Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #123

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #123

THE TECHNOLOGY -NUR MUHAMMAD NUR BUDI

Sepatutnya selepas post #121 saya telah beraleh kepada segment THE ART OF...,memandangkan ada permintaan agar di kupas mengenai perkara yang melibatkan Pengisian Istimewa, maka The Technology di sambung...dan seperti yang telah saya terangkang di KOMENTAR PROFESSOR #5, Segmen The Technology akan di selang-selikan dengan Segmen The Art Of...

Berbalik kepada Tajuk di atas iaitu NUR MUHAMMAD NUR BUDI, yang "di isi" sewaktu pengisian Istimewa di bahagian hadapan itu adalah bersumberkan kepada ASAL-USUL kejadian dan PENCIPTAAN yang di lakukan oleh ALLAH SWT terhadap segala yang di ciptakanNya termasuklah penciptaan Mahluk Manusia.

Jika di singkap NUR MUHAMMAD itu, ia merupakan ASAS kepada segala penciptaan ALLAH SWT terhadap sekelian mahluk selepas KEJADIANNYA YANG TERSENDIRI, di mana selepas kejadian diriNya sendiri, ALLAH SWT menciptakan NUR MUHAMMAD sebagai ciptaan pertamaNya...

Dari NUR MUHAMMAD ini pula, di ciptakan mahluk-mahluk yang lainnya seperti Malaikat yang berbilang, Manusia yang berbilang, Iblis/Jin yang berbilang, Binatang/Haiwan yang berbilang, Tumbuh-tumbuhan yang berbilang, Alam-Alam yang berbilang dan apa juga yang terdapat di dalam senarai penciptaanNya itu...

Maksud yang berbilang itu ialah penciptaan satu-satu mahluk yang mempunyai tingkatan martabat yang berlainan dari yang terburuk sehingga yang terbaik, seperti contohnya ialah mahluk manusia, dari martabat Nabi-Nabi/Rasul, Wali-Wali ALLAH, Ulama-Ulama, Solehin-Soleha sehinggalah kepada martabat yang terendah iaitu manusia yang tidak berakal!...

Huraian PENUH mengenai NUR MUHAMMAD ini terdapat di dalam ILMU TAUHID/USULUDDIN yang memperkatakan keilmuan asal-usul penciptaan-penciptaan ALLAH SWT yang di terjemahkan dari AL-QURAN dan HADITH...

Manakala NUR BUDI atau CAHAYA BUDI itu pula adalah SEBAHAGIAN DARI RAHSIA DIRI ALLAH SWT yang di jadikan sebahagian dari UNSUR-UNSUR PENCIPTAAN ROH MANUSIA yang terdapat di dalam ROH yang di kenali sebagai CAHAYA YANG MELIPUTI ROH MANUSIA....

NUR BUDI ini telah di OLAH oleh ALLAH SWT dari SEBAHAGIAN RAHSIA DIRINYA SENDIRI dan kemudian di jadikan taraf MAHLUK YANG MEMPERHAMBAKAN DIRI KEPADA PENCIPTANYA iaitu ALLAH SWT sendiri (dari perkataan UBUDIYATI)

Kedua-dua NUR MUHAMMAD dan NUR BUDI ini memiliki PERBENDAHARAAN YANG BERBEZA dan PEKERJAAN YANG BERBEZA di dalam DIRI MANUSIA...

Jika NUR MUHAMMAD itu adalah di dalam URUSAN KEJASMANIAN MANUSIA atau dengan maksud lainnya ialah YANG MENGATUR SEGALA URUSAN DAN KEJADIAN JASAD MANUSIA, dan NUR BUDI itu pula YANG MENGATUR SEGALA URUSAN DAN KEJADIAN ROH MANUSIA...

KERANA SEBAB-SEBAB ITULAH, di dalam PERINGKAT ISTIMEWA setiap manusia yang telah memiliki KeRahsiaan RBSS ini menggunakan NUR MUHAMMAD dan NUR BUDI, di mana melalui PERINGKAT ISTIMEWA ini seseorang itu MAMPU MELAKUKAN APA SAHAJA TANPA BATASAN di sebabkan oleh KEJADIAN dan ASAL-USUL NUR MUHAMMAD dan NUR BUDI itu sendiri...

Dan kerana sebab-sebab itu jugalah, di dalam Pengambilan Peringkat ISTIMEWA ini TIDAK ADA NILAI HADIAH kerana KEKUASAAN dan KEISTIMEWAN yang terdapat di dalamnya itu ADALAH MILIK MUTLAK ALLAH SWT....MELALUI KEJADIAN DIRI ALLAH SWT ITU SENDIRI.......

Kerana itu jugalah, melalui Peringkat ISTIMEWA ini seseorang itu BOLEH MELAKUKAN SESUATU yang luarbiasa tanpa tertakluk kepada batasan-batasan undang-undang dan hukum-hukum samaada dari Hukum KeTuhanan ataupun dalam Hukum Syarak dalam ISLAM!...

Kerana itu jugalah, melalui Peringkat ISTIMEWA ini setiap apa juga ILMU yang WUJUD di dalam dunia ini ADA DI DALAM PERINGKAT ISTIMEWA seperti yang telah di huraikan melalui post-post yang lalu (rujuk post-post #5 - #13)

Kerana sebab-sebab itu jugalah, DI POST-POST yang lalu saya terangkan bahawa segala kekuatan keilmuan seperti Lam Jalala, Atom, Permohonan dan lain-lain itu sememangnya telah WUJUD DENGAN SENDIRINYA di dalam ISTIMEWA...

Dan kerana sebab-sebab itu jugalah, di nasehatkan setiap manusia yang berRBSS agar menganuti Agama ISLAM agar segala Hukum-Hakam di dalam ISLAM dapat DI IKUTI sebagai PEMBATAS kepada PERBUATAN-PERBUATAN YANG TIDAK ADA BATASANNYA....

Juga kerana sebab-sebab itu jugalah orang-orang yang BUKAN ISLAM tidak di galakkan untuk mempelajari keilmuan keRBSSan ini agar perkara-perkara yang tidak di ingini dari berlaku, di sebabkan mereka tidak akan mengikuti segala Hukum-Hakam di dalam ISLAM itu sendiri...

Jika kita meneliti segala maklumat dan fakta yang menjurus kepada NUR MUHAMMAD dan NUR BUDI ini, kita akan dapat memahami bahawa melalui Peringkat ISTIMEWA inilah seseorang ahli RBSS itu dapat menggunakannya secara efektif di dalam sesuatu TINDAKKAN, asalkan mereka itu tahu dan faham cara-cara menggunakannya menurut ketechnologian penciptaan NUR MUHAMMAD dan NUR BUDI ini...

Dan maksud kepada Pengisian ISTIMEWA di dalam proses ISI POKOK BADAN ini pula, memberikan pengertian bahawa melalui NUR MUHAMMAD, kita memohon/meminta kepada ALLAH SWT untuk mendatangkan segala KEBAIKAN terhadap diri kita, dan melalui NUR BUDI kita memohon/meminta untuk menjauhkan segala KEBURUKAN dari diri kita....

Di mana proses tersebut yang di katakan untuk MENGIMBANGI APA YANG TELAH TERTULIS DI DALAM QADA' dan QADAR seseorang manusia itu...ia samalah seperti proses memanjatkan DOA ke hadarat ALLAH SWT yang di lakukan di dalam SHOLAT dan selepas SHOLAT....

Dan ISTIMEWA ini juga adalah KESINAMBUNGAN dari apa yang di lakukan melalui proses BERJURUS MELALUI JURUSAN-JURUSAN YANG 50 TERSEBUT!........Kesemuanya menjurus kepada PEMBAIKAN AHLAK dan PEMULIHAN ROHANI dari sifat-sifat yang terkeji....

Itu sebab-sebabya, adalah malang nasib diri seseorang ahli RBSS itu yang tidak dapat MEMANFAATKAN segala KEBAIKAN-KEBAIKAN YANG WUJUD di dalam RBSS diri mereka JIKA mereka tidak memiliki atau memperolehi KPERIBADIAN dan KEAHLAKAN yang terdapat di dalam NUR MUHAMMAD dan NUR BUDI ini...walaupun setelah bertahun-tahun mengamalkan RBSS di dalam kehidupan mereka sendiri...jika itu berlaku, ia membawa maksud bahawa NAWAITU atau NIAT mereka adalah TIDAK IKHLAS bagi mempelajari KeRBSSan ini...hanya sekadar ingin memiliki KEKUATAN-KEKUATAN yang ada sahaja!....

Kerana itu jugalah, LANDASAN KeRBSSan ini HARUS DI PEGANG TEGUH oleh setiap ahli-ahli Kerahsiaan RAHSIA BUDI SUCI SEJATI dan di terbitkan melalui KEPERIBADIAN dan KEAHLAKAN diri bagi mencerminkan JENIS KEMANUSIAN APA yang kita ikuti ini....bukan melakukan keperibadian dan keahlakan yang bertentangan dengannya.

Begitulah Techology penciptaan NUR MUHAMMAD dan NUR BUDI....

Wassallam!

Professor BSS (professor_bss@ayahoo.com)

PERINGATAN

SUDAHKAH ANDA MEMBUAT UNDIAN MELALUI POST #114???...JIKA BELUM, SILA LAKUKAN SEKARANG....

Adalah sesuatu yang menghairankan, dalam sehari lebih dari 100-150 orang yang melayari Blog RBSS ini, tetapi yang mengundi baharu sekitar 13 Undian!...

Thursday March 27, 2008 - 03:16pm (PDT)


No comments: