Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #124

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #124

THE ART OF...Perubatan #1 - JENIS-JENIS PENYAKIT

Setiap manusia pada bila-bila masa sahaja boleh di hinggapi penyakit, tidak kira semaseh dalam keadaan bayi lagi sehinggalak kepada orang-orang tua sekali pun...kerana manusia sememangnya amat mudah di hinggapi penyakit di sebabkan penciptaan JASMANIAHnya yang berbentuk lembut, juga kerana di saluti oleh 75% jenis cecair....

Apabila di sebut sahaja PENYAKIT, maka di dalam fikiran kita akan terbayang bahawa diri seseorang itu sedang mengalami penyakit yang mengganggu kesihatan JASMANIAH seperti sakit perut, sakit kepala, sakit gigi, sakit dada, sakit semput, sakit buah pinggang, sakit kulit, sakit tangan/kaki, sakit mata/telinga/mulut, sakit demam, sakit kerana kemalangan, sakit kerana melahirkan anak, sakit kerana perbuatan zalim dan khianat, sakit di rasuk jin/syaitan dan macam-macam lagi penyakit yang boleh kita dengar pada zaman ini..

Tetapi, yang kurang kita amati ialah sesuatu penyakit itu sebenarnya hanya melanda kepada dua (2) bahagian diri manusia sahaja, yang pertama yang melanda JASMANI dan yang kedua melanda ROHANI...

YANG MELANDA JASMANI

Penyakit yang melanda JASMANI adalah yang seperti di sebutkan di atas, dan kelazimannya penyakit-penyakit seperti ini di rujukkan kepada Doktor-Doktor perubatan moden seperti di Klinik-Klinik Kerajaan/Swasta.

Sebabnya, Keilmuan Doktor-Doktor Moden ini lebih menjurus kepada PEMBAIKAN dan PENYEMBUHAN PENYAKIT secara LAHIRIAH yang menggunakan UBAT-UBATAN yang di cipta khusus bagi merawat penyakit-penyakit yang sering melanda diri manusia, di mana Technology Perubatan yang di gelar sebagai Medical Science ini menggunakan bahan-bahan dari segala jenis Tumbuh-Tumbuhan, Haiwan/Binatang dan bahan-bahan kimia yang di benarkan untuk di gunakan...tujuannya hanya satu iaitu untuk di sesuaikan melawan dan menyembuhkan sesuatu jenis penyakit...

YANG MELANDA ROHANI

Selalunya, penyakit-penyakit yang melanda ROHANI manusia itu juga ada pelbagai seperti gangguan fikiran (mental disturbance), tekanan perasaan (mental stress), gila/hilang akal, rasukan syaitan, dan pelbagai lagi istilah penyakit kerohanian...

Semuanya ini jika terjadi maka setiap diri yang di landa penyakit itu, tidak dapat mengawal diri mereka sendiri secara waras dan memerlukan bantuan dari pakar-pakar yang mahir di dalam penyakit-penyakit tersebut seperti Doktor, Ahli Psikologi, Bomoh/Dukun/Pawang atau Super-Natural Healer dari pelbagai keilmuan yang ada...semua mereka-mereka ini bekerja untuk merawat dan memulihkan penyakit yang melanda Rohani...

Jadi yang menjadi perkara yang pokok di sini ialah, setiap manusia itu hanya di dua (2) bahagian ini sahaja yang boleh di landa oleh pelbagai penyakit...dan adalah menjadi tugas bagi orang-orang yang terlibat di dalam apa juga bidang perubatan, untuk memastikan pada bahagian manakah yang sedang di landa oleh penyakit...

Kerana, jika yang merawatnya dari yang bukan dalam kategori pakar sesuatu penyakit, maka mereka tidak akan dapat atau berupaya untuk menyembuhkannya....walaupun orang-orang tersebut telah bergelar Doktor!...

Perkara JENIS-JENIS PENYAKIT ini di bangkitkan untuk memberikan penerangan kepada setiap ahli-ahli RBSS yang ingin berkecimpung di dalam bidang PERUBATAN agar dapat mempelajari dan mengenali sesuatu jenis penyakit terlebih dahulu sebelum menceburkan diri dalam bidang ini atau untuk melakukan sesuatu jenis perubatan terhadap pesakit....

Perkara ini (mengenali jenis-jenis penyakit) bukan setakat harus di pelajari oleh para pelajar-pelajar bidang perubatan sains moden sahaja, tetapi oleh semua orang-orang yang berminat untuk menceburi bidang perubatan menurut keilmuan yang mereka pelajari...tidak kira dari bdiang apa seperti urut-mengurut, refleksologi, accuupresure, accupunture, reiki, auratheraphy dan yang lain-lain lagi...

Ini adalah kerana, dengan mengetahui secara jelas unsur-unsur penyakit yang samaada melanda jasmani dan Rohani, maka segala urusan perubatan merawat penyakit akan dapat di lakukan dengan tepat dan bersesuaian dengan sesuatu jenis penyakit...dan sekiranya sesuatu jenis penyakit itu di luar kemampuan dan pengetahuan diri kita untuk merawatnya, maka kita jangan jadi hiprokrit...sebaik-baiknya di rujukkan kepada yang lebih ahli atau pakar mengenainya, jika tidak...penyakit itu tidak akan dapat di rawat oleh kita sendiri...

Perkara seperti ini banyak berlaku di dalam kalangan ahli-ahli RBSS yang "terlalu ghairah" untuk menangani "orang sakit" tanpa menyelidiki "apakah jenis penyakit" yang melanda diri si-pesakit itu terlebih dahulu dan "tidak berlaku jujur terhadap kemampuan diri sendiri"...akhirnya pesakit yang di rawat itu tidak sembuh-sembuh dari penyakitnya...

Yang saya perkatakan sekarang ini adalah "kebolehan dan pengetahuan" seseorang atau individu RBSS untuk merawat penyakit BUKAN KEMAMPUAN RBSS untuk merawat penyakit...kerana di dalam KeRahsiaan RBSS, semua jenis penyakit boleh di ubati...kecuali penyakit MATI...atau AJAL/MAUT....jadi di situ ada perbezaannya!....

Sebagai permulaan dari segmen THE ART OF...PERUBATAN #1 ini, saya kemukakan perkara-perkara dari mengenali JENIS-JENIS PENYAKIT terlebih dahulu, dan di dalam bahagian PERUBATAN seterusnya akan di rungkai banyak perkara lagi mengenai PENYAKIT dan RAWATAN yang boleh kita lakukan sebagai seorang yang memiliki RBSS...

Wassallam!
Professor BSS (
professor_bss@yahoo.com)
Thursday March 27, 2008 - 04:42pm (PDT)

No comments: