Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #105

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #105

THE TECHNOLOGY - PRINSIP KE-2

Apakah Prinsip Ke-2?....Prinsip Ke-2 dalam RBSS adalah JURUSAN dan apakah Technology di sebalik Jurusan ini...kita sama-sama renunginya...

BERJURUS dalam Initpati pelajaran RBSS adalah sesuatu Latihan Pergerakan yang menggunakan tenaga empat kerat iaitu tubuh badan yang di katakan jasad, di mana Latihan Pergerakan tersebut di ambil sempena dengan Perlakuan 50 Gerak Laku yang ASAL sebelum termaterinya Perlakuan SHOLAT 5 WAKTU dalam sehari. (ada di sebut dalam banyak posts)

Latihan Pergerakan yang di gelar JURUS itu pula, memiliki ciri-ciri perlakuan yang tersendiri dari no.1 sehingga ke no.50, itu bermakna di dalam JURUSAN ada 50 JURUS!...Dalam melakukan Jurusan ini pula di sertakan dengan perbuatan-perbuatan lain sebagai syarat-syarat utama bagi menghidupkan sesuatu Jurusan seperti:-

1. Dalam Gerakan Jurusan mesti di sertakan Proses LANGKAH GERAK TUBUH BADAN

2. Dalam Gerakan Jurusan mesti di sertakan Proses NIAT DAN TUJUAN

3. Dalam Gerakan Jurusan mesti di sertakan dengan PERNAFASAN

4. Dalam Gerakan Jurusan mesti di sertakan dengan MAKRIFAT

5. Dalam Gerakan Jurusan mesti di sertakan dengan Proses MEMBUKA/MENUTUP LATIHAN

Oleh yang demikian, dalam melakukan Gerakan Jurusan ini ketig-tiga keperluan di atas harus melengkapi setiap proses yang di lakukan tanpa gagal...jika gagal di lakukan menurut kemestiannya maka bermakna setiap Jurusan itu kurang bermakna atau memberikan kesan yang sepatutnya.

Tidak seperti Pergerakan melakukan SHOLAT, dalam melakukan Pergerakan Jurusan kita harus melakukannya dengan tertip dan teliti menurut keperluan setiap Jurusan...umpamanya jika ketika Sholat selepas ada perbuatan yang boleh di tinggalkan dari di lakukan (mengikut sesuatu rukun dalam mahzab tertentu) dan tidak akan mengurangkan Fadhilat fardhu Sholat tersebut, tetapi di dalam latihan Berjurus kelima-lima perkara di atas harus di tepati jika mahukan Penciptaan Cahaya Budi itu terbina dengan sempurna...

Ini adalah kerana pada setiap JURUS itu memiliki MAKNA dan TUJUANnya yang tersendiri BERDASARKAN reka-bentuk tubuh manusia (ada dalam SIFAT 20) dan dalam proses mengerjakannya pula, akan menggerakkan segala TENAGA yang berunsurkan Empat (4) Elemen Asas iaitu Api/Air/Angin/Tanah SERTA Cahaya Budi yang meliputi di dalam ROH manusia bagi MEMBENTUK SESUATU PENCAHAYAAN menurut NIAT dan TUJUAN BERJURUS.

Dalam Proses inilah keperluannya PERNAFASAN/MAKRIFAT/LANGKAH GERAK TUBUH BADAN/NIAT dan TUJUAN serta MEMBUKA/MENUTUP LATIHAN...

Untuk PERNAFASAN, kekuatannya berdasarkan cara kita BERSIN! di mana itulah standardnya yang perlu di lakukan secara average tetapi jika boleh di keraskan lagi adalah lebih afdhal kerana memberikan kesan yang cukup hebat...TETAPI jika PERNAFASAN itu di tukar menjadi lembut dan panjang berjela hembusannya seolah-olah pergerakan Taichi, maka ia telah lari dari konsep PERNAFASAN yang di tetapkan menurut KEJADIAN MANUSIA seperti contohnya BERSIN...terkecuali kepada orang-orang yang telah uzur dan tidak mempunyai kudrat yang kuat lagi maka mereka di haruskan untuk menghembuskan nafas semampu yang mungkin. (atas dasar sudah tua)

Jika yang muda dan maseh sehat dan kuat jika mengurangkan kekuatan hembusan nafas dari standard yang di tetapkan sebagai manusia, maka penghasilan PENCIPTAAN CAHAYA dalam proses berjurus itu akan BERKURANGAN SIFATnya dari yang sepatutnya, dan penghasilan PenCahayaan dari hembusan nafas dari jenis ini akan KURANG MEMBERIKAN KESAN terhadap proses PEMBERSIHAN DIRI dan HATI dari Sifat-Sifat yang TERKEJI, juga akan mengurangkan kesan terhadap orang-orang yang zalim/khianat...maksudnya kesannya tidak sehebat dari hembusan nafas yang kuat serta yang keras!.

Cuba bayangkan, apa akan terjadi jika dalam keadaan fizikal yang sehat kita memperlahankan pergerakan Sholat seperti pergerakan Taichi???....adakah atau apakah yang kita boleh perolehi dari perbuatan tersebut?????.....atau kita membaca Ayat-Ayat AL-QURAN dalam Sholat dengan memperlahankan "pitch"nya, apakah akan jadi dengan bunyi sesuatu sebutan ayat yang di baca itu???....begitu jugalah dengan perlakuan Pergerakan Berjurus!...

Cara itu juga akan merosakkan proses KeMakrifatan yang harus di lakukan ketika berjurus, kerana sesuatu Makrifat itu akan sukar di perlahankan (slow-mo) bagi di sesuaikan dengan gerak jurusan dan pernafasan yang perlahan...kerana ini bukan seperti Seni Taichi, dalam latihan mereka sengaja memperlahankan segala pergerakan tubuh dengan tujuan untuk melatih MENGAWAL kesemua PANCA INDERA supaya apabila di lepaskan tindakkan ianya menjadi lebih pantas dan kuat dari biasa...seperti berlatih berlari dengan beban yang berat atau berlari di dalam air!

Yang penting di ketahui ialah ASAS KEJADIAN MANUSIA itu sendiri dan ALLAH SWT memberikan sesuatu kepada manusia berdasarkan kepada tabiat dan kebiasaannya yang semula-jadi...sesuaikah kita tidur dengan kaki di atas dan kepada di bawah atau berjalan dengan keadaan terbalik atau makan menerusi hidung atau perbuatan yang lain yang tidak mengikut kebiasaan tabiat manusia????....

Memang benar wujud, ada segolongan ahli-ahli RBSS yang menggunakan latihan berjurus seperti yang demikian, ia tidak salah dari segi pengamalan RBSS tetapi ianya TIDAK BERTEPATAN dengan ASAL USUL JURUSAN itu di ciptakan oleh ALLAH SWT....jika anda kurang percaya...cuba anda bernafas dengan menjelakan hembusannya seperti pergerakan Taichi...sesuai atau tidak dengan keperluan pernafasan yang di perlukan oleh tubuh kita???....itu baharu berkenaan dengan keperluan oksigen bagi tubuh badan, belum lagi keperluan untuk MENCIPTA CAHAYA!...jika orang yang berusia 100 tahun pun jika mereka bersin akan kedengaran kekuatan nafasnya...itu adalah standard manusia biasa.

Dan jika di lihat dari sudut yang lain pun, contohnya dalam kaedah berzikir bagi Latifah-Latifah dalam diri, untuk membersihkannya pun di haruskan untuk berzikir secara keras dan tajam bagi mencapai maksud pembersihan hati, jika tidak maka proses pembersihannya akan berlarutan untuk jangkamasa yang panjang dari biasa...

Keperluan berjurus ini sama dengan Hukum Sholat, mesti di lakukan tanpa alasan kecuali sudah tidak yakin lagi terhadap RBSS, dan jika tidak boleh berjurus bergerak, harus di lakukan secara berdiri, jika tidak boleh berdiri lakukan secara duduk, dan jika tidak boleh duduk maka harus di lakukan dalam keadaan berbaring...pokoknya MESTI BERJURUS!

Persoalan jika tidak berjurus...ini sudah jelas memberikan maksud bahawa segala proses-proses Penciptaan Cahaya dan Pembersihan hati tidak langsung berlaku maka dengan itu keadaan kita akan berbalik seperti maseh belum memiliki RBSS.

Dan jika sudah ada 50 Jurusan tetapi hanya melakukan 10 Jurusan tanpa sebab-sebab yang munasabah, itu bermakna tenaga yang kita cipta melalui 10 Jurusan itu akan terus menerus terbatas hanya pada had 10 Jurusan sahaja, dan akan mengakibatkan proses-proses yang sepatutnya berlaku dengan 50 Jurusan terhenti begitu sahaja...kecuali atas sebab-sebab tertentu seperti sedang sakit dan yang seumpamanya.

Untuk tertip memulakan berjurus, yang perlu adalah MEMBUKA LATIHAN (tidak perlu Isi Pokok Badan dahulu) dan selepas berjurus harus MENUTUP LATIHAN dan kemudian SEGERAKAN Menisi Pokok Badan seberapa segera yang boleh, untuk mempastikan kita dapat menggunakan TENAGA yang BAHARU dari proses berjurus tersebut.

Bagi MAKRIFAT di dalam berjurus juga harus di pertingkatkan dari masa kesemasa, kerana melalui proses kemakrifatan ketika berjuruslah yang akan menerbitkan kebolehan panca indera kita di perbaiki dari hari ke sehari kepada tahap yang lebi baik serta serba-guna...dan jika di perhatikan soal Makrifat ini akan berbeza dari Jurusan no.1-10, 11-20, 21-30, 31-40, 41-50...di mana 30 pertama adalah asas kemakrifatan dalam berjurus dan harus di tingkatkan mengikut TUJUAN, CIPTA dan CAHAYA!, bagaimana anda harus melakukannya..adalah berdasarkan keupayaan diri anda mencipta sesuatu bayangan yang di perlukan...

Contoh-contoh bagi kemakrifatan untuk berjurus ini boleh di dapati melalui pembacaan buku-buku sains, cerita-cerita sains fiksyen atau filem-filem dari negara-negara yang menerbitkan filem berbentuk pertempuran persilatan, yang perlu kita ambil adalah kesan dari sesuatu tindakkan atau perbuatan yang kita tonton...itu sahaja!.

Dan Mengisi Pokok Badan sekurang-kurangnya sekali dalam sehari, sebaik-baiknya selepas bangun dari tidur...ada juga yang melakukannya selepas bangun tidur dan sebelum tidur bagi memastikan keselamatannya sentiasa terjamin.

Itulah di dalam Technology JURUSAN.

Wassallam!
Professor BSS (
professor_bss@yahoo.com)

Thursday March 13, 2008 - 08:15pm (PDT)

No comments: