Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #128

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #128

THE TECHNOLOGY - LEMBAGA

Persoalan ini di kemukakan oleh seorang yang bernama Saudara IbrahimOthman yang memberikan soalan yang berikut:-

Assalamualaikum prof,

Baru2 ni seorang rakan saya sedang berjurus selepas menunaikan solat maghrib..semasa beliau sedang berjurus tiba2 datang satu lembaga berjubah dan berserban..lembaga tersebut berjubah putih dan berjanggut..

Setelah kehadiran lembaga tersebut, rakan saya tidak mempedulikannya dan terus berjurus seperti biasa...Masalahnya adaalah lembaga tersebut tidak menghilangkan diri walaupun telah dijurus....Sebaliknya lembaga itu membisikkan sesuatu kepada rakan saya tadi...bunyinya begini " apabila kamu berjurus, bayangkan cahaya yang keluar mengenai sasaran, bukannya tangan kamu"....tetapi rakan saya terus tidak mempedulikannya dan berjurus seperti biasa...

Yang peliknya lembaga tersebut tetap tidak menghilangkan diri sehingga la rakan saya selesai berjurus. Lembaga itu juga memperkenalkan diri nya dan namanya adalah 'sheikh jamaluddin"....

Soalan saya, siapakah lembaga tersebut? Patutkah beliau mengabaikan kehadiran lembaga tersebut? Mengapakah lembaga tersebut mampu menahan cahaya budi?

Sekian, wassalam.....

Begitulah bentuk soalan yang di kemukakan oleh beliau.....Sebenarnya, soalan tersebut adalah berbentuk peribadi tetapi saya memberitahu beliau bahawa saya akan menjawapnya melalui Jawapan Post, supaya persoalan tersebut dapat di pelajari oleh umum sebagai panduan dan memperoleh sesuatu pelajaran daripadanya...Terima kaseh kerana bertanya....


Dari soalan yang di kemukakan, ada tiga (3) perkara yang harus saya rungkai:-

1. Siapakah Lembaga tersebut?

2. Patutkah beliau mengabaikan kehadiran lembaga tersebut?

3. Mengapakah lembaga tersebut mampu menahan cahaya budi?

Baik, seperti yang pernah saya huraikan melalui beberapa posts yang melibatkan mahluk-mahluk halus (Posts #15 - 18), pertama sekali kita harus memerhatikan beberapa perkara ketika sesuatu LEMBAGA itu menjelma di hadapan kita seperti:-

· Bilakah waktunya

· Apakah penampilannya

· Bagaimanakah cahayanya (aura)

· Apa yang di perkatakannya

· Apa yang di kehendakinya....

Tetapi, menurut maklumat yang di sampaikan, ianya berlaku pada waktu Maghrib dan ketika melakukan proses berjurus, dan Lembaga tersebut berjubah putih, berserban dan berjanggut serta membisikan kata-kata yang berbentuk "pengajaran"...dan tidak terjejas dengan proses pembinaan Cahaya Budi di dalam latihan berjurus...

Apa yang ingin saya jelaskan di sini ialah....ada tiga (3) kemungkinan berlaku di situ......

Pertama:- Lembaga itu mungkin dari golongan Waliullah yang sentiasa membimbing serta bekerja membisikkan kata-kata nasehat kepada seseorang manusia.....atau

Kedua:- Lembaga itu juga mungkin dari golongan Malaikat yang di perintahkan oleh ALLAH SWT untuk memberikan pertunjuk kepada ahli tersebut....atau

Ketiga:- Lembaga tersebut adalah Iblis yang menyerupai seorang para Wali-Wali atau orang-orang yang tertentu.....

Dan untuk pengetahuan umum, ketiga-tiga jenis mahluk ini (wali-wali, malaikat dan iblis) adalah mampu untuk menahan Cahaya Budi kecuali mahluk jin/syaitan!....yang di katakan iblis juga mampu untuk mendekati diri kita yang sedang menjalankan proses berjurus adalah dari fakta berikut:-

Iblis memiliki suatu Technology untuk "menjelmakan dan menghantar sesuatu image" seperti yang di kehendakinya kepada manusia yang berCahaya Budi tanpa perlu mendekati diri kita dengan menggunakan dirinya sendiri...di mana technology tersebut bersamaan dengan yang di gunakan di dalam industri filem sekarang yang menggunakan technique CGI (computerise graphic image) bagi memuatkan scene yang tidak nyata (tidak di lakukan pada waktu itu) menjadi sesuatu yang nyata...dan oleh kerana technique tersebut, iblis mampu mengelak dari terkena Cahaya Budi tersebut!...


AKAN TETAPI, berdasarkan cerita yang di sampaikan itu (dari sudut ceritanya), berkemungkinan besar lembaga itu adalah dari golongan para Waliullah atau malaikat, KERANA apa yang cuba di sampaikannya merupakan "Pembetulan kepada kesilapan yang sedang di lakukan ketika berjurus!".....DAN apa yang di sampaikan itu juga merupakan sesuatu yang BENAR dari HAKIKAT MELAKUKAN JURUSAN!....

Mengenai persoalan samaada ahli tersebut harus mengabaikan kehadiran Lembaga tersebut, jawapannya adalah YA dan HARUS, kerana beliau maseh di dalam melakukan latihan berjurus, dan beliau juga tidak perlu pelik atau hairan dengan kehadiran lembaga yang sebegitu kerana ianya adalah sesuatu yang lumrah dan sering berlaku terhadap para manusia biasa dan yang berRBSS...

Apa yang perlu di ambil perhatian serius ialah, apa yang di katakannya iaitu adalah benar dan tepat...saya dapat rasakan bahawa ahli tersebut tidak melakukan Jurusannya dengan tepat atau betul pada ketika itu dan sering mengulangi kesilapan yang sama ketika berjurus!...kerana itulah lembaga itu wujud bagi memberikan "panduan dan nasehat"....KERANA iblis tidak akan bekerja untuk membetulkan kesilapan ketika berjurus!, dan lebih suka kita melakukan banyak kesilapan ketika melakukannya dengan harapan PenCahayaan Budi itu tidak akan terhasil dengan baik, jika itu berlaku maka akan mempermudahkan segala kerja-kerja kaumnya kelak.....

Mengenai siapakah Lembaga tersebut secara tepat, tidak dapat saya rungkaikan kerana saya tidak melihatnya sendiri pada waktu tersebut bagi mengenal-pasti mahluk yang sebenar...jadi apa yang di huraikan ini hanya menjurus kepada dua jenis mahluk sahaja yang berkebolehan untuk "menjelma" pada ketika itu dengan alasan yang di berikan oleh mereka!...

Sebenarnya, perkara-perkara seperti di datangi oleh sesuatu lembaga ketika berjurus atau di dalam keadaan yang lain, adalah suatu perkara yang sering berlaku dan terpulang kepada ilmu pengetahuan kita sendiri untuk mengenal-pasti siapakah yang menjelma itu, dan bagaimana untuk mengambil sebarang iktibar atau pengajaran dari sesuatu pertemuan dengan mahluk-mahluk tersebut....jika kita tersilap membuat penilaian maka kita akan terjerumus ke dalam perangkap iblis...

Wassallam!

Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)

Sunday March 30, 2008 - 06:48am (PDT)

No comments: