Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #137

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #137

THE TECHNOLOGY - TEKNIK CABUT-BUANG-SEMBUH - Bhg 3

Bahagian Pertama ialah MUKADIMAH, bahagian Kedua HURAIAN dan pada bahagian Ketiga ini, anda di ajak untuk meneliti persoalan yang berikut:-

Jika semua TEKNIK-TEKNIK yang biasa di lakukan oleh para ahli-ahli RBSS tidak mencerminkan 100% RBSS, apakah cara-cara dan kelakuan yang betul untuk mengaplikasikannya?..............

Saya tahu, ramai yang tersentak dan terkejut dengan huraian yang saya kemukakan melalui dua (2) post menyentuh TEKNIK CABUT-BUANG-SEMBUH ini...dan berbagai-bagai andaian telah timbul di dalam pemikiran, samaada yang telah di lakukan sekian lamanya itu harus di teruskan atau harus di ubah menurut kepada apa yang saya kemukakan...

Sebenarnya begini, di dalam menuntut sesuatu jenis ilmu...tidak kira apa atau di mana juga pun, kita akan menghadapi suatu fenomina iaitu perubahan-perubahan terhadap TECHNOLOGY yang sentiasa berubah-berubah mengikut pengkajian dan penyelidikan sesuatu golongan umat...oleh itu, kita akan tertakluk kepada pelbagai jenis pembaharuan di dalam mengaplikasikan sesuatu tindakan, kaedah, cara, teknik atau apa juga menurut pengetahuan yang terkini...

Umpamanya Doktor Perubatan Moden, dalam setiap hari dan masa mereka terdedah kepada sesuatu pembaharuan dan kemajuan Teknology Perubatan kerana di setiap pelusuk dunia perubatan, akan sentiasa ada pakar-pakar kaji-seliidik yang menjalankan daya-usaha untuk mencari sesuatu penemuan yang baharu...ini di sebabkan atau di dasarkan bahawa mahluk manusia itu ADALAH SESUATU YANG BAHARU maka ia tertakluk kepada batasan ilmu pengetahuan menurut keupayaan diri masing-masing!

Ini tidak terkecuali di dalam mencari KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati ini, di mana keilmuannya akan sedikit demi sedikit akan terdedah kepada pengetahuan umum melalui hasil kaji-selidik dan pengalaman-pengalaman yang di lalui oleh para ahli-ahli yang aktif mencari segala rahsia-rahsia yang tersembunyi di dalamnya...

Maka dengan itu, adalah tidak menjadi suatu perkara yang mustahil atau menghairankan bahawa sesuatu perubahan harus di lakukan dari bentuk atau cara lama kepada sesuatu cara yang baharu demi memperbaiki ilmu pengetahuan yang di miliki...dan ilmu pengetahuan tersebut tidak akan datang bergolek begitu sahaja tanpa melalui daya usaha pihak-pihak yang terlibat dengan izin ALLAH SWT...

Di sini tidak timbul sesuatu jenis KONFLIK di antara apa Teknik-Teknik Cabut-Buang-Sembuh yang pernah di tuntut dari guru-guru dengan apa yang di kemukakan oleh Professor BSS, kerana sesuatu jenis ilmu pengetahuan itu hanya dapat di timba melalui sesuatu daya usaha dari berlainan pihak...

Yang perlu di lakukan oleh para ahli-ahli RBSS ialah menentukan sendiri segala apa yang baharu di terima dengan apa yang telah di gunakan sekian lamanya itu secara rasional, dan berfikir secara mendalam mengenai apa yang di katakan sesuatu yang baharu itu tanpa menanamkan rasa dengki hati atau pun khianat...

Dalam banyak post telah di perkatakan bahawa KeIlmuan Rahsia Budi Suci Sejati ini AMAT LUAS dan BANYAK, oleh yang demikian... tidak ada sebab yang di katakan sesuatu yang baharu di ketahui itu tidak boleh di gunakan langsung, yang menentukan ialah diri anda sendiri!!!....

Ini memberikan maksud bahawa kemampuan diri kita terhadap keupayaan untuk mengadaptasi dan mengaplikasi Teknik-Teknik yang baharu itu sebenarnya yang tersangat penting....seperti contoh, jika sekian lama kita hanya memandu kereta kancil, tiba-tiba kita harus memandu kereta BMW 5 Series!...apa yang akan berlaku???..........

Ya....kejutan budaya memandu!.....kerana terdapat perbezaan yang sangat besar dan sangat ketara di antara dua jenis kereta tersebut...jadi keupayaan diri adalah menjadi TUNJANG samaada kita YAKIN untuk memandu sesuatu yang tidak pernah di pandu sebelum ini....

Ini yang saya maksudkan dengan KONSEP di dalam TEKNIK CABUT-BUANG-SEMBUH, jika cara-cara lama lebih cenderung dengan TEKNIK DEMO ALA-BOMOH, maka dengan cara-cara yang di ketengahkan, kita telah melangkah lebih jauh dari tamadun ala-bomoh tersebut!....

Begitu juga dengan penggunaan TEKNIK GABUNGAN ILMU kepada TEKNIK 100% RBSS, juga memperlihatkan kemajuan ilmu pengetahuan di dalam melaksanakan RBSS!, di zaman dahulu mereka menggabungkan Ilmu kerana kemahiran dan pengetahuan mereka di dalam RBSS itu kurang, maka Gabungan Ilmu itu sangat perlu...tetapi kita kini telah di hidangkan dengan segala maklumat menganai keberkesanan Teknik-Teknik 100% RBSS, jadi kenapa kita harus menolak kemajuan tersebut???....

Merubah pengetahuan diri terhadap maklumat ilmu yang terkini, BUKAN BERMAKNA kita melawan atau membelakangkan guru-guru!!!...guru-guru tetap guru, mereka akan mengajar apa yang harus mereka ajarkan, tetapi sebagai seorang murid, seorang pelajar, seorang penuntut kelimuan yang Agung ini...kita adalah PENCIPTA kepada segala PEMBAHARUAN yang tidak dapat di cipta oleh guru-guru kerana kita adalah bebas dari etika dan ijab kabul keguruan (pernah saya sebut di post yang lalu) dan lebih bebas untuk meraih pelbagai pengalaman dan pengetahuan yang baharu berbanding dengan guru-guru.

Yang sangat di perlukan ialah SEMANGAT UNTUK MAJU demi mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran diri sendiri.....

Berbalik kepada soal TEKNIK CABUT-BUANG-SEMBUH ini, sebagai seorang yang menggunakan 100% RBSS, ketokohan kita di dalam bidang ini adalah dalam bentuk yang penuh kesederhanaan (low profile) tetapi berkaliber tinggi di dalam melaksanakan tindakkan!..tidak perlu rupa bagai Bomoh Siam untuk orang percaya kemampuan kita untuk merawat pesakit, memadai dengan keperibadian anda yang telus dan ikhlas!....itu yang sangat penting....

Pengalaman saya sewaktu mengatasi soalan-soalan dari pesakit dan keluarga mereka mudah sahaja....berikan mereka soalan!, "manakah yang lebih penting sekarang, untuk sembuh atau untuk tahu siap yang punya angkara???, jika untuk sembuh saya akan cuba tetapi jika untuk tahu siapa, anda terpaksa merujuk kepada bomoh-bomoh kerana kami bukan golongan bomoh!"...(lebih kurang begitulah!...tapi gunakan bahasa yang lebih elok dan berbudi bahasa)

Jadi, kebijaksanaan untuk menghadapi persoalan dari umum juga amat penting di pelajari juga bagi mengelakkan rasa tidak puas hati terhadap apa yang kita lakukan.....harus ingat, kebanyakan orang-orang kita lebih cenderung untuk bertanya perkara-perkara sebegitu, jadi hati-hati apabila memberikan jawapan!

Wassallam!

Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)

Monday April 7, 2008 - 03:34am (PDT


No comments: