Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #107

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #107

THE TECHNOLOGY - SWITCH -ON

Pertama sekali, maaf kepada para pembaca yang belum mempelajari keilmuan RBSS ini kerana tajuk yang di bancangkan ini menggunakan "secret code" bagi menghuraikannya, secret code ini di gunakan sebagai MEMELIHARA KERAHSIAAN TERAS di dalam keilmuan ini, tetapi jika anda mempelajarinya maka secret code ini akan di pecahkan!...(tetapi ada juga ahli RBSS yang tidak tahu mengenai secret code ini!)

Switch-On adalah berdasarkan kepada Prinsip ke-3 di dalam RBSS iaitu PERNAFASAN, dan konsep Pernafasan ini di gunakan sewaktu melakukan Latihan Berjurus dan juga sewaktu Bertindak dan sepanjang waktu sadar kita (istilah saya).

Tetapi perkara ini jangan di lihat dari sudut ILMU TAUHID yang menjurus kepada SYARIAT, TAREKAT, HAKIKAT dan MAKRIFAT kerana jka anda menyusurinya melalui jurusan tersebut, anda tidak akan mendapat kepastiannya secara jelas di sebabkan oleh terlalu banyak cabang kaitan ilmu tersebut, dan melalui jurusan itu juga pecahan secret code ini tidak di peroleh atas dasar yang mengemukakan keilmuan tersebut bukan seorang yang memiliki pengetahuan KeRahsian Rahsia Budi Suci Sejati...maksudnya kalau anda lelaki dan sakit kepala jangan berjumpa doktor pakar sakit puan!....haru biru nanti....

Tidak mengapa, anda hanya perlu mengikuti pecahan Technology di sebalik perkara switch-On ini yang di huraiakan dengan cara yang semudah yang mungkin dan datangnya dari sudut KeIlmuan RBSS itu sendiri...

Pertama, dalam apa juga keadaan kita mestilah "Switch-Onkan" RBSS kita kecuali ketika kita makan/minum, tidur dan bercakap (telah saya hurai di banyak post), ini adalah kerana tanpa Switch-On kita tidak berada di dalam kesiap-siagaan (alert) untuk bertindak, seperti anda memiliki senapang yang tidak di masukkan kaset pelurunya, dan apabila di waktu kecemasan untuk menggunakan senapang tersebut, anda tidak dapat menembak dengan segera kerana ketiadaan peluru (belum di masukkan) tetapi memegang senapang!...

Ini berbeza dengan KONSEP yang wujud di dalam Ilmu KeTassawufan di mana apabila kita sampai ke tahap FANA, maka seluruh anggota tubuh badan kita akan terpusat kepada satu makkrifat sahaja iaitu kepada ALLAH SWT lalu kita "lebur" di dalam CahayaNya, dalam melalui proses KeFanaan itu secara otomatik kita akan Ter-Switch-On dan berada di dalam CahayaNya itu...


Ini berbeza melalui KONSEP KeIlmuan RBSS kerana bukan semua orang yang datang belajar dari golongan ILMU TASSAWUF yang melalui proses KeFanaan, kebanyakan daripada kita adalah dari kategori orang awam atau orang kebanyakan, maka dengan itu KONSEP "Double Activation" di dalam Peng-Switch-On-an" ini di perlukan...

Perbezaan selanjutnya adalah seperti berikut:-

Untuk BERTINDAK seseorang ahli RBSS itu perlu Switch-On untuk mengeluarkan "Peluru Jurusan" bagi menembak sasaran dan jika kita tidak Switc-On sewaktu Bertindak menggunakan RBSS maka "Tembakkan" yang di keluarkan itu tidak mengeluarkan "Peluru" dari Jurusan-Jurusan RBSS, walaupun tidak keluar peluru tetapi sasaran tetap terkena tembakkan...

Persoalannnya, apa yang keluar jika ketika menembak kita tidak Switch-On RBSS???.......

Yang keluar ketika menembak dengan tidak men-Switch-Onkan RBSS ada beberapa jawapannya di situ..

1. Jika kita ada Lam Jalala, maka tenaga Lam yang keluar menembak atau

2. Jika kita ada Atom, maka tenaga Atomlah yang menembak atau...

3. Jika kita ada keilmuan yang lain, maka keilmuan yang lain itu lah yang menembak, atau...

4. Jika kesemua di atas tidak kita miliki maka tenaga dari Iblis/jin/Syaitanlah yang mengambil kesempatan...

Itulah di sebalik Switch-On atau tidak Swtich-On RBSS ketika BERTINDAK...tetapi jika kita 100% Switch-Onkan RBSS maka 100% lah tenaga yang wujud dari Jurusan-Jurusan RBSS yang keluar meembak dan mengenepikan segala tenaga keilmuan yang lain di miliki oleh kita seperti Lam Jalala, Atom, Permohonan dan sebagainya itu...

Ini adalah kerana, yang kita Switch-Onkan itu adalah Kuasa dari Tenaga PenCahayaan Cahaya Budi yang Meliputi ROH kita, manakala yang lain adalah dari sumber-sumber kekuatan Api/Air/Angin/Tanah yang meliputi JASAD kita melalui proses-proses keilmuannya yang tersendiri, yang berteraskan kekuatan ZAT dan SIFAT (rujuk Sifat 20)

Dan di dalam ROH Manusia itu pula HANYA WUJUD PENCAHAYAAN CAHAYA-CAHAYA dari RAHSIA-RAHSIA ALLAH SWT dan salah satunya adalah CAHAYA BUDI, dan sebutan CAHAYA BUDI ini sememangnya tidak terdapat di dalam huraian Kitab-Kitab Syariat/Tarekat/Hakikat dan Tassawuf kerana di dalam keilmuan itu ianya tidak di sebut CAHAYA BUDI sebaliknya di istilahkan sebagai Nur Tajjali... seperti dalam Firman ALLAH SWT dalam Surah Al-Aaraf Ayat 14 yang bermaksud "Tatkala nampak/Tajjali pada gunung itu, kejadian itu menjadikan gunung itu hancur luluh dan Musa jatuh pengsan"


Ayat tersebut hanya membawa perumpamaan bagaimanakah atau apakah yang di maksudkan sebagai NUR TAJJALI yakni PENCAHAYAAN yang datangnya dari DIRI ALLAH SWT, jika ia wujud maka yang lainnya akan tenggelam di dalam kewujudannya, seperti makna Cahaya BUDI yang bermaksud Nur Yang MengAbdikan Diri Kepada Tuhan Yang paling Kekal....(dari perkataan Ubudiyati)

Jadi terangnya di sini, di dalam ROH Manusia TIDAK ADA Kuasa lain melainkan CAHAYA dari Rahsia-Rahsia ALLAH SWT sahaja dan tidak boleh di tokok tambah dengan keilmuan yang di cipta oleh kebanyakan manusia dari pengetahuan yang di cedok dari Sifat 20!...tidak boleh dan tidak ada....

Itu juga sebabnya setiap ROH MANUSIA itu SUCI dan BEBAS dari segala KEKOTORAN DUNIA MANUSIA, dan ROH itu adalah sejenis MAHLUK yang tersangat MULIA serta lebih mulia dari kedudukan Mahluk MALAIKAT tetapi Roh manusia itu TETAP menjadi MAHLUK kepada ALLAH SWT!...

Jika itu kita fahami maka kita juga akan dapat melihat bahawa PenCahayaan Cahaya Budi itu juga SANGAT MULIA dan SANGAT TINGGI MARTABATnya di sisi ALLAH SWT...tetapi adakah kita sudah MENGHORMATI kedudukan Cahaya Budi yang berada di dalam ROH kita???.....kalau belum...belajarlah menghormatinya!.

Kerana itu jugalah kita HARUS sentiasa Men-Switch-Onkan RBSS kita sepanjang masa sadar, pertama kerana menghormati kemartabatannya, kedua kerana kesiap-siagaan (alert), ketiga kerana Keyakinan dan seterusnya kerana kita sememangnya berada di dalam PENCAHAYAANNya di sepanjang masa....tidak boleh kata tidak, sebab Technology pembuatannya memang sebegitu!

Wassallam!

Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)

Friday March 14, 2008 - 05:19pm (PDT)

No comments: