Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #102

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #102

THE TECHNOLOGY #1 - RBSS DI ZAMAN RASULULLAH

Persoalan ini di kemukakan oleh pembaca-pembaca yang ingin mempelajari KeRahsian Rahsia Budi Suci Sejati (belum ahli lagi) setelah mengikuti Blog RBSS ini, dan inginkan penjelasan samaada RBSS ini di pergunakan di zaman Rasulullah dan apakah peristiwa-peristiwa yang boleh di jadikan landasan bagi menguatkan hujah kewujudan RBSS di muka Bumi ini.

Pertama sekali, apa yang saya lihat melalui persoalan yang di kemukakan bukan merupakan soalan untuk mengetahui sejarah, tetapi ianya di kemukakan sebagai pematri keyakinan terhadap keilmuan RBSS ini agar apabila di pelajari akan dapat terus di yakini sepanjang hayat...terima kaseh kepada yang bertanya!...

Menurut sejarah atau yang di sejarahkan, TIDAK ADA satu pun peristiwa-peristiwa di zaman Rasulullah yang menceritakan dengan jelas mengenai PENGGUNAAN RBSS di zaman tersebut atau cerita-cerita mengenai RBSS di gunakan oleh pejuang-pejuang ISLAM di dalam mana-mana peperangan di zaman Rasulullah....persoalannya kenapa dan mengapa???....

Huraiannya adalah begini...di zaman Rasulullah perkataan Rahsia Budi Suci Sejati itu maseh belum di perkenalkan atau wujud, kerana apa yang Rasulullah sampaikan kepada Umat ISLAM adalah FIRMAN-FIRMAN yang di terima daripada ALLAH SWT kepada beliau melalui Malaikat JIBRAIL.

FIRMAN-FIRMAN tersebut adalah "kata-kata" dari ALLAH SWT mengenai sesuatu yang berlaku, telah berlaku dan yang akan berlaku sebelum kejadianNya dan selepas kejadianNya, dan dalam masa 23 tahun Rasulullah menyampaikannya pun, ianya maseh belum di kenali sebagai AL-QURANUR KARIM!

Melalui FRIMAN-FIRMAN ALLAH SWT tersebutlah Rasulullah bertugas memberikan pelbagai penerangan dan menghuraikan apakah maksud dan tujuan sesuatu FIRMAN itu di turunkan, dan PENJELASAN dari Rasulullah tersebutlah yang kini di kenali sebagai HADITH NABI...

Dan apa juga yang DI LAKUKAN/DI KERJAKAN oleh Rasulullah yang menurut di dalam perintah melalui FIRMAN-FIRMAN ALLAH SWT itu pula di kenali sebagai SUNNAH RASUL/NABI.

Jadi apa yang jelas di sini ialah, sewaktu di zaman Rasulullah apa juga jenis ILMU PENGETAHUAN maseh belum lagi di berikan sesuatu NAMA YANG TERSENDIRI melainkan ianya di kenali sebagai FIRMAN ALLAH SWT sahaja..

TETAPI, apa yang Rasulullah sampaikan dan ajarkan melalui FIRMAN-FIRMAN yang di turunkan kepada beliau itu MERUPAKAN SEGALA CABANG-CABANG KEILMUAN yang wujud pada hari ini seperti ILMU TAUHID, ILMU FIQAH, ILMU TASSAWUF di mana Rasulullah sendiri BUKAN yang meletakkan nama-nama tersebut!...ianya di susun dan di rakamkan oleh cendikiawan-cendikiawan ISLAM selepas kewafatan Rasulullah. (rujuk post #68)

Dan bagaimana sesuatu KEILMUAN itu dapat di berikan sesuatu nama atau dapat di kumpulkan?....

Sewaktu Rasulullah maseh hidup, ramai manusia yang datang mempelajari Agama ISLAM yang di sebarkan oleh beliau, dan yang hadir kepada beliau untuk belajar itu datangnya dari pelbagai lapisan masyarakat serta kepandaian masing-masing...menurut sejarah, sesuatu ILMU itu dapat di wujudkan melalui HIMPUNAN JAWAPAN yang di berikan oleh Rasulullah kepada orang yang MENGHENDAKI untuk mengetahui sesuatu menurut kebijaksanaannya bertanya lalu di kumpulkan dan di tulis sehingga ianya menjadi KITAB yang tersendiri..

Dan yang bertanya itu pula terbahagi kepada tiga (3) kumpulan ilmuan yang datang belajar kepada Rasulullah

Golongan Pertama:

Orang-orang yang datang bertanya untuk mengetahui siapa itu Tuhan dan asal usulnya serta bagaimana cara untuk mengenaliNya, termasuk segala mahluk ciptaan ALLAH SWT...Golongan inilah yang telah mendapatkan keilmuan tersebut dan akhirnya segala Himpunan Jawapan tersebut di kenali sebagai ILMU TAUHID atau ILMU USULUDDIN dan ianya berdiri menjadi keilmuannya sendiri selepas 200 tahun Rasululllah wafat dan selepas kewujudan Mahzab yang pertama iaitu Mahzab Salafi, dan keilmuan Ilmu Tauhid atau Usuluddin inilah yang membentuk golongan AhlulSunnah WalJamaah serta menerbitkan KEILMUAN SIFAT 20!

Golongan Kedua:

iaitu golongan orang-orang yang datang kepada Rasulullah yang hanya bertanyakan perkara-perkara mengenai Hukum-Hakam atau jenis-jenis pembalasan daripada ALLAH SWT jika Umat Manusia mengingkari perintahNya...Melalui himpunan jawapan yang di kumpulkan inilah telah mewujudkan ILMU FIQAH/FIQEH yang menerangkan segala HUKUM dan SYARIAT dalam ISLAM iaitu PERUNDANGAN DI DALAM AGAMA ISLAM...

ILMU FIQAH ini lah yang telah menjadikan Umat ISLAM terbahagi kepada 73 golongan atau kefahaman ataupun MAHZAB kerana setiap golongan mempunyai pendapat yang berbeza dan berlainan mengenai perlaksanaan sesuatu Hukum-Hakam, dan melalui keilmuan inilah terkenalnya Mahzab-Mahzab Shafie, Maliki, Hambali dan Hanafie dan kekal hingga ke hari ini..


Golongan ketiga:

Orang-orang yang datang kepada Rasulullah bertanyakan bagaimana cara-cara untuk menguatkan AMAL IBADAH serta bagaimana cara-cara mengerjakan Amal untuk dapat bertemu Tuhan semasa hidup dan sesudah mati serta cara-cara membersihkan hati agar dapat menerima Cahaya ALLAH...

Himpunan jawapan dari persoalan tersebutlah yang menjadikan KeILMUAN TASSAWUF itu wujud dan menjadi cabang ilmu yang tersendiri sehingga ke hari ini...

Jadi di manakah letaknya KEILMUAN KERAHSIAN RAHSIA BUDI SUCI SEJATI daripada ketiga-tiga cabang ILMU tersebut???....

Jawapannya:

Melalui ILMU TAUHID/USULUDDIN yang menerangkan dengan jelas kedudukan segala asal-usul kejadian ALLAH SWT dan semua mahluk-mahluk ciptaanNya termasuk mahluk manusia, dan ianya dapat di lihat dengan jelas melalui keilmuan SIFAT 20, di mana ianya secara KHUSUS menterjemah kerahsian kejadian MANUSIA daripada TUHANNya.

Dan kelakuan dan sifat serta sikap kemanusian itu pula di singkap melalui KeIlmuan TASSAWUF dengan memperjelaskan bagaimanakah seorang mahluk manusia itu berfungsi zahir dan bathin, dan di sinilah tersingkapnya KeRahsian Rahsia Budi Suci Sejati di dalam diri mahluk manusia.....

Jadi secara terangnya melalui peristiwa perkembangan keilmuan tersebut, dapat kita fahami dengan jelas bahawa di zaman Rasululllah TELAH DI TERANGKAN mengenai segala KERAHSIAN MANUSIA melalui tiga (3) cabang ILMU melalui tiga (3) golongan untuk kefahaman Umat Manusia...hanya orang-orang yang memahami maksud yang di sampaikan oleh Rasulullah di zaman beliau yang benar-benar menguasai keilmuan yang di kenali sebagai RBSS sekarang ini sahaja yang dapat mempergunakanya...

Peristiwa-peristiwa kehebatan diri seseorang Muslim sewaktu dan selepas zaman Rasulullah banyak tercatit di dalam buku-buku sejarah ISLAM seperti Kisah-Kisah Sahabat-Sahabat Nabi dan Kisah-Kisah selepas Sahabat-Sahabat Nabi, dan kesemuanya menunjukkan kehebatan penguasaan PENCAHAYAAN CAHAYA YANG MELIPUTI ROH di dalam diri mereka...

Malah jika di semak sejarah zaman Nabi-Nabi sebelum Rasulullah juga banyak menceritakan kisah-kisah kehebatan PENCAHAYAAN tersebut dan yang paling menyerlah ialah ketika pemerintahan dan umat zaman Nabi Sulaiman as....

Jadi terangnya di sini, di zaman Rasulullah keilmuan RBSS ini tidak di sebut sedemikian rupa kerana Rasulullah tidak pernah menekankan sesuatu jenis keilmuan yang di terima oleh beliau dengan sesuatu nama, yang ada adalah FIRMAN dan HADITH dan yang lain hanya wujud selepas kewafatan Rasulullah....


Dari situ kita fahami bahawa sesuatu NAMA itu tidak wujud lagi di zaman Rasulullah TETAPI Keilmuannya sememangnya telah di hurai dan di rungkai oleh Rasulullah itu sendiri melalui segala FIRMAN yang di terima sepanjang 23 tahun, dan di singkap oleh orang-orang yang terkemudian untuk di jadikan sebagai cabang ILMU yang berdiri sendiri selepas zaman Rasulullah.

Sebarang KERAGUAN yang wujud di hati dan fikiran BUKANnya datang dari FAKTA SEJARAH sesuatu KEILMUAN itu wujud TETAPI sebarang KERAGUAN itu wujud di dalam hati KERANA KETANDUSAN ILMU PENGETAHUAN kita sendiri mengenai sesuatu perkara yang TELAH MEMBATASKAN sebarang KEFAHAMAN mengenainya.

Kerana yang kita pelajari dengan TEGAS sebagai seorang ISLAM adalah RUKUN ISLAM dan RUKUN IMAN, di mana dengan mempelajari kedua-dua jenis RUKUN tersebut TELAH menanamkan suatu KEPERCAYAAN yang tersendiri yang di terbitkan oleh soal HUKUM atau SYARAK dalam ISLAM, maka apa-apa jenis KEILMUAN yang lain akan SUKAR menembusi BENTENG KEPERCAYAAN tersebut kerana ia telah menjadi satu KEPERCAYAAN DALAM DIRI SENDIRI....WALHAL KeIlmuan yang ALLAH SWT miliki itu BERTABURAN dan TIDAK TERKIRA JUMLAHNYA...

TETAPI jika berpandukan kepada salah satu dari RUKUN IMAN yakni kita harus PERCAYA PADA TUHAN dan PERCAYA PADA YANG GHAIB akan membantu menyelesaikan permasalahan ini...dan itulah sebabnya ISLAM itu FLEXIBLE dan UNIVERSAL serta NOTHING IS IMPOSSIBLE!...

Jika hati dan fikiran atau kepercayaan kita terbatas atau di belenggu oleh sesuatu, itulah benteng yang kita wujudkan sendiri melalui apa yang kita pelajari tanpa resepi keilmuan yang secukupnya...dan akhirnya diri kita sendiri menjadi PENENTANG TERHADAP SEGALA KEILMUAN ALLAH SWT yang wujud di ALAM MAYA ini....itu di namakan sebagai TENTANGAN DI DALAM KERAGUAN!...
Perkara seperti itu berlaku di dalam setiap diri manusia yang beragama ISLAM (termasuk juga diri saya dahulu) tetapi dengan mempelajari secara terus menerus mengenai segala KeIlmuan yang di wujudkan oleh ALLAH SWT akan memperbaiki ke-naifan diri kita kerana setiap jenis keilmuan itu akan menerbitkan PenCahayaannya yang tersendiri, dan melalui Cahaya yang di kurniakan itu kita akan dapat melihat sesuatu perkara dengan lebih jelas dari yang sebelumnya..

Itulah TECHNOLOGYnya

Wassallam!
Professor BSS (
professor_bss@yahoo.com)

Wednesday March 12, 2008 - 05:21pm (PDT)

No comments: