Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #115

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #115

THE TECHOLOGY - DI SEBALIK PERSATUAN AHLI-AHLI RBSS INTERNATIONAL

PERSOALAN TERKINI - MENGAPA IANYA DI SARAN UNTUK DI TUBUHKAN?

Ini adalah berdasarkan kepada perkembangan terkini yang menyaksikan ramai di kalangan ahli-ahli RBSS yang berada bebas di luar sebarang Persatuan-Persatuan RBSS yang sediaada yang memerlukan sokongan, bantuan dan sebuah Badan Khas yang khusus menangani Hal Ehwal mereka yang lebih FLEXIBLE dan EFECTIVE yang dapat di anggotai oleh seluruh masyarakat RBSS tidak kira dari mana mereka mendapatkan KeIlmuan RBSS tersebut dari seluruh pelusuk dunia.

Dari maklum balas yang di terima melalui Blog RBSS ini, di dapati ramai yang berada bebas dari sebarang keanggotaan mana-mana Persatuan RBSS maseh lagi AKTIF secara bersendirian atau berkumpulan yang mahukan sesuatu di lakukan untuk menangani Hal Ehwal kesinambungan pembelajaran KeIlmuan RBSS mereka secara terus menerus dengan kaedah yang lebih EFISYEN dan memenuhi kehendak meraka dengan menggunakan Technology masa kini.

Harapan mereka ialah agar dapat di lakukan sesuatu untuk mereka duduk di bawah satu naungan dan dapat terus menerus berinteraksi sesama ahli dari semua pelusuk dunia serta dapat bertukar pendapat dan fikiran secara berkesan di antara satu dengan yang lain.

Melalui harapan tersebut, maka saranan untuk menubuhkan PERSATUAN AHLI-AHLI RBSS INTERNATIONAL ini di kemukakan sebagai ALTERNATIVE OPTION bagi mereka untuk kembali bersatu di bawah satu naungan yang khusus menangani ahli-ahli RBSS sahaja, di mana KONSEP atau MATLAMAT penubuhan Persatuan Ahli-Ahli RBSS International ini adalah seperti berikut:-

PERTAMA

· Memainkan peranan sebagai sebuah Badan yang menjaga Hal Ehwal KeAhlian RBSS yang telah menamatkan pelajaran ASAS dari Persatuan-Persatuan kelolaan Guru-Guru yang sediaada.

· Di mana melalui Persatuan yang sediaada tidak memberikan mereka RUANG untuk bergerak bebas bersendirian kerana tertakluk kepada Syarat-Syarat dan Keanggotaan yang ketat dan jika tidak menepati kehendak yang di aturkan maka keahlian mereka di batalkan dari Persatuan yang sediaada.

· Walaupun di hati mereka amat berat untuk meninggalkan Persatuan yang ada tetapi kerana desakan hal-hal dan keperluan peribadi dan keluarga, mereka terpaksa pergi juga.

KEDUA

· Sebagai sebuah Badan yang bebas dan tidak berunsurkan sebarang keuntungan, Persatuan Ahli-Ahli RBSS International ini akan menggabungkan kesemua ahli-ahli yang telah tidak berada di dalam mana-mana Persatuan dari semua pelusuk dunia di bawah satu bumbung.

· Melalui Persatuan ini, mereka akan tetap bergerak bebas tetapi tetap menjadi Ahli Persatuan untuk Seumur Hidup tanpa sebarang sekatan, dan terbuka kepada semua ahli-ahli RBSS dari zaman dahulu hingga sekarang.

KETIGA

· Melalui Persatuan ini, setiap ahli-ahlinya akan dapat mengikuti apa juga perkembangan dan berita serta maklumat melalui Website Khas yang akan di bina sebagai tempat mereka merujuk serta untuk berinteraksi sesama ahli dan secara Online.

· Melalui Website Khas itu juga setiap ahli boleh mendaftar keahlian mereka secara Online tidak kira di mana mereka berada.

· Website Khas itu juga akan di muatkan dengan pelbagai Informasi Sejarah dan Perkembangan RBSS dari dahulu hingga sekarang termasuk Sejarah Guru-Guru dan Persatuan mereka yang sediaada.

· Website Khas itu akan juga di gunakan sebagai MEDIUM atau PERANTARA bagi ahli-ahli untuk merujukkan segala masaalah ADAPTASI dan APLIKASI RBSS yang mereka hadapi di dalam kehidupan seharian mereka secara Online..dimana akan di tempatkan Pakar-Pakar yang tertentu bagi menangani persoalan daripada mereka kelak.

· Selain daripada itu, Website Khas itu juga akan di muatkan dengan segmen FORUM di mana setiap ahli boleh mengambil bahagian bagi mengemukakan pendapat masing-masing dan di pantau oleh Moderator RBSS yang pakar dalam bidang-bidang yang di perkatakan.

KEKEMPAT

· Persatuan yang bakal di tubuhkan ini juga akan melakar AKTIVITI-AKTIVITI yang di fikirkan RELEVAN pada masa kini seperti mengadakan PERJUMPAAN TAHUNAN BAGI SESAMA AHLI UNTUK BERAMAH MESRA DAN MENGENALI DI ANTARA SATU SAMA LAIN SECARA BERSUA MUKA, kerana sebelumnya mereka hanya berinteraksi melalui Online sahaja atau Aktiviti-Aktiviti yang di sukai ramai untuk di anjurkan.

· Dan tidak akan ada unsur-unsur paksaan bagi ahli-ahli untuk mengikuti apa juga Aktiviti yang di anjurkan, di mana ianya berdasarkan atau berasaskan sikap SUKARELA.

KELIMA

· Penubuhan Persatuan Ahli-Ahli RBSS International ini kelak, akan dapat merealisasikan objektif bagi menggabungkan Jemaah Guru-Guru yang sediaada kerana kesemua anak-anak murid mereka itu akan berada di bawah satu naungan Persatuan.

· Dengan langkah itu juga, maka untuk merealisasikan KESERAGAMAN INTIPATI MATA PELAJARAN RBSS menjadi hanya SATU ALIRAN dapat di laksanakan melalui kewujudan Persatuan ini supaya TIDAK AKAN WUJUD LAGI SEBARANG PERBEZAAN KEFAHAMAN MENGENAI RBSS di sebabkan oleh perpecahan Jemaah guru dari Warisan Arwah Bapak Hj Hashim.

· Dan sebuah ENCYCLOPAEDIA RBSS yang lengkap dapat di wujudkan sebagai sebuah BUKU RUJUKAN UMUM terhadap KeIlmuan RBSS ini yang sejajar dengan Keseragaman Intipati Mata Pelajaran RBSS menjadi SATU ALIRAN.

· Dan melalui Persatuan ini kelak akan juga dapat di wujudkan sebuah AKADEMI khas untuk mengajar RBSS di masa-masa akan datang, di mana Persatuan ini akan memainkan peranan yang serius dan menjadi tunggak kepada penubuhan AKADEMI tersebut kerana ia mewakili kesemua ahli-ahli RBSS.

KEENAM

· Sebagai sebuah Badan yang khusus menjaga keahlian ahli-ahli RBSS dan bercorak Global, pihak Persatuan yang baharu ini tetap akan meletakkan Jemaah Guru-Guru yang sediaada sebagai MAJLIS JEMAAH GURU-GURU Persatuan ini.

· Ini adalah kerana Persatuan yang bakal di tubuhkan itu HANYA SEMATA-MATA UNTUK KEANGGOTAAN PARA AHLI RBSS SAHAJA dan TIDAK AKAN ADA PENURUNAN KEILMUAN RBSS DAN APA JUGA AMALAN TAMBAHAN kerana itu maseh di dalam TAKLUK dan TANGGUNGJAWAP GURU-GURU yang sediaada.

· Ini memberikan maksud bahawa setiap PERMOHONAN UNTUK MEMPELAJARI RBSS melalui Persatuan ini AKAN TETAP DI RUJUKKAN KEPADA GURU-GURU DAN PERSATUAN YANG DI KELOLAKAN OLEH PIHAK GURU-GURU.

· Dan ketika mereka maseh di dalam menjalani KURSUS, maka mereka akan tertakluk di dalam segala Syarat dan Peraturan yang wujud di Persatuan tersebut, dan apabila telah menamatkan kursus baharulah mereka-mereka ini di serapkan semula di bawah naungan Persatuan Ahli-Ahli RBSS dan kan menjadi ahli seumur hidup.

SERUAN

· Saya menyeru kepada pihak Jemaah Guru-Guru dan Persatuan yang di kelolakan oleh mereka, agar jangan panik atau tertekan dengan seruan untuk mewujudkan Persatuan Ahli-Ahli RBSS International ini, kerana apa yang di sarankan itu BUKAN UNTUK MENGUBURKAN Guru-Guru dan Persatuan mereka tetapi bertujuan MEMBANTU MENGEKALKAN SETIAP AHLI RBSS di bawah satu naungan khas selepas menamatkan pembelajaran asas mereka.

· Kerana pihak Persatuan Ahli-Ahli RBSS ini akan tetap menjalin HUBUNGAN YANG RAPAT DAN ERAT dengan setiap Jemaah Guru-Guru dan akan melakar suatu kerjasama dan persefahaman agar sesuatu aktiviti tidak bercanggah dengan peranan Persatuan masing-masing.

· Pihak Jemaah Guru-Guru juga boleh meraih manfaat dari kewujudan Persatuan yang baharu ini kerana setiap anak-anak murid mereka TIDAK AKAN TERBIAR LAGI dan akan mendapat bimbingan dan naungan sepanjang hayat, dan akan dapat mengurangkan nisbah atau peratusan ahli-ahli yang tidak dapat mengamalkannya lagi atas sebab-sebab tiada tempat untuk merujuk atau mendapat bimbingan kerana KONSEP penubuhan Persatuan ini adalah UNTUK MEMBANTU SESAMA AHLI RBSS menjalani kehidupan dengan terus menerus MENGADAPTASIKAN dan MENGAPLIKASIKAN RBSS dan boleh merujuk terus kepada pihak Persatuan secara Online sekiranya menemui sebarang masaalah.


KESIMPULAN

PERTAMA: Apa yang di sarankan ini, bersesuaian dengan kehendak dan masaalah yang melanda keahlian ahli-ahli RBSS di masa kini, dan dapat mengurangkan PEMBAZIRAN MODAL INSAN yang BerRBSS .

KEDUA: Dapat menggabungkan kesemua ahli-ahli RBSS di bawah satu Naungan Persatuan tanpa mengira daripada Jemaah Guru yang mana mereka mula belajar.

KETIGA: Dapat menggabungkan kesemua Jemaah Guru-Guru untuk kembali bersatu kerana kesemua anak-anak murid mereka akan berada di bawah satu Pentadbiran yang khusus.

KEEMPAT: Dengan mewujudkan Persatuan Ahli-Ahli RBSS International ini, maka akan dapat di realisasikan KESERAGAMAN INTIPATI MATA PELAJARAN RBSS menjadi SATU ALIRAN.

KELIMA: Dengan Persatuan ini juga akan dapat merealisasikan kewujudan satu AKADEMI RBSS yang bertaraf Dunia kerana Persatuan ini kelak akan di anggotai oleh seluruh ahli-ahli RBSS dari semua pelusuk dunia.

Secara dasarnya begitulah KONSEP SARANAN yang di kemukakan bagi penubuhan Persatuan Ahli-Ahli RBSS International ini, semoga semua pihak yang terlibat samaada ahli-ahli RBSS amnya dan Jemaah Guru-Guru khususnya akan dapat memberikan restu dan sokongan yang bersatu padu bagi kesejateraan perkembangan ILMU yang AGUNG ini iaitu KERAHSIAN RAHSIA BUDI SUCI SEJATI...

Bagi anda yang ingin memberikan UNDIAN samaada untuk MENYOKONG atau MEMBANTAH usaha ini, sila pergi ke POST #114 untuk memberikan UNDIAN anda...Dari keputusan UNDIAN tersebut AKAN MENENTUKAN samaada KONSEP SARANAN ini di terima ramai atau pun tidak.

Saranan ini adalah TECHNICALITY dari keseluruhan TECHNOLOGY RBSS yang ada!

Wassallam!

Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)rm

Wednesday March 19, 2008 - 05:30pm (PDT)


No comments: