Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #88 - THE BRAINSTORMER #33

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #88 - THE BRAINSTORMER #33

CLOSED HEART - ATAU HATI TERTUTUP

Tajuk ini adalah pertentangan dari post #87 yang berkenaan HATI TERBUKA untuk belajar semula, tetapi post kali ini kerana HATI maseh lagi tertutup samaada untuk kembali mempelajari semula pembelajaran RBSS yang pernah di pelajari suatu masa dahulu ATAU hati anda maseh belum terbuka untuk mempelajarinya walaupun dengan taat mengikuti penulisan Blog mengenai Rahsia Budi Suci Sejati ini dari post yang pertama...

Persoalannya, kenapa HATI ANDA itu maseh TERTUTUP?............

Ini bukan kerana apa-apa, hati anda tertutup bukan kerana pa yang di huraikan itu tidak betul atau keilmuan yang menyesatkan, di sudut hati anda tersemat keyakinan terhadap keilmuan ini tetapi tidak cukup kuat untuk melawan kekuatan yang menghalang anda supaya jangan mempraktikannya atau mempelajarinya...itu sahaja tetap bagaimana ianya berlaku?...

Mudah!, kerana pada setiap HATI (pada jantung) manusia itu ada tersemat tempat yang mendiami sifat-sifat kesyaitanan (semua manusia ada), dan jika ada sesuatu perasaan untuk melakukan perkara-perkara yang baik seperti RBSS, sifat kesyaitanan itu akan bangun membantah kerana jika anda lakukan yang baik-baik maka sifat kesyaitanan itu akan tergugat dan akan menjadi lemah ataupun terhapus, dan perkara ini tidak menyenangkan Iblis yang mahukan kita untuk mengikut telunjuk (suruhan) mereka...

Jadi, sifat kesyaitanan itu dengan kerjasama Iblis/Syaitan akan bekerja bertungkus-lumus untuk memastikan anda tidak terjebak dengan pengamalan keilmuan RBSS, dan mereka akan berusaha menimbulkan rasa-rasa yang boleh membosankan anda, yang membebankan anda, yang menyusahkan anda, yang memalaskan anda untuk membuka jalan mempelajari RBSS KERANA MUSUH NO.1 Iblis adalah CAHAYA BUDI!....

Jika anda menggilap CAHAYA BUDI tersebut dari dalam diri anda iaitu melalui ROH maka akan rosaklah pentadbiran iblis dari dalam diri dan hati kita, dan anda akan di asingkan jauh daripada mereka...inilah yang iblis tidak mahu berlaku!...

Iblis itu lebih suka anda berjinak-jinak dengan pembelajaran Agama ISLAM yang biasa seperti mengikuti amalan-amalan Tauhid, Fiqah, Tassawuf atau seperti jalan Tarekat, jalan Hakikat atau jalan Sufi (suffah) atau mengikut kumpulan-kumpulan keagamaan seperti Tabligh, Muhammadiah dan sepertinya DARIPADA anda mempelajari RBSS....kerana jalan yang BUKAN BerRBSS itu TIDAK AKAN MENJEJAS segala tindak tanduk mereka di dalam kerja-kerja merosakkan manusia...memandangkan dengan hanya mempelajari ISLAM tanpa mempelajari RAHSIA TUHAN maka pertahanan diri kita tidak lah kental atau kuat seperti yang sepatutnya dan kita hanya bersandarkan kepada IMAN yang di pupuk melalui amal ibadah seharian sahaja...kalau hebat dan banyak baiklah tetapi kalau tak cukup makan macam mana jadinya!...

Itu sebabnya ALLAH SWT mengurniakan CAHAYA BUDI kepada setiap mahluk manusia untuk di jadikan sebagai suatu PELINDUNG dari segala hasutan iblis/syaitan yang durhaka itu, tetapi walaupun telah di kurniakan dengan CAHAYA itu pada setiap manusia, manusia itu pula yang sukar untuk mempelajari atau mengamalkannya kerana iblis/syaitan telah memasang "tembok cina" agar kita tidak dapat menguasai CAHAYA tersebut...

Jadi, seandainya rasa di hati anda ingin belajar RBSS atau ingin kembali belajar setelah sekian lama menjadi "batu" tetapi tidak terdaya untuk memulakannya, anda perlu kembali kepada TUHAN dan pohonkan segala kekuatan dan bantuanNya agar anda di berikan daya dan kuasa untuk sampai kepada tujuan belajar RBSS atas dasar tuntutan KETUHANAN kepada Mahluk Manusia...

Dengan memperbanyakkan beristifar serta berselawat juga boleh membantu anda di peringkat permulaan untuk memulakan pembelajaran RBSS ini, dan setelah berjaya kembali bertapak di dalam CAHAYA itu maka anda lakukanlah yang seterusnya melalui apa yang terkandung di dalam intipati RBSS sehingga ke akhir hayat...

Cuma anda harus faham kenapa terasa amat sukar untuk belajar atau kembali kepada pembelajaran RBSS, jadi yang menjadi penyebabnya ialah IBLIS/SYAITAN....dari situ anda sudah boleh tentukan arah jalan yang bagaimana harus di ikuti...yang di saran oleh iblis atau rasa hati yang di pancarkan dengan Nur ALLAH itu sendiri...anda buatlah pilihan.

Wassallam!

Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)

Wednesday February 27, 2008 - 12:57am (PST)


No comments: