Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #141

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #141

THE TECHNOLOGY #31 - TEKNIK BELAJAR

Di beberapa Posts telah saya huraikan berkenaan dengan Cara-Cara untuk membuat kajian mengenai keilmuan KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati ini dengan memberikan butir-butir bahan untuk kajian, tetapi pada kali ini saya suka untuk memperjelaskan beberapa perkara lagi untuk bagaimana melakukan TEKNIK BELAJAR secara EFFECTIVE.....

Di dalam melakukan PENGKAJIAN di dalam keilmuan RBSS ini, anda memerlukan sebuah kumpulan yang sekurang-kurangnya terdiri dari lima (5) orang ahli RBSS, dan kesemuanya haruslah mahir di dalam beberapa keilmuan seperti RBSS, Lam Jalala, Permohonan dan Gerak, dan kesemuanya ini di gabungkan menjadi sebuah kumpulan...Jika ahli kumpulan itu melebihi dari 5 orang ahli, yang selebihnya akan di kategorikan sebagai "makmum" sahaja dan peranan mereka lebih kecil dari yang 5 tersebut....

Sebagai penjelasan lanjut, berikut adalah keperluan yang harus ada di dalam kumpulan tersebut:-

1. Pakar RBSS (yg faham dasar Ke-RBSSan)

2. Pakar Gerak (yg boleh memainkan semua kategori gerak secara efektif)

3. Pakar Lam (yg faham menggunakan Lam)

4. Pakar Permohonan (yg faham menggunakan Permohonan)

5. Pakar Bahasa Arab (yg fasih Bahasa Arab) - Bagi tugas menterjemah Ayat-Ayat

Melalui usaha-sama ini, anggota kumpulan harus melakarkan agenda PENGKAJIAN mengenai KEILMUAN RBSS ini dari DASARnya seperti:-

· Pengumpulan Sejarah kewujudan RBSS

· Pengumpulan Sejarah Arwah Bapak Hj Hashim dan keturunannya yang menjadi guru-guru

· Pengumpulan Fakta-Fakta yang berhubung-kait mengenai ISLAM dan RBSS, yang boleh di dapati melalui AL-QURAN, Kitab-Kitab Sejarah, Kitab-Kitab Tauhid/Usuluddin dan yang lain-lain

· Pengumpulan Fakta mengenai segala mahluk-mahluk halus secara terperinci seperti Wali-Wali/Malaikat/Iblis/Jin/Hantu-Hantu Syaitan/Khadam-Khadam....dan Roh-Roh manusia yang berkategori

· Pengumpulan Fakta mengenai Manusia secara TOTAL, seperti asal usul kejadian, kebolehan dan kekurangan yang di miliki oleh manusia

· Pengumpulan Fakta mengenai Prinsip-Prinsipdi dalam RBSS serta mengenai apa yang boleh dan yang tidak boleh di lakukannya

· Pengumpulan Fakta mengenai KETUHANAN iaitu yang menjurus kepada ALLAH SWT

· Pengumpulan Fakta mengenai KeNabian dan KeRasulan yang sediaada

· Dan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan yang di sebutkan di atas

Melalui kumpulan ini, setiap apa yang di temui hendaklah di catit segala maklumatnya sebagai bahan rujukan, dan segala sesi perjumpaan harus di jadualkan secara kerap dan harus di hadiri dengan tepat oleh semua ahli kumpulan, maksudnya dengan penuh disiplin.

Tetapi, perkara UTAMA yang harus di lakukan di setiap perjumpaan ialah aktiviti BERJURUS bagi MEMASTIKAN SETIAP AHLI KUMPULAN ITU CUKUP POWER bagi mengharungi UJI-KAJI yang di jalankan dalam setiap sesi....dan seseorang mestilah di lantik menjadi PROJECT MANAGER dan harus di hormati oleh semua pihak....

Setiap DAPATAN YANG MENGELIRUKAN hendaklah di buat ULANG KAJI SELIDIK dengan MERUJUKKAN kepada PAKAR-PAKAR YANG BERKENAAN tetapi dengan cara yang penuh DIPLOMASI agar TUJUAN SEBENAR TIDAK DI KETAHUI UMUM...ini bagi mengelakkan SALAH FAHAM mengenai usaha anda itu....dan boleh juga di kalsifikasikan sebagai PROJEK RAHSIA!.....

Dengan TEKNIK BELAJAR sebegini sahaja, anda akan dapat MENSAHIHKAN apa yang di HURAI dan DI RUNGKAI melalui penulisan BLOG RAHSIA BUDI SUCI SEJATI ini secara ILMIAH dan dapat meningkatkan TAHAP dan MARTABAT KE-RBSS-AN anda secara lebih bersistematik, bukan dengan teknik "Dengar-Dengar" melalui Ceramah-Ceramah atau Cakap-Cakap dari mana-mana ahli RBSS!...

Semua perjalanan kajian hendaklah di lakukan dengan penuh DISIPLIN DIRI dan tidak lari dari ASAS RBSS itu sendiri, dan sifat RIAK dan TAKBUR MESTILAH DI ELAKKAN 100% kerana ianya akan menjejas DAPATAN FAKTA yang di kehendaki.....

Penggunaan GERAK HENDAKLAH di kawal dan di selia dengan TELITI, supaya tidak terpesong atau di pesongkan dari TUJUAN YANG SEBENAR....begitu juga dengan penggunaan Lam Jalala dan Permohonan harus di lakukan apabila perlu sahaja....

Pengharusan ada keilmuan Lam Jalala/Permohonan serta Gerak adalah sebagai "batu loncatan" kepada pencarian-pencarian maklumat yang di kehendaki, kerana ada masa-masanya kita terpaksa berhubungan dengan mahluk-mahluk yang lain bagi memastikan sesuatu maklumat atau ingin mengetahui sesuatu perkara yang di luar kemampuan diri sendiri...kaedah ini juga memerlukan seseorang yang Pakar RBSS bagi menapis segala gejala-gejala yang tidak di ingini dari berlaku....

Tetapi...sebaik-baik cara ialah menggunakan 100% RBSS di dalam membuat sebarang KAJIAN, kerana hanya dengan penggunaan 100% RBSS sahaja pengaruh Iblis/Jin/Syaitan dapat di elakkan dari mempengaruhi proses-proses kajian yang di jalankan....

Saya mengenengahkan TEKNIK BELAJAR ini kerana saya dapati pada hari ini tidak ramai yang berani melakukan UJI-KAJI seperti yang di sarankan, dan jika ada pun banyak yang cenderung kepada penggunaan TINDAKKAN dan PERMAINAN GERAK TEMPUR, dan yang popular sekali ialah sesi Perubatan ALA-BOMOH.....

Jadi...jika perkara sebegini berterusan di lakukan oleh para ahli RBSS, maka keilmuan sebenar 100% RBSS ini akan lama kelamaan terkubur begitu sahaja dan yang akan terus wujud ialah RBSS DALAM BENTUK GABUNGAN ILMU-ILMU TAMBAHAN!!!!!......seperti yang di ajarkan sekarang.............

Wassallam!
Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)
Sunday April 13, 2008 - 10:04am (PDT)

No comments: