Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #103

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #103

THE TECNOLOGY - ROH DAN JASAD

Dalam banyak-banyak Kitab-Kitab yang di tulis oleh ramai cendikiawan ISLAM di seluruh dunia akan cenderung untuk memperkatakan dan menghuraikan perkara-perkara yang berkenaan dengan JASAD atau yang berkenaan dengan asal-usul kejadian jasad yang membentuk mahluk manusia.

Di mana yang berkenaan dengan Jasad itu, telah banyak di wujudkan pelbagai keilmuan yang berupa KEBATHINAN bagi di guna-pakai oleh sekelian manusia, dan keilmuan-keilmuan tersebut kebanyakannya berdasarkan kepada Pengetahuan ILMU TAUHID/USULUDDIN yang membentuk mata pelajaran SIFAT 20

Salah satu yang tersangat tersohor jenis keilmuannya ialah yang serumpun dengan keilmuan yang di katakan sebagai Lam Jalala....Lam Jalala adalah satu jenis ilmu yang 100% mempergunakan segala kekuatan atau tenaga yang di wujudkan melalui empat (4) elemen yang di asaskan kepada Air/Api/Angin/Tanah (AAAT)...di mana AAAT ini bukan sahaja dapat di gunakan oleh orang-orang ISLAM tetapi dapat di gunakan oleh setiap manusia tanpa mengira bangsa dan fahaman keagamaan mereka...

Contohnya...seperti silat/kung fu/tae kwan do/ aiki-do/karate/shao-lin dan ilmu-ilmu yang berkenaan dengan urut-mengurut/akupuntur/akupressure/aura healing/reiki healing adalah yang bersangkutan dengan JASAD, begitu juga dengan sains perubatan moden di mana-mana klinik dan hospital lebih menjurus kepada perubatan yang melanda tubuh badan seseorang manusia...ini semua adalah berpunca dari himpunan keilmuan Sifat 20 yang di bangkitkan melalui keilmuan Tauhid/Usuluddin.

Akan tetapi, amat sedikit Kitab-Kitab yang menulis dan menerangkan perkara yang bersangkutan dengan ROH Manusia, walaupun ahli-ahli psikologi menganggap bahawa keilmuan mereka itu berkaitan dengan Roh, tetapi ia lebih cenderung kepada kejasmanian di dalam menyusuri sintom-sintom penyakit yang melanda diri seseorang dan ahli-ahli psikologi ini tidak ada mempunyai ubat-ubat yang dapat merawat Roh manusia.

Ini berbeza dengan penulisan yang di ketengahkan melalui Blog RBSS ini, di mana ianya banyak memperkatakan mengenai urusan-urusan yang berkaitan dengan Roh manusia, di sebabkan keilmuan RBSS ini adalah suatu ilmu mengenai Roh manusia, dan menyingkap pelbagai rahsia-rahsia yang di miliki oleh Roh manusia.

Dalam post #5, telah di perkatakan bahawa segala Amalan Tambahan (AT) (tidak kira apa jenisnya) adalah di luar kaitannya dengan ROH, dan AT hanya berkisar kepada kekuatan AAAT pada diri manusia.

AKAN TETAPI, segala kekuatan yang di perolehi melalui proses amalan AT yang menggunakan kekuatan AAAT, TIDAK AKAN dapat berfungsi sepenuhnya jika di dalam TUBUH manusia itu tidak ada CAHAYA YANG MELIPUTI ROH atau CAHAYA BUDI, kerana Cahaya Budi adalah berfungsi sebagai JANA-KUASA bagi menggerakkan tubuh badan manusia melalui kekuatan ZAT dan SIFAT.

Itulah sebabnya, walaupun beribu tahun anda mengamalkan amalan AT yang berteraskan AAAT dan menerbitkan kekuatan yang menggunung, dalam beberapa saat sahaja ianya boleh di cabut keluar dengan menggunakan Cahaya Budi, dan kekuatan AT dan AAAT pula tidak akan dapat menandingi dan mencabut keluar tenaga Cahaya Budi dari dalam Roh...itulah perbezaan yang nyata dan ia merupakan suatu kurnia yang sangat tinggi nilainya bagi setiap mahluk manusia kerana di ciptakan sedemikian rupa.

Sebagai lanjutan, di dalam Technology penbuatan manusia... kedua-dua kekuatan AAAT yang membentuk AT dan kekuatan Cahaya Budi di dalam Roh manusia, apa yang perlu di ketahui oleh kita ialah, kesemua kekuatan apa juga jenis AT yang berteraskan AAAT itu ADALAH di dalam NAUNGAN dan LINGKARAN Pencahyaaan Cahaya BUDI yang meliputi Roh manusia, oleh kerana itu jika di lihat pencahayaan pada tubuh manusia itu akan BERLAPIS-LAPIS PENCAHAYAANNYA, di mana Lapisan yang di sebelah dalam tidak bersinar jelas seperti yang membentuk Lapisan yang di sebelah luaran.

Ini adalah kerana, Lapisan yang berada di bahagian dalam itu adalah dari kekuatan AAAT yang berteraskan ZAT dan SIFAT, manakala yang di bahagian luaran itu adalah dari CAHAYA BUDI...TETAPI pencahayaan sebegini HANYA TERTAKLUK atau HANYA DI MILIKI oleh manusia-manusia YANG TELAH BERJAYA mengetahui APAKAH KERAHSIAN CAHAYA BUDI sahaja, MANAKALA untuk manusia-manusia kebanyakan yang BELUM MENGETAHUI akan RAHSIA itu, pencahayaan Cahaya Budi mereka di bahagian luaran tetap wujud tetapi TIDAK BERFUNGSI seperti yang di miliki oleh manusia-manusia yang telah mengetahui akan RAHSIA Cahaya Budi itu...itu perbezaan pertama!...

Perbezaan yang kedua, jika sekiranya seseorang manusia itu hanya memiliki dan mengamali AT tanpa RBSS, meraka tidak akan TERLINDUNG daripada segala perbuatan zalim dan khianat apa juga mahluk terhadap diri mereka, walaupun kekuatan AT mereka itu cukup kuat dan cukup hebat seperti Lam Jalala contohnya...walaupun anda memperkuatkannya dengan sering mengamalkan pada setiap hari sehingga beroleh keupayaan yang luarbiasa kuatnya, namun Lam Jalala tidak dapat melindungi diri anda dari terkena pukulan kerana di dalam Lam Jalala tidak ada fungsi untuk melindungi Jasad!

Jika anda telah berRBSS tetapi tidak menjaga keRBSSan anda mengikut Prinsip RBSS yang ada dan hanya memfokuskan kepada AT sahaja, maka pencahayaan Cahaya Budi tidak akan terbentuk mengikut pembetukkan yang seharusnya, di mana fungsi utamanya ialah untuk melindungi Jasad dari segala perbuatan zalim dan khianat apa juga mahluk dan mara bahaya...dengan itu bermakna anda telah membahayakan keselamatan diri anda sendiri secara SENGAJA...

Begitu juga dengan Sifat MARAH, jika anda seorang yang berRBSS tetapi sering mempamerkan Sifat Marah dalam apa juga hal maka anda juga tergolong di dalam orang-orang yang membahayakan diri sendiri KERANA jika anda ingat PenCahayaan Cahaya Budi TIDAK AKAN MELINDUNGI diri orang yang SEDANG MARAH!...itulah sebabnya di dalam pengajaran keilmuan RBSS ini DI TERAPKAN SIFAT-SIFAT KESABARAN YANG TINGGI dan di dalam PROSES JURUSANnya juga di terapkan PROSES-PROSES PEMBERSIHAN HATI dari NAFSU-NAFSU AMARAH!...

TETAPI jika anda tergolong di dalam golongan orang-orang yang berRBSS yang suka sangat MARAH-MARAH, itu bermakna proses-proses pembersihan hati terhadap Nafsu-Nafsu Amarah tidak berjalan dengan lancar seperti seharusnya..sebab utamanya???....anda KURANG BERJURUS!.

Atas sebab-sebab yang demikianlah ALLAH SWT di dalam menciptakan mahluk manusia menyelitkan kedua-dua Elemen dari kekuatan AAAT dengan Cahaya Budi, agar Cahaya Budi tersebut akan dapat MENGIKIS dan MENGHAPUSKAN segala jenis Sifat-Sifat KEBURUKAN di dalam AAAT atau dalam keadaan yang paling buruk ialah untuk MENGIMBANGI keburukan AAAT dalam diri manusia...jadi jangan anda fikir, dengan banyak mengamalkan AT sahaja anda sudah cukup kuat dan hebat TANPA menitik beratkan teras kekuatan pada manusia iaitu kekuatan Cahaya Budi...

Perkara sebegini BANYAK BERLAKU terhadap ahli-ahli RBSS dari zaman dahulu sehingga kini kerana tidak menitik beratkan keilmuan RBSS dan akhirnya mereka dalam satu peringkat akan menjadi mundur dan pudar segala kekuatan yang di miliki melalui AT mereka, di sebabkan kekuatan Cahaya Budi mereka tidak berfungsi sepenuhnya...dan perkara ini juga adalah menjadi sebab dan penyumbang kepada kegagalan seseorang ahli RBSS itu untuk terus bertahan lama di dalam pengamalan RBSS mereka.

Begitu juga semasa BERTINDAK menggunakan kekuatan AT anda, selagi anda "switch-on" selagi itu kekuatan dari AT tidak berfungsi kerana di ambil alih oleh kekuatan Cahaya Budi...ingat Cahaya Budi adalah JANA-KUASA di dalam tubuh manusia!, di mana segala kekuatan AT bersandarkan kepadanya.

jadi...anda kena faham Technologynya

Wassallam!

Professor BSS (professor_bss@ayahoo.com)

Thursday March 13, 2008 - 03:36pm (PDT)


No comments: