Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #67 - THE BRAINSTORMER #13

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #67 - THE BRAINSTORMER #13

ISLAM AND YOU - ATAU ISLAM DAN ANDA - BAGAIMANA ANDA MEMAHAMINYA DAN MENJIWAINYA.

Sekali lagi saya tegaskan bahawa saya bukan seorang Cendiakawan ISLAM, Ulama Islam atau Sarjana dalam ISLAM tetapi sebagai seorang manusia biasa yang melihatnya dari sudut yang berlainan dan di ketengahkan butir-butir pendapat agar dapat sama-sama di fikiri dan di raih mana-mana kebaikan di dalamnya....

Ramai yang berkata mereka itu ISLAM, penganut Agama ISLAM dan seorang MUSLIM samaada yang di lahirkan melalui keluarga ISLAM mahupun yang baharu menganut Agama ISLAM setelah mendapat Hidayah daripada ALLAH SWT...

Perkataan ISLAM yang dapat di dengar pada hari ini tersangat tipis pengertiannya, teramat tipis hakikat pengabdiannya dan tersangat tipis mutu keimanannya jika di lihat dari sudut yang lebih luas lagi...

Seumpama di Negara-Negara Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, Thailand, Filipina, kemboja, Vietnam, Myanma dan Laos (di gelar Negara Nusantara), ramai yang menganut Agama ISLAM di mana Negara Indonesia mendominasikan populasi penduduk ISLAM sebanyak 225 juta orang ISLAM, di Malaysia 15 juta ISLAM dan di lain-lainnya di antara 0.3 juta hingga ke 10 juta orang-orang ISLAM, di mana keseluruhan perkiraannya adalah di dalam angka 255 juta orang ISLAM di Negara Nusantara sahaja....

Kesemua orang-orang ISLAM dari Negara-Negara Nusantara ini adalah berlainan kepercayaan dan pegangan mereka terhadap apa itu ISLAM, di mana mereka di pecah-pecahkan mengikut Mahzab-Mahzab serta Aliran Kefahaman yang di bawa, dan oleh kerana itu kita dapat melihat ada pelbagai keperibadian ISLAM yang mereka pamerkan dandi antara satu dengan yang lain sangat ketara menonjolkan perbezaan tersebut dan sukar untuk menemukan suatu temuan di manakah KEISLAMAN mereka...

Dan kini Negara Malaysia di pesatkan dengan kefahaman ISLAM HADHARI yang di pelopori oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Abdullah Bin Ahmad Badawi, bagi mewujudkan suatu kefahaman KeISLAMAN yang baharu mengikut platform yang telah di lakar oleh cerdik pandai dan cendiakawan ISLAM Malaysia...

Persoalannya...

Yang mana satukah yang harus di ikuti dan yang harus di amali sebagai pengikat Aqidah KeISLAMAN kita sebagai seorang Umat ISLAM?......

Kita telah fahami bahawa di dalam dunia ini selepas Nabi Muhammad SAW, telah wujud 73 pecahan fahaman mengenai ISLAM, dan melaluinya telah wujud pelbagai-bagai nama-nama sesuatu fahaman tersebut sehingga kita sendiri tidak tahu atau tidak dapat membezakan yang mana satukah yang betul atau yang mana satukah yang tidak betul...

Sebagai contoh, pernah pada suatu waktu dahulu (semasa remaja) saya pernah pergi ke sebuah Masjid Malabar India untuk menunaikan sholat Jumaat (pertama kali pergi), saya menjadi keliru kerana ada beberapa rukun dan doa-doa sembahyang yang tidak pernah saya tahu dan tidak pernah di ajari sewaktu mempelajari hal ehwal Agama, di mana arus aliran kefahaman kita secara majoriti adalah fahaman Mahzab Iman Shafie, daripada keliru fikiran saya menjadi terbuka untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perbezaan-perbezaan yang wujud di dalam Aqidah ISLAM dan titik mula itulah yang menyebabkan keinginan ingin tahu lebih lanjut menyelubungi jiwa saya ini, dan selanjutnya proses mempelajari dan memahaminya berterusan hingga ke hari ini....

Apa yang dapat saya lihat dan boleh di rungkai mengenai apa juga perbezaan di dalam segala Mahzab yang di anuti oleh orang-orang ISLAM di dunia ini adalah ringkas dan mudah....kenapa saya berkata begitu?....

Kerana ISLAM itu adalah sangat RINGKAS dan MUDAH, yang merumitkannya adalah MANUSIA dan yang MENYUSAHKANNYA adalah KITA sendiri...

Cuba perhatikan di zaman penurunan AL-QURAN dalam masa 23 tahun melalui Baginda Rasullullah, adakah terdapat perkataan Ilmu Tauhid, Ilmu Fiqah dan Ilmu Tassawuf???, atau Mahzab-Mahzab Hambali, Maliki, Shafie dan yang lain-lain itu???....belum wujud lagi...

Tetapi setelah Nabi Muhammad SAW wafat dan ketika ke empat-empat Sahabat Rasullullah juga sudah tiada, maka aliran-aliran kefahaman yang baharu di wujudkan oleh kaum-kaum yang pernah hidup di zaman tersebut, mereka mula merakam dan mewujudkan keilmuan-keilmuan mengenai sesuatu jenis ILMU di dalam ISLAM bagi memudahkan mereka mempelajarinya dan dari situ wujudlah 3 cabang keilmuan ISLAM yang pertama iaitu ILMU TAUHID (Usuluddin), ILMU FIQAH dan ILMU TASSAWUF...(telah saya sentuh di post yang lalu)

Di mana KeIlmuan Ilmu Tauhid lebih kepada pengajaran untuk mengenal Tuhan daripada Sifat-Sifat yang di miliki oleh ALLAH SWT serta asal-usul kejadianNya serta mahluk-mahluk ciptaanNya, KeIlmuan Fiqah pula lebih menjurus kepada pengetahuan kepada segala Hukum-Hukum yang ALLAH SWT wujudkan untuk sesuatu perkara yang baik dan yang tidak baik di lakukan oleh Umat ISLAM yang di katakan Undang-Undang Syariah atau SYARAK, manakala KeIlmuan Tassawuf pula lebih menjurus kepada pengabdian di dalam mengamalkan amal ibadah terhadap ALLAH SWT secara serius bagi mendapatkan MakrifahNya....

Namun demikian, perkara TAUHID dan TASSAWUF tidak memecah-belahkan AQIDAH Umat ISLAM tetapi perkara FIQAHlah menjadi teras perpecahan itu berlaku kerana ia di tafsirkan dan di takrifkan mengikut keperluan sesuatu bangsa dan kaum yang hidup pada ketika itu sehingga ianya menular sehingga ke hari ini, di mana setiap Pemerintah akan mengeluarkan Fatwa-Fatwa yang menjurus kepada kepentingan kenegaraan, institusi kerajaan, kestabilan politik semasa dan kepentingan sesuatu kaum menurut kaji-nilai mereka dari sudut tersebut tanpa melihat dari sudut KETUHANAN yang menganugerahkan ISLAM kepada Umat Manusia....

Cuba lihat jika dahulu untuk menderma Organ-Organ dalaman manusia seperti Hati, Jantung, Buah pinggang, Mata dan sebagainya kepada orang lain di takrifkan oleh Ulama ISLAM terdahulu (sebelum 1970an) sebagai HARAM tetapi pada waktu ini ianya DI HARUSKAN dan DI WAJIBKAN pula, dan jika zaman dahulu INSURAN NYAWA (takrifan dahulu) di HARAMKAN untuk Umat ISLAM tetapi sekarang DI HARUSKAN kerana telah di tukarkan kepada TAKAFUL, dan jika zaman dahulu segala wang ZAKAT FITRAH tidak boleh di gunakan untuk golongan KAFIR tetapi zaman sekarang ianya di perbolehkan atas alasan untuk membantu, dan ada pelbagai-bagai lagi perubahan-perubahan telah berlaku mengikut zaman dan kepandaian manusia pada hari ini....tetapi itu semua adalah tugas dan tanggungjawap mereka sebagai pemikir-pemikir ISLAM yang harus bekerja untuk kesejahteraaan Umat ISLAM...

Tetapi apa yang ingin saya sentuh di sini ialah ISLAM secara PERIBADI yang di tuntut oleh ALLAH SWT sebagai SEORANG UMAT ISLAM, bukan sebagai pemegang sesuatu Mahzab, bukan sebagai pendukung sesuatu Institusi KeISLAMAN atau bukan sebagai rakyat sebuah kerajaan ISLAM....Apakah itu?.....

Yang saya maksudkan ialah ISLAM dari sudut kewujudannya di dalam diri Mahluk Manusia yang di bangkitkan melalui Waktu Isyak, Waktu Subuh, Waktu Zuhur, Waktu Asar dan Waktu Maghrib di mana waktu-waktu tersebut di keluarkan daripada 2 mata dan 2 telinga (isyak), 2 puting susu (subuh), 2 tangan dan 2 kaki (asar) dan 2 lubang hidung dan 1 mulut (maghrib), di mana kelakuannya di timbulkan melalui 13 Sendi Besar Lembaga Manusia yang bergelar ADAM, yang bernama AHMAD dan yang melakukannya ialah MUHAMMAD!....di mana ROHnya pula di ciptaan dari NUR MUHAMMAD!....persoalannya, adakah ada apa-apa perbezaannya di situ di antara satu manusia dengan satu manusia yang lain???............

Jika di fikirkan di situ sahaja sudah tentu sama sahaja dan tidak ada apa-apa perbezaan!, tetapi kenapa selepas itu ada juga perbezaan???.....perbezaan kepercayaan dan pendapat mengenai apa itu ISLAM???...........yang menjurus kepada AQIDAH ISLAM!...

Inilah yang sedang saya cuba fahamkan kepada para Ilmuan RBSS yang beragama ISLAM tetapi yang berlainan kefahaman mengenai ISLAM, apa yang cuba saya ketengahkan ialah apa juga kefahaman anda mengenai ISLAM sebelum menerima dan mengetahui apa itu Rahsia Budi Suci Sejati, harus di kaji semula susur galurnya dari sudut penerangan yang terdapat melalui pecahan Rahsia - Keilmuan Rahsia Budi Suci Sejati dari kontek keilmuan ini yang menjelaskannya dengan lebih rapi dan tepat siapakah manusia itu sebenar-benarnya dan siapakah Tuhan itu yang sebenar-benarnya juga...jika maseh belum merasakan kebenarannya, cari dan kaji lagi sehingga berjaya....kerana di akhirnya nanti anda akan dapat melihat kenyataan yang sebenar-benarnya mengenai Rahsia-Rahsia ALLAH SWT melalui RBSS dan dapat menilai sendiri apakah kepercayaan sebelumnya itu tepat ataupun salah!

Bukan saya kata sebelum anda mempelajari RBSS segala Amal Ibadah anda dalam tuntutan ISLAM itu tidak betul atau salah, tetapi yang saya maksudkan ialah KEFAHAMAN MENGENAI ISLAM sebelum mengetahui RBSS itu yang belum mantap dan belum terang dari sudut ILMU KETUHANAN....itu sahaja dan tolong jangan politikkan perkara ini!....

Ini adalah kerana segala ILMU ALLAH SWT adalah dalam bentuk RAHSIA, kewujudannya juga di dalam RAHSIA dan sangat jauh dari penglihatan mata kasar kita, jadi jika ingin melihat akan kesemua KERAHSIAANNYA itu, maka kita harus memiliki ILMU KERAHSIAANNYA dengan secara menyeluruh melalui jiwa dan raga (Rohani & Jasmani) kita sendiri, dan dari situ baharulah kita akan dapat melihat dengan jelas sejelas-jelasnya apa maksud ALLAH SWT dengan perkataan RAHSIA itu...

Jika anda sampai ke tahap tersebut, dan apabila anda telah berupaya melihat segala Rahsia-Rahsia ALLAH SWT tersebut maka anda akan mendapat segala jawapan yang tersembunyi di sebalik segala penciptaanNya dan tidak akan mempertikaikannya lagi kerana sudah ada satu Hakikat dan Makrifat yang kuat terhadap ALLAH SWT yang menciptakan sekelian Mahluk dan Alam....Dan pada ketika itu anda akan menjadi seorang ISLAM yang berdiri sendiri yang akan bergerak secara otomatis terhadap segala kehendak ALLAH SWT tanpa perlu memaksakan diri bagi mengikut segala suruhanNya...

Anda juga akan lebih bersifat terbuka atau lapang fikiran mengenai sesuatu perkara, tidak akan cepat merasa marah, tidak puas hati, curiga, khuatir, was-was, ragu-ragu terhadap apa yang berlaku di sekeliling anda, dan dari masa ke semasa anda akan dapat rasai bahawa di masa-masa yang lalu anda telah berjalan dengan mata yang tertutup terhadap alam sekeliling dan melupakan kewujudan ALLAH SWT di dalamnya....

Bukan seperti kebanyakkan yang berlaku dewasa ini, di mana ISLAM seseorang hanya pada nama, pada keluarga, pada pertubuhan dan pada pemerintahan tetapi Hakikat sebenarnya tidak ada IMAN di situ tidak ada ISLAM di situ dan tidak ada EHSAN di situ, dan pada setiap detik kita melakukan Dosa-Dosa yang kita tidak tahu bahawa perbuatan yang di lakukan itu berdosa samaada hidup bersama keluarga, kawan-kawan, di tempat kerja menjalankan tugas, di dalam masyarakat atau di dalam pemerintahan sesuatu kerajaan!....cuba ukur atau kaji-selidik anda sekarang hidup kerana apa??? dan bekerja untuk siapa???.....atau siapa tuan anda???.....dan siapa TUHAN anda???.....

Kerana itu saya sangat-sangat bersyukur ke Hadrat ILLAHI yang telah mengurniakan saya Rahsia Budi Suci Sejati ini dan memperlihatkan banyak Rahsia-RahsiaNya untuk di ketahui dan untuk di fahami semasa maseh lagi bernyawa, di mana banyak di antara Rahsia-Rahsia tersebut tidak terungkap atau tidak mampu di ucap melalui kata-kata dan tulisan dan hanya ALLAH SWT sahaj yang Maha Mengetahui.....

Itu di antara sebabnya juga Blog Rahsia Budi Suci Sejati ini di wujudkan dan bertindak sebagai Alternative & Additional Informations Provider, agar kita sama-sama dapat melihat apa itu IMAN apa itu ISLAM apa itu EHSAN apa itu RAHSIA BUDI SUCI SEJATI dan apa itu AKU dan siapa itu AKU yang bergelar TUHAN PENCIPTA SEKELIAN ALAM....

Jadi ISLAM itu bukan berdasarkan apa yang kita pakai (pakaian) bukan berdasarkan apa yang kita pamerkan (janggut/tanda hitam di dahi/amalan-amalan) bukan berdasarkan apa yang kita sebutkan (cakap-cakap) dan bukan berdasarkan kepada pertubuhan atau mahzab mana kita bersandar!....ia lebih kepada kepatuhan terhadap segala suruhan ALLAH SWT secara semula jadi menurut penciptaanNya yang menjadikan Mahluk Manusia itu ada memiliki RAHSIA-RAHSIANYA sebagai ADAM, AHMAD dan MUHAMMAD....Tidak ada bezanya di antara lelaki dan perempuan di situ...

Fikir-fikirkanlah jenis ISLAM yang bagaimana anda berpegang sekarang, ISLAM MAJORITI kah ISLAM MINORITI kah atau ISLAM HADHARI kah ISLAM ITU kah ISLAM INI kah atau ISLAM SEJATI???....cari jawapan itu sendiri dari dalam diri anda!.....

Wassallam!

Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)

Thursday January 31, 2008 - 07:32pm (PST)


No comments: