Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #132

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #132

THE TECHNOLOGY #24 - GERAK

Tajuk pada kali ini adalah kesinambungan dari Post #4 (Amalan Gerak) tetapi akan di perkatakan beberapa perkara lain yang berkenaan dengannya atas pertanyaan beberapa ahli yang ingin penjelasan yang lebih lanjut mengenai ILMU GERAK ini...dan pada kali ini, saya akan menjurus kepada penggunaannya sahaja kerana sejarah kewujudannya telah di perkatakan melalaui post yang lalu...

Seperti yang di jelaskan dahulu, Amalan Gerak ini ada pelbagai kegunaannya seperti Gerak Radar (mencari arah), Gerak Scanning (mengetahui sesuatu), Gerak Suara (memainkan sesuatu suara percakapan), Gerak Tiru (memainkan pergerakan orang/mahluk lain), Gerak Silat (memainkan seni silat), Gerak Marah (bertempur dengan musuh)....

**Sebelum saya melanjutkan perihal Amalan Gerak ini, saya ulangi sekali lagi bahawa Amalan Gerak adalah BUKAN DARI INTIPATI AJARAN RBSS, setakat Amalan Tambahan kepada diri seseorang ahli RBSS sahaja...

Tetapi pada kali ini saya akan memokuskan kepada penggunaan Gerak oleh ahli-ahli yang menggunakannya kerana BELUM MEMPEROLEHI kePanca-Inderaannya yang sendiri, lalu terpaksa bergantung kepada Ilmu Gerak...

Selalunya, di dalam kes-kes merawat pesakit, seseorang ahli itu harus mencari segala punca penyakit dan sumber-sumber pembawanya dan kerana itu Gerak di gunakan untuk mencari jawapan-jawapannya, dan dalam hal ini Gerak Scanning dan Gerak Radar amat berguna kepada diri mereka...

Apa yang perlu di lakukan oleh seseorang ahli itu ialah, mencari apakah punca penyakit, di mana kawasan yang sakit, apa jenis mahluk yang terlibat dan di mana mahluk itu duduk di dalam tubuh pesakit...

Melalui Gerak Scanning dan Gerak Radar, mereka mula membuat pertanyaan demi pertanyaan yang di buat sendiri dan di cari jawapan-jawapanya melalui Gerak Scanning dan Radar tersebut, sebenarnya proses pertanyaan ini di TUJUKAN kepada ALLAH SWT dan BUKAN KEPADA APA-APA MAHLUK YANG LAIN...ianya boleh di lakukan dengan menggunakan tangan sebagai alat pengesan atau petunjuk yang di gerakkan oleh Gerak keatas tubuh pesakit...

Umpamanya, jika kita ingin mengesan di manakah kawasan yang sakit pada tubuh pesakit, dengan Ilmu Gerak tersebut ia akan menggerakkan tangan kita tadi ke kawasan tersebut, dan Gerak itu akan berhenti di tempat-tempat yang kita ingin cari, berdasarkan pada soalan-soalan yang kita cipta ataupun tanyakan...jika tidak ada yang bertepatan dengan soalan yang kita cipta, maka tangan yang di Gerakkan itu tidak akan berhenti di mana-mana kawasan...ini bermakna, apa yang kita soal itu tidak berada di tubuh pesakit!...jadi kita harus mengubah kepada soalan yang lain pula...

Untuk Gerak Scanning pula, yang menjurus kepada perkara-perkara yang ghaib atau yang tidak wujud di tubuh pesakit, seperti tarikh/bila terkena, kawasan atau tempat terkena, apa yang meresap atau yang merasuk dan yang perkara-perkara bersangkutan, ianya maseh juga menggunakan samada tangan sebagai petunjuk Gerak atau pun jari sahaja atau menggunakan kepala...

Cara yang selalu ahli-ahli gerak gunakan ialah seperti (gunakan tangan misalnya) ingin tahu bila tarikh pesakit terkena penyakit, mereka meminta agar tangan mereka menuliskan tarikhnya atau nama tempatnya dengan tulisan yang mereka fahami, dan setiap jawapan yang di terima itu selalunya di ulang sebanyak tiga (3) kali bagi kepastian...

Tetapi ada juga kes yang berlaku, di dalam tiga (3) kali jawapan melalui Gerak Scanning tersebut, mereka mendapat tiga (3) jenis jawapan yang berlainan!...kenapa?, jawapannya ialah kerana kualiti Ilmu Gerak mereka telah tercemar dengan unsur-unsur pembohongan yang di lakukan oleh ahli gerak itu sendiri di dalam kehidupan sehariannya...maksudnya, kalau banyak berbohong pada orang lain maka hasil dari Gerak juga akan jadi tidak betul!....Ini membawa maksud bahawa ILMU GERAK ini TIDAK 100% BOLEH JADI TEPAT!...

Begitu juga dengan Gerak Tempur atau Gerak Marah atau Gerak Silat, kebersihan hati juga memainkan peranan penting bagi mewujudkan PERGERAKAN SEBENAR, melalui pengalaman dan pemerhatian saya terhadap ahli-ahli yang bermain Gerak seumpama ini, mereka kebanyakannya hanya diantara 50% - 70% memainkan Gerak dengan BETUL, selebihnya di pengaruhi oleh KEPANDAIAN mereka sendiri...lebih-lebih lagi persembahan dari ahli Gerak yang professional!...mereka lebih banyak menipu!....kita tembak lain, mereka jadi lain....atau kita masukkan lain, mereka mainkan lain bendanya....(dulu-dulu lah...sekarang dah lain agak nya)

Jika kita melakukan latihan sparring bermain Gerak Tempur dengan rakan, kedua-duanya harus ada Gerak Marah, jika rakan kita tidak menimbulkan "rasa marah atau hot" maka kita seorang sahaja yang menjadi sasaran tembakkannya nanti...kita boleh ketahui samaada rakan kita itu benar-benar "hot" atau pun tidak...dengan melepaskan tembakkan, jika ada "effectnya" maka benarlah ia ada "hot" tersebut, jika di tembak tidak ada "effectnya", itu sah ia tidak "hot" langsung....

Sebenarnya, jika dalam ber-sparring Gerak Tempur menggunakan Gerak Marah (hot), tidak sampai beberapa saat kedua-duanya akan melambung ke arah yang bertentangan secara otomatik (tidak sempat lepaskan tembakkan), kerana penCahayaan Cahaya Budi itu aktif pada diri masing-masing...itu menandakan bahawa Cahaya Budi itu telah bertindak!...tetapi jika sampai 2 - 3 minit maseh bersilat berbunga-bunga di antara satu dengan lain, maka Gerak Marah itu belum berlaku lagi (tengah cari stim hot lah agaknya)

Begitu juga halnya dengan penjiwaan 100% bermain Gerak, jika benar mereka dalam keadaan 100%, jangan kata mereka sedang berdiri kita boleh menggunakan tindakkan, sewaktu mereka jatuh terbaring atau dalam keadaan fizikal yang tidak berdaya pun, kita maseh boleh menggerakkan tubuh mereka ke mana arah yang kita mahukan!, atau kita boleh mengangkat tubuh mereka dari dalam keadaan terbaring dan membuatkan tubuh itu mereka terapung....(ini bukan magik ya), inilah yang di katakan 100% Gerak...

Akan tetapi...dalam memainkan Gerak Suara, kita jangan mudah terpengaruh atau mempercayai apa yang di ucapkan oleh ahli yang memainkan Gerak Suara tersebut, kerana segala "ucapan" yang di ungkapkan iitu merupakan "interpretasi" dari apa yang mereka "rasakan atau dengar" di dalam fikiran mereka sendiri, dan "ucapan" yang keluar dari mulut mereka itu merupakan "kata-kata" yang telah "di terjemahkan oleh otak" mereka....jadi ianya bukan 100% tepat atau sahih!....Berbeza dengan ucapan yang di ucapkan dalam keadaan "menurun" di mana tubuh badan mereka di kuasai 100% oleh mahluk-mahluk yang datang!....(tidak mengira apa jenis mahluk)

KESIMPULAN

Kesimpulannya di sini...JANGAN MUDAH MEMPERCAYAI APA YANG DI TUNJUKKAN OLEH GERAK...kita harus meneliti, mengkaji dan mempastikan terlebih dahulu KESAHIHANnya sebelum membuat keputusan untuk mempercayai sesuatu fakta yang di tunjukkan...jika tidak, kita akan terpedaya dan di perdayakan oleh Iblis/Jin/Syaitan yang sentiasa mencari ruang kesilapan yang kita lakukan...

Sebai-baiknya...kita berusahalah untuk mencapai atau memiliki sendiri KePanca-Inderaan yang boleh di terbitkan melalui ketekunan mengamalkan KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati, hanya dengan KEISTIMEWAAN tersebut sahaja, kita sukar untuk di perdayakan oleh Iblis/Jin/Syaitan......

Wassallam!

Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)

JANGAN LUPA MENGUNDI DI POST #114.....

Kepada nickname "malaikat maut" - di harap dapat menghubungi saya melalui email yang tertera, kerana saya tidak dapat menjawap soalan anda itu sebelum anda menerima "invitation" Yahoo 360 Friends dari Blog saya...

Friday April 4, 2008 - 12:42pm (PDT)

No comments: