Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #89 - THE BRAINSTORMER #34

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #89 - THE BRAINSTORMER #34

THE SATAN'S CASTLES - ATAU ISTANA-ISTANA IBLIS

Perkara ISTANA BILIS ini ada berkaitan dengan apa yang saya perkatakan melalui dua posts iaitu pada post #87/#88...

ISTANA PERTAMA

Baik, ramai telah mengetahuinya dan ramai juga yang belum tahu mengenainya...kepada yang telah mengetahui itu merupakan satu "bonus" dan kepada yang belum tahu anda harus belajar untuk mengetahuinya agar kefahaman pada diri sendiri itu menjadi lebih baik dan boleh membangkitkan kesadaran.

Dari banyak kitab-kitab sejarah ada banyak yang menerangkan kedudukan Istana Iblis di muka Bumi ini dan melalui kajian cerdik pandai dari pelbagai golongan yang berpendidikan agama dan sains telah berjaya memperkukuhkan maklumat mengenai kedudukan ISTANA IBLIS tersebut...

Jadi berfikirlah anda...terus berfikir!.......

Istana Iblis yang di bina di muka Bumi adalah berlaku lebih kurang 2000 tahun sebelum kejadian manusia, di mana ALLAH SWT memerintahkan Iblis yang pada waktu itu adalah Ketua para Malaikat untuk turun ke muka Bumi bagi membuat kerja-kerja pembasmian kaum Jin yang ingkar serta yang menerbitkan pembunuhan sesama sendiri..

Tugas tersebut telah membuat Iblis untuk tinggal lebih lama di Bumi lalu iblis membina Istananya bagi tempat kediaman dan pusat pemerintahannya bagi megawal mahluk-mahluk jin di muka Bumi ini, dan Istana tersebut di bina di atas permukaan air di lautan yang sekarang di sebut sebagai "BERMUDA TRIANGLE"...

Bermuda Triangle ini amat strategik bagi iblis kerana ianya di bina benar-benar selari dengan kedudukan KAABAH jika di garis melunjur dari Kaabah ke arahnya....kerana kedudukannya yang selari dengan Istana iblis, maka gravity yang berlaku di antara Kaabah kepada pusat pemerintahan di Langit telah menjangkau melintasi perut Bumi sehingga ke Bermuda Triangle tempat Istana Iblis itu terletak...

Kerana Gravity atau Daya Tarikan antara Kaabah dan Pusat Langit maka di kawasan Bermuda Triangle itu menjadi suatu Medan Magnet yang bergravity, di mana ia akan menarik apa juga benda atau objek yang melintas di permukaan kawasan tersebut, fenomena ini banyak di salah tafsirkan sebagai "kuasa Iblis" di Bermuda Triangle" tetapi atas dasar Gravity Pusat Langit hingga ke Kaabah...

Itu sebabnya di Kaabah putaran TAWAF berdasarkan Anti-Clockwise atau bertentangan dengan putaran jam kerana Gravity yang wujud di antara Kaabah dan Pusat Langit itu berkisar mengikut putaran yang bertentangan dengan putaran jam...di sinilah tempatnya para malaikat turun dan naik dari Langit ke Bumi dan dari Bumi ke langit membawa apa juga perintah dan suruhan dari ALLAH SWT, dan begitulah kerja Iblis sewaktu ia belum menjadi ingkar kepada TUHAN mengikuti jalan yang sama...tetapi pada hari iblis di laknat dan menjadi ingkar maka terowong yang menghubungkan Istana Iblis dengan Kaabah telah tertutup...dan maka menetaplah iblis di Istana tersebut sehingga ke hari Kiamat kelak...Itu ISTANA PERTAMA Iblis.

ISTANA KEDUA IBLIS

Istana Iblis yang kedua adalah berada di JANTUNG Manusia pada bahagian bawah jantung, iaitu pada bahagian yang memproses darah kotor kepada darah bersih bagi tujuan kegunaan semula, kilang memproses darah pada bawah bahagian jantung inilah terletaknya ISTANA KEDUA IBLIS sebagai Pusat Pemantauannya kepada Umat Manusia bagi mengerjakan kerja-kerja yang di larang atau yang tidak di sukai oleh ALLAH SWT.

Istana Kedua Iblis ini sememangnya telah di wujudkan oleh ALLAH SWT sebelum Iblis itu menjadi ingkar dan tidak di ketahui oleh iblis itu sendiri sehinggalah iblis menjadi ingkar dan di laknat...maksudnya ALLAH SWT mencipta tempat bagi iblis beribu-ribu tahun sebelum iblis itu menjadi Syaitan!...

Jika di amati tempat atau kilang yang memproses darah kotor di bahagian bawah jantung manusia itu, kita akan dapat memahami bahawa tugas iblis di situ ialah memastikan agar darah kotor yang hendak di proses itu tidak 100% bersih kerana darah yang kotor akan mempengaruhi sifat-sifat buruk seseorang manusia.

Jika sifat-sifat keburukan manusia berkekalan maka mudahlah iblis mempengaruhi manusia untuk berbuat perkara-perkara yang tidak baik dan yang bertentangan dengan Hukum Syarak serta kehendak ALLAH SWT...

Dan juga, apabila pemprosesan darah kotor itu tidak 100% bersih, ini juga akan mendatangkan kemudaratan kepada diri manusia dan iblis berhasrat jika manusia itu sakit, mereka akan cuba mendapatkan pertolongan iblis atau sekurang-kurangnya melakukan rasa tidak bersyukur terhapad ALLAH SWT kerana sekecil-kecil sifat ini akan membawa dosa yang sangat besar kepada manusia dan jika manusia banyak melakukan dosa-dosa besar maka akan ramailah pengikut iblis yang akan ke Neraka!...

Itu sebabnya di dalam ajaran Tarekat/Hakikat/Sufi (Makrifat) amalan mereka menitik beratkan penyucian HATI melaui zikir-zikir yang menjurus kepada QALBU, di mana Qalbu yang di maksudkan itu adalah Jantung yang memproses darah kotor tempatnya Istana Iblis bertapak!...

Zikir-zikir inilah yang menghancurkan Istana iblis dan jika ianya berjaya di hancurkan maka pemprosesan darah kotor berjalan mengikut peraturan dan dapat mengeluarkan 100% darah bersih...jika darah yang mengalir dari jantung bersih maka tubuh akan mejadi sihat dan cergas serta akan mempengaruhi fikiran dengan waras dan boleh membezakan yang mana buruk dan mana yang baik...

Wassalam!

Professor BSS (professor_bss@yahoo.com
Wednesday February 27, 2008 - 02:24am (PST)

No comments: