Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #61 - THE BRAINSTORMER #8 - THE FOUR ELEMENTS

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #61 - THE BRAINSTORMER #8
- THE FOUR ELEMENTS

TENAGA - ELEMEN API, ANGIN, TANAH, AIR DAN CAHAYA...
DI SEBALIKNYA...

Ada Lima (5) Elemen yang ASAS membentuk bagi setiap orang Mahluk Manusia, dan Empat (4) Elemen untuk membentuk JASAD/TUBUH dan Satu (1) Elemen bagi ROH....

Empat (4) Elemen untuk membentuk JASAD ialah Unsur API, ANGIN, TANAH dan AIR...Jika di lihat atau di fikir secara kasar, keempat-empat Elemen tersebut berbeza Asal-Usulnya dan mempunyai rupa bentuk yang tersendiri, umpamanya seperti TANAH yang berarti BUMI, ianya sangat besar sangat luas sangat banyak jenis-jenisnya dan sebagai tempat untuk menampung segala yang ada di atas permukaan dan di dalam perut BUMI itu sendiri.

Manakala Unsur AIR sebagai PENGIMBANG atau MENGIMBANGI 75% permukaan BUMI dengan kepanasan yang di terbitkan oleh Unsur API melalui dalam perut Bumi dan pancaran di permukaannya, di mana Unsur ANGIN pula bertindak sebagai PENTADBIR (administrator) kepada AIR dan API di dalam menentukan hala-tujunya...Itu adalah SIFAT dan KELAKUAN sebenar Unsur-Unsur tersebut.

Tetapi, apakah yang di lakukan oleh ke empat-empat unsur tersebut di dalam JASAD manusia?, apakah fungsinya?, dan di mana mereka berada di dalam JASAD?...cuba kita renungkan sedikit perkara itu....

JASAD mahluk manusia adalah dari Huruf "Alif Dal Mim" (ADAM), di mana di dalam Jasad "Adam" itu ada benda yang di namakan:-

1. Daging

2. Tulang

3. Darah

4. Urat


Di mana ke empat-empat "benda" tersebut pula BERASAL dari:-

1. Daging dari Unsur TANAH

2. Tulang dari Unsur AIR

3. Darah dari Unsur API

4. Urat dari Unsur ANGIN

Itulah yang menjadi penyebab mahluk manusia di panggil "ADAM" kerana penciptaannya ALLAH SWT ciptakan dari ke empat-empat unsur tersebut, dan sempena unsur-unsur itu maka manusia yang pertama di namakan sebagai ADAM iaitu Nabi Besar kita ADAM A.S...

Di dalam lain sudut penciptaan, ALLAH SWT mencipta "ADAM" adalah untuk di jadikan sebagai seorang "Kahlifah" untuk "memerintah dan mengendalikan" Bumi ALLAH ini bagi menggantikan Kaum Jin yang gagal memanfaatkannya..

Jika di lihat "Bentuk" manusia itu sendiri ketika mendirikan Sholat, adalah tertulis Huruf "Alif Dal Mim", iaitu ketika ia berdiri membentuk Huruf "ALIF", ketika ia Rukuk membentuk Huruf "DAL" dan apabila ia duduk bertahiyad membentuk Huruf "MIM"...dalam lain perkataan, yang melakukan perlakuan seperti Sholat itu adalah "ADAM"...yang menjurus kepada Lembaga Manusia, juga membawa madsud sebagai "KELAKUAN" (yang melakukan)

Dan jika di lihat dari sudut yang lain pula, JASAD atau Tubuh "ADAM" tersebut akan membentuk suatu Kalimah yang lain, yang datangnya dari Huruf "Mim, Ha, Mim, Dal" atau di dalam tulisan Arabnya membawa maksud "Muhammad" (maaf tidak guna abjad tulisan Arab)...Di mana Huuruf pertama "MIM" terletak di Kepala, Huruf "HA" pada Dada, Huruf "MIM" kedua pada Punggung dan Huruf "DAL" pada paras punggung ke kaki (dapat di lihat ketika melakukan Tahiyat akhir Sholat)

Apa yang boleh di fahami melalui dua Kalimah tersebut iaitu "ADAM" dan "MUHAMMAD", kedua-duanya itu sememangnya telah berada pada JASAD SETIAP MAHLUK MANUSIA tidak mengira bangsa, agama atau keturunan...tetapi kebanyakan manusia menolak fakta-fakta tersebut kerana tidak percayakan kewujudan TUHAN YANG MAHA ESA...sedangkan dua (2) Kalimah tersebut hanya membentuk sedikit fakta dari jutaan fakta yang tersembunyi di dalam JASAD manusia...di mana banyak fakta menyebut bahawa keseluruhan tulisan di dalam AL-QURAN bertaburan dalam JASAD MANUSIA....tetapi manusia di kaburi penglihatannya kecuali mereka bermohon kepada ALLAH SWT untuk "melihatnya" sendiri...

Jika anda banyak melayari Internet, anda akan dapati banyak websites berkenaan dengan ISLAM dan AL-QURAN yang mengupas Rahsia-Rahsia Kejadian Manusia di bina dan di siarkan bagi kita semua mempelajari dan megetahuinya bertapa Hebatnya Kekuasaan ALLAH SWT...

Ramai orang ISLAM sangat menghormati AL-QURAN tetapi tidak menghormati diri sendiri (JASAD), sedangkan keseluruhan AL-QURAN berada di dalam diri sendiri...mengapa??? ....

Itu hanya pada JASAD atau TUBUH sahaja, belum lagi di masukkan Unsur CAHAYA ke dalam JASAD tersebut, jika sudah dimasukkan maka JASAD tersebut sudah LENGKAP kesemua ELEMEN kejadiannya.....

Cuba anda lihat gambar "X-RAY" Jasad Manusia secara lengkap, apa yang boleh anda lihat di dalamnya???.....

Di mana DAGING manusia itu?, yang akan kelihatan adalah rupa bentuk, tulang-tulang, urat-urat, organ-organ dalaman dan perjalanan darah manusia secara gambaran telus...dan kenapa jadi begitu?......

Harus di fahami bahawa JASAD manusia di penuhi oleh 75% oleh AIR, ini bermakna unsur-unsur yang lain seperti ANGIN, API dan TANAH hanya berkongsi baki 25% sahaja dan kerana itu ianya tidak kelihatan dan jika 25% di bahgikan kepada tiga (3), maka setiap satu (1) unsur hanya mempunyai kurang dari 9% di komposisinya...jadi apakah maksud di sebalik komposisi yang kurang itu?...kita di buat lebih banyak unsur AIR dari yang lain!....jawapan?....

Ini adalah kerana kita di peruntukkan satu lagi Unsur yang "Panas" iaitu Unsur CAHAYA yang berada pada ROH, jika JASAD kurang dari 75% Elemen AIR, maka JASAD manusia itu akan hangus dan lebur kerana kepanasan Cahaya tersebut, ini bersamaan dengan kedudukan BUMI (tanah) yang di selaputi oleh 75% oleh AIR......kerana itu juga manusia di kurniakan dengan perasaan "HAUS", Haus adalah sebagai "detector" yang memastikan "Paras AIR" pada JASAD sentiasa mencukupi bagi mengelakkan dari "terbakar".....

Yang terbaik anda pelajari bidang keilmuan Usuluddin atau Ilmu Tauhid, di mana penjelasan keseluruhan ,mengenai perkara yang saya sebutkan itu ada terkandung di dalamnya....kerana RBSS mempunyai sejarah asal usulnya juga di situ....

Berfikir sejenak itu adalah lebih baik dari baramal selama 70 tahun!

Wassallam!

Professor BSS (profesor_bss@yahoo.com)

No comments: