Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #121

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #121

THE TECHNOLOGY - LANGIT BAPAKU BUMI IBUKU

Itu adalah beberapa phrasa yang di ungkap ketika ingin menutup latihan berjurus, dan ramai yang ingin penjelasan, apakah kesimbolikan dari phrasa tersebut dan apa yang tersembunyi di sebaliknya?

Melalui Intipati dan Intisari pelajaran RBSS ini, memang di terapkan nilai-nilai yang sangat murni kepada setiap diri seseorang pengamalnya agar sentiasa mengingati kedua ibubapa di dalam apa juga keadaan.

Ini adalah berdasarkan daripada pesanan Nabi Besar kita Muhammad saw yang mengingatkan setiap manusia itu menghormati kedua ibubapa dengan rasa penghormatan yang tertinggi, kerana jika tanpa mereka berdua, kita tidak boleh wujud dan lahir ke dalam dunia ini, dan tanpa mereka berdua, kita juga tidak dapat hidup membesar menjadi manusia yang dewasa dan menjadi siapa diri kita sekarang ini...

Nilai-nilai itulah yang di terapkan sewaktu proses menutup latihan, sebagai "hadiah" kita kepada kedua ibubapa yang telah bersusah-payah menjaga dan membesarkan kita semenjak dari keadaan bayi yang lemah lagi...

Itu satu...yang keduanya, berdasarkan tempat yang sedang kita berdiri ini juga adalah sang BUMI iaitu bahan yang menjadikan salah satu dari kejadian diri manusia itu sendiri dan LANGIT adalah punca segala sumber udara atau ANGIN, juga salah satu dari sumber kejadian manusia, dan di LANGIT juga akan memancarkan CAHAYA bagi menerangi kehidupan yang berada di muka Bumi ini...

Tanpa unsur-unsur dari empat (4) anasir yang menjadikan JASAD manusia itu, maka diri manusia itu tidak akan menjadi seperti apa yang kita miliki sekarang ini, jadi melalui proses BERJURUS itulah segala KEKUATAN yang di cernakan oleh keempat-empat unsur tersebut menjadi bahan-bahan yang membantu di dalam PEMBINAAN PENCAHAYAAN CAHAYA YANG MELIPUTI ROH kita ini.

KESIMPULANNYA

Sebagai seorang manusia, kita tidak boleh lari dari berhubung-kait dengan unsur-unsur Api, Air, Angin, Tanah, Ibu dan Bapa serta CAHAYA...

Kerana itu, melalui proses BERJURUS diri manusia itu akan kembali kepada ASASnya untuk mendapatkan apa yang di katakan PenCahayaan Cahaya Budi itu, dan kita tidak boleh bersifat ANGKUH terhadap semua unsur-unsur tersebut!.

Jadi, perbuatan untuk memakrifatkan kedua ibubapa sewaktu proses menutup latihan berjurus, tidak boleh di lihat sebagai suatu perbuatan yang tidak relevan terhadap amalan ini, kerana walaupun ia hanya merupakan suatu SIMBOLIK, tetapi sebenarnya ia menaman suatu sikap yang menghendaki kita untuk merasakan keasal-usulan diri kita agar tidak menjadi seseorang yang SOMBONG DIRI, ANGKUH DIRI, RIAK DIRI dan TAKBUR DIRI...itulah kehendak proses LANGIT BAPAKU DAN BUMI IBUKU itu...

Jika di lihat dari sudut yang lain, ALLAH SWT sebenarnya ingin memberitahu kepada kita (manusia) bahawa diri kita ini adalah suatu ciptaanNya yang menggabungkan beberapa unsur dan di jadikan dalam satu lalu di hidupkan...itu bermakna bahawa diri kita ini tidak akan berdaya-upaya, jika ALLAH SWT tidak memberikannya UPAYA tersebut.

Dan KeUPAYAan itu pulalah yang di dapati dari proses berjurus bagi pembinaan PenCahayaan Cahaya Budi yang harus di lakukan di atas permukaan BUMI dan berbumbungkan LANGIT...

Itu jugalah sebabnya, jika kita dapat melakukan proses berjurus di ATAS BUMI atau atas TANAH, Tenaga yang dapat di hasilkan daripada latihan berjurus itu akan berbeza dengan melakukannya di dalam rumah yang bertingkat atau yang tinggi dari tanah (maaf kepada ahli-ahli yang berjurus di dalam flat!...) itu bukan bermakna melakukan jurusan dari tempat yang tinggi dari tanah tidak di bolehkan...boleh!...tetapi keafdalannya berkurangan sedikit jika di lakukan di atas tanah!...kalau tidak percaya, lakukan dan rasakan perbezaannya!...

Sebabnya...kerana jika kita berdiri di atas Tanah/Bumi dan melakukan jurusan, maka dari segi Positive dan Negativenya adalah secara LIVE! (live connection) dan kita akan dapat mengaktifkan segala PenCahayaan yang ada tanpa perlu ada sesuatu yang menapisnya seperti lantai simen, papan lantai atau perkataan lainnya ialah konduktur (conductor)...

Oleh yang demikian, jika ingin mendapatkan sesuatu yang berlainan ketika proses berjurus maka hendaklah di lakukan di atas tanah!....

Kerana Technology penciptaannya adalah begitu!...

Wassallam!
Professor BSS (
professor_bss@yahoo.com)

PERINGATAN

Jangan lupa MENGUNDI MENYOKONG ATAU MEMBANTAH melalui Post #114 bagi Saranan penubuhan Persatuan Ahli-Ahli RBSS International...Di harap agar dapat memberikan kerjasama anda...

PENGUMUMAN KHAS KEPADA AHLI-AHLI SINGAPORE

Sila hubungi DRAGON BSS di email address dragon_bss@yahoo.com kerana pihak PBSSM JOHOR ingin mengatur perancangan untuk kegiatan-kegiatan ahli-ahli dari Singapore...sila beri kerjasama anda...Terima kaseh - Professor BSS

Wednesday March 26, 2008 - 04:00am (PDT)

No comments: