Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #106

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #106

THE TECHNOLOGY - JIN DAN SYAITAN

JIN DAN SYAITAN adalah di antara tajuk yang paling banyak di rungkai melalui Blog RBSS ini dengan perbagai sudut penghuraian mengenai tetapi nampaknya ia maseh lagi belum berakhir...persoalannya adalah mengapa?....

Pertama adalah kerana Jin dan Syaitan boleh di takrifkan sebagai mahluk yang bekerja untuk IBLIS bagi menjalankan kerja-kerja penyesatan mahluk manusia dari jalan ALLAH SWT, dan kedua adalah kerana kehidupan mahluk manusia itu tidak boleh lari dari gangguan Jin dan Syaitan sepanjang mereka itu hidup di dalam dunia ini.

Kepada yang sangat teliti mengikuti dan membaca tajuk yang bersangkutan dengan Jin dan Syaitan melalui Blog RBSS ini, akan mendapati ada dua (2) perkara yang bercanggah mengenai mahluk-mahluk ini dari sudut kefahaman RBSS.

Yang pertama, di hurai bahawa jika seseorang yang berRBSS secara total maka mahluk ini tidak akan dapat mendekati/merosaki/menyesati/memasuki diri mereka kerana kewujudan benteng yang terbina melalui PenCahayaan Cahaya Budi...itu satu!..

Yang kedua, mahluk Jin dan Syaitan ini boleh mendekati/memasuki/merosaki/menyesati diri seseorang yang berRBSS semasa dalam keadaan yang tidak mantap/tidak tenang atau dalam keadaan yang marah/zalim/khianat..ini kedua!.

Jadi, yang mana satu yang benar dan yang boleh di percayai???....marilah kita sama-sama memahami Technology di sebaliknya.

Sebagai permulaan, marilah kita kembali berfikir mengenai KONSEP penciptaan dan kewujudan CAHAYA BUDI yang meliputi ROH Manusia ini terlebih dahulu, di mana TUJUAN CAHAYA BUDI di kurniakan kepada Mahluk Manusia ADALAH sebagai PENGHINDAR DARI SEGALA PERBUATAN ZALIM DAN KHIANAT OLEH SEMUA MAHLUK....itu KONSEP sebenarnya...

Jika di dalami maksud dalam KONSEP tersebut, apa yang boleh kita fahami ialah PENCAHAYAAN CAHAYA BUDI itu BUKAN menghindar APA JUGA MAHLUK dari mendekati diri kita dan itu menjelaskan bahawa IBLIS, JIN dan SYAITAN adalah BOLEH mendekati diri kita atau keluar-masuk dalam diri kita yang telah mengetahui KeRahsiaan RBSS ini, termasuk lah dari jenis binatang-binatang dan haiwan-haiwan buas yang boleh menjadikan manusia sebagai bahan makanan mereka.

Di sinilah letaknya KEBIJASANAAN ALLAH SWT membuat sesuatu PENCIPTAAN, dalam satu masa di katakan dengan CAHAYA BUDI kita TERHINDAR dari semuanya itu dan dalam masa yang lain, kita BOLEH DI GANGGU GUGAT oleh mahluk-mahluk tersebut...

Technology di sebalik penciptaan ALLAH SWT itu adalah seperti berikut....

Dalam keadaan yang 100% di penuhi dengan PenCahayaan Cahaya Budi, sememangnyaadalah 100% kita di hindar dan di lindungi dari mahluk Jin dan Syaitan atau binatang buas yang boleh merosakkan dan membahayakan diri kita ATAS DASAR NIAT INGIN MENKHIANATI ATAU INGIN MENZALIMI DIRI KITA...itu 1000% TIDAK BOLEH BERLAKU!, dan mahluk-mahluk itu TIDAK DAPAT MENDEKATI DIRI KITA LANGSUNG berdasarkan NIAT di dalam hati atau fikiran mereka itu...ini bermaksud KONSEP RBSS itu ACTIVE!...

TETAPI...dalam masa-masa yang lain, mahluk-mahluk dari jenis-jenis yang di sebutkan itu BOLEH MENDEKATI diri kita pada sebarang masa KERANA mereka berada di luar lingkaran perasaan HASAD DENGKI atau KHIANAT terhadap kita, buktinya ialah (contoh)...apabila kuku kita panjang dan tidak di potong selepas 7 hari atau bulu-bulu pada ketiak dan kemaluan kita yang panjang melebihi paras yang di tetapkan dalam Syarak, maka Jin dan Syaitan ini AKAN MENGHUNI dan BERGAYUTAN di situ atau menjadi taman permainan mereka sedangkan kita maseh ACTIVE berRBSS...

Dan haiwan-haiwan dan binatang buas yang juga di luar KONSEP ZALIM dan KHIANAT juga boleh mendekati diri kita tanpa ragu KERANA mereka pada ketika itu TIDAK ADA NIAT LANGSUNG ingin memakan atau mencederakan diri kita (mungkin tengah kenyang lah tu!)

Ini adalah satu KONSEP yang sangat ADIL di dalam penciptaan dan pengurniaan CAHAYA BUDI itu terhadap mahluk manusia oleh ALLAH SWT yang mahukan kesemua MAHLUK-MAHLUK ciptaanNya dapat hidup di dalam satu kelompok tanpa menimbulkan sebarang kerusakan di antara satu sama yang lain, di mana INIlah KONSEP SEBENAR yang akan dapat di NIKMATI di penghidupan HARI AKHIRAT kelak...

Jadi, berbalik kepada ahli RBSS yang di resapi/di dekati/ di sesati oleh Jin dan Syaitan dari sudut yang lain pula, akan membawa penjelasan bahawa JIKA itu berlaku terhadap sebarang AHLI RBSS, maka sebenarnya mereka SEDANG MENJALANI SATU UJIAN DAN DUGAAN dari ALLAH SWT...bagi MENGUJI tahap KEYAKINAN mereka terhadap APA YANG MEREKA YAKINI melalui pembelajaran Rahsia Budi Suci Sejati seperti yang termaktub di dalam pengetahuan PRINSIP ke-1 RBSS iaitu KEYAKINAN!...

Kerana UJIAN dan DUGAAN ini akan sentiasa di ajukan kepada diri kita yang berRBSS atas dasar KEYAKINAN diri kita sendiri yang sangat YAKIN terhadap apa yang kita amalkan sekarang ini...Konsep Ujian dan Dugaan ini di berikan kepada ahli-ahli yang ingin MENPERTINGKATKAN KEMARTABATAN KeRBSSan mereka ke tahap yang lebih tinggi lagi, oleh kerana itu mereka di limpahkan dengan Ujian dan Dugaan seperti ini...

Ujian dan Dugaan yang di berikan oleh ALLAH SWT ini adalah MENGUJI sejauh mana kita DAPAT MENGUASAI KEILMUAN RBSS ini bagi MENANGANI segala gangguan Jin dan Syaitan terhadap diri sendiri, jika kita GAGAL dan TERPENGARUH dengan Jin dan Syaitan ini, maka KeMartabatan RBSS kita akan HANCUR dan RUNTUH...pertama atas dasar hilang Keyakinan terhadap apa yang di amalkan, dan kedua kerana gagal menguasai KeIlmuan ini bagi menanganinya....

Dalam banyak posts, saya banyak memperkatakan bahawa melalui pembelajaran RBSS ini, kita akan melalui banyak proses peningkatan pengetahuan dan kenaikan martabat bagi menuju matlamat keilmuan ini iaitu KEMAKRIFATAN terhadap ALLAH SWT...kerana itu di dalam proses pembelajaran ini, dugaan dan cabaran sering di ketemukan untuk kita MENYELESAIKANnya menggunakan keilmuan yang ada...jika kita BERJAYA mengatasinya maka akan naiklah martabat kita ke satu tingkat yang lebih tinggi dari sebelumnya, dan jika kita GAGAL mengatasinya maka akan jatuhlah kita setingkat ke bawah dari martabat yang sedia ada....

Manakala Jin dan Syaitan ini pula, mereka adalah MENURUT PERINTAH yang di berikan sebagai TUGAS dan TANGGUNGJAWAP mereka untuk menjalankan kerja-kerja penyesatan terhadap diri kita, di mana misi yang mereka jalankan itu TIDAK ADA PERLINDUNGAN INSURANnya, di mana jika mereka tersilap melakukan pekerjaan maka akan tergadailah NYAWA mereka sendiri tanpa sebarang perlindungan....daripada IBLIS dan mahupun daripada ALLAH SWT.

Sepertimana yang saya huraikan mengenai ISTANA IBLIS di dalam tubuh manusia (rujuk post #89), ini juga sebagai salah satu penyumbang kepada KEHANCURAN seseorang ahli RBSS kerana jika mereka itu LALAI dan LEKA dengan KEHEBATAN dan KEKUATAN yang ada dalam RBSS dan ASYIK melakukan kerja-kerja dan perbuatan yang MEMENTINGKAN KEPUASAN HAWA NAFSU, maka PENCAHAYAAN CAHAYA BUDI itu TIDAK AKAN DAPAT MEMBERSIHKAN atau MERUNTUHKAN ISTANA IBLIS itu jika mereka melakukan dua (2) perkara dalam satu-satu masa...

Maksudnya, dalam keadaan yang lain mereka bertungkus lumus dan bersungguh-sungguh berjurus bermati-matian bagi mendapatkan sinar kuasa yang di terbitkan melalui proses berjurus TETAPI dalam keadaan yang lain mereka mengerjakan perkara-perkara yang bertentangan dengan KONSEP RBSS dan ISLAM seperti berjudi, meminum arak, menipu, merompak, merampas/memakan harta orang lain, berzina, menindas, mengkhianati dan menzalimi orang lain dan perbuatan-perbuatan yang berkaitan...jika mereka di dalam tahun pertama mempelajari RBSS maka itu boleh di fahami tetapi jika sudah bertahun-tahun (5-10 tahun ke atas) tetapi maseh lagi melakukan perkara-perkara tersebut, maka mereka ini sebenarnya telah GAGAL menjalani Ujian dan Dugaan yang di berikan oleh ALLAH SWT bagi menguji tahap KEYAKINAN diri mereka dan gagal meningkatkan martabat diri mereka sendiri...
Dari sudut yang lain pula, ahli-ahli sedemikian di takrifkan sebagai seorang yang memiliki "Split Personality" atau Perwatakan Bercanggah yang tidak dapat menguasai diri mereka sendiri, apabila mereka gagal di dalam proses menguasai diri sendiri, maka mereka tidak layak untuk di naikkan taraf kemartabatan yang tinggi dan ke arah KeMakrifatan yang Hakiki kerana pada taraf ini kita beroleh keupayaan untuk menguasai diri orang lain atau mahluk-mahluk yang lainnya...jadi sebelum sampai ke tahap ini, kita harus menjalani proses menguasai diri sendiri terlebih dahulu seperti yang wujud di dalam Ujian dan Dugaan ini.....
Mengenai "Split Personality" ini sebenarnya banyak melanda ahli-ahli RBSS walau di mana mereka berada dan semua orang akan melaluinya (termasuk saya juga) kerana ini adalah satu proses yang MESTI di tempuh oleh semua, hanya GAGAL dan JAYA yang membezakan di antara kita mengenai perkara tersebut...tetapi jika kita dapat di beritahu lebih awal mengenai Technology ini maka kita akan lebih faham dan lebih waspada di masa-masa yang kan mendatang...

Technology sebenarnya satu cabang Ilmu Pengetahuan!

Wassallam!
Professor BSS (
professor_bss@yahoo.com)
Friday March 14, 2008 - 03:53pm (PDT)

No comments: