Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #62 - THE BRAINSTORMER #9 – THE TIME BOMB

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #62 - THE BRAINSTORMER #9
– THE TIME BOMB

BOM JANGKA (TIME BOMB) DI DALAM TUBUH MANUSIA - APA KAH ITU SEBENARNYA?

Selain dari 4 Elemen asas bagi pembinaan JASAD mahluk manusia, di dalam jasad itu juga mempunyai Bom Jangka yang di "pasang" oleh ALLAH SWT bagi setiap manusia bagi "mengawal populasi" di atas muka Bumi ini...dan perkara ini selalunya tidak di endahkan oleh manusia kerana tidak merasakan "kebahayaannya" kepada diri mereka.

Bom Jangka (time bomb) ini sebenarnya telah berada di dalam tubuh manusia yang di namakan sebagai "KUMAN" (Viruses) yang hidupnya di dalam SEL DARAH MERAH manusia, Kuman-Kuman ini tidak akan "meletup atau meledak" selagi SEL DARAH PUTIH BERFUNGSI DENGAN BAIK MENGAWALNYA, kerana itulah di dalam sistem pendarahan manusia memiliki dua (2) jenis sel (cell) darah, di mana sel darah merah sebagai pembawa segala keperluan seperti protin-protin, zat-zat makanan, oksigen dan termasuk "kuman-kuman bom jangka" tersebut dan di edarkan keseluruh tubuh badan manusia dalam setiap saat...manakala sel darah putih bekerja mengawal "kuman-kuman bom jangka" tersebut agar tidak bertukar sifat dari sifat "alim" kepada sifat "dajjal"....

Kuman-kuman bom jangka tersebut akan bertukar sifat apabila setiap manusia "tersalah atau tidak menjaga" apa yang mereka makan, atau apa yang mereka telan melalui mulut hingga ke dalam perut seperti makanan-makanan yang tidak berkhasiat, yang berlemak tinggi, yang berkolestrol, yang beracun dan yang tidak halal sumbernya....makanan seperti ini akan di canai di dalam sistem penghazaman di dalam perut dan di hasilkan sel darah merah, jika sumber yang di makan tidak betul maka yang menjadi sel darah merah itu juga tidak betul, maka kuman-kuman bom jangka akan mula aktif dan memakannya kerana itu pula adalah tugas mereka...

Apa yang berlaku selepas proses itu???..................

Apabila Kuman-Kuman Bom Jangka mula aktif dan memakan sel-sel darah merah yang di hasilkan dari sumber yang tidak betul atau yang haram, maka ianya bertukar sifat dari sifat alim kepada sifat dajjal lalu menyerang sistem pertahanan dalam diri iaitu Sel Darah Putih, dan apabila Sel Darah Putih ini lumpuh atau tidak berupaya untuk bertugas sebagai pegawai keselamatan, maka Kuman-Kuman Bom Jangka akan memulakan serangan terhadap sistem-sistem organ dalaman seperti Perut, Usus Besar, Usus Kecil, Jantung, Paru-Paru, Limpa, Hati, Empedu, Buah Pinggang dan Otak...

Pada ketika ini pertanda awal manusia itu jatuh sakit ialah mereka akan merasa demam, samaada demam panas atau demam sejuk lalu di ikuti dengan selsema, jika selesema berlaku ini bermakna kuman bom jangka telah sampai menyerang bahagian paru-paru iaitu sistem pernafasan bagi manusia...di mana kekuatan setiap manusia adalah di nafas!

Kronologi tersebut adalah dari sudut penghasilan penyakit melalui sains kemanusiaan di dalam tubuh, dan oleh kerana itu ISLAM menggalakkan kita agar menjaga kebersihan makanan yang di makan dan melalui sumber-sumber yang halal agar kejadian mengaktifkan kuman bom jangka tidak akan berlaku secara pesat...maksudnya penghuraian tersebut adalah dari sudut Scientific yang berkenaan dengan Human Biology....ini belum di ambil kira yang berkaitan dengan Sistem Penghapusan Dosa-Dosa yang melalui Penyakit serta Sistem QADA' dan QADAR, peranan IBLIS/SYAITAN bagi setiap diri manusia...itu sebabnya setiap Penyakit yang di alami oleh manusia, sejarah kedatangan sesuatu penyakit itu sangat komplek (complex) dan tidak harus di pandang dari satu sudut sahaja....(peringatan/panduan kepada Tukang-Tukang Ubat RBSS)

Dan apakah penyakit-penyakit yang di hasilkan melalui cara tersebut (bom jangka)???......

Ada banyak jenis penyakit seperti:-

· Darah Tinggi / Rendah

· Kencing Manis

· Penyakit Jantung (lemah/berlemak)

· Paru-Paru Berair

· Semput

· Sakit Buah Pinggang (bengkak kaki/tangan)

· Penyakit Hati

· Penyakit Kuning

· Penyakit Dalam Perut (gastrik/ulcer dll)

· Penyakit Dalam Kepala (sakit kepala/mata/mulut/hidung/telinga)

· Dan ada berbagai-bagai lagi jenis penyakit yang berkaitan

Akan tetapi, ALLAH SWT juga telah menyediakan "Antidote" atau "Penawar" bagi setiap jenis Penyakit yang wujud melalui sistem pemakanan, dan antidote tersebut akan di terbitkan melalui bantuan Sel Darah Putih jika Sel tersebut telah dapat melawan atau memulihkan dirinya sendiri, maksudnya di sini Sel-Sel Darah Putih itu mempunyai "Gedung-Gedung Ubat Anti Kuman Bom jangka" yang di simpan di dalam tubuh manusia sebagai langkah pemulihan jika di perlukan dan di kawal melalui OTAK KECIL atau OTAK BELAKANG yang di sebut sebagai PITUITARY GLAND dari sudut science...Otak Kecil inilah yang akan menentukan sebanayak manakah Antidote akan di keluarkan bagi mengubati sesuatu jenis penyakit...

Apakah "Gedung-Gedung Ubat" tersebut dan di manakah ianya tersimpan???..........

Gedung-Gedung Ubat tersebut adalah KELENJAR-KELENJAR yang wujud di dalam tubuh manusia dan ianya berada DI SETIAP SENDI TUBUH MANUSIA...maksud SENDI di sini adalah pada setiap persambungan anggota-anggota tubuh manusia...kerana adanya Antidote tersebutlah yang menyebabkan ada di antara segelintir penyakit yang melanda seseorang diri manusia akan baik begitu sahaja tanpa perlu merujuk kepada pegawai-pegawai perubatan seperti Doktor-Doktor atau Spiritual Healers...selalunya jenis pembaikan jenis ini adalah dari penyakit-penyakit ringan dan di sifatkan sebagai sistem penghapusan dosa-dosa kecil, manakala untuk penyakit-penyakit dari dosa-dosa besar (sila rujuk kepada post #38), selalunya Antidote tersebut tidak mampu mengeluarkan Ubat kerana penyakit itu terlalu besar untuk mereka tangani, dan pada peringkat inilah seseorang itu perlu merujuk kepada pakar-pakar perubatan yang berkaitan.

Bom Jangka ini juga di jadikan oleh ALLAH SWT sebagai alat untuk mengawal populasi kehidupan manusia juga sebagai penentu Jangka Hayat seseorang manusia, jika seseorang itu telah hampir kepada tarikh kematian mereka setelah melalui proses putaran kehidupan yang lengkap seperti dari di lahirkan menjadi dewasa dan tua, maka Bom Jangka tersebut di aktifkan bagi mempercepatkan proses-proses gangguan kepada organ-organ dalam manusia sehingga kepada kematian mereka....

Malah tugas Bom Jangka itu tidak selesai selepas seseorang manusia itu mati sahaja, tetapi akan terus bekerja selepas orang tersebut itu mati, di mana selepas itu Bom Jangka tersebut akan "MEMUSNAHKAN TUBUH MANUSIA" secepat yang mungkin, dan pada ketika ini rupa bentuk mereka akan bertukar dari rupa bentuk yang halus kepada yang lebih kasar dan di namakan sebagai ULAT MAYAT!.....Begitulah kehebatan dan kebijaksanaan ALLAH SWT di dalam menciptakan Mahluk-MahlukNya....

Dari sudut RBSS dan jika ingin menjadi "Tukang Ubat" yang Professional serta Universal dan Berpengetahuan Luas, sebaik mungkin pelajari serba sedikit mengenai Human Biology melalui System Natural Healing yang di ajarkan oleh Perubatan Acupunture dan Acupressure supaya anda dapat mengenali bagaimanakah sesuatu sistem pembaik-pulihan di jalankan oleh KELENJAR-KELANJAR manusia serta Tubuh Manusia itu berfungsi kerana dengan cara itu anda boleh mengetahui dengan jelas di manakah sesuatu sistem organ manusiaitu gagal dan pakah penyebab-penyebabnya serta di manakah point-point yang boleh di aktifkan antidotenya, jika telah faham mengenainya kita hanya perlu menggunakan atau "convertkan" cara pemulihannya dengan menggunakan Tenaga RBSS seperti apa yang saya lakukan di dalam Perubatan yang saya cipta dan wujudkan sendiri dan di namakan sebagai COMBITEX TREATMENT -THE NATURAL HEALING (combination treatment) yang menggabung kesemua unsur-unsur perubatan melalui Natural Healing yang ada, sains moden, sains ISLAM tetapi menggunakan TERAS RBSS!....

Ini tidak payah berguru dengan saya kerana ianya terlalu mudah untuk di pelajari, anda hanya perlu memiliki buku-buku yang berkaitan dengan sistem acupunture dan acupressure serta buku-buku yang berkenaan dengan urat saraf manusia, di mana di dalam perubatan sains moden ianya di kenali sebagai Kepakaran Urat Saraf (urology)...dan ada jabatanya yang tersendiri...tetapi pemahaman mengenai RBSS harus di kuatkan terlebih dahulu dari bidang penggunaannya (aplikasi - rujuk kepada post #29)

Jika perkara ini dapat di kuasai maka peglibatan anda di dalam bidang perubatan akan menjangkau ke dalam satu dimensi yang baharu serta lebih luas sudut pandangan dari orang-orang biasa serta memiliki proses-proses perubatan yang berRBSS tetapi modern dari segi sains kemanusiaan, tidaklah tertakluk dengan ciri-ciri perubatan KeBomohan yang mirip kepada tilik-menilik, jin/syaitan dan perkara-perkara paranormal sahaja, anda akan dapat bercakap dengan pesakit dan keluarga pesakit dari susut pandangan Modern Science dan dapat menggunakan terma-terma sains moden!...ini yang membuatkan anda tampak canggih dari segi teknologi perubatan tetapi maseh lagi menggunakan Super Natural Power!....

Ini yang saya sifatkan sebagai mengikuti kemajuan teknologi masa kini dengan mengadaptasikan teknologi tersebut dengan RBSS yang kita ada....dan anda pada ketika itu sudah boleh membuka KLINIK PERUBATAN KEDOKTORAN yang tersendiri dan yang boleh di terima pakai oleh semua golongan manusia tanpa mengira bangsa dan agama...(itu jika mahu!), saya sebut "Kedoktoran" kerana kita boleh melakukan sesi "Operations" (Pembedahan) terhadap pesakit tetapi tidak ada kesan potongan atau darah yang keluar hanya menggunakan 100% Rahsia Budi Suci Sejati!.....tidak ada sokongan dari Amalan-Amalan Tambahan yang lain.....saya bohong?.....anda fikir-fikir dan selami sendiri!....

Wassallam!

Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)

Saturday January 26, 2008 - 03:58pm (PST)


No comments: