Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #109

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #109

THE TECHNOLOGY #8 - MENGGUNAKAN ISTIMEWA

Soalan ini boleh di kategorikan sebagai soalan yang terbanyak di tanyakan oleh para pembaca samaada mereka tidak atau belum tahu teknik-teknik menggunakan, ataupun kurang pemahaman mengenainya.

Persoalan ini sememangnya sesuatu yang umum, kerana tanpa penjelasan yang betul dan terperinci maka akan tiada siapa yang mampu menggunakannya dengan tepat dan jika itu berlaku bermakna pembaziran telah berlaku!...

Maksud pembaziran di sini ialah seperti anda memiliki sebuah basikal, sebuah motosikal, sebuah kereta, sebuah helikopter dan sebuah kapal angkasa...tetapi dalam penggunaan kenderaan-kenderaan tersebut, anda hanya mampu menggunakan basikal, motosikal dan kereta sahaja...dan helikopter dan kapal angkasa hanya tersimpan di dalam garage!..sebab tersimpan kerana tidak tahu untuk memandunya!....

Oleh kerana tidak tahu memandu helikopter dan kapal angkasa yang mempunyai pelbagai keistimewaan dan fungsi-fungsi pergerakan yang lebih pantas dan lebih canggih, maka anda hanya mampu untuk menggunakan tiga (3) yang terbaik sahaja iaitu basikal/motosikal/kereta untuk bergerak kesana-sini mengikut keperluan anda, yang paling cepat dan selesa pergerakannya ialah kereta....dan dengan keretalah anda memandu untuk sesuatu perjalanan yang jauh, dan beranggapan keretalah jenis pengangkutan yang terpantas, tercanggih, terselesa pada fikiran anda tanpa mengetahui bahawa ada dua (2) jenis kenderaan pengangkutan milik anda sendiri yang boleh memberikan lebih daripada itu...itulah senario di dalam penggunaan ISTIMEWA....

Ini bukan salah sesiapa jika tidak ada orang yang mampu untuk memberikan tunjuk-ajar mengenai teknik-teknik menggunakan Istimewa ini secara detail KERANA perkara ini sangat subjective dan berhubung-kait dengan pengetahuan Technology RBSS secara khusus...kebanyakan tunjuk-ajar yang di berikan hanya panduan-panduan kasar secara umumnya sahaja..


Perkara ini di sebabkan oleh KeIstimewaan itu sendiri yang TERSANGAT LUAS ILMU PENGGUNAANnya, hanya orang-orang yang banyak membuat experiment mengenainya yang akan dapat memberikan tunjuk-ajar yang berkesan, itu pun di dalam lingkungan pengetahuannya sahaja...dan untuk mengetahui lebih banyak Ilmu Penggunaannya kita perlu bercampur-gaul dengan ramai ahli bagi mempelajari apa yang mereka ketahui kerana setiap orang akan BERBEZA KEBOLEHAN DAN KEISTIMEWAANnya.

Perkara ISTIMEWA ini BUKAN sesuatu yang TETAP atau STANDARD, ia tidak tertakluk kepada sesuatu peraturan dan ketetapan tertentu bagi perlaksanaannya, ia sangat terbuka luas dan juga sangat bergantung kepada TAHAP KEYAKINAN dan KELUASAN PEMAHAMAN terhadap APA ITU RAHSIA BUDI SUCI SEJATI....Dalam post #48 telah di terangkan bahawa ISTIMEWA adalah dari Peringkat ke-4 RBSS dan telah di terangkan apa itu Peringkat ISTIMEWA.

Pada kali ini kita akan cuba mengasah otak untuk memahami bagaimanakah Technology Istimewa ini dapat di aktifkan dan di gunakan menurut dari sudutnya yang tersendiri, moga-moga penjelasan yang di berikan akan dapat membuka tabir yang melindungi fikiran!

Bagaimana ianya berlaku? (how it works?)

Sesiapa yang telah menamatkan pembelajaran ke peringkat ISTIMEWA dan PENUTUP maka mereka akan tertakluk ke dalam satu suasana yang sangat luas kebolehannya bagi melakukan atau menciptakan sesuatu yang luar dari kebiasaan (bukan luar tabi-i yer!)...

Jika di bawah dari Peringkat Dewasa, ahli-ahli hanya boleh bertindak menggunakan RBSS dengan menggunakan salah satu dari 50 JURUSAN yang ada bagi melaksanakan sesuatu TINDAKKAN menurut budi bicara mereka dan setiap Jurusan itu pula TELAH TETAP MAKSUD DAN PERBUATANnya apabila di gunakan.

Bagi TINDAKKAN ISTIMEWA pula, setiap TINDAKKAN yang di lakukan adalah berbentuk BEBAS dar sebarang KETETAPAN dan ianya adalah 100% tergantung kepada KEPANDAIAN atau KEBOLEHAN anda untuk MENG-IMAGINASI-KAN SESUATU dalam bentuk Tindakkan.

Contohnya dalam permainan Gerak Tempur (gerak marah), kebanyakan yang di ajar ialah penggunaan Lam jalala untuk bertindak terhadap musuh dan di larang keras menggunakan Jurus-Jurus RBSS kerana MEMBAHAYAKAN rakan-rakan anda sendiri sewaktu melakukan latihan...TETAPI jika di lakukan cara-cara bertindak menggunakan 100% KeIstimewaan dalam RBSS tanpa menggunakan JURUSAN maka ianya akan lebih cantik, lebih mantap dan lebih hebat dari penggunaan Lam Jalala.

Dalam post yang lalu telah di sebut bahawa untuk menggunakan ISTIMEWA adalah sama dengan cara menggunakan Lam Jalala, HANYA kita perlu menggantikan "Power Lam" kepada "Power RBSS" dengan MENG-SWITCH-ONKAN RBSS yang kita ada...Ingat, telah di huraikan bahawa dengan Peng-Switch-ONan RBSS ketika BERTINDAK, power yang keluar adalah 100% dari RBSS bukan power dari Lam Jalala atau dari yang lain..


Dan telah di huraikan di dalam post yang lalu bahawa TENAGA yang MENCIPTA sesuatu TOOLS atau ALAT di dalam sesuatu permainan atau tindakkan yang menggunakan 100% RBSS, adalah ianya TERCIPTA DARI TENAGA RBSS IAITU CAHAYA BUDI yang BUKAN BERUPA JURUSAN...dan UNSURNYA adalah CAHAYA.

Tidak seperti TENAGA yang di keluarkan oleh Lam Jalala ketika bertindak yang datangnya dari Kekuatan ZAT dan SIFAT, juga dalam kategori CAHAYA tetapi BUKAN dari CAHAYA BUDI dimana Kekuatan ZAT dan SIFAT itu adalah dari JASAD...dan CAHAYA BUDI itu dari ROH...itu perbezaannya.

Manakala ISTIMEWA dalam arti kata sebenar kepada diri seseorang ahli RBSS itu adalah merangkum segala yang ada di dalam PANCA INDERA yang ASAS seperti Mata/Telinga/Hidung/Mulut/Tangan dan Kaki...Maknanya kesemua jenis Panca Indera tersebut akan menerbitkan "Kuasa Istimewa" apabila Keistimewaan dalam RBSS itu wujud melalui diri mereka setelah sekian lama mengamalkan RBSS dalam hidup harian mereka.

Dalam kata lain, setiap Penglihatan (visions) anda akan dapat melihat sesuatu yang lebih dalam dan bermakna, setiap Pertuturan (speech ability) anda akan memberikan kesan atau impak kepada yang mendengar, setiap Pendengaran (listening senses) anda akan dapat mendengar sesuatu yang tidak anda sadari, setiap Penghiduan (smell senses) anda akan dapat merasakan sesuatu yang luarbiasa, setiap langkah dan tindak tanduk (body language) anda akan memberikan pengaruh yang mendalam kepada orang lain yang melihatnya atau yang bercampur-gaul dengan anda, mereka akan merasakan bahawa anda memiliki keperibadian yang sangat unik dan menarik kerana keistimewan tersebut.

Inilah KESIMBOLIKAN yang di terapkan di dalam UPACARA MERASOL di mana NASI yang kita makan itu berunsurkan dari dua (2) jenis nasi, nasi biasa dan nasi berlemak...maksudnya ialah dalam kebiasaan sebagai manusia biasa kita memiliki keistimewaan yang lain...impaknya dapat di rasai oleh orang lain di sekeliling kita.

Berbalik kepada persoalan penggunaan...dalam menggunakan ISTMEWA RBSS, apa yang perlu di lakukan ialah NIAT mengenai apa yang ingin di lakukan dan BENTUK APA tindakkan yang mahu di lakukan....samaada dalam bentuk sesuatu PERALATAN yang di bentuk dalam IMAGINASI (makrifat) seperti tali, panah, parang, senjataapi dan lain-lain atau dalam bentuk PENCAHAYAAN yang di cipta seumpama "shields", "laser beams", api, air, angin dan dalam rupa bentuk yang lain, yang bukan dari kategori TOOLS atau sesuatu ALAT.

ASAS PENGGUNAANnya adalah tetap sama iaitu "SWITCH-ONkan RBSS", lakukan NIAT/TUJUAN dan BENTUKkan TINDAKKAN terhadap SASARAN dalam APA JUGA KEADAAN yang tidak ADA BATASAN.

KEUNIKANnya ialah JIKA ANDA yang melakukan PEMBETUKKAN TINDAKKAN yang 100% menggunakan RBSS, TIDAK ADA ahli lain yang BOLEH MEMBUKAnya selain anda sendiri...ini berbeza dengan Lam Jalala di mana ianya boleh di buka oleh orang lain.

Itulah sebabnya, di dalam PENGGUNAAN RBSS semuanya boleh di kategorikan sebagai BAHAYA jika yang memilikinya TIDAK MEMILIKI SIFAT-SIFAT KEMULIAN, KESUCIAN DAN KEBERSIHAN HATI dan bermakna mereka berada di dalam melakukan KEZALIMAN jika di salah gunakan!...

Itu Technology di sebaliknya.
Wassallam!
Professor BSS (
professor_bss@yahoo.com)
Monday March 17, 2008 - 03:43pm (PDT)

No comments: