Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #66 - KOMENTAR PROFESSOR #3

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #66 - KOMENTAR PROFESSOR #3

PROFESSOR BSS MENJAWAP SOALAN TERPENTING

Salam Bahagia kepada semua para pembaca dan pengikut setia Blog RBSS ini, terutama yang bergelar Ahli Rahsia Budi Suci Sejati tidak kira di mana anda berada dan siapa diri anda serta apa juga pegangan hidup anda...

Komentar Professor pada kali ini menjurus kepada soalan yang di kirim oleh "Caveman" dan beberapa email yang di kirim kepada saya, dan adalah menjadi tanggungjawap saya untuk memberikan jawapan kepada persoalan tersebut...

dan soalannya berbunyi begini:-

"Di dapati Jemaah Guru-Guru RBSS yang sedia ada tidak mengiktiraf segala tulisan mengenai Rahsia Budi Suci Sejati melalui Blog RBSS ini serta menganggap Professor BSS sebagai "Bekas Ahli" yang sudah "Sasau" yang "merepek" dan telah di pengaruhi oleh Syaitan...Dan berpendapat tidak perlu bagi seseorang ahli RBSS untuk mengikuti penulisan Blog ini sebagai cara untuk menimba keilmuan RBSS kerana sebab-sebab di atas - apa komen Professor terhadap kenyataan tersebut?".....(sedutan dari soalan CAVEMAN dan email-email yang di terima)

Ini bukan kali pertama saya menerima persoalan tersebut, tetapi apabila "Caveman" meminta saya menjelaskannya melalui jawapan di dalam blog, dan setelah berfikir panjang saya akur untuk menjelaskannya sekali lagi bagi memenuhi permintaan segelintir ahli juga kepada orang-orang yang mungkin telah mendengar komen tersebut dari pihak Guru-Guru RBSS tetapi tidak bersuara mengenainya....

Apabila saya di ajukan dengan soalan-soalan demikian, secara otomatik saya tersenyum sendirian dan membuat saya merasa geli-hati terhadap komen yang di lemparkan (jika ianya benar-benar berlaku) oleh pihak Jemaah Guru, namun demikian ianya telah membuat saya berfikir secara mendalam untuk mencari sesuatu kebenaran di sebalik komen-komen tersebut dan akhirnya saya temui jawapan-jawapannya!

Secara ikhlas saya tidak tergugat, tersinggung atau berkecil hati jika ada di antara para Jemaah Guru RBSS mengeluarkan kenyataan-kenyataan demikian terhadap Blog RBSS ini termasuk kepada orang yang bernama Professor RBSS, ini adalah kerana saya terlalu mengenali cara pemikiran mereka, cara mereka bertindak, kecenderungan keilmuan mereka dan keutamaan yang mereka beri di dalam mengembangkan pembelajaran RBSS di rantau ini...

Jawapan saya:-

Pertama...permasaalahan kenyataan para Jemaah tersebut adalah begini, dari pendapat saya ketika Jemaah Guru membuat kenyataan tersebut, mereka secara peribadi tidak membaca, tidak meneliti dan tidak cuba memahami apa yang tertulis di dalam Blog RBSS ini dan hanya membuat penilaian serta rumusan melalui maklum balas yang di berikan oleh para ahli-ahli RBSS, saudara mara atau kaum keluarga sahaja...di mana maklum balas tersebut hanya akan menukil perkara-perkara yang terbatas dan tidak menyeluruh mengenai intipati penulisan Blog RBSS...

Kenapa saya berkata begitu?...kerana mereka kurang berminat untuk membaca apa juga yang berkenaan dengan RBSS di dalam Internet dan sentiasa menganggap yang di keluarkan melakui Internet adalah sesuatu yang kurang betul kerana mereka adalah sumber maklumat yang sahih dan yang maseh hidup dan tidak memerlukan maklumat dari sumber-sumber yang lain! (maksudnya mereka adalah gedung sebenar keilmuan tersebut)

Kedua...jika mereka mengiktiraf penulisan Blog RBSS walaupun dengan sepatah kata maka secara tidak langsung tindakkan itu akan menjejas credibility mereka sebagai seorang Jemaah Guru serta Pewaris kepada Arwah Bapak Hj Hashim...

Ketiga...mereka tidak mahu penumpuan pembelajaran RBSS ahli-ahli mereka akan terjejas dengan maklumat-maklumat yang tertulis melalui blog RBSS ini dan akan menyusahkan diri mereka jika para ahli terpengaruh...(diversified attention)

Keempat...mereka secara peribadi juga tidak ingin di pengaruhi oleh apa juga bentuk penulisan, pendapat atau maklumat yang di kemukakan demi menjaga credibility mereka sebagai Guru yang di iktiraf serta ketua kepada persatuan yang berdaftar secara sah dengan kerajaan...

Kelima...secara kebetulannya, siapa Professor BSS itu juga maseh lagi samar-samar (walaupun berbagai usaha telah di lakukan) dan belum dapat di tentukan orang yang sebenar-benarnya, dan kerana itu endorsement untuk Blog RBSS ini tidak dapat di lakukan oleh Jemaah Guru walaupun Blog RBSS ini mengemukakan maklumat yang 100% betul...

Saya secara peribadi tidak menentang apa yang di katakan oleh pihak Jemaah Guru (jika ianya benar belaku) kerana saya memahami apa yang mereka fikirkan sebagai seorang Guru, kerana mereka menilainya dari sudut seorang Guru dari perspective Guru, jadi bagi diri saya itu bukan satu halangan atau bantahan secara langsung terhadap penulisan Blog RBSS ini, malah ianya telah menyuntik semangat yang baharu ke dalam jiwa saya untuk membantu perjuangan mereka walaupun tidak menggunakan jalan yang sama...


Saya katakan begitu kerana dari maklum balas yang saya terima melalui email-email yang di hantar kepada saya secara peribadi, ramai yang telah mendapat manfaat dari kewujudan Blog RBSS ini, ramai yang telah dapat memahami RBSS dari sudut yang lebih jelas, ramai juga yang telah terbuka hati dan minda untuk terus mempelajari RBSS setelah di landa kemelesetan semangat di sebabkan perkara-perkara negatif yang wujud secara tidak sengaja sewaktu belajar di dalam kelas-kelas dan ramai ahli-ahli yang maseh aktif di dalam persatuan RBSS yang ada sekarang mengikuti penulisan Blog RBSS ini untuk di gunakan sebagai "Penyuntik Semngat" dan untuk mendapatkan "maklumat-maklumat tambahan" di dalam proses pembelajaran mereka, bukan untuk di jadikan sebagai bahan menentang Guru!...

Tidak di nafikan juga, ramai di kalangan pembaca yang bukan ahli-ahli RBSS yang tertarik dengan maklumat-maklumat yang di siarkan kerana telah juga dapat memberikan manfaat terhadap keilmuan mereka yang tersendiri....

Mengenai perkataan "Bekas Ahli" yang di lemparkan juga boleh di terima kerana saya sememangnya tidak menjadi mana-mana persatuan RBSS yang ada semenjak tahun 1988 sehingga sekarang, dan perkataan "SASAU" juga boleh di terima kerana sebagai seorang yang bukan ahli persatuan yang aktif kenapa perlu saya "sibuk" mengenai keilmuan ini (jika di lihat dari perspective yang lain), di mana "kesasauan" itu telah mendorong saya mewujudkan Blog RBSS ini bagi membantu ahli-ahli yang kurang sasau!, di mana bagi pendapat saya jika seseorang ahli itu kurang "sasaunya" maka ia akan "terlena" di dalam lamunan, dan perkataan "di pengaruhi oleh syaitan" juga boleh di terima kerana saya semenjak dari dahulu lagi saya "tersangat peka" terhadap pengaruh syaitan terhadap seseorang ahli RBSS di mana hampir 60% bentuk penulisan saya cenderung memperkatakan bgaimana untuk mengenali "pengaruh-pengaruh syaitan" terhadap keahlian RBSS dan bagaimana untuk menentang mereka kerana saya tahu apakah tindak tanduk iblis/syaitan terhadap diri kita yang berRBSS!...

Saya juga menyedari bahawa generasi-generasi ketiga (anak-anak Guru-Guru yang ada sekarang) mengikuti perkembangan penulisan Blog RBSS ini secara serius bagi mengenal pasti apa yang di tulis dan yang di ketengahkan untuk di jadikan tauladan kerana mereka (anak-anak guru) terdedah kepada jenis penyebaran ilmu melalui sumber IT dan Media Internet sebagai sumber mendapatkan maklumat, walaupun secara peribadi mereka berpendirian bebas terhadap pendapat dan pandangan Bapa-Bapa mereka terhadap Blog ini...

Saya dapat "rasakan" bahawa ada di antara penghantar-penghantar email mengenai RBSS kepada saya adalah dari generasi-generasi tersebut (anak-anak guru) kerana melalui soalan-soalan yang di kemukakan dapat di "rasakan" siapakah penyoal-penyoal tersebut tetapi saya tidak membeza-bezakan siapa diri penyoal, saya hanya akan menjawap jika soalan yang di kemukakan itu benar-benar ikhlas dari seorang yang benar-benar ikhlas....

Saya juga ingin mengemukakan sesuatu di sini untuk tatapan fikiran umum, pada awal bulan January 2008 ini, pihak TV3 telah menyiarkan satu program yang tidak silap saya progaram AL-KULIYAH yang bertajuk ILMU INTERNET (kalau tak silap juga lah) di mana ianya di pengerusikan oleh Ustadz Fadzil dan penceramah-penceramahnya terdiri dari seorang pakar Agama dan Ulama Besar dari Kelantan Ustadz Dr Muhammad Al-Mahmoodi (jika tidak silap) dan seorang Pakar Motivasi (lupa namanya) dari sebuah Universiti tempatan yang memperkatakan "Kesahihan" menimba Ilmu melalui Internet...Di mana Dr Muhammad Al-Mahmoodi berkata adalah tidak salah untuk umat manusia pada hari ini untuk menimba apa juga keilmuan malalui Internet jika apa yang di timba ilmunya itu tidak bertentangan dengan SYARAK (hukum dalam ISLAM) di mana beliau sangat menggalakkannya kerana pada hari ini telah banyak keilmuan-keilmuan yang wujud di dalam Internet yang di usahakan oleh ramai bijak pandai melalui kepakaran yang mereka miliki, dan ujar beliau belajar melalui Internet juga telah banyak menjimatkan masa belajar jika di bandingkan dengan terpaksa pergi ke negeri-negeri yang sangat jauh dari tempat kita, bagi bertemu dan belajar dari guru-guru untuk mendapatkan sesuatu jenis maklumat, dan ujar beliau lagi jika di Internet ada terdapat Ilmu-Ilmu yang Sahih maka Hukumnya Harus kita menimba keilmuannya dan Wajib kita mempelajarinya ASALKAN bukan melihat benda-benda yang HARAM melalui Internet....

Itu adalah pandangan dari seorang Tokoh Agama yang sangat di hormati ramai mengenai sesuatu jenis keilmuan yang terdapat melalui Internet, dan bagi saya juga tidak lah bersalahan jika Keilmuan Rahsia Budi Suci Sejati ini di sebarkan maklumat-maklumat ASASnya melalui media internet ini asalkan kita tidak mengemukakan rahsia-rahsia utamanya kerana Rahsia Tetap Rahsia....

Dan jika di semak secara teliti penulisan Blog RBSS ini juga, anda akan dapati bahawa belum terhurai lagi apa yang di katakan RAHSIA SEBENAR di dalam RAHSIA BUDI SUCI SEJATI melalui kontek RBSS itu sendiri, yang di huraikan adakah lebih dari sudut-sudut keilmuan KeTauhidan (Usuluddin) dan KeTassawufan serta dari sudut KeILMUAN KETUHANAN yang lain yang di sesuaikan dengan KONSEP Alternative & Additional Informations Provider sebagai Pencetus Minda atau The Brainstormer kepada ahli-ahli RBSS dan juga masyarakat umumnya...di mana saya sangat berpegang teguh di Platform tersebut sebagai gaya penulisan (writing style) Blog RBSS ini...

Yang saya rungkai mengenai PERNAFASAN juga bukan dari sudut RBSS tetapi dari KeIlmuan Hakikat dan Makrifat ISLAM di mana ianya terdapat di dalam ILMU TAUHID......dan terpulang kepada diri seseorang bagaimana mereka takrifkan rungkaian tersebut menurut kefahaman yang mereka ada dan bagi diri saya, saya maseh belum lagi merungkai Rahsia Sebenar RBSS melalui penulisan Blog RBSS ini sehingga sekarang!....betul atau tidak betul anda buatlah penilaian sendiri....

Sekarang, terpulanglah kepada diri anda untuk bagaimana ingin mempergunakan segala maklumat yang tertera melalui Blog Rahsia Budi Suci Sejati ini, tetapi sebagaimana awalnya telah saya memperingatkan bahawa gunakanlah segala maklumat ini sebagai PENCETUS MINDA anda di dalam membuat pengkajian terhadap keilmuan RBSS, jika ianya berguna anda gunakan sebaik-baiknya, jika tidak boleh di gunakan jadikan sebagai sempadan agar tidak terkeluar dari landasan yang sebenarnya...tugas saya hanya memberikan sedikit bantuan kepada orang-orang yang menghendakinya sahaja dan oleh kerana pendirian itu, maka saya menolak ramai pelawaan dari para ahli dan orang ramai untuk bertemu secara peribadi sebagai cara untuk melanjutkan perbincangan mengenai apa yang saya tulis dan apa yang saya ketengahkan mengenai RBSS ini atau dengan niat untuk berguru dengan saya...

Mungkin ada yang belum memahami konsep Alternative & Additional informations Provider yang saya ketengahkan, bagi saya sudah cukup bagi anda menghantar soalan-soalan melalui email dan membaca jawapan yang saya berikan dan dari situ anda boleh bergerak ke hadapan di dalam pencarian memahami RBSS...di mana ada di antara soalan saya jadikan jawapan di dalam artikel blog (open answer) dan mana-mana yang agak sensitive akan saya jawap melalui email sahaja (more private)...

Saya juga sangat menggalakkan anda memberikan soalan-soalan terus kepada alamat email yang di sediakan daripada anda menulis memberikan soalan melalui Blog's Comment, di mana alamat email tersebut adalah di ciptakan khusus untuk anda bertanya (sila rujuk kepada Komentar Professor #2), jadi gunakan dengan cara yang sebaik mungkin.

Tahukah anda, segala maklumat yang di kemukakan melalui Blog RBSS ini jika anda mempelajarinya terus menerus daripada saya, ia akan memakan masa untuk beberapa tahun untuk di huraikan satu persatu (rekod yang lalu - di antara 3-5 tahun) tetapi melalui Blog RBSS ini anda hanya perlu masa kurang dari 2 bulan!.....tetapi peratusan kefahaman tidak dapat saya jamin!.....itulah keistimewaan Media Internet...

Seperkara lagi, jika anda dapat memahami segala "Messages" yang di sampaikan melalui Blog RBSS ini, keterbukaan Minda anda terhadap apa itu RAHSIA BUDI SUCI SEJATI, minda anda akan menjadi tersangat luas (become Widely Open Minded) serta tidak terkongkong, dan anda akan menjadi seorang ahli RBSS yang sangat UNIVERSAL (serba boleh) di dalam semua hal...ini bukan suatu andaian dari saya, tetapi inilah kenyataan terhadap apa yang telah berlaku kepada ramai ahli-ahli yang pernah mengikuti siri-siri pembelajaran yang pernah saya lakukan dan mereka kini memiliki perwatakan RBSS yang sangat unique serta universal....dan ada 4-5 orang daripadanya sangat di kenali ramai oleh ahli-ahli RBSS di semenanjung Malaysia ini (atas permintaan mereka dan menghormati mereka - saya tidak dapat mengumumkan siapakah mereka itu)

Berbalik kepada soalan asas di permulaan cerita, saya memulangkan segala hak anda untuk menilai segala kenyataan dari Jemaah Guru-Guru yang ada dengan siri jawapan yang saya kemukakan ini dan anda carilah di situ jawapan yang boleh anda sandarkan sebagai suatu landasan, samaada untuk mempercayai salah satu atau kedua-duanya sekali...itu hak anda sebagai seorang Mahluk Manusia yang BerIlmu Pengetahuan, apa juga keputusan anda saya hormati....

Tetapi jangan membuat alasan yang saya kemukakan untuk menentang atau melawan Jemaah Guru-Guru yang ada sekarang, jangan berbuat demikian kerana itu telah melanggar etika Penuntutan Ilmu ini sebagai seorang Murid , kerana jika kita hormat kepada GURU maka ALLAH SWT akan memberkahi Ilmu yang kita terima daripada seseorang Guru itu.....dlam lain perkataan "Jangan Mendurhaka Kepada Guru" ketika sedang menimba Ilmu.....

Sekian.

Wassallam!

Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)

No comments: