Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #138

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #138

THE T TECHNOLOGY #28 - TEKNIK CABUT-BUANG-SEMBUH - Bhg 4

CARA LAMA : ALA-BOMOH - DI SEBALIK TEKNIK GABUNGAN ILMU

Saya ingin memperkatakan dengan jelas mengenai perkara ini untuk di selidiki oleh para ahli-ahli RBSS dan umum, semoga fakta-fakta yang saya kemukakan akan dapat memberikan cetusan minda bagi memecahkan kebuntuan di dalam fikiran........

Contoh Kes:

Pesakit: (Kena Rasuk = KR)

1. Seseorang di rasuk oleh jin/syaitan

2. Keadaan yang terpekik terlolong & mengganas

3. Tempoh terkena: baharu 24 jam

Tukang Ubat: (TK)

1. Ahli-Ahli RBSS senior + junior (4 orang)

2. Ada pakar gerak

3. Ada pakar Permohonan

4. Ada pakar Lam Jalala

5. Pengalaman: Purata lebih 5 tahun keatas

Operasi Perubatan:

Cara: (saya skip mana yang tidak perlu / relevan)

1. TK berkumpul di rumah KR dan melakukan Gerak mengesan/mencari maklumat, masing-masing memainkan peranan

2. Kapten TK, menarik/mencabut sesuatu dan memasukkan ke dalam salah seorang TK2

3. TK2 memainkan gerak mahluk yang di masukkan ke dalam dirinya dan mula bergerak, dan menunjukkan gerak seorang mahluk yang ganas dengan pergerakkan yang menakutkan orang sekeliling. (benar-benar seperti jin)


4. Kapten TK, mula mengajukan soalan-soalan kepada TK2 yang memainkan gerak mahluk tersebut...dan soalan-soalannya seperti.....siapa kau, dari mana kau datang, siapa yang suruh kau datang, kenapa dia buat begitu, siapa nama orang itu, di mana dia tinggal dan macam-macam soalan lagi yang di kemukakan kerana ingin mendapatkan maklumat....Kapten TK mula menunjukkan "skilnya" dengan mempermainkan mahluk tersebut dengan membuat bermacam-macam gaya tindakkan supaya mahluk itu menjadi takut dan mendengar kata dan arahannya, jika mahluk itu degil, maka di dera mahluk itu dengan tindakkan-tindakkan yang menyakitkan...orang di sekeliling yang melihat senario itu terpegun melihat kehebatan Kapten TK dan TK-TK yang lain melakukan DEMO ALA-BOMOH ini...hati mereka mula berdebar dan YAKIN pada group ini...

5. Kemudian Kapten TK keluarkan mahluk tersebut dari diri TK2 dengan di bantu oleh TK-TK yang lain, lalu di masukkan mahluk itu ke dalam botol....dan semua upacara selesai

6. Berlaku sedikit soal jawap dengan keluarga pesakit mengenai sumber-sumber penyakit, asal usul penyakit dan proses penyembuhan......

Persoalannya:

1. Adakah cara-cara tersebut sesuai atau relevan dengan keilmuan RBSS?

2. Apakah yang cuba di persepsikan kepada keluarga pesakit dan orang-orang yang melihat proses perubatan itu?

3. Apakah yang cuba di cari oleh TK-TK yang terdiri dari ahli-ahli RBSS itu?, nama kah?, ingin menunjukkan kehebatan kah?...

4. Jika orang-orang yang melihat proses perubatan yang di jalankan telah "merasakan" kehebatan dan kejagoan mereka, rasa "yakin" mereka itu kepada mereka di kategorikan sebagai apa???....

5. Apakah yang terjadi kepada mahluk-mahluk halus yang terlibat dengan proses demo itu?, adakah mereka harus di permainkan begitu???...apa hukum yang tersirat untuk perbuatan yang sedemikian???....

Kesimpulan:-

Daripada segala senario yang di ketengahkan dan proses-proses yang di jalankan, anda sebagai seorang ahli RBSS harus mencari ke-relevan-annya, dan berfikirlah segala yang baik dan buruk mengenainya....

Apa yang di ketengahkan ini BUKAN satu paksaan untuk di percayai tetapi apa yang cuba saya sampaikan ialah pertentangannya dengan NILAI-NILAI AJARAN yang wujud di dalam KERAHSIAN RAHSIA BUDI SUCI SEJATI....

Wassallam!

Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)

Monday April 7, 2008 - 11:09pm (PDT)

No comments: