih dahulu, supaya apa yang berlaku itu tidak menggugat keyakinan kita terhadap amalan RBSS ini kerana melalui intipati pelajaran RBSS perkara tersebut tidak seharusnya boleh berlaku, tetapi jika berlaku juga apakah yang menjadi penyebabnya?...

Asas.....Dari sudut Prinsip = Keyakinan

Jika seseorang itu telah mengetahui serta mengamali RBSS bermakna menurut Hukum YAKIN, mereka tidak boleh atau tidak mampu DI DEKATI mahupun DI SERAP OLEH JIN/SYAITAN kerana di lindungi oleh CAHAYA BUDI...itu berdasarkan PRINSIP KEYAKINAN dan HUKUM yang tertera di dalam RAHSIANYA itu...

Jika boleh pun adalah berdasarkan kepada PERMAINAN GERAK yang di mainkan sendiri oleh seseorang ahli RBSS di atas KESADARAN dan KERELAAN diri mereka sendiri, bukan seperti cara rasukkan yang di paksa oleh jin/syaitan!

Tetapi, Hukum tersebut harus di dasarkan kepada tahap KEYAKINAN yang JITU berserta dengan 100% amalan yang di lakukan mengikut Prinsip-Prinsip RBSS tanpa meningggalkan atau mengurangkan sesuatu dari Prinsipnya...

Pertama

Jika seseorang seperti di dalam kategori tersebut dapat di rasuk atau di serap oleh mahluk jin/syaitan, berkemungkinan sewaktu di rasuk/serap itu mereka sedang di dalam keadaan yang MARAH (ingat ketika sedang marah - Cahaya Budi tidak melindungi diri kita) lalu kesempatan tersebut di ambil oleh jin/syaitan...

Tetapi jika seseorang ahli itu telah reda kemarahannya dan kembali tenang maka mereka akan dapat mengesan sesuatu mahluk yang meresap atau yang berdekatan dengan diri mereka lalu di ambil tindakkan dengan "membuangnya"...itu bagi seseorang ahli yang mantap keRBSSannya...

Kedua

Jika seseorang ahli itu tidak mengamali RBSS dengan sempurna serta tidak menurut Prinsip yang di tetapkan dan selalu meninggalkan segala amalan yang di perlukan, maka CAHAYA BUDI mereka akan menjadi tipis dan ini mempermudahkan mahluk jin/syaitan menakluki tubuh badan mereka pada bila-bila masa tanpa perlu menunggu kita naik kemarahan...

Dan mahluk jin/syaitan ini pula akan menetap di tubuh badan mereka untuk melakukan kerja-kerja merosakkan segala yang di bina oleh seseorang itu tanpa kerelaan dari mereka...mahluk jin/syaitan ini lebih kepada pekerjaan yang menjurus kepada sesuatu penyakit dan mereka merubah bentuk kepada rupa bentuk kuman-kuman atau virus...

Jika ini berlaku maka mahluk jin/syaitan dari jenis ini akan menguasai sistem pertahanan diri kita melalui darah-darah yang ada di dalam tubuh kita...ini bermakna sebahagian dari sistem tubuh kita di anggotai oleh jin/syaitan.

Kerana itulah kebanyakan manusia sering melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan Syarak di sebabkan pengaruh jin/syaitan sedang beredaran di dalam tubuh mereka, dan jika mereka terdengar sesuatu Ayat-Ayat dari AL-QURAN, mereka akan merasa kurang senang atau kurang tenteram serta terasa kepanasan, dan bagi orang-orang yang mengetahui selok-belok perubatan serta mahluk ghaib akan mudah mengklafikasikan mereka di rasuk oleh jin/syaitan...(ustad-ulama/bomoh/dukun/pawang) dan di sarankan untuk menjalani sesi pembuangan jin/syaitan...tetapi yang uniknya, yang di serap itu adalah seorang ahli RBSS...(pada nama sahaja bukan pada amal)


Ketiga....Sintom

Sintom-sintom lain yang menunjukkan seseorang itu telah di serapi oleh jin/syaitan secara berpenyakit yakni jin/syaitan menduduki mereka di dalam sistem pendarahan tubuh ialah seseorang itu akan selalu merasa ingin marah, tidak suka pada orang lain yang membuat banyak kebaikan, tidak suka kepada sebarang ujian ALLAH SWT dengan banyak mengeluh serta merungut, suka buruk sangka terhadap diri orang lain, selalu merasa was-was terhadap apa yang di lakukan, malas untuk beramal ibadah, dengki hati, kikir/lokek, tidak amanah dan tidak suka mengamalkan RBSS dan sentiasa mempunyai penyakit yang menyerang di bahagian sendi-sendi tubuh..

Cara mengatasi

Cara untuk mengatasi atau menyelesaikan masaalah ini amat mudah, hanya perlu beramal kembali dengan memperbanyakkan amalan BERJURUS dan menjaga amalan RBSS mengikut jadual...

Dengan memperbanyakkan berjurus maka kesemua jin/syaitan yang berada di dalam sistem tubuh kita akan sedikit demi sedikit terkeluar kerana kepanasan walaupun mereka di perbuat dari unsur api, mereka kepanasan bukan atas sebab api tetapi kerana pencahayaan Cahaya Budi yang mula bersinar setelah mengamalkan kembali amalan BERJURUS!


Dan dengan sendirinya segala penyakit-penyakit seperti di sebutkan melalui sintom-sintom itu akan pudar serta pulih tanpa perlu menemui doktor atau memakan ubat-ubatan...tetapi kepada yang telah sampai ke tahap kronik kerana di tahap yang telah lama di huni mahluk jin/syaitan maka bantuan perubatan moden di galakkan sebagai jalan pintas dan membantu untuk memulihkan kesihatan tubuh badan yang teraniaya itu...

Perkara ini sebenarnya telah banyak saya singkap di dalam banyak posts tetapi oleh kerana ada yang kurang memahami dengan sesuatu penulisan maka ianya di hurai sekali lagi dengan cara penghuraian yang berlainan semoga ramai akan memahami dengan lebih berkesan lagi...

Jadi...jangan berhenti berjurus!...

Wassalam!

Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)
Wednesday February 27, 2008 - 10:47am (PST)


No comments: